Wednesday, 26 July 2017

Satu Panduan Dan Ingatan Buat Warga Pendidik


1. Jangan over dos kerja sbg guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.

2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'..Nasib mu belum pasti dapat pembelaan.Ianya bukan auta tapi fakta. Pilihlah pengerusi kelab staf yang berani menyuarakan masalah  dalaman. Jangan lantik tujuan pekena kawan-kawan. Kelab Staf bukan sekadar konsultan menyambut hari guru dan jamuan. Suarakan yg hak dan isu kebajikan rakan-rakan.
*Kesatuan guru pula sudah tiada taring sengatan*, Bayaran yuran umpama mencurah air di dalam lautan.Tengoklah sendiri, *tiada hasil yg mengembirakan !!*

3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu  melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mrk terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian.  Segelintir cuma mrk yg tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah *'habis madu sepah dibuang bertaburan'.* Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Yakinlah ini kenyataan !

4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu kita ada pembelaan. Pilihan yg ada, *kerjalah dengan kegembiraan*. Usah risau dgn sistem dan dasar tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!

5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. *Jangan terlalu rigid, belajarlah bertoleransi*, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yg mencipta jurang benci, macam kukubesi, alahai sedih sekali.

6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dgn penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jgn merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dgn ikhlas, *jangan dengki atau tikam kawan* utk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama  biar hati gembira, hubungan silatulrohim mesra berkekalan.

7. *Sokong dan hargai rakan taulan*. Berikan ucapan tahniah kpd mrk yg terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mrk kejayaan. Salurkan aura positif kpd sahabat kenalan. Doakan mrk kerana itulah senjata paling berkesan.

8. Hakikat  kebenaran *Kajian kami mengesahkan 90% persekitaran pendidikan berada pada tahap negatif dan membimbangkan*. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan. Persaraan awal semakin jadi pilihan. Banyak keluhan pentadbiran rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada pentadbir mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.

9. Targetlah umrah atau *Ibadah haji seawal usia*. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji tuhan mana ada dusta !
*Cuti sekolah jalanlah sepuasnya*. Ianya ubat minda dan kesihatan utk  menghilangkan tekanan dalaman.  CRK kita 7 hari sahaja, sapulah cuti sekolah jalan cari makan yang memang hak kalian.

10. Tuisyen dan kelas tambahan, *tak salah anda minta bayaran*. Masa bekerja @ mengajar  sudah padan.  Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.

11. Semasa di sekolah *kerjalah sehabis baik*, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jgn pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mrk nak kita gagal dalam kehidupan.

12. Jika tiada masalah kewangan dan beban hutang, baiklah kita pencen awal.

#syukurdangembira

Monday, 24 July 2017

Ular menyusur akar takkan hilang bisanya


" Cikgu, saya mohon cuti tanpa gaji seminggu. Sebagaimana cikgu tahu, anak saya dikesan menghidapi penyakit leukimea baru-baru ini. CRK saya dah habis. Sedangkan anak saya perlu berada di wad lagi seminggu untuk rawatan kimoterapi," pohon seorang guru perempuan dengan santun.

" Cuti Tanpa Gaji? Cuti Tanpa Gaji akan mempengaruhi senioriti awak. Akan banyak kesan sepanjang perkhidmatan walau sehari awak ambil. Tak payah ambil Cuti Tanpa Gaji, rugi," balas pengetua tersebut.

" Habis tu macam mana cikgu? CRK dah habis, siapa nak jaga anak saya di wad," balas guru perempuan itu memohon ihsan.

" Awak cuba minta 'time slip' dengan doktor setiap kali pergi hospital. Awak datanglah pukul berapa pun bertugas di sekolah. Maklumkan pada PK1 awal-awal kalau ada kelas. Senang beliau buat relief. Dan waktu cuti nanti, buatlah kelas tambahan untuk murid yang bakal periksa PMR. Kalau ada program besar sekolah, awak tawarkan diri jadi ketua. Semoga anak awak cepat sembuh," balas pengetua itu mesra.

Kisah ini berlaku pada sahabat aku belasan tahun dulu. Pengetua itu kini sudah pun pencen. Pencennya disambut meriah. Meriah sungguh.

Namun kebaikan hati, tolak ansur dan toleransi masih menjadi bualan anak-anak buah sehingga hari ini. Malah hubungan dengan anak-anak buah terus erat. Saling mengunjungi tanda hormat.

Begitulah hidup. Jika kita berkuasa dan berpangkat, namun terus merendah diri dan membantu memudahkan kerja orang lain, pasti disayangi dan dihormati.

Hormat itu tidak boleh dijual beli. Tiada harga untuk diletakkan pada sebuah penghormatan pada seorang ketua yang cakna dan memahami.

Post pasal PGB yang boleh dijadikan sempadan banyak dah dikongsi oleh Sir Rajinder Singh. Biarlah post ini menjadi teladan dan ikutan pula pada sahabat yang bergelar PGB dan bakal-bakal pentadbir. Takkan pernah jatuh martabat mereka yang merendah diri bahkan makin tinggi pula disanjung orang sekeliling. Sungguh!

* Ini kisah benar. Anak leukimea itu kini sihat walafiat dan membesar dengan elok. Alhamdulillah.

Friday, 21 July 2017

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?


Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki. Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.
Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak-anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.

Dan rezeki itu hak Allah.

Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.

Runsingkan kerja kita yang asyik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.
Jangan pertikaikan eh! Nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

Kredit: Izyan Izdihar

Wednesday, 19 July 2017

Menjadi penaja AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

Assalamualaikum.

Pada bulan lalu abam kie tergerak hati untuk menaja satu giveaway yang dianjurkan oleh blogger newbie bernama Faye!!! Iyolah kan, kita kena saling menyokong sesama blogger terutama yang baharu dan anak2 ni. Nampak benar abam kie dah berusia! Rugi la kalau u all x join sebab hadiah ini disediakan untuk 32 pemenang gitu! Mana tahu ada tuah kali ini.  😝

Okay, cakap banyak tak guna, jadi abam kie menjemput semua blogger Malaysia untuk join GA ini yaaa :). Kalau nak join klik je banner kat atas tu ye? Atau boleh je klik di SINI. Thanks a lot.

SERAMAI 32 PEMENANG DICARI!!!
Syarat²
1- Ikot semua syarat dibawah 👇
Follow blog
Faye'sKasih Juju | Syuha Zlkfl | Babyshambles | Young Blood | Elsaalicious | Cerita cinta surirumah | Abam Kie | Starlavenderluna | HELLO AIMAN | SehijauBlogRA

Like FB
FWS blogKasih jj | Medina Desire Detox Tea | Starlavenderluna | Sehijau Blog RA

Follow Google+
Mustaza Razali | Mrs Pip | Abam Kie | Shikin Razali |

Follow Instagram
@Blog_fws | @HelmiJulia | @syuhadazlkfl | @detoxteamedinadesire1 | @shaaireen_ | @mrspip18 | @abamkie | @aimanabdullah | @ra.shoppe | @Farhwhdh

Klik Nuffnang
Syuha zlkfl | Young Blood

Klik Iklan  *TUNGGU SAMPAI HABIS LOADING*
SATU | DUA | TIGA

2- Buat satu Entry bertajuk "AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS"
3- Letak Banner diatas dan backlinkkan ke entry ini
4- Tag dua orang rakan anda {pastikan mereka tahu}
5- Komen link entry anda!


AKAN DIUPDATE kemudian :)

3/7/2017 HINGGA  3/8/2017 SEBULAN TUUU😙 GOODLUCK!

Monday, 17 July 2017

Kenapa aku tak beli kereta?


Ada seorang kawan abam kie yang bekerja di BNC. Umur dia dah hampir nak pencen tapi dia masih belum memiliki kereta. Selama ini dia bergantung kepada pengangkutan awam dan ehsan kawan2 untuk membawanya ke mana2. Jadi pada satu hari Abam Kie tanya kat dia kenapa dia masih belum memiliki kereta sampai sekarang? Lalu dia dengan pantasnya menyenaraikan alasan2 berikut. Macam nak gelak je. Tapi terpaksalah abam kie kongsikan di sini untuk tatapan kawan2. Sila baca, ya?

1. Installment bulanan HR-V mahal 
2. Bukan keperluan harian 
3. Masih bujang 
4. Tak nak jadi penyumbang jem 
5. Masih ada alternatif lain untuk dari A ke B seperti bas, komuter, LRT, monorel, Grabcar, Uber, helikopter, jet peribadi, kereta kebal, kapal selam dan teksi 
6. Malas nak fikir bab maintenance 
7. Duit installment tu boleh guna untuk investment 
8. Belum ada tukang bayar kereta aku 
9. Boleh pakai kereta family 
10. Takut terkena tempias sayang kereta dari sayang keluarga 
11. Takut kereta kena selfie 
12. Tak nak ramai nak tumpang nanti 
13. Senang nak bagi pinjam duit kat kawan/family 
14. Hari-hari naik motor. 
15. Beli kereta tersadai je kat rumah (dulu ada kereta) sekarang dah jual. 
16. Kereta orang asyik pinjam je😁 
17. Risau anak terlebih so x pasti nak beli kereta besar mana dulu 
18. Cadang nak kerja dekat overseas lepas kahwin. 
19. Dengar cerita 2020 sepatutnya dah ada kereta terbang. Target yang itu la. 
20. Harga minyak asyik berubah-ubah tiap minggu. Apa barang cucuk Ron 95?
21. Tak lama lagi nak kahwin jadi duit yg ada tu nak buat belanja hantaran.

Dan macam-macam lagi....

Friday, 14 July 2017

Tujuh sunnah hebat


 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

Very nicely written by Ustaz Don Daniyal

بارك الله فيكم..

Wednesday, 12 July 2017

Bila Anda Perlu Menggunakan Kad Kredit?


Kawan-kawan ada menggunakan kad kredit kan? Sebenarnya ada beberapa urus niaga yang lebih baik dilakukan dengan kad kredit untuk keselamatan tambahan dan faedah istimewa. Leret aje kad kredit kawan-kawan tu apabila nak bayar barangan dan perkhidmatan berikut! Membayar secara tunai adalah cepat, mudah dan (biasanya) diterima di mana-mana. Tetapi wang kertas, syiling, kad debit dan akaun bank dalam talian kadang-kadang ada kekurangannya jika dibandingkan dengan kad kredit. Ini kerana kad kredit sering disertakan dengan faedah khas, lebih-lebih lagi bagi kategori dan produk tertentu. Berikut adalah senarai barangan yang kawan2 perlu sentiasa membayar dengan kad kredit seboleh mungkin untuk menikmati ganjaran, perlindungan dan jaminan yang tidak boleh dinikmati apabila dibeli dengan wang tunai. 

1. Bil Utiliti
Sesetengah kad kredit menawarkan rebat, diskaun dan peluang untuk mengumpul mata ganjaran apabila kawan2 membayar bil utiliti seperti ASTRO,  TNB dan telefon. Ia lebih mudah untuk mengumpul mata ganjaran dengan bayaran berulang (yang pasti kita akan bayar setiap bulan pun!) dan lebih-lebih lagi potongan automatik boleh menyelamatkan kawan2 daripada membayar penalti lewat. 

2. Barangan Mahal
Membayar dengan wang tunai untuk membeli barang2 mahal dan berharga adalah tidak sesuai dan tidak selamat. Memilih untuk membayar dengan kad kredit pula boleh membantu kawan2 mendapatkan satu pelan perlindungan pembelian percuma untuk menginsurankan pembelian kawan2 daripada kecurian atau kerosakan. Disamping itu, beberapa kad kredit menawarkan jaminan lanjutan dengan sedikit caruman tambahan. 

3. Pembelian Atas Talian
Apabila memilih diantara kad debit, akaun bank dalam talian, dan kad kredit untuk membayar pembelian dalam talian - pilihan terbaik sudah semestinya dengan kad kredit kawan2! Ini adalah kerana penyedia kad kredit ada menawarkan perlindungan kepada pemegang kad kredit daripada penipuan. Biarpun kad debit dan perbankan dalam talian juga pilihan agak selamat, namun untuk mendapatkan wang kita kembali selalunya sedikit sukar jika penipuan telah berlaku. Sebaliknya, pemegang kad kredit biasanya menikmati liabiliti terhad apabila aktiviti penipuan dilaporkan dengan segera. 

4. Tiket Perjalanan
Jika kawan2 mempunyai kad kredit yang dilengkapi dengan insurans perjalanan, kawan2 mungkin boleh mengambil kesempatan daripada faedah kesukaran semasa perjalanan. Perbelanjaan yang timbul daripada kehilangan bagasi, penerbangan tertangguh dan kehilangan tempahan penginapan boleh dituntut dengan insurans perjalanan. Sesetengah kad juga menawarkan insuran perubatan dan kemalangan diri jika kita terpaksa ditahan di dalam wad hospital. Tambahan pula insuran ini menanggung penjagaan kesihatan keseluruhan semasa kwn2 dalam perjalanan. 

5. Konsert dan Acara
Membayar dengan kad kredit untuk tiket ke acara dan konsert dapat menjimatkan yuran bayaran balik dan kadang2 menyediakan insurans sekiranya konsert dibatalkan. Kita juga boleh menerima diskaun tiket khas, akses kepada tiket pra-jualan, pengecualian yuran tempahan dan penghantaran percuma tiket apabila kita membeli dengan kad kredit. 

6. Barangan Elektronik
Apabila bank2 penyedia kad kredit dan peniaga menawarkan skim ansuran tanpa faedah, kita akan mempunyai pilihan untuk membeli barangan elektronik yang berkualiti dan mahal secara ansuran yang berpatutan tanpa sebarang kos tambahan! Dengan cara ini kita boleh memastikan duit simpanan dan rizab dalam bank tidak terjejas dek kerana perlu membuat pengeluaran duit secara besar-besaran. Terdapat beberapa kad kredit menyediakan jaminan lanjutan yang akan menjimatkan kos pembaikan dan jaminan kepuasan yang menjadikan ia lebih mudah untuk mengembalikan atau mendapatkan bayaran balik ke atas barangan yang gagal menepati ciri2 seperti yang dijanjikan. 

7. Pembelian Luar Negara
Sama seperti pembelian dalam talian, kwn2 digalakkan menggunakan kad kredit untuk membeli di luar negara disebabkan oleh perlindungan penipuan yang lebih baik. Selain itu, kad kawan2 juga dapat menikmati yuran urus niaga asing yang sangat rendah, yang dikira sebagai peratusan (satu hingga tiga peratus secara purata) dan tidak yuran sama rata. Oleh itu, bayaran ini boleh menjadi agak tinggi jika barang yang kita beli adalah mahal. Di samping itu, kad tertentu juga mendapat lebih banyak mata ganjaran untuk transaksi asing. 

8. Item boleh ditolak cukai
Bil kad kredit biasanya lebih terperinci dan penyata biasanya boleh didapati dalam bentuk salinan lembut dan keras, menyebabkan kaedah pembayaran ini cara yang paling mudah untuk mengesan resit cukai boleh-tolak anda. Leretkan sahaja kad kredit kawan2 untuk buku, peralatan sukan, premium insurans hayat, derma dan komputer peribadi agar dapat mengurangkan sedikit kerumitan apabila memfailkan cukai di kemudian hari. 

Walaupun kad kredit kadang-kadang mendapat reputasi buruk bagi pengumpulan hutang, penggunaan secara bertanggungjawab sebenarnya boleh memberikan lebih nilai serta melindungi pembelian kita kelak. Tapi ingat! Hanya gunakan kad kredit bagi barang-barang yang kita mampu bayar kemudian hari.

Monday, 10 July 2017

Terbeli mesin basuh rosak di Sen Heng



Pada akhir Syaaban 1438H yang lalu kebetulan mesin basuh LG yg abam kie gunakan semenjak 2007 tetiba rosak maka penggantinya perlu dicari segera. Biar pun mesin basuh semi-auto ada dan boleh digunakan tetapi seboleh2nya kami nak guna yg auto gak. Hmmm... nak yg mudah aja kan? Mesin basuh LG ni kira lasak la jugak sebab mampu bertahan selama 10 tahun. Semasa banjir besar 2014 dulu pun ia masih mampu bertahan dari dihanyutkan arus. Kira hebat la tu. Tapi lama-kelamaan sudah tiba waktunya untuk mengucapkan selamat tinggal. 

Lalu seminggu sebelum Ramadan abam kie berkunjung ke kedai Sen Heng Tanah Merah untuk meninjau harga mesin basuh yg mampu milik. Setibanya di sana abam kie tertarik dgn model Toshiba yg bermuatan 10kg. Harganya cuma RM1199 selepas rebat. Rebat sangatlah tu? Kot2 memang itulah harga asalnya. Biasalah taktik orang nak meniaga kan?

Abam Kie bayar menggunakan kad kredit Maybank secara ansuran tanpa faedah selama 12 bulan tapi kedai tu caj RM27 sebagai yuran prosesan. Huh! Nampak benar menipunya. Selang dua hari kemudian mesin basuh tu pun sampai la di rumah. Kali pertama abam kie guna OK je tapi apabila isteri menggunakannya mesin basuh ni buat hal plak! Ia berterusan memesin pakaian tanpa henti. Sekali tu sebelum iftar abam kie ON mesin tu tapi bila abam kie balik dari surau dalam jam 10 p.m mesin tu masih lagi berputar! Takkanlah sampai 2 jam 30 minit masih x selesai membasuh kot?  


Keesokan harinya abam kie teruske kedai Sen Heng untuk membuat laporan atas kerosakan itu. Memang geram kan sebab 2X guna terus rosak! Rasanya skrin LED mesin tu yang bengong. Kalau abam kie x OFF suis memanglah sampai ke pagi ia bekerja! Geramnya. 

Setelah berunding dengan staff di situ dia kata akan memaklumkan kat boss dia yg sedang bercuti di Korea sebab dia x boleh bagi keputusan sendiri. Huh! Tapi selang dua hari kemudian dia ada wassap n bagitahu yg boss dia akan gantikan mesin basuh bermasalah itu dengan yg baharu. Itulah yg sepatutnya. Esoknya mesin basuh baharu pun sampai. Pemandu tu siap buka kotak di depan abam kie bagi mengesahkan yg mesin tu memang belum diusik. Siap mereka pasang abam kie pun test la. Ahamdulillah. Mesin tu berfungsi dengan baik.

Jadi pesanan abam kie kpd kawan2 sekiranya ada masalah dgn barang yg dibeli dari kedai, sila buat aduan terus kpd peniaga tu. Jika mereka enggan melayan kawan2, terus je lapor kat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Orait? Hak pengguna perlu dipertahankan!

Friday, 7 July 2017

Pengurus Pusat Zakat Perlu Turun Padang


Astro Oasis telah  menampilkan Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Perlis untuk   bercakap secara terus terang kelemahan pendekatan Islam di negara ini. Beliau mencabar penggunaan wang zakat yang terhimpun beratus juta ringgit tetapi tidak dapat diuruskan secara lebih efektif.

Beliau berkata “tidak sahaja orang yang tidak membayar zakat berdosa tetapi orang yang tidak menjalankan pengurusan zakat dengan sempurna juga adalah berdosa”

Beliau bertanya kenapakah wang zakat hanya mesti diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan agama, kepada pelajar-pelajar yang hendak ke Azhar Universiti atau mereka yang hendak pergi belajar agama di negara-negara Arab tetapi tidak diberikan kepada pelajar-pelajar perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang ilmu sedangkan Islam adalah agama yang mencakupi segala ilmu.

Ini katanya memberikan gambaran seolah-olah negara hanya memerlukan ustaz dan ustazah sahaja dan mereka2 kelak akan digunakan utk memujuk org Melayu utk meredhakan segala kemungkaran yg dilakukan olih pemimpin.

Wang zakat yang terkumpul beratus juta ringgit bukan saja masih gagal malah jauh dari dapat menebus maruah orang Islam di negara ini.

Masih ramai fakir miskin yang terbiar oleh kerana sikap jabatan zakat yang tidak pro aktif sebaliknya menunggu mereka datang meminta bantuan di pejabat dan menyusahkan pula mereka dengan keperluan mengisi berbagai borang dan kemudian terpaksa menunggu beberapa lama pula untuk mendapat bantuan bayaran.

Sepatutnya pegawai-pegawai zakat atau jabatan zakat bersikap pro aktif. Mereka bukan menunggu fakir miskin datang meminta bantuan tetapi mencari fakir miskin, menjalankan siasatan dan mencari orang Islam yang perlu diberikan bantuan.

Jika polis boleh mencari penjenayah maka kenapakah pegawai-pegawai zakat tidak boleh ditugaskan untuk mencari fakir miskin di daerah masing-masing? Tidakkah kemiskinan menggalakkan jenayah?

Jika wartawan-wartawan boleh melakukan ini dan mendedahkan kemiskinan dari semasa ke semasa, maka kenapa pegawai-pegawai zakat tidak dapat berbuat demikian? Adakah pejabat-pejabat zakat mengambil berat tentang berita-berita kemiskinan dalam akhbar?

Lebih buruk lagi ialah apabila penerima-penerima wang zakat ini disusahkan pula dengan upacara atau majlis penyampaian bantuan kepada mereka yang dipentaskan bagi tujuan politik yang memaksa mereka menunggu berjam-jam lamanya.

Jika kesedaran seumpama ini dibangunkan sekian lama menerusi khutbah-khutbah Jumaat dan berbagai tazkirah dan sebagainya maka mungkin negara kita akan lebih bersih daripada Singapura atau pegawai-pegawai kerajaan kita akan berkerja dengan penuh disiplin dan tidak menyusahkan orang ramai.

Pentadbiran Melayu terkenal dengan perangainya macam paku dengan penukul sekali ketuk sekali dia bergerak masuk. Tak diketuk ia terbiar berkarat menyusahkan orang pula dengan perangai besinya.

Ada pula jenis Melayu yang angkuh disuruhnya kita jangan campur urusan dia dan jika bercakap banyak dicadangkan pula kita bertanding PRU. Apa punya ‘swell headed’ jenis manusia macam ini hidup mahu menongkat langit.

Tolong sebarkan  mudah2an dibaca kakitangan zakat Majlis Agama Islam setiap negeri di Malaysia ini. Terima kasih.

Wednesday, 5 July 2017

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1438H

Sebelum keluar beraya kena ambil gambar dulu sebagai kenangan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, Abam Kie ucapkan kepada semua pembaca blog yang suam2 kuku ini. Jadi macamana raya thn ni? Bagi abam kie semangat raya tu semakin pudar seiring dengan penambahan usia. Bagi abam kie la, raya ini bertujuan untuk menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Iyalah kan, setelah sebulan berpuasa mestilah nak meraikannya dengan menziarahi keluarga dan pusara ahli keluarga yang telah pergi, menikmati juadah dan minuman yg lazat2, bersedekah duit raya dan sebagainya. Cuma yg tak tahan ialah kesesakan jalanraya pada musim perayaan ni. Kalau bukan jem bukan raya namanya! Dimaklumkan aliran trafik tertinggi di Malaysia ialah di Kelantan sepanjang musim raya ni. Hebatkan? Pasal tu la abam kie pi berjalan2 ke rumah terdekat dan ahli keluarga dan sedara mara terdekat je. Kalau tak, makan jem sampai muntah hijau la dalam kereta tu! Hehehehe.

Baiklah, mcm biasa, abe kie nak citer pengalaman raya pada tahun ni. Pada hari pertama raya tu mcm biasalah abe kie dan isteri pi solat raya di masjid besar Tanah Merah. Kami naik motor je sebab x nak terhegeh2 mencari parking kereta. Punyalah ramai jemaah nak solat raya sampai abe kie solat pun dlm keadaan tersepit! Sabar je la. Usai solat raya kami bersama anak bongsu pergi ke Pasir Mas untuk menziarahi kaum keluarga sebelah isteri. Macam2 benda kami makan tp abe kie cuba sikit2 je la. Mana mampu perut ni nak telan semua. Pada hari tu kami sampai ke rumah hampir jam 10 malam. Huh! Tu pun mujurlah rumah terakhir tu x de tuan. Selamat...

Pada hari kedua kami balik beraya ke kampung abe kie di Machang pula. Kakak2 yg dok di Terengganu dan Selangor balik pada hari kedua sebab tu la kami pun buat benda yg sama. Baru la boleh berjumpa mrka. Kami bertolak pd jam 10 pagi. Masa tu belum jem lagi. Lawatan raya di kg abe kie bermula di umah arwah pakcik dan berakhir di umah kak ngah sebab umah dia di hujung kampung. Bila sampai di umah dia tu maksudnya ziarah kami selesai. 

Dari kiri: Zuki Zain (Guru Kimia), Wan Ruslan (Guru Matematik) dan Zuki Deen (English Teacher)

Pada raya ketiga abe kie dan kak ton buat makan2 sikit bagi meraikan kaum keluarga, anak murid dan sahabat. Kami menyajikan mihun sup, nasi himpit, kuah kacang, sayur lodeh, soto, rendang, lemang dan aneka biskut raya. Kebetulan rezeki lebih, maka abe kie bagi la duit raya kpd anak2 murid di tingkatan 4 dan 5 tu. Kanak2 meme la buleh gak! Oh! Ya... kawan2 masa Sek Men Sains Machang dulu pun ada dtg. Dah 27 thn kami tamat sekolah namun tali silaturahim tu tetap utuh. Foto di atas tu kawan2 sebaya lah tu. Kini kami dah 44 tahun. Tua dah kan? Acara rumah terbuka sebelah tu tamat sebelum Maghrib dan kami mengemas mana yg patut. Tapi tak begitu sebab selepas solat Maghrib tu tetiba ada lagi tetamu dtg! Terpaksa terima lah kan? Tak baik halau orang nak beraya, OK?

Pada raya ke4 dan 5 abe kie dan kak ton kena pi rumah abang ipar di Pasir Mas sebab dia mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Besar tul majlis ni! Tumbang 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing. Letih gak la berulang ke sana selama 2 hari. 

Pada raya ke6 ni abe kie dah mula puasa 6. Sengaja pilih hujung minggu sebab tak nak mengantuk dan keletihan di sekolah. In Shaa Allah segala ibadat kita semasa Ramadan dan Syawal ini akan diterima oleh Allah. Aamiin.

Monday, 3 July 2017

Jenis-Jenis Denda Kepada Murid Di Sekolah


Alam persekolahan penuh dengan pengalaman pahit manis yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Bagi abam kie yang menjadi guru TESL ni memang la banyak pengalaman yang boleh dikongsi. In Shaa Allah dalam entri2 yg akan datang abam kie akan berkongsi pengalaman mendidik murid2 di sekolah2 di KL, Sabah dan Kelantan.

Pada kali ini abam kie ingin menyenaraikan senarai denda yang biasa dijalankan oleh guru2 terhadap anak-anak murid. OK, Hukuman yang pertama ialah berdiri di atas kerusi. Seingat abam kie la, masa di darjah 2 dulu cikgu BI selalu buat kuiz spelling sebelum balik ke rumah. Kalau salah satu, kena berdiri. Kalau salah lagi kena berdiri di atas kerusi, kalau salah kali ke3 kena berdiri di atas meja dan kalau salah lagi kena gantung kat kipas! Hahahaha...lawak je nak gantung ke kipas. Nanti matilah anak orang!

Semasa di sekolah menengah pula ada gak kena denda berjalan itik dengan warden sebab balik awal ke dorm dari kelas prep. Bukannya apa malam tu ada Anugerah Juara Lagu, jadi nak tengoklah siapa yg menang. Kalau denda pumping atau push up tu biasalah juga kena pada era 80an dulu. Biarpun kami ni belajar di SBP tapi nakal tu tetap ada. Jadi setakat pumping tu dah jadi mainan je la. Lewat gi sekolah kena pumping, tengok TV sampai larut malam pun kena, lewat pi solat jemaah lagi la kena!

Pernah juga semasa di form 1 abam kie kena rotan di tapak tangan dengan pembaris kayu panjang kerana tak tutup paip sinki di makmal sains. Nasib tak baik patah dua pembaris kayu tu apabila menyentap tapak tangan abe kie. Kami bukannya tak nak tutup paip tapi x tahu arah mana yg betul untuk tutup paip tu sebab air tiada sokmo. Pusing ke kanan pun x de air. Pusing ke kiri pun x de air! Abis camner?

Hmm...begitulah jenis2 denda yg abam kie pernah terima. Pernah gak kena pelempang dengan warden sebab keluar awal ke kantin waktu rehat! Tapi kami terima je la. Cubalah kalau kami cikgu2 bagi penampar kat anak2 murid skrg! Mesti mak bapak mereka akan saman cikgu, kan?
;