Friday, 30 June 2017

Musim kenduri datang lagi

Friday, June 30, 2017 2

Musim kenduri datang lagi. Biasalah kan? Pada awal Syawal ni ramai ibubapa mengadakan kenduri kahwin untuk anak masing2. Ambil kesempatan bila seisi keluarga berkumpul di rumah dan kampung. Mudah nak tolong-menolong kan? Selamat mengunjungi kenduri kahwin kepada semua rakan blogger sambil meredah kesesakan jalan raya pada hari raya!

Tapi dalam pada itu ada benda2 yang perlu diperingatkan iaitu tolong kawal diri dan elakkan perkara2 berikut, OK?

1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Macamlah kita sempurna sangat.

2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Kawan. Kalau kau nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.

3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, kau ke pengantin?

4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin. Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah mati nanti senang kawan-kawan nak bacakan.

5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke...pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.

6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.

7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa...Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik.

Eh!... Kenduri sepatutnya menjadi suatu majlis yang mengeratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.

Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.

Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.

Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri. Wallahualam...

Friday, 23 June 2017

SEGMEN SAYA NAK KAD RAYA BY NANIENA.COM

Friday, June 23, 2017 4

Assalamualaikum. Esok dah nak raya kan? Tapi kad raya belum diposkan! Kalau pos skrg pun mesti lepas raya baru sampai. Nak pos macam mana kalau kad raya pun tak ada? Jangan khuatir kerana Cik Amanina ada menganjurkan Segmen Saya Nak Kad Raya by Naniena.Com! Apa lagi, terus Abam Kie teruja nak turut serta. Mana tahu ada rezeki pada Raya Puasa kali ini, kan?

Seperti yang menjadi syarat penyertaan ini disertakan ucapan raya dari abam kie. Harap2 cukup kreatif la kan? Aamiin....


moon may come,
moon may go,
when syawal comes,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin

Baiklah, jika kawan2 nak join segmen ini silakan klik banner di atas tu atau boleh je klik di SINI. Good luck and Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, 22 June 2017

Jaga aurat semasa balik kampung

Thursday, June 22, 2017 5

Bagi yg nak balik beraya di kampung, meh baca cerita lama tulisan bekas pengetua, Tuan Haji Abdul Ghani bin Haron dari Kedah ni. Semoga cerita di bawah ini menjadi teladan untuk kita semua muhasabah diri kita. Kita balik beraya di kampung sebab nak menziarahi ibubapa, adik-beradik, saudara-mara dan kampung halaman. Bukannya nak balik mengumpul dosa kerana anak bini kita membuka aurat, OK? Jom baca nukilan Tuan Haji Haron sekarang....

Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yg bersolat jemaah subuh bersama saya, "Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang."

Dia membalas,"Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dah tempah homestay. Mak Lang suruh yang lelaki tidur di homestay, tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar-duai, sepupu, biras."

Cerita balik raya di kampung memang seronok tetapi hakikatnya mudah terpalit dosa jika tidak dirancang. Apa tidaknya, bila beberapa keluarga berhimpun dlm satu rumah, tidur bergelimpang hingga ruang tamu kerana tak cukup bilik, akan berlakulah penampakan aurat ipar, sepupu, biras dsbnya semasa tidur. Keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat.

Paling resah adalah wanita yg kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yg bukan mahram disekelilingnya. Rimas, panas! Ditambah pula beratur di bilik mandi. Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yg tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak. Tetapi wanita yg solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mentua serta ipar. Namun suami yg prihatin dan mentua yg mengambil berat sepatutnya mengambil kira persediaan menyambut kepulangan anak, cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.

Suami yg prihatin sepatutnya mengambil kira untuk tetap menyembunyikan aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam. Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yg betul. Zaman dulu dimana masalah aurat tidak diberi penekanan, hal ini diremehkan. Tetapi pada kita yg sentiasa menjaga aurat, jangan diambil mudah bila beraya bersama ipar duai, sepupu dan biras kerana hukum aurat tidak berubah dlm situasi apa pun. Nak jaga hati emak dan mentua, bukan bermakna boleh main cincai dlm masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur.

Pemisahan lelaki wanita yg bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan. Maka menyedia ruang pemisahan ini wajib atau mengasing dgn menyewa homestay atau hotel, walaupun belanja tinggi tetapi itu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yg lain yg bukan mahram. Bukan sahaja bila balik beraya, bahkan bila berkampung  kerana kenduri kendara. Jangan ambil mudah soal aurat, kasihanilah isteri anda dan anak dara anda, kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya.

Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yg terlihat betis wanita bukan mahramnya,merasa amat berdosa lalu mengasingkan diri ke gua hingga Nabi menemuinya adalah contoh betapa beratnya dosa melihat aurat wanita bukan muhrim (hadis ini dikatakan daif tetapi boleh jadikan teladan). Jangan balik beraya, menggendong dosa.

Jangan peduli sindiran orang yg menyebut, "balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita nak mengelak dari terbuat dosa. Selain itu faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yg boleh menjejas kesihatan.

Kesimpulannya, apa juga yg kita buat, jangan sekadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yg dibuat menjadi kebajikan, apa yg dibuat terelak dari dosa. Bantulah isteri anda dlm memelihara auratnya, bahkan memelihara aurat isteri itu satu kecemburuan yg mandatori dan wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam.

Tuesday, 20 June 2017

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris

Tuesday, June 20, 2017 3

Assalamualaikum. Ramai diantara graduan amat gerun bila menghadiri temuduga badan2 korporat yang dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana atau cukup2 makan je, mereka juga tidak mengetahui teknik dan taktik yang betul untuk menjawab soalan2 yang diajukan oleh panel penemuduga. Fenomena ini selalu membuatkan graduan Bumiputera khasnya merasa bimbang bila nak pergi temuduga. Oleh yang demikian, ramai yang rela bekerja di sektor awam sahaja.

Tapi jangan risau wahai adik2 dan anak2ku. Sekarang Abam Kie akan memberikan sedikit tips bagaimana hendak menjawab soalan2 yang dikemukakan di dalam Bahasa Inggeris. Sila baca dan praktikkannya baik2 ok? Semoga ianya memberikan manfaat. Selamat maju jaya!

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”

PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

* TERIMA KASIH *

Sunday, 18 June 2017

Keputusan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Sunday, June 18, 2017 42

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Alhamdulillah. Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals telah tamat pada Jumaat lepas dimana berjaya menarik 70 penyertaan dari seluruh Malaysia. Terima kasih yng tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan GA ini iaitu para penaja dan peserta. Jadi tanpa melengahkan masa, Abam Kie ingin mengumumkan keputusan GA berkenaan. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan risau kerana Abam Kie dan kawan2 akan menganjurkan GA prepaid pula pada bulan Oktober nanti. In Shaa Allah.

Baiklah. Sila semak blog anda di bawah. Harap2 tersenarai la. Senarai peserta GA ini boleh disemak di SINI. Tahniah dan terima kasih semua!

A. Abam Kie

1. Topup RM5: http://perducinta.blogspot.my/
2. Topup RM5: http://smoochiemallow.blogspot.my/
3. RM10: http://thezafirahnazri.blogspot.my/
4. RM10: http://starlavenderluna.blogspot.my/

B. Ceritera Ibu

5. RM20: http://nonasani.blogspot.my/

C. Shafyqah Azahar

6. RM20: http://adrianafaizul.blogspot.com/

D. Dearies Couple

7. RM10: http://www.maisarahsidi.com/
8. RM10: http://cikash.blogspot.com/

E. Jiakreatifelt

9. Stokin Tangan dan Stokin Silvy: http://norshamimi.blogspot.my/
10. Stokin Tangan dan Stokin Silvy: http://maszull.blogspot.my/

F. Lovely Sunshine

11. RM20: http://akukaudansesuatu.blogspot.my/
12. RM20: http://hanazaty.blogspot.my/
13. RM20: http://missobsesi.blogspot.my/
14. RM20: http://www.herneenazir.my/ [✔]
15. RM20: http://www.kisahsidairy.com/

G. Saghah Cheeky Lady

16. RM20: http://seindahcerita.blogspot.com/ [✔]

H. Sedetik Seketika

17. RM20: http://sweetepalhijau.blogspot.my/

I. Lea Azleeya

18. RM20: http://ape-kinah.blogspot.my/ [✔]

J. Queen Bee

19. RM20: http://nakahime.blogspot.com/

K. irrayyan.com

20. RM10: http://www.suriaamanda.com/
21. RM10: http://seoranggadisss.blogspot.my/

L. Kasihku Amani

22. RM10: http://vitaminwawa.blogspot.my/
23. RM10: http://ombakbergigis.blogspot.my/
24. Preloved Novel: http://puankuci.blogspot.my/
25. Preloved Novel: http://renex89.blogspot.my/

M. Hazrina Halim

26. Selendang Rindu: http://myvoicehana.blogspot.my/
27. Selendang Rindu: http://mama3danish.blogspot.my/

N. Mia Liana

28. RM10: http://blogashalya.blogspot.my/
29. RM10: http://www.linazlina.com/
30. RM10: http://jnjikita.blogspot.my/
31. RM10: http://syeedasaniey.blogspot.my/
32. RM10: http://athibe.blogspot.my/

Alhamdulillah. Daripada 32 orang pemenang, cuma 3 orang yang gagal melaporkan diri pada waktu yang ditetapkan. Oleh sebab itu, Abam Kie telah memilih 3 orang pemenang baharu (URL blog mereka berhuruf tebal). Kepada semua pemenang baharu, anda dikehendaki wassap maklumat di bawah ke no HP Abam Kie iaitu 012-9820100 sebelum jam 6.00 p.m., 23 Jun 2017 [Jumaat]. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan kemenangan anda dibatalkan dan pemenang baharu lain akan dipilih menggantikan anda. Harap maklum.

1. Nama penuh
2. URL blog
3. No HP
4. Jenis telco [bagi pemenang topup]
5. Nama bank dan no akaun simpanan [bagi pemenang wang tunai]
6. Alamat rumah @ pejabat [bagi pemenang barangan]
7. Jenis hadiah yang dimenangi
8. Nama penaja

Akhir sekali Abam Kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

UPDATE!!! SEMUA PEMENANG SUDAH MENERIMA HADIAH MASING-MASING. SEKIAN, TERIMA KASIH.

Friday, 16 June 2017

Salah faham tentang poligami

Friday, June 16, 2017 8
Salah faham tentang poligami

Poligami? Lelaki mana yang mahu berbini dua? Sila angkat tangan! Wanita mana yang rela suaminya bernikah lagi? Sila angkat kaki! Hahahaha... Tabiklah kepada isteri yang rela berkongsi suami. Abam Kie bukannya x nak kahwin lagi. Tapi cukuplah melalui tiga majlis perkahwinan. Tak sanggup lagi nak lalui semua itu dari A to Z. Sudah-sudahlah. Tetapi kepada mereka yang berkemampuan zahir dan batin serta boleh berlaku adil, silakan!

Berikut ini abam kie ingin membetulkan tanggapan yang salah terhadap isu poligami selama ini. Jadi selama ini kita semua ini dimomokkan oleh idea2 yg salah dan dangkal. Meh hayati hakikat sebenar poligami tersebut. Selamat membaca!

1. Ramai org mengatakan bahawa poligami itu merampas suami orang.
*SALAH* :
*Yang BETULNYA* adalah poligami itu memiliki suami secara bersama-sama yang sah menurut syariat agama

2. Ramai org mengatakan bahawa poligami itu mesti diizini isteri tua.
*SALAH* :
*Poligami itu tidak perlu minta izin kepada isteri. Ketika Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Huyay al Akhtab. Rasulullah  memberitahu Aisyah bahwa beliau menikah dgn Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu sekali dan mengatakan: "Ia seorang wanita Yahudi." Dan dijawab oleh Rasulullah: "Janganlah engkau berkata seperti itu, kerana dia telah masuk Islam, dan baik pula keIslamannya."*

3. Ramai org mengatakan bahawa poligami berdosa kerana menyakiti perasaan wanita (membuat cemburu).
*SALAH* :
*Poligami itu suami menggunakan haknya, cuma terkadang isteri iri hati, (bukan salahnya org yg menggunakn hak tp salahnya org yg iri hati). Poligami  menguji keikhlasan dan keredhaan wanita  trhdp ketentuan Allah. Semakin ikhlas maka semakin banyak pahala. Semakin tidak ikhlas apalagi diwujudkan dlm bentuk kemarahan dan perbuatan protes maka semakin bertambah dosa. Kalau masalah cemburu, isteri Rasulullah dan isteri2 Sahabat Rasulullah yg berpoligami kdg juga cemburu satu sama lain. Tetapi ini tidak bererti bahawa Rasulullah dan para Sahabat menyakiti perasaan isteri2nya. Kalau diertikan bahawa cemburu itu menyakiti perasaan isteri, maka tidak mungkin Rasulullah dan para Sahabatnya dijamin masuk syurga oleh Allah. Cemburu adalah wujud tanda cinta isteri kepada suami bukan wujud perlakuan suami menyakiti hati isteri.*

4. Ramai orang yang berpendapat bahawa org yg berpoligami zaman sekarang tidak mampu berbuat adil seperti zaman Nabi.
*SALAH* :
*Yang BETULNYA* adalah bahawa berbuat adil itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun, bila dan di mana sahaja tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Nabi Muhamad tidak boleh berbuat adil dlm poligami maka poligami akan dilarang secara mutlak. Al Quran berlaku sepanjang masa termasuk ayat dibolehkannya poligami.*

5. Ramai orang yang berpendapat bahawa isteri pertama mestilah nendapat layanan istimewa berbanding isteri kedua, ketiga atau keempat.
*SALAH* :
*Perbuatan seperti itu adalah adat org zaman jahiliyyah. Setelah Islam datang maka semua adat itu diubah oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri maka semua isteri (R1, R2, R3, R4) mempunyai kedudukan, hak dan kewajiban yg sama terhadap suami.*

6. Ramai orang kata,  poligami mengambil hak isteri tua.                                              
*SALAH* :                                                   
*Dlm poligami suami  mengambil/memanfaatkn kuota/haknya sendiri, isteri ke 2, 3, dan 4 juga memanfaatkn haknya sendiri pula. Isteri pertama jika menghalangi, mencegah suami atau isteri 2, 3 dan 4 itulah  orang yg menghalangi hak 4 org dan sebaliknya.*

7. Ramai orang kata, zaman sekarang poligami hanya menuruti hawa nafsu.          
*SALAH* :                                                
*Berpoligami itu mengawal hawa nafsu dr perbuatan haram/tercela dan berdosa agar menjadi perbuatan halal/terpuji dan berpahala.*

8. Ramai org kata, kalau mahu berpoligami ala Rasulullah, carilah wanita janda yg tidak laku.                                                   
*SALAH* :                                                    
*Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda, bahkan menganjurkan  memilih gadis, yg sesuai dengan selera sehingga diperbolehkan melihat calon isteri terlebih dulu.*

9. Ramai org kata, poligami hanya membuatkan masalah.                   
*SALAH* :                                                           
*Poligami mengatasi masalah suami agar lebih baik mengendalikan pandangan dan jalan penyelesaian, dan mengatasi masalah wanita yg memerlukan perhatian, penjagaan, pendidikan, nafkah, dsb.*

*CATATAN ;*
*- Untuk tambah pengetahuan*

Kalau berani, sila tinggalkan komen di bawah ini, ye? terima kasih sebab sudi membaca sampai habis. 

Wednesday, 14 June 2017

10 Cara Mengurangkan Dengkuran

Wednesday, June 14, 2017 8
10 Cara Mengurangkan Dengkuran

Tabiat tidur berdengkur sering membuat orang lain terganggu. Suara keras yang dikeluarkan semasa tidur menjadikan orang yang berada dekat si pendengkur, menjadi sukar memejamkan mata untuk berehat. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan berdengkur? Bagaimana cara mengatasinya? Pertanyaan ini mungkin sering terlontar di benak anda. Berikut perbahasan mengenai berdengkur, mulai dari punca dan cara mengatasinya. Berdasarkan proses metabolisme tubuh, seseorang menarik dan mengeluarkan nafas melalui hidung sebanyak 28 ribu kali setiap harinya. Hal ini kerana adanya lima sensor berupa saraf yang terus bersambung dengan otak. Fungsi dari setiap saraf ini berbeza, seperti menapis, menambah kelembapan, menghangatkan, mengurangkan kelembapan, dan menghidu udara yang masuk ke saluran pernafasan. Apabila seseorang berdengkur, udara yang masuk melalui hidung dan mulut menjadi terhalang kerana adanya penyempitan saluran udara. Halangan jalan udara tersebut akan membentuk bunyi yang keras, ketika rangkaian dalam saluran udara itu bergetar akibat udara yang masuk.

Penyebab yang biasanya membuat rangkaian ini bergetar dipengaruhi oleh beberapa faktor. Seperti masalah pada hidung, sinus, radang amandel, berat badan berlebihan, pengambilan alkohol, faktor usia dan posisi tidur. Biasanya, permasalahan tidur berdengkur lebih banyak dialami oleh kaum lelaki kerana kuantiti lemak pada kaum lelaki terkumpul di bahagian dada dan leher yang menyebabkan penyempitan saluran udara. Individu yang memiliki lingkaran leher berukuran 40 cm atau lebih akan lebih cenderung untuk tidur berdengkur. Sedangkan perbandingan berdengkur berdasarkan jantina ialah 80% untuk lelaki dan 20% kaum wanita. Bagi anda yang mengalami tidur berdengkur, jangan bimbang. Ada cara untuk menghilangkan dengkur semasa tidur. Berikut Abam Kie kongsikan 10 cara mengatasi tidur berdengkur.

1.
Ubah posisi tidur


Posisi tidur yang salah akan menyebabkan anda berdengkur. Biasanya bunyi dengkuran akan terdengar saat tidur dengan posisi terlentang. Hal ini mengakibatkan lidah tertarik ke belakang dan aliran udara mengalami penyempitan. Dengkuran terjadi ketika langit-langit rongga mulut, tekak, lidah, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan satu sama lain dan menimbulkan getaran semasa tidur. Oleh itu, cuba ubah posisi tidur anda dengan cara tidur mengiring.

Bila perlu, gunakan bantuan bola tenis yang diletakkan di belakang anda semasa tidur mengiring. Jika anda cuba untuk terlentang, bola tenis itu akan menghalang anda daripada berbuat demikian!

2. Angkat kedudukan kepala anda semasa tidur
 

Kedudukan kepala semasa tidur akan mengakibatkan anda berdengkur. Kebanyakan orang berdengkur kerana kedudukan kepala mereka yang terletak jauh ke belakang dari letak bantal. Oleh yang demikian, cuba gunakan bantal tambahan untuk menyokong kepala. Usahakan kedudukan kepala anda 4 inci atau lebih daripada kedudukan biasanya. Keadaan ini akan membantu anda untuk membuka halangan di bahagian kerongkong. Tidur anda akan terasa selesa tanpa gangguan dengkur.
 

3. Bersihkan sinus anda 

Sebelum tidur, bersihkan bahagian sinus di hidung anda kerana bila berlaku 'kesesakan' aliran udara di bahagian sinus ia menjadi punca utama timbulnya dengkuran semasa tidur. Cuba keluarkan kotoran yang ada di hidung dengan cara mengeluarkan udara yang keras dari hidung.
    

4. Gunakan kawalan udara dalam bilik

Udara yang kering sering memburukkan lagi dengkuran. Oleh itu, satu cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan kawalan udara di dalam bilik. Cara ini akan membuatkan bilik tidur anda mempunyai wap air yang bagus dan cukup bagi peredaran pernafasan. Selain itu, cara ini dapat menjaga udara kering dari mengakibatkan iritasi di rongga hidung anda.
  
5. Hirup wap air sebelum tidur
 

Menghirup wap air sebelum tidur dapat membantu membersihkan rongga hidung agar anda boleh bernafas dengan lancar dan selesa. Sebelum tidur, cuba basahkan tuala dengan air hangat dan hirup wap tersebut. Lakukannya selama 10 minit. Cara ini akan menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat dan menghalau udara kering yang masuk ke rongga hidung.
   

6. Senaman tekak 

Sebelum tidur, lakukan senaman tekak untuk menghilangkan dengkuran semasa tidur dengan cara membuka mulut anda selebar mungkin dan meregangkan rahang ke satu sisi, iaitu dengan memegang rahang tersebut selama 30 saat. Ulangi cara itu pada rahang lain. 

Kemudian julurkan lidah sejauh yang anda boleh. Cara senaman tekak dan lidah ini akan membantu melonggarkan otot tekak anda.
 

7. Cuba menyanyi 

Mempunyai hobi menyanyi boleh membantu anda terhindar daripada masalah berdengkur. Cuba anda cari lagu yang mempunyai banyak nada tinggi dan dendangkan. Walaupun cara ini mungkin mengganggu orang lain yang mendengar suara nyanyian anda yang tak merdu, namun dengan bernyanyi akan membantu mengendurkan otot tekak anda.
   

8. Turunkan berat badan

Faktor utama yang menyebabkan orang tidur berdengkur adalah berat badan yang berlebihan. Orang yang bertubuh gemuk dan berperut boroi seperti Abam Kie lebih cenderung untuk berdengkur berbanding orang yang memiliki tubuh kurus. Badan gemuk boleh mengakibatkan adanya lambakan lemak dan penyempitan pembuluh darah.Oleh itu, cubalah turunkan berat badan anda dengan cara diet dan bersenam secara teratur. Apabila berat badan anda sudah berkurang, rasakan perbezaan besar dalam tidur anda dan ucapkan selamat tinggal pada ngorok.
 

9. Kawal pemakanan anda

Rasa lapar biasanya datang tanpa diduga. Kekadang tu anda merasa lapar ketika mahu tidur. Cuba anda tetapkan waktu makan. Jika tinggal beberapa jam lagi sebelum tidur, seeloknya anda menghabiskan makanan 'berat' yang mengandungi banyak lemak dan karbohidrat.

Elakkan pula minum produk susu sebelum tidur kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran lendir dalam mulut anda.

10.
Elakkan alkohol dan ubat penenang 


Alkohol dan ubat penenang merupakan salah satu penyebab utama dengkur. Ubat penenang dan alkohol dos rendah boleh menekan saluran pernafasan dan mengganggu kelonggaran otot. Cuba elakkan alkohol dan ubat penenang. Selain badan menjadi sihat, anda juga terhindar dari tidur berdengkur. 

Cara-cara yang dihuraikan di atas sangatlah mudah dilakukan. Selain itu, anda tidak perlu mengeluarkan dana untuk melakukan itu semua. Tidur yang selesa dan nyenyak tanpa gangguan dengkuran merupakan keinginan semua orang. Jadi soalan abam kie: adakah pasangan anda berdengkur dan bagaimana anda menangani masalah ini? 

Semoga tips yang abam kie kongsikan ini dapat membantu kawan2 dalam menikmati tidur yang nyenyak dan secukupnya sehingga azan Subuh. In Shaa Allah.
 

Monday, 12 June 2017

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya

Monday, June 12, 2017 12

Assalamualaikum. Abam Kie dapat tahu yang Cik Ash juga ada menganjurkan GA daripada Mialiana kerana dia menaja GA kami berdua. Sambil2 kita tawarkan duit raya kat orang lain, teringin juga nak dapatkan duit raya gak! Manalah tahu ada rezeki tahun ni. Kali terakhir abam kie dapat duit raya masa sekolah menengah dulu. 

GA Cik Ash ni berlangsung selama sebulan. Jadi sempat la untuk kawan2 join kan? Kalau x ada idea nak pos entri boleh la pos entri GA ini. Baiklah, jika kawan2 nak join GA ini, sila klik banner di atas atau klik saja di SINI

Selamat maju jaya kepada kita semua. Aamiin. 

Friday, 9 June 2017

Jom jadi ejen top up!

Friday, June 09, 2017 1

 PROMOSI DAFTAR AGEN TOPUP DAN BIL 
.
Topup Digi RM10, untung 47 sen ⚡
Topup Maxis RM10, untung 40 sen ⚡
Topup Celcom RM10, untung 48 sen ⚡
Topup Umobile RM10, untung 70 sen ⚡
Topup Tunetalk RM10, untung 65 sen ⚡
.
 Pendaftaran termurah.
 E-reload mudah, hanya guna H/P.
 Topup pantas, berfungsi 24-jam.
 Kadar untung / jimat yang tinggi.
 Untung 'real-time' (serta-merta).
 Jual boleh, kegunaan sendiri pun boleh.
 Boleh bayar bil postpaid dan utiliti terpilih.
 Boleh daftarkan agen topup baru sendiri.
Tiada yuran tahunan atau bulanan.
 Modal sangat fleksible.
 Tiada syarat atau had umur.
 Tak perlu ada premis / kedai.
 Tak perlu maintain jualan.
 Tak perlu ada akaun bank.
 Tak perlu simpan stok kad reload.
 Bukan skim cepat kaya.
 Whatsapp group disediakan.

Yuran penyertaan yang rendah menerusi 4 pakej iaitu RM10, RM7, RM4 dan RM1. Pilih mana yang mampu. Takkan la yuran penyertaan RM1 x mampu bayar kot? Anda x rugi apa2. Malahan akan dapat penjimatan dalam pembelian topup dan komisen tajaan downline.

Mari menjana keuntungan mudah di hujung jari sambil bersosial secara sihat. Offer jimat lagi hebat ! :)
.
 Untuk respon serta-merta, Whatsapp "ATTOPUP" ke 0129820100 (Abam Kie). Nanti abam kie akan terangkan dari A sampai Z.

SEKIAN. TERIMA KASIH.

Wednesday, 7 June 2017

Sakit hati dengan telemarketer

Wednesday, June 07, 2017 11

Assalamualaikum. Kawan2 pernah ke menerima panggilan tak diundang drp telemarketer yang ingin menjual produk syarikat mereka? Tentu pernah kan? Bila kita mendaftar untuk perkhidmatan bank, telekomunikasi, insuran dan sebagainya, secara langsung data peribadi kita seperti no telefon akan dijual kepada pihak2 ketiga untuk menjual produk mereka kepada kita. Biarpun sudah ada akta perlindungan data peribadi namun data peribadi kita masih dijual kepada pihak2 yg tidak bertanggungjawab ini oleh pihak bank contohnya. 

Kalau 10 tahun dulu memang telemarketers ini bermaharajalela menelefon kita golongan pertengahan. Mana mungkin mereka menelefon penduduk kampung yang bertani dan menoreh getah kan? Mana la mereka mampu nak beli insuran atau holiday card tu kan? 

Baiklah, sekarang ni abe kie mahu menceritakan pengalaman abam kie diganggu oleh telemarketer perempuan. Pada satu hari dia ada call abe kie. Masa tu abe kie tengah makan jadi dia minta nak telefon balik. Keesokan harinya dia call lagi masa abam kie tengah menanda kertas jawapan pelajar2. Abe Kie kata saya tengah sibuk ni tapi dia berkeras nak promosi takafulnya tu. Abe Kie dah dapat agak pun apa benda yg dia nak jual. Dia mendakwa abe kie ni pelanggan bertuah dari bank XXX jadi dia ada produk takaful nak jual. Tapi setahu abam kie bank xxx tu x de jual produk takaful pun?

Lalu abe kie bagi alasan abe kie dah beli produk takaful untuk seluruh keluarga jadi kami x ada bajet untuk membeli takaful kedua. Tapi minah tu berkeras nak promosi takaful tu. Nak kena dia nih! Lalu abe kie pasang speaker HP dan kasi dia cakap sorang. Abe kie buat diam je. Tak kata apa-apa. Selepas dua minat bercakap dia perasan yang abe kie tak bagi response. Siap dia panggil nama abe kie. Saja je nak dengar suara dia merayu. Hehehehe. Pas tu terus abe kie tutup HP. Baru padan muka!

Tak lama kemudian dia call balik tapi abe kie cuma accept call tu tapi x bercakap pun dengan dia. Last2 dia menyerah kalah. Abe Kie pulak 'block' no pejabat telemarketing tu. Bila abe kie pos status di FB tentang kejadiah ni, kawan blogger iaitu Yeop Mazz menyuruh abe kie download apps 'True Caller' di Play Store sebab ia boleh mengesan identiti pemanggil tu. Bila abe kie download dan install apps tu ternyata no telemarketer tu dari Alliance Insurance dan CIMB Insurance? Terkejut seketika. Now I know.

Jadi kawan2 bila dapat panggilan daripada telemarketer macam tu ada baiknya jawab dan bagitahu yang kawan2 tengah mandi ke apa. Atau pun kata saya tengah gali kubur ni untuk awak. Huh....kita tunggu apa dia jawab. Ada bran? 

Monday, 5 June 2017

Senarai Peserta Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Monday, June 05, 2017 29

Assalamualaikum kawan2 yang dihormati sekalian. Alhamdulillah GA yang Abam Kie anjurkan tanggal 2 Jun 2017 mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakan2 blogger yg cantik dan kacak. Terima kasih banyak2 sbb sudi menyertai GA Abam Kie yg sedang2 aje ni. Tak lupa kepada 14 orang rakan blogger yang sudi menaja hadiah sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan.

Kepada sesiapa yang belum menyertai GA yg memang gempak ni sila klik di SINI. Jangan kata abam tak payung!

Berikut Abam Kie senaraikan peserta2 yang telah menyahut cabaran Abam Kie pada awal bulan Ramadan ini. Sila semak URL penyertaan anda. Jika ada kesilapan atau tertinggal, sila maklumkan kepada Abam Kie dgn segera. Orait?

Sambil2 tu boleh la blogwalk dan follow blog peserta2 yg lain untuk merapatkan tali silaturrahim. Aamiin.

1. http://perducinta.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
2. http://akukaudansesuatu.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
3. http://fws00blog.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
4. http://belogsjm.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
5. http://aimanziyad.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
6. http://maszull.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html 
7. http://sfilzahtulhr.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
8. http://hanazaty.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
9. http://msvelentine.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
10. http://sweetepalhijau.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

11. http://inibelogantynid.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
12. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
13. http://umifuzy.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
14. http://www.suriaamanda.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
15. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
16. http://nakahime.blogspot.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
Delete17. http://queensyanis.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
18. http://norshamimi.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
19. http://ape-kinah.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
20. http://mama3danish.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

21. http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
22. http://ombakbergigis.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
23. http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
24. http://missobsesi.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
25. http://mummysupplementshop.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
26. http://nonasani.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
27. http://sukasukasurirumah.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
28. http://www.kasihjuju.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
29. https://farhannajafri.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
30. http://seindahcerita.blogspot.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

31. http://blogashalya.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
32. http://adrianafaizul.blogspot.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
33. http://themaiman.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
34. http://herneenazir.com/2017/06/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals/
35. http://www.linazlina.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
36. http://kanvasdakwat.blogspot.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
37. http://www.kisahsidairy.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
38. http://www.blogaqiem.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
39. http://www.miminadam.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
40. http://razanahanis.blogspot.my/2017/06/random-duit-raya-giveaway-by-abam-kie.html

41. http://www.akifimtiyaz.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
42. http://the-fadedd.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
43. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
44. http://starlavenderluna.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
45. http://jnjikita.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
46. http://puankuci.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
47. http://norminieza.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
48. http://renex89.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
49. http://fatinun.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
50. http://letsliveourlive.blogspot.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

51. http://happinessin-me.blogspot.my/2017/06/giveaway-duit-raya-giveaway-by-abam-kie.html
52. http://penselduabee.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
53. http://qasehqudwah.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
54. http://madey09.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
55. https://cikash.blogspot.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
56. http://seoranggadisss.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
57. http://kieyrah97.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
58. http://www.syuhadasalleh.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
59. http://www.maisarahsidi.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.htm
60. http://www.opzzpinky.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html

61. http://syeedasaniey.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
62. http://www.sayidahnapisah.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
63. https://kisahceritahuda.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
64. http://www.tengkubutang.com/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
65. https://athibe.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
66. http://elsaalicious.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
67. https://hanyadihatiku.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
68. http://vitaminwawa.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
69. https://myvoicehana.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html
70. http://smoochiemallow.blogspot.my/2017/06/duit-raya-giveaway-by-abam-kie-and-pals.html


MUNGKIN ANDA!

Friday, 2 June 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Friday, June 02, 2017 81

SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Topup RM5 untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari! 

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* Afdilah Ceritera Ibu
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut.

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble 
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com

4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML di bawah:


6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja.

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.