Assalamualaikum. Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan bakal menjelma tidak lama lagi. Jadi seperti tahun2 sebelumnya abam kie akan memberikan sedikit ganjaran kepada lima orang pengomen terbanyak di blog abam kie pada setiap 1 Ramadan. Pada tahun ini mereka bakal menerima sekeping kad raya dan 'key chain' daripada abam kie. Ganjaran ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih diatas kesudian kalian meninggalkan komen di bawah entri2 blog ini. Tanpa sokongan rakan2 yg tidak putus2 mengunjungi dan menulis komen di sini mungkin blog abam kie sudah lama terkubur. 

Jadi dalam baki bulan Syaaban yg masih tinggal ini teruskan meninggalkan komen di blog ini. Siapa tahu anda mungkin menjadi lima pengomen terbanyak itu? Keputusan cabaran pengomen tegar blog abam kie ini akan diumumkan pada 3 Ramadan 1438H bersamaan dengan 29 Mei 2017 iaitu hari ulangtahun ke 44 pemergian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke alam baqa. Sukacita dimaklumkan abam kie dilahirkan 10 hari sebelum pemergian arwah. Al-Fatihah.