Saturday, 31 December 2016

Cikgu Dulu Cikgu Sekarang

Saturday, December 31, 2016 6

Terlalu byk beza cikgu dulu dan cikgu sekarang;

1) Cikgu dulu dihormati tapi cikgu sekarang ditakuti oleh anak murid.

2) Cikgu dulu panggil anak murid dgn murid 2 semua tapi cikgu sekarang panggil anak murid awak semua mcm kawan2 ofis aje.

3) Cikgu dulu motivate anak murid yg lemah tapi cikgu sekarang grading terus, tak boleh membaca masuk kelas akhir @ tempat duduk dlm kelas belakang sekali.

4) Cikgu dulu cari rezeki dgn mengajar saja tapi cikgu sekarang byk commitment luar sampai nama anak murid pun tak ingat

5) Cikgu dulu merupakan ibubapa juga @ tempat rujuk tapi cikgu sekarang habis sekolah habis cerita le

6) Dulu, anak murid bebas pilih tempat duduk, sekarang cikgu tetapkan duduk sebelah lelaki, alasan mudah supaya murid senyap tapi dari pespektif Islam mana boleh lelaki perempuan duduk sebelah menyebelah.

Itulah pengalaman saya dlm situasi pembelajaran anak sekarang.

Friday, 30 December 2016

Cara kencing yang betul di dalam Islam

Friday, December 30, 2016 5

Membuang air kecil atau kencing adalah satu keperluan bagi setiap manusia. Kencing merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang patut kita syukuri. Bayangkan kalau kita menahan kencing? Pasti rasa kurang menyenangkan. Bila dilepaskan, fuh! Satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.. hehehe..

Cara kencing yang betul ialah mengikut cara Sunnah Nabi SAW. Semasa kencing, kita perlu mengikut adab yang telah digariskan dalam Islam kerana kebanyakan manusia mendapat azab kubur hanya akibat kencingnya tidak sempurna (percikan air kencing kena pada pakaian). Sebagaimana sabda Rasullullah SAW :

“Sucikanlah dirimu dari air kencing, kerana sesungguhnya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya”. (Hadits Riwayat Ad-Daruquthni)

Cara kencing yang betul ialah

1. Mencangkung sambil menutup kepala. Syaitan akan kencing di atas kepala yang tidak ditutup.

2. Punggung pula duduk di atas kaki kanan. Tarik seluar atau kain hingga ke paras bawah lutut.

3. Tangan kiri anda menekan sedikit di perut. Tangan kanan digunakan untuk tutup kepala. Sila rujuk gambar di bawah.


Tandas yang berbentuk bowl (mangkuk tandas) TIDAK digalakkan pasang di rumah kerana ianya amat sukar digunakan jika mencangkung. Pernah terjadi kes mangkuk tandas pecah selepas seorang perempuan duduk di atasnya ketika hendak membuang air sehingga menyebabkan kecederaan yang serius.

 

Tidak dibenarkan kencing sambil berdiri kerana dikhuatiri percikan air kencing terkena pada pakaian sehingga tidak sah solat. Selepas air kencing berjaya dibuang, picit-picit sikit kemaluan tu sambil goyang-goyang sikit badan sambil berdehem tiga kali supaya sisa-sisa air kencing dapat dikeluarkan sepenuhnya. Barulah masalah kencing tak tos dapat diatasi.

Selepas itu, basuh kemaluan dengan air mutlak yang mengalir. Kemudian, keringkan dengan tisu. Akhir sekali sila flush dengan senang hati tanpa rasa bersalah :)

Kepada blogger wanita, sila kongsi entri ini dengan suami masing-masing, OK? Tak payah malu-malu sebab ini fardhu ain. Kepada yg lelaki pulak, sila amalkan cara kencing yg mengikut sunnah ini. Ada apa nak tambah tak? Kalau ada sila tuliskan pendapat kawan2 di ruangan komen di bawah, orait? Sekian. Terima kasih

Wednesday, 28 December 2016

Pre ESL Night 1993 - Down Memory Lane

Wednesday, December 28, 2016 10


    I played the role of TESL Man in the sketch entitled 'The Superhero Gallery'

Pre-ESL Night is a show which consists of plays, sketches, songs, dance musicals and poem recitation. The show was organized and presented by the final year students of Pre ESL Matriculation in the University of Malaya. They organized the show because it was part of the coursework. The show took place on 19 February 1993 at the Experimental Theatre, University of Malaya.

The Pre ESL Night started off with a sketch entitled 'Tale from the other side of the brain'. This event probably took place in a mental hospital whereby the actors and actresses who acted as mental patients appeared on stage and portrayed their weird behaviour and insanity. Next, a group of boys sang a song entitled 'It's so hard to say goodbye to yesterday' by Boyz II Men. The third item was a play entitled '3 a.m. Eternal' featuring a doctor who was willing to go to the extent of murder just to obtain eternal life.

Later in the evening, Miss EvaFira Fiza, one of the students rendered a solo song entitled 'Old Friend'. She sang without any background music. Bravo! Then, the third musical entitled 'Adam's Eve (East vs West)'. In this musical show, easterners and westerners tried to outclass each other by showing off their various dances in a night club. However, after trying to outdo each other, they finally came to a compromise and then danced together.

I was naive then but managed to give my best in acting and later obtained an A for Theatre Arts paper.

After that, two sketches were presented, one entitled 'The Superhero Gallery' and the second one 'Lembah Pantai 59100'. The first sketch saw a student writing an essay on ways to solve social illnesses. This student was helped and guided by three superheroes. The other sketch saw students dancing in tune with the song 'An Uptown Girl' by Billy Joel.

Students showed off their talents by reciting a poem taken from a famous play by Shakespeare. Last but not least, four groups of girls, representing the four seasons came onto stage and sang a song entitled 'Girls For All Seasons'. For the second time, all students came out on stage and danced before the show was over.

 Feeling satisfied for job well done! Wearing shorts was our lecturer, Encik Jamaluddin.

In conclusion, the Pre ESL Night was a success. The events, sketches, plays, musicals went along fine as planned. In my opinion, there is still room for much improvement. The students' acting needs more brushing up and a little more life. They should also throw their voices towards the audience, speak clearly and full of expression. Sad to say, some of the sketches contained little meaning. However, I do not have much to complain about the musicals that were presented. The singers were picked with great care, I think. Miss Eva, for example, showed some potential in singing and with a little bit more practice, she would pass a singer. The poem reciting was okay. Unfortunately, they too lacked practice. All in all, it was a night to remember and with more practice and effort, it would have turned out perfect, as we all know, practice makes perfect.

P.S. I screened the video of Pre ESL Night to my Form 4 Science 2 students while undergoing my teaching practice at SMK Vivekenanda, Brickfields, KL in mid 1996 and then asked them to write a review of the video. The above review was written by the best student in that class named Julie Tan.    

Monday, 26 December 2016

Melanggan Saluran Astro Boo

Monday, December 26, 2016 9
Melanggan Saluran Astro Boo
Astro Boo Channel 404

Baru-baru ini Astro memperkenalkan ‘Boo’, Destinasi Seram Asia, yang bakal menyaksikan perkara-perkara yang paling mengerikan, menakutkan dan cukup memualkan serta luar dari imaginasi ke skrin televisyen rumah kita!

Jika kwn2 merasakan kegerunan dan keganasan mampu menggegarkan dunia, maka Boo merupakan destinasi terbaik untuk kwn2 menikmati program-program Asia yang cukup mengerikan dan mendebarkan ini melalui saluran 404 berdefinisi tinggi.

Jadi pada awal cuti sekolah yang lalu, abam kie melanggan saluran 404 ini. Boleh dilanggani melalui saluran 200 atau telefon je ASTRO minta mereka aktifkan saluran Boo ini. Seronok juga menonton filem2 seram ni pada siang hari. Kalau malam hari tu baik tengok dengan keluarga atau kawan2 la jawabnya. Kebetulan anak2 abam kie juga meminati cerita seram dan thriller jadi kami selalu menonton bersama.

Antara filem yang akan menghantui senarai Boo termasuklah psiko-thriller, komedi seram, aksi-seram dan banyak lagi termasuklah tayangan filem baharu pada setiap Jumaat.

Sewaktu majlis pelancarannya, Boo turut menyiarkan selingan video eksklusif filem-filem menggerunkan dari Thailand, “Grace” yang mengisahkan seorang bekas idola Internet dan peminat nombor satunya serta percubaan mereka menculik idola Internet generasi kini; legenda urban "The Little Girl In Red" dari Taiwan, “The Tag-Along”; kisah penuh berhantu “Ghost Sense” yang juga dari Thailand; dan sebuah filem paranormal Indonesia, “Misterius”.

Boo akan juga menghantui penonton menerusi filem-filem klasik Thailand dan Jepun, “Nangnak” dan “Shutter”, "JU ON: White Ghost & Black Ghost", "Battle Royale” dan judul-judul popular tempatan seperti “Jangan Pandang Belakang Boleh?”, “Kami Histeria”, "Nasi Tangas", “Hantu Tok Mudim” dan “Spicy Killers”.

Dengan semua judul filem boleh didapati di On Demand, pelanggan Astro digalakkan menyambung sambungan PVR mereka kepada Internet untuk mengakses filem-filem Boo mengikut keselesaan mereka ataupun menontonnya di aplikasi Astro on The Go, sebagai tambahan kepada tontonan di layar TV menerusi saluran 404 dengan kadar langganan bulanan sebanyak RM 6.35 (termasuk GST), mulai 31 Oktober 2016.

Jom kita tengok cerita seram pada malam ini!

Saturday, 24 December 2016

New Year Giveaway by MF

Saturday, December 24, 2016 12

Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.
Jadi Abam Kie join la juga. Mana tahu dapat hadiah yang menarik tu!
Jika x dpt hadiah, dapat la tambah follower blog kan?
Please wish me all the best.
Thank you. 


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan dikemaskini dari masa ke semasa*

Friday, 23 December 2016

Cuti-Cuti Malaysia Ke Dungun

Friday, December 23, 2016 8
Keropok Sri Sura, Dungun, Terengganu
Bercanda di Pantai Sura, Dungun, Terengganu

Pada cuti Maulidurrasul tempohari, abam kie dan keluarga bercuti ke Dungun, Terengganu. Tujuan utama kami ke sana ialah untuk menziarahi cucu saudara yang baru lahir. Anak saudara abam kie, Zaim mendapat cahayamata perempuan. Alhamdulillah dan tahniah. Kini abam kie dah ada 4 orang cucu saudara. Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 8.30 pagi dan sampai di rumah kak long 3 jam kemudian. 

Setibanya kami di sana terus kak long mengajak kami makan tengahari sebab masa sarapan tadi kami makan sikit saja. Berselera betul makan masakan kampung hasil air tangan kak long. Memang masakan kakak2 abam kie sedap2 belaka biar pun dimasak secara mudah saja. 

Selepas solat Asar kami bergerak ke rumah besan kak long yang cuma 5 minit perjalanan. Anak saudara abam kie ni mirip dengan muka bapanya. Biasalah kan, anak perempuan mirip dgn bapanya. Selepas itu kami bersiar-siar di Pantai Sura yg terletak 1km dari rumah kak long di Jalan Kenanga. Sempatlah kami snap beberapa keping gambar sebelum waktu Maghrib masuk.

Keropok Sri Sura, Dungun, Terengganu
Kilang Keropok Sri Sura

Sebelum bertolak balik pada keesokan harinya, kak long membawa kami ke kilang keropok Sri Sura. Di sini ada menjual keropok, satar, popia, aneka sos, kerepek, kuih sejuk beku dan sebagainya. Bahgian depan dijadikan kedai manakala di bahagian belakang itu dijadikan kilang. Ramai juga pelancong tempatan yang membeli-belah di sini. Abam Kie dan Kak Ton borong semahu-mahunya untuk dimakan sendiri dan diberikan kepada kaum keluarga.

Lebuhraya Pantai Timur 2
Lebuhraya Pantai Timur 2

Seperti juga masa datang ke Dungun, kami mengambil LPT2 supaya lekas sampai. Dari Dungun kami masuk ke LPT2 sejauh 100km dan keluar di Kampung Gemuruh. Bayaran tol cuma RM10.50. Memang boleh pecut di sini sebab kenderaan pun sikit. Bila masuk ke jalan biasa terpaksa la bawak 60-80km sejam je. Perjalanan pulang mengambil masa 3 jam je termasuk 1 jam di LPT2. 

Jadi tamat sudah percutian abam kie pada tahun 2016 ni. In Shaa Allah jika panjang umur dan dimurahkan rezeki, kami sekeluarga akan bercuti ke negeri lain pula pada tahun hadapan. Aamiin.

Wednesday, 21 December 2016

Update Your Blogger and Google+ Profiles Now!

Wednesday, December 21, 2016 11

Assalamualaikum. Kadang-kala kita mendapat follower baharu yang tidak meninggalkan jejak sama ada di kotak komen atau cbox. Mereka ni macam pelawat touch n go aje. Memang sukar nak follow back namun abam kie ada beberapa tips untuk menjejaki mereka. Jom baca entri ini sampai habis. 

Pertama sekali, abam kie cari username dia di Google+. Pastikan avatar dia sama dgn avatar di widget follower kita tu. Kadang-kala tu nama yg popular seperti Nadia ada sampai beratus2 user name mcm tu di G+. Jadi kena padankan user name dan avatar tu. 

Jika follower tu masih belum guna profile G+, cuba search di Google. Kalau nama dia "Saidatul Nadia", cuba taip "Saidatul Nadia blogger". Kalau nasib baik pasti jumpa profile blogger dia.



Contoh profile blogger yang lengkap dengan URL blog.

Jadi pada kesempatan ini, abam kie ingin menyeru kepada semua blogger untuk mengemaskini maklumat masing-masing sama ada anda masih menggunakan profile blogger atau Google+. Pastikan URL blog anda terpapar di profile tu.


Contoh profile Google+ yang lengkap dengan URL blog dan sebagainya

Akhir kalam, abam kie ingin menyeru kpd semua blogger utk melengkapkan profile blogger atau Google+ anda bagi memudahkan tuan rumah yg baik hati mcm abam kie ni nak follow back blog anda. Jangan kata abam tak sudi nak follow back jika anda x reti2 nak tinggalkan jejak atau kemaskini maklumat di profile blogger dan Google+, OK?

Abam Kie cadangkan kwn2 kasi alert kpd tuan blog jika kwn2 dah follow blog mrka. Yang selalu abam kie buat ialah menulis komen di entri terkini mereka. Lepas tu di bawah sekali siap tulis nota mcm ni:

P.S. Blog awak memang menakjubkan jadi Abam Kie jadi follower no 123 ya? 

Hmm... kalau dia tu jenis yg mesra alam dan reti bahasa pasti dia akan follow back esp jika dia set blog dia tu kpd 'comment moderation'. Kalau dia x reti2 nak follow back jgn risau. Selepas 1 bulan abam kie unfollow je blog yg tuannya x peramah dan selfish tu. As easy as ABC, right?

Baiklah, hanya setakat ini sahaja perkongsian pintar daripada abam kie. Semoga tips yg diberikan ini bermanfaat. Sekian, terima kasih. 😇

Monday, 19 December 2016

Menyertai perniagaan OG1Asean

Monday, December 19, 2016 5

Assalamualaikum. Entri pada hari ini berkaitan dengan OG1Asean. Bisnes ini abam kie cuma menjadi ahli saja. Dan secara separuh masa saja dan bukanlah terlampau serius. Ini kerana banyak lagi komitmen yang lain yang lebih tertumpu.

Di sini abam kie nak kongsikan peluang biz Og1asean yang pulangannya amat menguntungkan. Untungnya dari segi point value (PV) sehingga 76% -116% mengikut kepada pakej yang kita pilih.

Seterusnya adalah rebat point yang diterima adalah setiap 7 hari. Maknanya di sini sebulan kita akan memperoleh 4 kali. Setiap minggu lebih kurang jam 6.00 hingga 7.30 pagi, point akan dikreditkan masuk tanpa sedikit pun tercicir. Dan kemasukan point tersebut terbahagi kepada dua. Di dalam dashboard terdapat 4 point, iaitu:-

a. Point Value
b. Point Pairing
c. Point Sponsor
d. Redeem Point Available

Point akan dikreditkan setiap 7 hari, 70% dimasukkan ke dalam Redeem Point Available dan 30% dikreditkan ke dalam Point Value. Point value adalah point yang boleh membayar segala bil ataupun topup. Juga boleh jual point kepada ahli untuk mendapat wang ringgit. Manakala di Redeem Point pula kita boleh jual ataupun withdraw kepada syarikat. Ini mengambil masa 3 - 5 hari bekerja dan dicaj 5% untuk mendarat ke dalam akaun kita. Itupun kalau kita mahu mendapatkan wang ringgit semula.

Yang bagusnya rebat yang diterima adalah syarikat sudah pecah siap-siap. 30% membayar bil manakala 70% withdraw ke bank. Apabila rebat point telah terima dan menunggu sehingga sebulan, terus saja abam kie membayar bill Astro dan juga bil air Kelate. Yang bagusnya Og1Asean ini ada perkhidmatan membayar bil air. Majoriti setiap negeri ada bil air dari Og1Asean. Dan pembayaran pula tidak ditetapkan amaunnya. Contoh jika kita klik pay, selalunya akan naik amaun tetap seperti RM30, RM40, genap sehinggalah maksimum dan angka belakang mesti kosong. Tapi di Og1Asean, kita boleh membayar bill hanya klik Other Amount, boleh tulis sendiri amaun kita seperti RM43, RM59 dan sebagainya. Contohnya jika bil kita RM42.35, kita boleh terus tekan RM43 untuk membayar bil. Cukup mudah.

Point 70% adalah dibolehkan untuk withdraw. Cukup untuk kita gunakan seharian seperti duit minyak, makan dan sebagainya. Minimum withdraw adalah RM350, manakala maksimum sebanyak RM5,000. Dan tiada hari tertentu untuk withdraw. Boleh lakukan setiap hari jika sudah mencapai minimum RM350. Dan dari sini abam kie gunakan sebagai wang saku untuk kegunaan seharian.

Jika ada downline, bonus akan diterima. Dan jika dijalankan bisnes ini secara aktif, lebih banyak point akan diterima dan akan dimasukkan ke dalam Point Pairing atau Point Sponsor. Itu bagi yang aktif, bagi yang tidak aktif seperti abam kie yang cuma makan secara pasif saja, itupun dah cukup untung. Point pula dikira sebagai RM. Satu point dikira Satu ringgit. Bukannya dikira sebagai dolar. Itupun sudah mudah bagi kita untuk menganggar jumlah yang kita ada. Dan kontrak kita bersama Og1Asean ini adalah selama 48 minggu.

Lepas setahun kita boleh renew balik. Semua pakej bermula dari Pakej 1 sehingga Pakej 6, semua kontrak adalah sama. Cuma amaun modal saja yang lain. Lagi besar modal kita keluarkan, lagi besar pulangannya.

Bagi kes abam kie, bermula modal kemampuan iaitu Pakej 2, sebanyak RM1380. Dan Alhamdulillah, setiap 7 hari point  telah dikreditkan dan dimasukkan di dalam e-wallet. Bagi Pakej 2 ni, setiap minggu akan dimasukkan sebanyak RM48.12. Dan terus pecah kepada dua bahagian, 30% di dalam Point Value iaitu sebanyak RM14.44 untuk wajib kita membayar segala bil dan 70% dimasukkan di dalam Redeem Point Available sebanyak RM33.68 yang membolehkan kita untuk withdraw tukar kepada wang. Jika nak bayar bil juga, boleh transfer ke Point Value, dan baru boleh membayar bil. Itu baru hanya seminggu, jika sebulan boleh darab dengan empat.

Point Value yang dimasukkan ke dalam e-wallet setiap minggu

Dalam tempoh abam kie membayar bil, Alhamdulillah. Mudah dan cepat, tiada masalah. Hanya klik di dalam hand phone saja. Sebelum tu, kena download dulu  aplikasi Og1Asean untuk membolehkan kita menggunakannya. Boleh download  di Google Play Store. Bukan setakat membayar bil saja,  topup di dalam mana-mana nombor pun boleh. Mudah.

Bisness ini mudah. Umpama beli tapak menggunakan modal kita, dan setiap seminggu ada pulangannya. Padahal kita hanya duduk saja. Macam beli rumah, sewa kepada orang. Dan orang akan membayar kepada kita apabila dah cukup bulan. Tapi jika kita aktif ataupun meluaskan network kita, pelbagai bonus yang menarik kita akan dapat. InsyaAllah. ada modal kita akan tambah lagi.

Kepada sesiapa yang ingin join Og1Asean, boleh klik SINI untuk maklumat lanjut. Tak rugi pun jika ingin mencuba. Jika terasa agak kurang yakin, boleh join Pakej 1, hanya bermodalkan RM460 saja. Bila dah dapat kredit setiap 7 hari dan terasa yakin, boleh tambah akaun lagi.

Sesuailah sebagai permulaan tambah 3 akaun sekaligus terus. Ini kerana boleh mendapatkan bonus tajaan dan pasangan. Kemudian bolehlah kita aktif mencari network untuk tambahkan pendapatan kita. Og1Asean in the best!

Saturday, 17 December 2016

Lima entri paling popular sepanjang zaman

Saturday, December 17, 2016 11

Assalamualaikum. Setelah melibatkan diri secara serius di dalam dunia blog sejak Nov 2012, maka pada hari ini abam kie ingin mengumumkan 5 entri yang menduduki carta paling popular di blog ini. Kebetulan pula hanya 5 entri ini yang berjaya mencapai pageviews melebihi 5 angka! Hebatkan? Baiklah, sekarang abam kie senaraikan 5 entri paling popular sepanjang zaman.

1. Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com mendapat 40495 pageviews dan disiarkan pada 7 Julai 2014.

2. Cara Untuk Menambahkan Berat Badan menerima 22144 pageviews dan diterbitkan pada 23 Mei 2014.

3. Menghubungkan akaun Tabung Haji di ATM Maybank mendapat 21605 pageviews dan dihasilkan pada 5 Februari  2014.

4. 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH mencapai 16619 pageviews dan diterbitkan pada 2 Jun 2014.

5. Kisah hidup pegawai kerajaan memperolehi 14993 pageviews dan disiarkan pada 16 Jun 2014.

Sekiranya kawan2 ingin membaca kembali entri2 di atas, sila klik pautan yang diberikan, OK? Nampaknya entri2 abam kie yang ditulis pada tahun 2014 berjaya mendapat rating dan trafik tertinggi daripada blogger dan google. Bilakah rekod top 5 ini dapat dipecahkan? Alhamdulillah, setakat ini biarpun pageviews bagi entri tahun 2016 cuma mencecah angka 100 namun komen yg diterima x pernah putus. Ini bermakna rakan blogger datang membaca posting terbaharu dan meninggalkan komen. Terima kasih kpd sahabat2 blogger yg terus menyokong blog Abam Kie ini. I love you, my friends!

Thursday, 15 December 2016

Cuti-Cuti Malaysia ke Pulau Pinang

Thursday, December 15, 2016 16
Bayan Lepas Apartment

Perjalanan cuti-cuti Malaysia diteruskan ke Pulau Pinang pula. Kami bergerak dari Tapah pada jam 11.30 am 2 Dis 2016 melalui Lebuhraya Utara Selatan sehinggalah kami berhenti rehat untuk makan dan solat di R n R Semanggol. Best gak memandu di PLUS ni sebab boleh pecut. Maklumlahkan, di Kelantan mana ada lebuhraya! Kemudian kami memasuki Penang menerusi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan tiba di Bayan Lepas. Memang abam kie tak tahu jalan2 di sini. Mujurlah kami ada pemandu pelancong iaitu Lan, anak sepupu Kak Ton. Dia bekerja sbg askar di sini. Kemudian dia membawa kami ke lokasi homestay iaitu Lavender Height di Relau. Unit yg kami sewa ni di tingkat 16.  Kebetulan rumah Lan di sebelah homestay kami je. Adik ipar abam kie, Ustaz Loh pun turut menginap di homestay ini.

Pesta Pulau Pinang 2016

Pada sebelah malamnya kami pergi ke Pesta Pulau Pinang. Nasib tak baik malam Sabtu tu hujan turun dengan lebatnya. Jalan pulak jam. Sabar je la. Pusing punya pusing dapat la parking kereta. Memang banyak gerai yang ada. Fun fair pun ada. Tapi aktiviti meronda gerai-gerai di tapak pesta tu tergendala kerana hujan. Iyolah kan, berjalan sambil dukung anak semasa hujan memang terhad la langkahnya. Cuma dapat beli beberapa helai baju untuk Imtinan. Nak naik roller coaster pun x digalakkan kerana faktor keselamatan. Dalam jam 11 malam kami pun pulang ke homestay.



Bukit Bendera, Pulau Pinang 2016

Rasanya pada malam Sabtu tu abam kie sempat tidur selama 3 jam je. Mengantuk tul. Camne nak memandu dan melancong ni? Kami check out dari apartment pada jam 8.30. Kemudian kami pergi ke rumah Lan untuk sarapan nasi lemak yang dimasak oleh isterinya, Kak Yong. Sejam di situ kami bergerak ke Bukit Bendera melalui jalan yg sempit, berlubang dan bersimpang-siur. Sampai je di kaki Bukit Bendera, Lan menolong kami membeli tiket keretapi. Lama gak menunggu sebelum tiba giliran kami menaiki train ke puncak bukit. Di puncak bukit tu kami jalan-jalan je di sekitar tempat tu dan membeli cenderahati sambil mengambil foto.

Selepas Zuhur tu kami bergerak pulang. Perjalanan keluar ke Jambatan Pulau Pinang direncatkan oleh kesesakan trafik dan hujan lebat. Dekat 2 jam merayap dalam pulau sebelum terjumpa dengan jambatan tu. Terima kasih kpd Lan yg menjadi penunjuk jalan. Kalau bukan dengan pertolongannya memang abam kie x dtg ke Penang ni! Di atas jambatan pun kenderaan bergerak dgn perlahan!

Bila sampai di Seberang Prai kami menghala ke Butterworth ke Kulim ke Grik, Perak. Biarpun jalan ke Grik ni masih baharu namun perjalanan masih perlahan. Dekat jam 5.30 kami berhenti makan dan solat di R n R Kg Tawar, Baling. Selepas tu perjalanan diteruskan ke Grik, Perak. Dah mula masuk jalan berliku2 dan berbukit2. Sampai di Grik hujan pula turun. Kena pandu dgn berhati2 dlm hujan lebat. Azan maghrib sudah kedengaran. Kami memandu membelah Banjaran Titiwangsa. Terasa jauh dan lambat lagi la nak sampai ke pekan Jeli. Mana tak lambatnya kalau ikut punggung trailler pada 20km sejam! Geram tul!

Dalam jam 9 pm kami berhenti solat di Masjid Gemang, Jeli sebelum bergerak pulang ke Tanah Merah dan selamat sampai 5 minit sebelum pukul 11 pm. What a long journey! Malam tu tidur mati sebab terlalu letih dan mengantuk. Mujurlah sempat bangkit untuk Subuh.

Tuesday, 13 December 2016

Cuti-Cuti Malaysia ke Perak

Tuesday, December 13, 2016 10
Medan Selera, Dataran Dato' Sagor

Cuti sekolah yang cuma 5 minggu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Pada tahun ini abam kie dan kak ton bercadang membawa anak2 bercuti ke Perak dan Pulau Pinang. Kami memulakan perjalanan pada 30 Nov lepas dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 6.40 a.m. Kami menghala ke pekan Jeli sebelum membelah Banjaran Titiwangsa melalui Lebuhraya Timur Barat. Kemudian kami sampai ke pekan Grik sebelum menghala ke bandar Diraja Kuala Kangsar. Selepas tu kami memasuk Lebuhraya Utara Selatan menghala ke bandaraya Ipoh. Setibanya di Ipoh kami cuba cari tempat letak kereta di dalam kota dan UTC tapi x jumpa. Malas nak pusing banyak kali, abam kie menghala ke Masjid Negeri sebab kami kelaparan. Bimbang takut tersesat, abam kie bertanya kat anggota polis di Ibupejabat Polis Negeri di manakah tempat makan. Ipoh ni tak sama macam Kelantan yang gerai makanan halal mudah dicari di mana2 aja. Abam polis tu kata medan selera tu cuma di belakang masjid je. Huh! Macam mana x perasan nih? Lalu kami menghala ke Medan Selera Dataran Dato' sagor untuk menikmati makan tengahari.

Selesai makan, kami menunaikan solat jamak takdim Zuhur dan Asar. Kemudian kami meneroka kota Ipoh untuk mencari kedai kek di pasaraya berdekatan. Cari punya cari terjumpalah Ipoh Parade. Naik tangga turun tangga, tak jumpa pun kedai kek.  Lalu kami cuma membeli barang dapur untuk dimasak sempena sambutan hari lahir Imtinan yang pertama. Selesai membayar harga barangan tersebut, kami bergegas meninggalkan kota Ipoh menghala ke pekan Tapah.

Kolam Air Panas Sungai Klah

Adik kak ton, Ustaz Loh sudah menunggu kami di exit Tapah. Masuk ke Tapah terus kami mencari kedai kek. Kebetulan di Secret Recipe je yg dijamin halal dan sedap maka kami beli di situ. Kemudian kami terus ke rumah adik ipar di Kampung Tersusun Muhibbah, Jalan Temoh. Pada malam Khamis tu kami mengadakan sambutan hari lahir Nur Imtinan yang pertama. 

Pada petang Khamis Ustaz Loh membawa kami sekeluarga ke Kolam Air Panas Sungai Klah yg terletak di Sungkai. Anak2 kami memang teruja nak mandi di kolam air panas dan sejuk. Abam Kie tak mandi pun. Cuma jadi penjaga barang2 berharga aje. Hampir Maghrib baru kami sampai di Tapah. Pas tu baru sedar yg 3 lampu kereta dah terbakar. Diparahkan lagi air cond pula tak sejuk langsung! Duit lagi!

Kolam Air Panas Sungai Klah

Pada pagi Jumaat sebelum berangkat ke Pulau Pinang abam kie dengan ditemani oleh Ustaz Loh perlu keluar membaiki air-cond dan lampu kereta yang rosak. Mula-mula kami pergi ke Pusat Giat Mara Temoh tapi cikgu kat situ tak boleh baiki. Dia mencadangkan kami pergi ke Pusat Servis EON di Kampar. Bila sampai di Kampar, kedai tu pulak kata x de barang. Dia suruh kami ke Pengakalan Lahat pulak. Huh, meronda la kami ke sana. Guna Waze nak cari Pusat Servis EON Ipoh tp x jumpa2. Last2 abam kie berhenti di Pengkalan Hulu dan baiki aircond dan tukar lampu di sebuah kedai berhadapan Stesen Petronas. Huh! Buat penat dan terasa diri ini dipermainkan aje.

Dekat jam 12 barulah kami sampai di Temoh. Mujur kak ton dan biras abam kie, Na sudah mengemaskan segala barang yang nak dibawa ke Penang. Tanpa membuang masa kami berkonvoi ke Penang melalui lebuhraya PLUS. Tunggu sambungan perjalanan kami ke Penang, ok?

Sunday, 11 December 2016

#MyTravelokaEscapade: Menangi Percutian Percuma ke London

Sunday, December 11, 2016 12

Abam Kie memang bercita-cita untuk melancong ke London sekiranya diberikan peluang oleh Traveloka. Traveloka ialah perancang percutian yang paling cekap, pantas dan hebat di Malaysia kerana kita boleh menempah hotel dan tiket penerbangan di satu tempat sahaja. Boleh tempah di laman web rasminya iaitu www.traveloka.com.my atau applikasi peranti mudah alih. Bila sudah tempah tu jangan lupa hashtag #MyTravelokaEscapade bagi memudahkan urusan tempahan kawan-kawan. 

Kalau nak melancong ke London dengan menggunakan duit simpanan sendiri memang lambat la. Tapi jika abam kie memenangi peraduan #MyTravelokaEscapade ini maka impian semenjak kecil itu akan menjadi kenyataan. Terima kasih Traveloka. Baiklah, sekarang Abam Kie nak ceritakan apa yang Abam Kie hendak lihat dan buat setiba di London nanti.

1. London Eye


Sebaik tiba di London, tempat pertama yang Abam Kie nak pergi ialah London Eye. Rasa macam tak sah kalau x naik benda ni bila berada di London. Pastinya bila berada di puncak Ferris Wheel kedua terbesar di dunia ini Abam Kie akan dapat melihat keseluruhan kotaraya London kan? Wah! Saat yang pasti terindah dalam hidupku. London Eye ini terletak di seberang House of Parliament, South Bank. Walaupun terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tiket bagi menaiki London Eye ini, abam kie tidak akan menyesalinya kerana mata Abam Kie akan dimanjakan dengan panorama indah kota London termasuk Sungai Thames!

2. Science Museum


Lokasi kedua di London yang sesuai untuk anak-anak abam kie pastinya Muzium Sains. Muzium besar ini memberikan peluang kepada kami untuk meneroka dunia sains yang menakjubkan. Sambil melancong abam kie juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang sains dan teknologi terkini.

Pelbagai perkembangan sains dan teknologi abam kie akan jumpa di sini. Bermula dengan roket, satelit, kapal angkasa peninjau dan pesawat pendarat yang ditampilkan bersama satelit pertama di dunia, Sputnik, sehinggalah Launchpad ada dipamerkan di sini. Terdapat galeri khusus untuk kanak-kanak membuat prinsip sains menjadikannya lebih senang dan mudah difahami.

3. Buckingham Palace


Buckingham Palace merupakan salah satu istana kerajaan Inggeris. Tempat kediaman rasmi Ratu Elizabeth 2 ini adalah juga salah satu tempat pelancongan di London yang terkenal. Di sini abam kie bakal menyaksikan penggantian pengawal istana, dengan pakaian seragam merah dan topi tinggi dari bulu beruang, pada pukul 11.00 pagi setiap hari atau pukul 10.00 pagi pada hari minggu dan hari-hari musim sejuk. Penggantian pengawal istana ini biasanya berlangsung sekitar 45 minit dan upacara ini diiringi dengan pasukan pancaragam diraja. Para pengunjung boleh menyaksikan upacara ini dari depan gerbang Buckingham Palace. Kalau nasib baik dapat la abam kie wefie dengan pengawal istana tu. Kelazz gitu!

4. Big Ben


Destinasi seterusnya di kota London ialah Parliament Square atau Palace of Westminster dimana terdapat menara jam besar yang lebih dikenali dengan nama Big Ben.

Nama Big Ben sebenarnya merujuk pada loceng seberat 14 tan yang dinamakan sempena Sir Benjamin Hall, Chief Commissioner of Works. Menara jam ini siap dibina pada tahun 1858. Mendengar dentingan jam tepat 12 tengah malam pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh Abam Kie. Pada waktu malam pemandangannya menjadi lebih menarik apabila disinari oleh lampu-lampu.

5. Tower of London


Tower of London ialah menara besar di tebing Sungai Thames pada zaman dahulu merupakan sebuah penjara yang memiliki sejarah silam yang megah. Di tempat ini, King Henry VIII menghukum mati dua isterinya, Katharine Howard (1542) dan Anne Boleyn (1536). Sangat menyeramkan kalau diingatikan? Bangunan tersergam indah ini sudah semestinya menjadi satu lokasi sejarah yang mesti abam kie lawati di London kerana mengikut kata orang tempatan abam kie boleh menjumpai sekurang-kurangnya enam ekor gagak yang dipelihara oleh Ravenmaster. Urban Legend ada mengatakan sekiranya gagak-gagak itu meninggalkan menara ini maka bangunan ini dan institusi monarki akan runtuh. Benar atau tidak, Abam Kie pun kurang pasti.

6. Madame Tussauds London


Wah! Inilah tempat yang abam kie tunggu-tunggu. Abam Kie memang la mahu mengunjungi sebuah muzium sekaligus berkenalan dengan para tokoh terkenal di dunia! Biarpun tokoh-tokoh terkenal tu cumalah patung-patung lilin, namun dapatlah juga abam kie bergambar dengan mereka. Macam hentian setempat gitu. Madame Tussauds London ialah sebuah muzium yang mempamerkan patung lilin yang merupakan ukiran dari tokoh-tokoh terkenal dari seluruh dunia dan dibuat sehingga sangat mirip dengan individu-individu berkenaan.

Patung para tokoh terkenal itu diantaranya meliputi pemimpin dunia, ilmuwan, penulis, seniman, atlet, pelakon, ahli sukan, penyanyi dan tidak ketinggalan keluarga diraja Inggeris semuanya dapat dijumpai di muzium ini. Siaplah Abam Kie wefie dengan mereka semua. Patung-patung lilin ni nampak macam 'real' je! Pasti tak rugi abam kie mengunjungi Madame Tussauds London!

7. Tower Bridge of London


Sebuah struktur mercu tanda yang paling menakjubkan di Kota London ialah Tower Bridge. Ia telah dibina di Sungai Thames sejak 1894 dan merupakan salah satu tempat pelancongan di London yang paling terkenal di dunia.

Di sini abam kie boleh menyaksikan mekanisme dan panel maklumat yang menjelaskan tentang teknologi yang digunakan selama bertahun-tahun untuk mengangkat Tower Bridge bagi membolehkan kapal-kapal kecil belayar di bawahnya! Memang saat-saat yang dinantikan dan perlu disaksikan dengan mata kepala abam kie sendiri! Khabarnya abam kie boleh mengunjungi London Bridge ini setiap hari mulai dari pukul 10.00 pagi hingga 6.30 petang dengan bayaran 7 Euro sahaja. Satu pengalaman bermakna yang bakal Abam Kie tempuhi kan?

8. Piccadilly Circus


Jika abam kie ingin berjalan-jalan santai sambil memerhatikan masyarakat London lalu-lalang, Piccadilly Circus tempatnya. Piccadilly Circus merupakan kawasan persimpangan yang paling ramai dilalui orang di London. Di sini terdapat barisan kedai dan ada juga Muzium Ripley’s Believe It or Not!

Layar-layar iklan raksasa juga dipasang di sekitar Piccadilly Circus. Selain itu di sini juga abam kie dapat melihat sebuah air pancut dengan patung cantik di tengahnya. Untuk sampai ke Piccadily Circus ini Abam Kie boleh menaiki subway dari hotel dan turun di Stesen Piccadilly Circus.

9. Portobello Road Market
 
Abam Kie memang meminati barang-barang antik, jadi Abam Kie sememangnya perlu mengunjungi Portobello Road Market.  Portobello Road Market adalah pasar yang paling terkenal di London yang terletak di kawasan Nothing Hill. Pada pagi Sabtu, pasar ini akan dipenuhi dengan penjual barang-barang antik seperti perabot, pakaian, pinggan-mangkuk, cenderahati, sehingga perhiasan diri dan rumah. Ia berkonsepkan flea market. Jadi hampir segala benda dengan harga berpatutan boleh didapati di sana. Janji duitnya cukup! Setelah penat membeli-belah, Abam Kie boleh bersantai di kafe dan restoran 'funky' yang ada di kawasan tersebut sambil menghirup air teh di dalam cawan ala Inggeris. Pasti nyaman dan romantik gitu jika minum teh dengan yang tersayang!

10. Sungai Thames


Akhir sekali sebuah pelayaran menyusuri Sungai Thames adalah salah satu cara terbaik untuk melihat London. Pelayaran ini bakal menjadi pelengkap lawatan abam kie di London kali ini. Abam Kie akan dapat melihat pemandangan dan kemegahan kota besar ini dari kapal pesiaran. Semua kapal memiliki dek atas terbuka dan saloon rendah yang luas dengan panorama jendela. Boleh tengok foto di atas untuk membayangkan situasi di sana nanti.

Abam Kie dikhabarkan kapal-kapal ini beroperasi setiap hari mulai pukul 10.00 pagi  sehingga 10.00 malam. Dengan tambangnya cuma 13.50 Euro Abam Kie boleh menaikinya dan melihat pemandangan kota London yang hebat dan menakjubkan. Sungai Thames ialah tempat pelancongan di London yang wajib Abam Kie kunjungi.

Memang menarik bukan percutian impian Abam Kie di London nanti? Maklumat yang Abam Kie perolehi dari kawan-kawan yang pernah belajar dan bekerja di sana ini memang mengujakan. Tak sabar rasanya hendak berkunjung ke sana. Baiklah Traveloka. Jadikan fantasi ini bertukar menjadi realiti! Terima kasih, Traveloka. Semoga #MyTravelokaEscapade bakal menjadi kenyataan!

Saturday, 10 December 2016

Cara mengesan kamera tersembunyi di dalam hotel

Saturday, December 10, 2016 7

Hati2 dgn hotel2 skrng ni. Kamera pun dah canggih. Jenis kamera muncung jarum adalah kamera yg digunakan oleh sindiket yg suka ambik keuntungan dari org yg sengaja dizalimi terhadap penghormatan mangsa.

Pesan pada sahabat yg nak berbulan madu.

Bagaimana nk pastikan tiada kamera tersembunyi dlm bilik hotel/homestay?

Semasa menginap di hotel/homestay, mcm mana kita nak tau x de lubang kecil utk kamera tersembunyi?

Semasa bercuti atau urusan kerja, pernah terpikir tak semasa menginap di hotel/homestay gerak geri kita diperhatikan dan dirakam?

PERINGATAN UTK SEMUA!!! 

Semasa menginap di hotel/homestay, anda boleh gunakan kaedah2 ini utk memastikan tiada kamera tersembunyi dlm bilik anda:

1- Setelah memasuki bilik, padam semua lampu,tutup tingkap dan langsir.

2- Pastikan bilik dlm keadaan segelap yg boleh.

3- ON kan camera phone anda tetapi jgn ON flash camera.

4- Pusing sekitar bilik anda dgn phone ditangan.

Sekiranya anda menjumpai DOT/TITIK MERAH kelihatan dlm skrin kamera anda,
ITU BERMAKNA ADA KAMERA TERSEMBUNYI DIPASANG DLM BILIK TERSEBUT!
Pastikan ianya betul2 kamera dan buat laporan polis.

Sekiranya tiada dot/titik merah itu bermakna bilik anda selamat.

Kongsilah peringatan ini kpd sesiapa shj yg akan atau selalu melancong atas urusan kerja.

Friday, 9 December 2016

Ulangtahun Nur Imtinan 'Afiiyah Yang Pertama

Friday, December 09, 2016 10

Assalamualaikum. Sedar tak sedar, anak kelima abam kie, Nur Imtinan 'Afiiyah sudah menjangkau 1 tahun usianya tanggal 1 Disember lalu. Imtinan ialah anak yang mudah dijaga dan jarang meragam kecuali apabila dia lapar, demam dan tidak selesa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan anak yang comel dan mendengar kata seperti ini. Pada usia 10 bulan dia sudah boleh berjalan. Kini dia sudah boleh mengajuk percakapan kami yang mudah.


Pada 1 Disember 2016, abam kie dan kak ton mengadakan majlis ringkas sambutan hari lahir Imtinan di rumah adik kak ton yang terletak di Tapah, Perak. Kelazz gitu sebab sambut besday di luar negeri. Tak jauh mana pun dari Tanah Merah, Kelantan. Menu yang dihidangkan cuma mi rebus, kuih-muih, agar-agar, buah-buahan dan kek dari Secret Recipe. Biar mahal janji sedap dan puas hati apabila dimakan, kan? 

Semoga Imtinan akan menjadi anak yang solehah dan berjasa kepada kedua ibubapanya, agama, bangsa dan negara. Aamiin... 😃

Wednesday, 7 December 2016

Maybank Islamic Ikhwan MasterCard Platinum Card-i

Wednesday, December 07, 2016 8
Maybank Islamik Ikhwan Mastercard Platinum

INTRODUCTION

This is a must have card as it earns you 5% cash back for Petrol and Groceries every Friday and Saturday. When this card was first launched in 2014, only the Principal card was entitled to the 5% cash back.

To my pleasant surprise, Maybank revised the T&C for this card in 2015 and now Supplementary Cards are also entitled to the 5% cash back for Petrol and Groceries. However, the monthly cap for the cash back is RM50 combined with Principal and Supp Card(s).

BENEFITS OF THE MAYBANK ISLAMIC MASTERCARD IKHWAN PLATINUM AND GOLD CREDIT CARDS

First and foremost, the Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Platinum and Gold Credit Cards are FREE FOR LIFE, i.e. no conditions whatsoever, i.e. no minimum swipes and you don’t have to spend a sen with it. Therefore, you do not need to call Customer Service and waste your time begging for annual fee waiver like we have to for other credit cards.

Benefits of the Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Platinum and Gold Credit Cards:

1. 5% rebate on petrol and groceries on Friday and Saturday, capped at maximum of RM50.00 per month (Principal and Supplementary Cards combined).
2. Treats Points. Every RM1 spend locally and overseas earn 1 Treats points.
3. FREE Maybank Touch ‘n Go Zing card.
4. Charity Fund. With every spending the Bank will contribute 0.1% for charity purposes.
5. Umrah Trip –  One weekly Umrah winner (package for 2pax) will be selected to win an Umrah package (for Muslims) or holiday package (for non-Muslims) – non exchangeable / transferable. Every RM200 retail spending in one single receipt entitle for 1x entry. Campaign starts 1st August 2014 and ongoing. Winner selection will be done every six (6) months.

COMMENTS ON THE MAYBANK ISLAMIC MASTERCARD IKHWAN CREDIT CARDS

I tell you, Maybank is freaking generous, they are the only bank now in Malaysia that gives you FREE FOR LIFE Entry Level credit card that earns you 5% cash back for Petrol at all stations.

CONCLUSION

And like I have been saying, Maybank is freaking generous. It is the only bank in Malaysia that offers FREE FOR LIFE Entry Level Credit Card (minimum annual income RM30K) with 5% cash back for all petrol stations; thereby assisting those who desperately need some cash back (to assist in today’s freaking high cost of living) from Petrol and Groceries.

Monday, 5 December 2016

TUJUH JENIS PERSAHABATAN

Monday, December 05, 2016 13
sahabat, Kelantan, guru, kawan, boroi, lelaki, umat, Islam

ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHIRAT

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di lapangan terbang, hotel, hospital, pejabat pos, ATM dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120). Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana Allah Ta'ala SWT jua.

Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah SWT sebagaimana dalam firman Nya: "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan." (Surah Az-Zukhruf :67)....

Semoga kita semua bersahabat kerana Islam dan Taqwa serta Hubban Limaanan. In Sha Allah. Wallahu'alam.

Saturday, 3 December 2016

An ungrateful politician

Saturday, December 03, 2016 5

Read this.... It is very interesting

One day a florist went to a barber for a haircut.
After the cut, he asked about his bill, and the barber replied, 'I cannot accept money from you, I'm doing community service this week.
The florist was pleased and left the shop.
When the barber went to open his shop the next morning, there was a 'Thank You' card and a dozen roses waiting for him at his door.
Later, a grocer comes in for a haircut, and when he tried to pay his bill, the barber again replied, 'I cannot accept money from you , I'm doing community service this week.
The grocer was happy and left the shop.
The next morning when the barber went to open up, there was a 'Thank You' card and a bag of fresh vegetables waiting for him at his door.

Then a politician came in for a haircut, and when he went to pay his bill, the barber again replied, 'I cannot accept money from you. I'm doing community service this week.
The politician was very happy and left the shop.
The next morning, when the barber went to open up, there were a dozen politicians lined up waiting for a free haircut.

And that, my friends, illustrates the fundamental difference between the citizens of our country and the politicians who run it.

REMEMBER: POLITICIANS AND DIAPERS SHOULD BE CHANGED OFTEN AND FOR THE SAME REASON.
If you don't share this, nothing bad will happen.
But someone will miss a good laugh 

Friday, 2 December 2016

Pengorbanan ibu-bapa yang kita tidak sedar

Friday, December 02, 2016 8

Assalamualaikum. Abam Kie ingin berkongsi satu puisi menarik yang mungkin menyedarkan kita anak2 tentang pengorbanan ibubapa kita dahulu dan apakah yang perlu kita lakukan untuk membuatkan mereka pada usia emas mereka. Terima kasih.

RUMAH ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak,
tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dlm rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...

Tapi...
Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yg ada dlm peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dgn ibu bapa..

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung..

Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lg dgn sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut langgar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...
Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kpd anak- anak....
Itulah bezanya ibu bapa dgn anak- anak....
Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....

Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibubapa....
Mereka ada masa utk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa utk cuti menziarahi ibubapa yg rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti utk melawat emak...
Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin...
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yg ada..

Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
Bila isteri bercerita anak tahu apa yg isteri mahukan...
Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yg ibubapa mahukan...
Ibubapa tidak akan meminta secara terus kpd anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa...
Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nnti.. Insyallah..

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

Bila mereka kecewa kita buat x nampak...
Kita x tanya sebab apa mereka murung..
Kita buat2 tiada apa berlaku pun...
Itulah kita anak2 yg lupa kasih sayang mereka....
Jadi, ingatlah pengorbanan ibu bapa kita, cintailah mereka lebih dari kita sendiri, kerana tanpa mereka siapalah kita.
Doakan ibu bapa sama ada yg masih hidup @ meninggal dunia .. jangan abai mereka kerana  suatu hari kita pun akan menjadi tua jua..
Mak ayah tak di jual di tepi jalan......sayangilah mereka..
Sebelum TUHAN jemput mereka kembali ..
Siapa kita ketika itu nanti...