Wednesday, 30 November 2016

Seloka Kumpulan Whatsapp

group whatsapp

Ini adalah satu seloka yang paling menarik untuk dibaca dan dijadikan pengajaran. Hayatilah ia. Terima kasih, kawan2 abam kie yg dihormati sekalian.

Kumpulan whatsapp berbelas-belas,
Rakan sekerja dan rakan sekelas,
Bertalu-talu tak sempat balas,
Mula-mula seronok bertukar malas.

Walaupun tua kembali muda,
Yang sudah bercucu, duda dan janda,
Berkongsi cerita bergurau senda,
Tersilap langkah masalah melanda.

Kadang-kadang ahli tidak peduli,
Menghantar khabar bertali-tali,
Gambar dihantar berulang kali,
Orang terima pun naik lali.

Setiap minit khabar dihantar,
Tidak berhenti berita disebar,
Minta kawan buat komentar
Lambat dibalas hati tak sabar.

Ada yang suka menunjuk hebat,
Setiap  isu diajak berdebat,
Ada yang marah dijawab lambat,
Menyinggung rasa rakan sahabat.

Ada yang cerita tentang keluarga,
Tak habis-habis menunjuk bangga,
Yang tak ada anak berhati curiga,
Keluar kumpulan barulah lega.

Oleh itu kita hendaklah peka,
Mesej dihantar tak semua suka,
Zaman berubah dah tua bangka,
Elak curiga dan buruk sangka.

Ada kebaikan wujud kumpulan,
Tapi biarlah ada kawalan,
Jagalah hati dan peribadi taulan,
Agar hubungan erat berkekalan.

Org pencen ada duitan..
Org kerja duit pun simpan...
Masa hidup hendaklah berkawan..
Bila berkawan jaga ucapan...

Sekadar ini seloka diberi,
Harap ada yang ambil perhati,
Jangan terasa diri diperli,
Hanya sekadar menghibur hati.
Salin dan tampal daripada
X PDRM Kuala Nerang
✌

Monday, 28 November 2016

Review buku cerita Tolong Jangan Sentap


Saya mengenali saudara Izman Pauzi sejak 2008 lagi. Semasa itu kami adalah antara blogger lelaki yang aktif menghasilkan entri blog saban minggu. Biarpun cuma mengenali di alam maya hubungan kami memang akrab kerana kami adalah antara blogger lelaki di usia GegarVaganza yang masih aktif menulis.

Sebelum raya lalu abam kie BW ke blog Izman. Tiba2 tertengok sebuah buku yang kulit dan tajuknya memang menarik. Wah! Rupa2nya kawan saya ini telah menghasilkan sebuah buku yang mengumpulkan entri2 lama beliau mengenai kisah sehari-hari beliau sebagai pengurus sumber manusia di sebuah kilang di Shah Alam. Kisah2 yang berkisar tentang sesi temuduga pekerja baharu, pekerja yang kerap ambil sijil sakit, pekerja yang dipecat kerana menghalang laluan kereta boss dan lain2 cerita benar yang menarik.

Buku yang bertajuk 'Tolong Jangan Sentap" ini boleh dibeli secara atas talian di website Alaf21, anak syarikat Karangkraf. Harganya cuma RM15 tidak termasuk kos poslaju. Macam abam kie yang membeli terus dengan Saudara Izman ni mendapat pengecualian kos pos. Sekiranya kawan2 berminat untuk membeli buku 'Tolong Jangan Sentap' ini boleh saja menghubungi beliau di talian 018-2678719 manakala blog beliau boleh diakses di http://izzi-income.blogspot.my/.

Jom kita membaca hasil tulisan rakyat tempatan!

Saturday, 26 November 2016

Teaser 1 of End Year Mini Giveaway by Mellya & Friends


Assalammualaikum.


Teaser Round 1.

Pada 1 December 2016 nanti End Year Mini Giveaway by Mellya & Friends bakal dilancarkan tak lama lagi. Tajaan khas lagi glamour gitu dari AbamKie, Iola, Shikin, JM,  SNM, Mar, Renex, Shahida, Eyz, LiyanaMek, Safiena, Siqahiqa, Unnianje, Edrina.

Meriahkan? Abam Kie bertindak sebagai salah seorang penaja GA ini sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada Cik Mellya.. Hihi saja bagi teaser senang sikit peserta boleh follow sponsor panassss ni siap-siap. So korang boleh start blogwalking. Penganjur GA ini, Cik Mellya siap letak bloglist sponsor lagi (boleh check di sidebar).

Ingat 1 December tau ! Sapa tak join Abam Kie spam dia. hihihihi. (gurau je, join la seikhlas hati hahaha)

P/s: Disebabkan GA ini abam kie yang taja maka abam kie x leh dapat hadiah la. Cuma join untuk mempromosikan GA ini kepada kawan2 yang lain dan sebagai sokongan kepada Cik Mellya dan penaja2. 

Friday, 25 November 2016

Rumah jiran yang usang dan terbiar


Ini adalah rumah jiran abam kie di belakang. Sudah 8 tahun rumah ini terbiar dan tidak dihuni oleh manusia. Kalau tengok pada waktu malam memang seram. Tengok dah jadi rumah dalam hutan pulak. Sampaikan pokok menjalir di batang paip tu. Abam Kie takut jika haiwan2 liar dan berbisa dari rumah ni memasuki kawasan rumah abam kie. Tahun lepas ada ular tedung yang menjalar di dalam longkang rumah abam. Kalau biawak besar tu memang dah selalu la tersesat ke halaman rumah abam. 

Selepas banjir besar tahun 2014 lalu rumah ini terbiar sebegitu aje. Tiada usaha untuk membersihkan sisa2 lumpur dan air bertakung di dalam rumah itu. Setahu abam kie tuan rumah ini sudah bercerai dengan isterinya lalu membawa diri ke pedalaman Kelantan. Usaha untuk menjejakinya gagal kerana no telefonnya sudah bertukar. Lalu rumah ini dihibahkan kepada salah seorang anaknya yg bekerja di KL. Anak ni langsung tak mempedulikan rumah pemberian ayahnya ini. Kalau iyo pun, upahlah sesiapa membersihkan rumah dan persekitarannya.

Semoga dengan tersiarnya entri ini akan menyedarkan orang awam akan kepentingan menjaga rumah pusaka agar ia tidak terbiar dan menjadi sarang penagih dadah atau tempat lepak jin dan bunian. 

Wednesday, 23 November 2016

Dapat Blog Header Baharu




Assalammualaikum. Suatu hari tu abam kie BW ke blog SayidahNapisahdotmy dan terpesona dengan header blog beliau yang simple tapi menawan. Rupa2nya header blog Cik Sayidah dihasilkan oleh Cik Mellya. Lalu pada 9 November lalu abam kie PM Cik Mellya yang menawarkan perkhidmatan edit blog untuk merekabentuk blog header yang baharu untuk abam kie. Blog header yg lama tu masih OK dan cantik cuma saja2 je nak tukar sbg satu langkah penjenamaan semula blog.

Mula-mula tu abam kie 'curious' juga sebab blogger2 yg menawarkan servis reka blog header ni biasanya mengenakan caj RM30 untuk header sahaja. Yang paling murah pun Cik Rrai (www.bajuwarnacoklat.com) yg caj RM5 aje. Namun Cik Mellya ni bermurah hati untuk sponsor blog header abam kie yang baharu! Thanks a lot! Dalam masa 24 jam blog header yang baharu pun siap! Cik Mellya memberikan 5 pilihan design lagi! Jadi blog header yang paling cantik itulah yang menjadi terpapar di atas sekarang!

Baiklah, abam kie nak cerita sikit tentang perkhidmatan editing blog yang paling murah ini. Untuk makluman, Cik Mellya, pemilik asal mellyareenza.blogspot.com. menyediakan perkhidmatan editing blog paling murah iaitu RM20! Edit hanya untuk Simple Template dan ReEdit Template Responsive Blog. 

Editing yang disediakan termasuklah:

- latar belakang
- sidebar, body,
- header, comment,
- sidebar, navigation bar,
- top commentators (dan widget tertentu),
- HOME/OLDER/NEWER post,
- cursor biasa
- footer.

Sebarang tempahan boleh dibuat ke fhatinamelia@gmail.com atau fhatinameliamusa@gmail.com. Nak Whatsapp pun boleh. Sila PM ke 0189830500. URL blog Cik Mellya ialah https://mellyacrayola.blogspot.my/

Jadi kepada kawan2 yg bercadang nak tukar template blog tu boleh la hubungi Cik Mellya menerusi emel dan no HP yang tertera. All the best!

Monday, 21 November 2016

Love Your Own Beautiful Wives



To all loving husbands...!!! Please *Love Your 'Own Beautiful Wives!*

*●Don’t shout* at your wife when you are talking. It really hurts her.

*●Never compare* your wife to another woman. If the other woman was good for you, God would have given her to you.

*●Be gentle* and accommodating. She has sacrificed so much to be with you. It hurts her deeply when you are harsh and irritating. Be tender.

*●Hide nothing* from her. You are now one and she’s your soulmate. Let there be no secret you are keeping from her.

*●Do not make* negative comment about her body. She risked her life and beauty to carry your babies. She is a living soul not just flesh and blood.

*●Do not let* her body determine her worth. Cherish and appreciate her even till old age.

*●Never shout* at her in the public and in private. If you have an issue to sort with her, do it in the privacy of your room.

*●Thank and appreciate* her for taking good care of you, the kids and the house. It is a great sacrifice she is making.

*●All women* cannot cook the same way; appreciate your wife’s food. It is not easy to cook three meals a day, 365 days a year for several years.

*●Never place* your siblings before her. She is your wife. She is one with you. She must come before your family.

*●Make time* to play with her and enjoy her company. Remember when you are dead, she’s gonna be by your grave but your friends may be too busy to attend your funeral.

*●Never use* money to manipulate or control her. All your money belongs to her. She is a joint heir with you of the grace of God.

*●Do not* expose her weakness. You will be exposing yourself too. Be a shield around her.

*●Honour* her parents and be kind to her siblings.

*●Never cease* to tell her how much you love her all the days of her life. Women are never tired of hearing that.

SAVE A HOME TODAY,

Saturday, 19 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel


Assalamualaikum wbt....

Pada hari Isnin minggu terakhir kalendar persekolahan 2016 ini Abam Kie berkenan untuk menyertai Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Travel. Terlebih dahulu abam kie ingin mengucapkan terima kasih kepada Bro Jamil sebab tag Abam Kie. Dah lama kot Abam Kie ditag, tapi baru nak join ni... Hihi.... Jangan marah deh... Kepada kawan2 yang belum join, jom join sama... lagi ramai lagi best... Meriah gitu... Macam biasa, nak join klik banner tu....

Syarat senang je. Hadiah pun best, banyak gitu... 10 hadiah untuk 10 pemenang. Manalah tau kita salah seorang daripadanya kan... rezeki.... Hihi.. Giveaway berlangsung selama sebulan... lama tu... 7/11/2016 hingga 7/12/2016....

So... untuk memenuhi syarat maka Abam Kie nak tag Cik Renex untuk join sama. Yang lain pun boleh join jugak....
Oklah, good luck kepada yang join. Sekian dulu, Wassalam....

Friday, 18 November 2016

Promosi Cuti Akhir Tahun YES Dengan TRAVELOKA


Assalamualaikum. Cuti sekolah hampir tiba. Isteri dan anak-anak sudah bercadang nak bercuti panjang sedikit pada kali ini. Maklumlah kan, tahun lepas tak ke mana-mana sebab isteri masih dalam pantang. Jadi tahun ini nak lepaskan geram dengan melancong ke Perak dan Penang pula. Isteri yang sibuk merancang destinasi percutian seperti tempahan tiket dan penginapan. Abam Kie cuma jadi pemandu dan pengeluar duit je. Seminggu je dihabiskan untuk percutian hujung tahun dalam negeri. Kemudian balik ke rumah dan buat persediaan untuk mengajar pada tahun hadapan. Biasanya semasa cuti sekolah ni abam kie membuat modul pengajaran, menanda buku latihan dan membaca buku dan Al-Quran. Selain daripada itu sudah tentulah membuat persediaan menghadapi musim banjir yang bakal tiba. Trauma banjir kuning 2014 masih lagi terasa. 

Pada cuti yang akan datang ini, abam kie berhajat untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Lepas tu nak menaiki keretapi ke puncak Bukit Bendera dan bersantai di Pantai Batu Ferringhi. Yang penting sekali nak merasa pasembor dan nasi kandar yang enak di sana!  Semasa di Perak nanti hajat tu nak mandi-manda di Bukit Merah Lake Town Resort! Anak-anak memang suka bermain air di taman tema. Dulu pergi ke Gambang Waterpark tapi tak sempat berendam lama-lama. Kemudian kami nak ronda-ronda di Taiping iaitu bandar yang kerap ditimpa hujan di Malaysia.



Kalau dulu-dulu kalau nak bercuti kena rancang sendiri. Contohnya kena cari dan telefon hotel atau rumah rehat yang kita hendak menginap tu. Kalau nak tempah tiket kapalterbang tu pun kena melalui syarikat penerbangan berkenaan. Tapi kini tidak lagi kerana teknologi sudah berubah dan ada banyak platform yang lebih mudah, murah dan cepat untuk merancang percutian kita. Salah satu syarikat perancang percutian yang sedang meningkat naik sekarang ialah TRAVELOKA.
 
Mengapa Abam Kie hendak membuat tempahan dengan Traveloka? Meh, abam kie ceritakan sebab-sebabnya. Pertama, ia tidak hanya murah, tetapi harga jujur! Tambahan pula tiada yuran tempahan, harga yang kita nampak adalah apa yang kita bayar, tiada caj tersembunyi. Malahan akan jimat lebih lagi! Kedua, kaedah pembayaran lengkap dan mudah. Pilih kaedah pembayaran kita: kad kredit (Visa, MasterCard, AMEX) dan perbankan internet. Ketiga, Traveloka ialah penyelesaian percutian sehenti kita kerana kita boleh menempah penerbangan dan hotel semuanya di satu tempat.

Apakah manfaat menggunakan perkhidmatan Traveloka ni? Ada banyak tau! Mula-mula sekali transaksi dalam talian yang selamat kerana keselamatan dan privasi transaksi dalam talian kita dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Selain dari itu kita akan menerima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel kita. Kedua, hasil carian yang paling meluas. Kini perbandingan tiket penerbangan dan hotel murah tidak pernah semudah ini. Kita boleh mencari hotel terbaik dari yang bajet hingga ke hotel 5 bintang, dan jenama seperti Tune Hotel, Ibis Hotel dan juga syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Malindo Air, Tiger Air, Firefly, AirAsia dan banyak lagi. Ketiga, kita boleh menggunakan TravelokaQuick iaitu tempahan cara terpantas di laman web Traveloka iaitu https://www.traveloka.com/en-my/. Kita boleh tempah dan dapatkan e-tiket/baucar hotel kurang daripada 1 minit dengan tempahan 1 klik, Travelers Picker dan pengeluaran segera. Kempat, Traveloka menawarkan Khidmat Pelanggan 24/7 dimana bila kita memerlukan bantuan, mereka boleh dihubungi pada bila-bila masa melalui emel, telefon atau perbualan langsung. Kelima, kita boleh menguruskan tempahan dalam talian untuk mengakses e-tiket/baucar hotel, menerima tempahan atau membuat permintaan bayaran balik dalam talian. Hebatkan TRAVELOKA ni?


Menerusi laman web dan applikasi TRAVELOKA terdapat lebih daripada 100 buah hotel di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan negara ASEAN yang lain yang boleh dipilih sebagai tempat percutian kita bersama keluarga.


Terkini! Promosi YES daripada TRAVELOKA dengan tawaran yang terhebat! Hujung tahun makin dekat! Belum ada rancangan? Jangan risau, kini, sambutan hujung tahun kita pasti cukup meriah, kerana tawaran-tawaran ini terlalu menarik untuk dilepaskan! Sempena hujung tahun ini, tidak lengkap jika disambut tanpa ahli keluarga jauh dan dekat! Jadi, nikmati diskaun sehingga RM150 untuk tiket penerbangan dan hotel hanya dengan Traveloka! Cuma gunakan kod kupon FLYGREAT untuk tempahan penerbangan dan kod kupon LIVEGREAT untuk tempahan hotel apabila kita tiba di halaman pembayaran. Tempahan bermula dari 16 hingga 21 November 2016 sahaja. Tempoh penginapan dan perjalanan adalah terbuka pada kesemua tarikh! Hebatkan?


Promosi di atas belum cukup lagi memuaskan hati kita? Nak lagi? Traveloka ada promosi YES lagi la... Apa tu? Tawaran Hebat Cuti Riang Akhir Tahun! Bayangkan katil yang selesa menanti kita selepas senaman pagi, atau sarapan pagi sewaktu berendam di kolam renang aras bumbung, sambil menikmati pemandangan waktu senja di latar langit bandar. Berhenti berangan, jadikan realiti! Kita nak ke mana untuk cuti ini? Kini TRAVELOKA telah mengumumkan senarai hotel untuk percutian riang akhir tahun, istimewa di Traveloka App, khas untuk kita! Kita boleh memilih lebih dari 100 hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia! Diskaun sehingga 72%. Tapi ingat! Tempahan hanya boleh dibuat melalui Traveloka App yang dimuatturun di Playstore dan App Store. Tempahan bermula dari 16 November hingga 6 Disember 2016.


Dan bagi kita yang merupakan pemegang kad kredit Citibank pula dapat berjimat sehingga RM85 untuk percutian seterusnya di Traveloka. Sangat berbaloi digunakan pada waktu kegawatan ekonomi ni. Yang pastinya, promosi ini bagi tempahan dari 1 November 2016 hingga 31 Januari 2017. Manakala bagi kita yang memiliki kad kredit CIMB pun dapat berjimat sebanyak RM85 bila menempah menerusi Traveloka. Tapi mesti buat tempahan dari 15 November 2016 hingga 15 Februari 2017. Promosi ini adalah sah untuk semua syarikat penerbangan, tarikh penerbangan dan tempoh perjalanan begitu juga dengan semua hotel, destinasi penginapan dan tempoh penginapan.

Nampak gempak dan hebat betul promosi YES dari https://www.traveloka.com/en-my/promotion ni. Tak sabar rasanya Abam Kie nak Cuti-Cuti Malaysia dengan isteri dan anak-anak. Sebelum tu, dapatkan applikasi Traveloka secara percuma di Google Play dan App Store sekarang untuk memudahkan lagi tempahan dengan lebih pantas dalam masa kurang daripada 1 minit. Jimat duit, jimat masa dengan Traveloka.

Untuk maklumat lebih lanjut dan promosi lain dari Traveloka, sila dapatkan di:

Laman web: https://www.traveloka.com/en-my/
Facebook : @TravelokaMY
Twitter : @travelokaMY
Instagram : @traveloka
Google + : Traveloka

Jangan lepaskan promosi menarik ini. Jom bercuti sepuasnya dengan promosi YES dari Traveloka!

Wednesday, 16 November 2016

Jamuan akhir tahun kelab guru dan staff

jamuan akhir tahun
Dari kiri; Abam Kie, Ustaz Zulmajdi dan Ustaz Mukti

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun penat mengajar murid2 sama ada di dalam kelas atau di padang, maka kini tibalah masanya guru2 sekolah abam kie diraikan di dalam majlis jamuan akhir tahun kelab guru dan kakitangan (KGKT) yang diadakan di Restoran New Horizon, Kota Bharu, Kelantan. Jamuan bermula pada jam 12.30 tengahari pada 1 November 2016. 

Pada hari berkenaan, abam kie menumpang kereta rakan sejawat, Ustaz Zulmajdi ke lokasi jamuan. Baik berkongsi kereta sebab ada teman berbual. Minyak pun jimat. Kami bertolak dari tanah Merah pada jam 11.15 pagi dan tiba sejam kemudian. Rupa2nya majlis sudah bermula dengan acara penyampaian cenderahati kepada guru yang bersara iaitu Puan Maznah Musa.

Sebaik sampai di restoran tersebut, kami mendapat door gifts iaitu satu set tuala dan hamper. Berbaloilah dengan yuran tahunan sebanyak RM150 tu. Selepas tamat ucapan dan penyampaian hadiah, doa pun dibaca dan kami para hadirin mula menjamu selera. Hidangannya ala Thai seperti tomyam, daging goreng hitam, ayam goreng halia, ikan siakap kukus dan pencuci mulut. Menu pada hari tersebut kira memuaskan aje.

Selepas selesai menjamu selera, tibalah ke acara kemuncak iaitu cabutan bertuah. Para pentadbir yg akan membuat cabutan. Jika nombor kami naik, kami perlu membuat cabutan untuk memilih jenis hadiah pulak! Panjang gak la prosesnya. Apa yg pasti semua guru dan staff mendapat hadiah semasa cabutan bertuah ini. Cuma berbeza dari segi jenis, harga dan saiz sahaja.

Kira2 jam 2.10 petang Ustaz Zul mengajak saya beredar kerana dia perlu balik ke rumah untuk menghantar anaknya ke sekolah berasrama pula. Kami tiba di Tanah Merah kira2 sejam kemudian. In Shaa Allah abam kie berharap majlis jamuan akhir tahun akan lebih meriah dengan hadiah2 cabutan bertuah yang mahal dan makanan yg sedap2 pulak. Aamiin...

Monday, 14 November 2016

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Assalamualaikum. Semasa blogwalking semalam terjumpa dan segmen Jom Blogwalking Bersama Ayuinsyirah oleh blogger Ayu Insyirah. Jadi abam kie pun terbuka hati untuk menyertai segmen ini. Tujuan utama abam kie join ialah untuk menambahkan bilangan sahabat blogger dan follower blog. Sekarang ni abam kie menghitung hari agar follower ke 1000 tu akan muncul.

Dulu abam kie selalu juga join segmen cikgu ayu sebab syarat2nya mudah sangat. Sebagai tanda sokongan kepada cikgu ayu maka abam kie join la segmen atau GA yang bakal dianjurkan oleh beliau. Jadi kalau ada sesiapa yang nak sertai segmen ini silakan klik banner di atas tu. Orait?

Saturday, 12 November 2016

Pencarian Bloglist November & December


Assalamualaikum. Semasa blogwalking semalam terjumpa dan segmen Pencarian Bloglist November & December oleh blogger Aerill Hassan. Jadi abam kie pun mencuba nasib. Manalah tahu boleh tersenarai di dalam blog list blogger yg famous ni! 2 bulan tau? Kalau x menang pun paling tidak dapat menambahkan sahabat blogger dan follower blog. Betul kan?

Jadi kalau ada sesiapa yang nak sertai segmen ini silakan klik banner di atas tu. Orait?

Friday, 11 November 2016

Generasi paling bertuah


Coretan sekadar untuk kita tau...

1. Kita yang lahir di tahun 50-60-70-80 an, adalah generasi yang layak disebut generasi paling beruntung. Kerana kitalah generasi yang mengalami loncatan teknologi yang begitu revolusi di abad ini, dengan keadaan usia prima.
✌✊邏☺

2. Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati riuhnya suara mesin taip. Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menari di atas keyboard pula.


3. Kitalah generasi terakhir yang merakam lagu dari radio dengan tape recorder. Sekaligus kita juga menikmati mudahnya memuat-turun lagu dari gadget.
    . . 

4. Kitalah generasi semasa kanak2 bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana mandi sungai, panjat pokok, melastik, guli, getah gerip, adalah permainan yang tiap hari akrab dengan kita. Sekaligus saat ini mata dan jari kita tetap lincah memainkan pelbagai game di gadget .


5. Kitalah generasi terakhir dimasa remaja yang pernah mempunyai geng yang tanpa janji, tanpa telefon / sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sepuasnya...  Kerana kita adalah generasi yang berjanji cukup  dengan hati. Kalau dulu kita harus bertemu untuk bergelak tawa bersama, kini kitapun tetap bisa ber '''' di grup Facebook/WhatsApp .
  . . 

6. Kitalah generasi terakhir yang pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana. Juga naik motor menikmati segarnya tiupan angin di jalan tanpa helmet di kepala.
 

7. Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati tanpa perlu berpikir ada penculik yg membayangi kita.
 . . . 

8. Kitalah generasi terakhir yang pernah merasakan nikmatnya menonton tv hitam putih dengan senang untuk pindah saluran sana sini.


9. Kitalah generasi terakhir yang pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menghantar surat dari sahabat atau kekasih hati.
..

10. Generasi yg bawa RM0.10 - RM0.50 ke sekolah tapi blh makan sampai kenyang kat kantin... Itulah kita....Anda generasi itu? Kongsikan ini kepada yang lain. Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..

Wednesday, 9 November 2016

Masuk Syurga Itu Percuma Tapi Masuk Neraka Kena Bayar!


Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,

. Bukankah nak berjudi kena bayar?
. Bukankah nak minum arak kena bayar?
. Bukankah masuk pub kena bayar?
. Bukankah merokok kena bayar?
. Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma.  Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

. Jika nak solat, kita tak perlu bayar
. Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
. Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
. Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma? Bersama kita melipatgandakan amalan kita sebagai persediaan untuk hari akhirat.

Monday, 7 November 2016

Nasihat terbaik untuk isteri dan anak perempuan


 RENUNGAN 

© *Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT*

© *Perempuan jika ada boyfriend yg tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dgn lelaki soleh yg membimbing ke jannah, bukan ke jahannam.*

© *Isteri yg terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.*

© *Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.*

© *Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.*

© *Wanita yg menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.*

© *Wanita yg menutup aurat dgn sempurna ibarat pelangi yg cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.*

© *Isteri solehah sentiasa berhias cantik utk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.*

© *Perempuan yg bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.*

© *Perempuan yg bersalaman dgn suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.*

© *Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah*

© *Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorg syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.*

© *Wanita yg cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yg baik akan membuka hati lelaki.*

© *Perempuan yg garang sebelum kahwin adalah perempuan yg paling manja selepas kahwin.*

© *Wanita yg solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yg solehah sukar ditemui.*

© *Perempuan yg menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.*

© *Gunakanlah kecantikan hanya utk suami.*

*Subhanallah...*
*Walhamdulillah...*
*Allahu Akbar...*

Sebarkan Nasihat itu Jariah...

Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yg dimanfaatkan...

Friday, 4 November 2016

ISLAM is about how we TREAT Others


A very interesting article... Please take some of your precious time to read it till the end. Thank you.

I read the other day a study about countries that apply Islamic principles in most of their daily lives. The study, conducted by Prof. Hussain Askari of George Washington University entitled “How Islamic are the Islamic Countries,” showed that most of these countries that apply Islamic principles in most of their daily lives are not ones traditionally Muslim with New Zealand ranking first, Luxembourg second followed by Ireland, Iceland, Finland, Denmark and Canada.  Malaysia ranked 38, Kuwait 48, Bahrain 64 and the Kingdom of Saudi Arabia 131.

The study, published in the Global Economy Journal, might be shocking to most of us but when we look around us and see the reality of the situation, we find that the results of the study are accurate and true. Muslims seem to care only about performing religious obligations (prayer, fasting etc.) and memorizing the Holy Qur’an and the Prophet’s sayings, but we never practice what we learn. We listen to religious lessons and sermons more than other people on the face of the earth but we are still not the best nation. In the last 60 years, we have listened to 3,000 Friday sermons.

A Chinese merchant once said: “Muslim merchants come to me and ask me to put fake international labels and brands on their goods. When I invite them to eat, they refuse because the food is not halal. So it is halal for them to sell fake goods?”

A Japanese Muslim said: “I traveled to the West and saw Islam in practice applied in the daily life of non-Muslims. I traveled to the East, I saw Islam but did not see any Muslims. I thank Allah I knew Islam before I knew how Muslims act.” Religion should not be reduced to prayer and fasting. It is a way of life and it is about how we treat others.

Performing a religious obligation is up to you and it is something between you and Allah. However, good ethics is something between you and other people. In other words, if we do not put Islamic ethics into action and practice, corruption will become rampant.

We should not judge a person based on how he performs religious obligations for he might be a hypocrite. The Prophet Muhammad (peace be upon him) said: “Verily, the bankrupt of my nation are those who come on the Day of Resurrection with prayers, fasting and charity, but also with insults, slander, consuming wealth, shedding and beating others.”

* a five-star article...!
⭐⭐⭐⭐⭐

Wednesday, 2 November 2016

Kelas tambahan terakhir sebelum SPM

kelas tambahan terakhir

Setelah berhempas-pulas mengajar mereka selama 2 tahun sejak di Tingkatan 4, kini tibalah masanya untuk abam kie mengucapkan selamat tinggal kepada pelajar2 di kelas 5 sains 1 dan 5 xenon. Abam Kie mengajar kelas tambahan malam untuk kelas 5 sains 1 manakala kelas petang untuk kelas 5 xenon. Kelas 5 xenon ni kelas keenam. Jadi penguasaan BI mereka sangat lemah. 

Kelas tambahan malam terakhir untuk kelas 5 sains 1 telah diadakan pada 26 Oktober lalu. Kelas bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada 10.30 malam. Kebetulan pada malam Khamis lepas hujan turun dengan lebatnya. Namun 80% org pelajar tetap hadir. Seorang pelajar bernama Adrinie membawa sebiji kek kopi untuk dikongsi pada malam tu. Lalu abam kie diminta memotong kek berkenaan. Tak sangka ada pelajar yg snap foto tu. Bila balik ke rumah barulah ketua kelas menghantar foto di atas kepada abam kie melalui Whatsapp. Syukur, Alhamdulillah. 


Manakala kelas terakhir bersama 5 xenon diadakan pada jam 8.45 am, 31 Okt lepas. Selalunya kalau abam kie buat kelas tambahan ramai yg ponteng drp yg hadir. Namun syukurlah pada hari berkenaan cuma 11 or je yg x hadir. Memang la kalau masa cuti sek mcm ni ramai yg liat nak ke kelas tambahan, apatah lagi yg diadakan pada sebelah pagi.

Murid2 kelas 5 Xenon tak la bawa kek mcm kwn2 mereka di kelas pandai tu. Tapi mrka tetap nak wefie dgn cikgu BI mrka yang bambam ni. Hehehe. Pas tu mrka ni ada create wassap group gak. Jadi mudah la abam kie nak berkomunikasi dgn mrka terutama sekali nak mengingatkan mrka ttg kerja rumah yg abam kie nak semak. Hmm...kalau x siap esoknya kena sebat di punggung atau tapak tangan tu! 

Demikianlah rutin harian, mingguan, bulanan dan tahunan seorang guru. Pelajar2 dtg dan pergi, namun abam kie tetap setia mengajar pelajar2 yg datang saban tahun. Wallahualam.
;