Monday, 31 October 2016

Storan Awan Mega


Assalamualaikum. Abam Kie pasti kawan2 kenal dengan storan awan seperti Dropbox, OneDrive, Google Drive, Box dan sebagainya. Namun pernah ke kawan2 mendengar tentang Storan Awan Mega? Mega ini ialah perkhidmatan terbaharu yang berpangkalan di New Zealand. Apa yang menarik tentang Mega ialah ia menawarkan storan berkapasiti sehingga 50GB! Sangat besar dan memadai untuk kita menyimpan imej, lagu, video, dokumen dan sebagainya di dalam talian. Perkhidmatan storan awan yg lain menawarkan kapasiti yg sedikit seperti Dropbox: 2GB, OneDrive: 5GB, Box: 10GB dan Google Drive: 15GB. Memang berbaloi kan?

Selain dari itu segala fail kita akan diseragamkan atau 'synchronized' di dalam PC, atas talian dan telefon pintar. Untuk penyeragaman di dalam PC, kita dikehendaki memuatturun dan memasang applikasi desktop Mega. Jadi segala fail di dalam folder Mega di dalam PC kita akan dikemaskini di 3 tempat serentak iaitu PC, laman web Mega dan telefon. Mudah kan?

Jadi kalau ada fail2 yg sayang nak dibuang tu bolehlah disimpan di applikasi storan awan Mega ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI.

Selamat mencuba!

Saturday, 29 October 2016

Birthday Giveaway by KasihkuAmani


Assalamualaikum. Sempenahari cuti Deepavali yang panjang ni, Abam Kie berhajat nak sertai GA yang dianjurkan oleh KasihkuAmani. Dahulu dia sokong GA yang Abam Kie anjurkan, jadi sekarang giliran AK pula menyokong dia pula. Tentang hadiah tu memang la nak menang kan? In shaa Allah, kalau ada rezeki tak ke mana. Kalau tiada rezeki mungkin lain kali boleh cuba kan?

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita pakai join GA Kasihku Amani yang 'awesome' ni!

Friday, 28 October 2016

Telefon Samsung ET1200 Sebagai Sandaran


Dua bulan yang lalu abam kie ada memesan telefon bimbit Samsung ET1200 di lazada.com. Mengapa abam kie nak sangat membeli HP cap ayam ni yg tiada kemudahan canggih? Sebenarnya HP ni digunakan untuk membuat panggilan dan SMS je. Ia juga digunakan sebagai backup atau sandaran jika telefon utama hilang atau rosak. Selain dari itu abam kie dapati HP cap ayam ni ada beberapa kelebihan. Pertama, baterinya tahan lama. Iyolah kan? Abam Kie guna untuk call dan SMS aje kan? Kadang2 tu 2 minggu baru dicaj. Kedua, HP ni ringan dan kecil menyebabkan ia mudah dibawa ke mana2. Dan mungkin juga menyebabkannya mudah hilang atau tercicir kan? Ketiga, harganya cuma RM78 termasuk Poslaju. Murah sekali kan?

Baiklah, kalau kawan2 nak mencari HP zaman dulu2 untuk dibuat sandaran boleh la membeli jenama ini. HP asas macam ni memang sukar didapati di kedai pada masa sekarang. Selamat mencuba.




Wednesday, 26 October 2016

Maybank Islamic Ikhwan American Express Platinum Card-i


Bulan lepas entah mengapa tangan abam ni gatal nak memohon kad kredit American Express. Sejak kecil lagi selalu menonton iklan Amex di TV, akhbar dan majalah. Pada masa tu terbayangkan kehebatan orang yang kaya-kaya je mampu memiliki kad caj American Express ni. Bila dah otai ni nak gak merasa memiliki kad tersebut.

Mula-mula tu kena memohon secara dalam talian di Maybank2U je. Taipkan segala butiran peribadi. Bila selesai sistem akan meminta kita memuatnaik dokumen sokongan iaitu salinan MyKad dan slip gaji terkini. Syarat nak pohon kad Amex ni pendapatan tahunan minima perlulah sekurang2nya RM60K.

Selepas 2 minggu menunggu kad yang diidami sampai ke rumah menerusi Poslaju. Bila dah dapat tu terus abam kie mengaktifkannya di M2U. Lepas tu set no pin sekali.

Rupa2nya kad Amex ni tak la banyak sangat keistimewaannya. Di bandar kecil ni supermarket x terima kad ni. Cuma stesen minyak je yang terima. Nilai mata ganjarannya ialah 1 mata bagi setiap ringgit yg dibelanjakan kecuali di Celcom iaitu 2X mata ganjaran.

Selain dari itu abam kie mendaftar perkhidmatan Amex Express Pay di mana kad Amex akan membayar semua bil utiliti seperti TNB, TM, ASTRO dan Celcom. Bila sampai penyata barulah abam kie membayar jumlah bil tu kepada Amex di M2U. Mudah kan? 

Antara kemudahan lain kad Amex ialah:

1. Tiada yuran tahunan seumur hidup.
2. Tiada caj berganda.
3. Kemudahan Pindah Baki.
4. Kemudahan Express AutoPay.
5. Tawaran hebat di seluruh dunia dengan American Express SELECTS.
6. Membeli-belah dalam talian di kedai global.
7. Kemudahan isian semula secara automatik Kad Zing Touch 'n Go Zing.

Jadi kepada kawan2 yg nak mencuba kad American Express ini bolehlah memohonnya di www.maybank2u.com.my.

Sekian. Terima kasih.
   

Monday, 24 October 2016

Majalah PC terbitan Karangkraf sudah berkubur ke?


Abam Kie ada melanggan Majalah PC terbitan Karangkraf kerana ingin mendapatkan maklumat terkini dunia pengkomputeran, IT dan telefon bimbit. Pada awal tahun ini majalah ini hampir berhenti bernafas namun sempat diselamatkan oleh laman web IT dan teknologi mobil iaitu amanz.my. Pernah ia tidak diterbitkan kerana tidak cukup artikel dan staff. Selepas Raya Haji yang lepas majalah ini tidak diterbitkan lagi. Rasanya isu terakhir pada September lepas.

Tunggu punya tunggu lalu abam kie menelefon bahagian langganan Karangkraf. Staff di sana memberitahu mereka belum menerima isu terkini Majalah PC untuk diedarkan kepada pelanggan2. Lalu abam kie tanya adakah masalah ini melibatkan majalah2 lain terbitan Karangkraf. Dia menjawab cuma Majalah PC aje yang belum menyiapkan edisi terkini mereka. Alamak! Ini sudah kes teruk. Dah tutup kedai ke ni? Kalau dah nak tutup penerbitan baiklah dihebahkan kepada para pembaca. Baki duit langganan tu hendaklah dipulangkan kepada kami pelanggan setia ni.

Abam Kie ada menghantar emel kepada staff Majalah PC namun tidak dibalas. Panggilan telefon tidak diangkat. Hmm...ini menambah kesangsian abam kie. Mohon ada pihak yang berani memberikan pencerahan kepada isu ini.

Sekian. Terima kasih.  

Sunday, 23 October 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Friday, 21 October 2016

Practise using proper language on social media

THESE days, social media is a crucial platform for us to express our thoughts, share knowledge and build up our social network. It is inseparable from our daily life.

I have noticed that a lot of people tend to use broken language, especially broken English, to write their posts and comments on Facebook.

Whether this means the language skills of social media users are below par or not, we should know that mastering English is singularly important for us as it is the international language.

I understand that not all can be proficient in English and I would like to suggest that users brush up on their language skills through extensive reading in order to avoid making glaring grammatical errors when communicating on the Internet.

We should also try to avoid using rojak language, for example, “You eat liao ma?” (“have you had your meal?”). Two different languages should not be combined to construct a sentence because it does not follow the fundamental linguistic rule.

If we regularly compose our messages in rojak language, it could become a habit that would affect us negatively when we need to apply formal language in our daily tasks especially at work.

Next, try not to use spelling shortcuts in texts unless you are in a hurry. For example, it is common to see the word “before” being substituted with “b4”, and “you are” becomes “u r”. No doubt it is a faster and more convenient way for us to convey our message but it will eventually lead to deterioration of language proficiency.

In a nutshell, we should consistently practise using proper language on social media.

Wednesday, 19 October 2016

Ibubapa yang bodoh lagi bangang!

Subhanallah! Terkejut besar abam kie membaca SMS yang tersiar di dalam akhbar Kosmo tidak berapa lama dahulu. sabar je la  Jika betullah SMS itu spt yg tersiar dan bukannya hasil edit warga alam maya, maka tepat sekali ibu atau bapa yang menghantar SMS berkenaan jenis yang bodoh lagi bangang. Bagi abam kie yg juga seorang bapa dan guru TESL, penjaga berkenaan patut disekolahkan terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya ke sekolah kerajaan. Hmmm...Jika x nak ikut peraturan sekolah dan ditegur oleh guru-guru maka baiklah anda mengajar dan mendidik anak anda itu sendiri di rumah. Pelajar2 sekolah ini perlu ikut peraturan dan disiplin jika tidak buatlah sekolah sendiri! Apa pandangan kawan2 blogger tentang SMS di bawah ini? Komen dan pandangan kawan2 sangatlah dihargai. Terima kasih. 

"Guru-guru diingatkan jangan marah, mendenda, merotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja rumah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka jika berbuat demikian."

Monday, 17 October 2016

Kad nama percuma dari Pixajoy sudah tiba


Assalamualaikum. Masa blogwalking sebulan yang lalu, abam kie terjumpa satu tawaran hebat dari pixajoy. Syarikat ini menawarkan 100 keping kad nama percuma kepada pengunjung2nya. Kita cuma perlu membayar kos courier sebanyak RM8.48 sahaja. Murahkan? 

Cara nak order kad nama ni mudah aja. Mula2 kena daftar di laman web tersebut. Lepas tu pilih design atau template yg bersesuaian. Kemudian boleh mula reka kad nama tersebut dengan menaip maklumat peribadi. Kita boleh menggunakan online photo editor untuk mereka kad nama berkenaan. Untuk kad nama free ini, design cuma atas sebelah kad sahaja. Selepas berpuashati boleh la 'submit' rekabentuk kad nama tersebut. Pembayaran boleh dilakukan menerusi bank transfer atau kad kredit. 

Hampir seminggu juga barulah kad nama tersebut sampai ke tangan abam kie menerusi syarikat courier Gdex. Alhamdulillah, kad itu comel dan menarik. Jadi jika kawan2 teringin nak tempah kad nama percuma boleh la klik pautan di bawah ini. Selamat mencuba!
 
http://www.pixajoy.com.my/name-card

Friday, 14 October 2016

Tips apabila kehilangan handphone


Jika anda kehilangan telefon bimbit, anda boleh menjejaki kembali.
Kebanyakan kita sentiasa bimbang telefon mudah alih kita boleh dicuri pada bila-bila masa.
Setiap telefon bimbit yang dibawa ada keunikan IMEI no. iaitu International Mobile Equipment Identity yang boleh digunakan untuk mengesan telefon mudah alih anda di mana sahaja di dunia.
Lihat bagaimana ia berfungsi !!

1. Dail * # 06 # pada telefon mudah alih anda.

2. Telefon mudah alih anda akan menunjukkan 15 digit IMEI no. yang unik.

3. Catitkan nombor IMEI tersebut di tempat yang selamat kecuali dalam telefon bimbit anda sendiri kerana ini adalah Nombor yang akan membantu mengesan telefon mudah alih anda apabila berlaku kecurian.

4. Sekiranya telefon anda dicuri, anda hanya perlu E-mail 15 digit No. IMEI kepada cop@vsnl.net beserta butiran seperti di bawah.

Nama anda: ____________________
Alamat: ______________________
Model telefon: _________________
Buatan: _________________________
No. terakhir digunakan:_________________
E-mel untuk dihubungi: _____
Tarikh hilang: ___________________
IMEI No: _______________________

5. Tidak perlu pergi ke balai polis.

6. Telefon Mudah Alih Anda akan dikesan dalam tempoh 24 jam akan datang melalui sistem yang kompleks GPRS dan internet, Anda akan dapat mengesan di mana telefon bimbit anda sedang beroperasi walaupun kad SIM telah ditukar.

SEBARKAN MESEJ INI IANYA SANGAT MEMBANTU...

Wednesday, 12 October 2016

Apa itu Pelaburan Public Mutual?


Setelah sekian lama saya mengintai peluang dalam pelaburan, hari ini saya dibukakan hati untuk melabur dalam salah satu pelaburan di bawah Public Bank. Pelaburan tersebut dinamakan sebagai pelaburan Public Mutual.

Apa itu pelaburan Public Mutual? Sebenarnya saya pun masih baru dalam pelaburan ini. Jadi saya tidak tahu lebih lanjut tentang pelaburan ini. Walaubagaimanapun saya cuba sampaikan apa yang saya tahu sahaja.

Sebenarnya pelaburan ini diperkenalkan oleh kawan saya sendiri. Dia menceritakan bagaimana dengan pelaburan Public Mutual ni menyebabkan wangnya berkembang biak dengan cepat dalam akaun public banknya. Bermula dengan modal RM1000 sekarang dah menjadi RM4000 lebih dalam akaunnya dalam masa 5 bulan dengan simpanan setiap bulan adalah RM100.

Sebelum itu kita lihat dulu perbezaan diantara pelaburan dalam Public Mutual dan ASB. Perbezaan paling jelas di antara Public Mutual dan ASB adalah daripada segi jaminan keuntungan. Jika anda melabur di dalam unit amanah seperti Public Mutual, keuntungan anda tidak dijamin sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi iklan atau oleh agen unit amanah. Saya boleh mengatakan bahawa anda akan mengalami risiko kerugian besar jika anda tidak faham atau tidak tahu cara untuk melabur.


Keadaan ini berbeza jika anda melabur di dalam produk-produk PNB seperti ASB, ASN, ASW2020 dan seumpama dengannya kerana pelaburan anda telah dijamin sepenuhnya oleh kerajaan. Anda tidak akan mengalami sebarang kerugian walau sesen pun malah anda tidak perlu tahu bagaimana hendak melabur. Apa yang perlu anda pastikan adalah untuk kerap menambah simpanan di dalam akaun anda agar pulangannya ditahun hadapan adalah lumayan.

Namun, ini tidaklah bermakna melabur di dalam unit amanah adalah merugikan. Seperti yang saya nyatakan tadi anda akan rugi jika tidak faham cara melabur. Jadi, belajar dan fahamilah cara melabur jika dengan cara itu anda mampu beroleh keuntungan berlipat kali ganda berbanding melabur di dalam ASB. Keuntungan atau pulangan yang diperolehi di dalam unit amanah boleh mencapai sehingga 30% atau lebih setahun bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding ASB yang secara purata 7% sahaja.

Setiap yang menguntungkan pasti memerlukan usaha dan risiko yang lebih, terpulanglah kepada anda untuk menentukan sama ada berani atau tidak mengambil risiko tersebut. Untuk makluman anda, ketika ini sudah begitu ramai menjadi jutawan dengan melabur di unit amanah dan tidak semua daripada mereka mempunyai kelulusan yang tinggi.

Apakah kelebihan pelaburan Public Mutual berbanding pelaburan lain. Salah satunya adalah peratus pulangannya adalah tinggi. Lihat kelebihan-kelebihan yang lain dengan pelaburan Public Mutual ni.

    Tentunya Syarikat Pelaburan Swasta No.1 di Malaysia.
    100% pelaburan yang berlandaskan Syariah/Islamik.
    Pulangan yang tinggi serendah 10%-20% setahun, dan mungkin lebih.
    Modal yang tidak hilang.
   Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja. Namun, ianya tidak digalakkan kerana tujuan pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang & mendapat pulangan yang tinggi (Min 3 tahun).
    Selamat – sebab ada pemegang Amanah (trustee).
    Pengurus dana yang berpengalaman lebih 30 tahun.
    Modal serendah RM1,000. Tambahan pelaburan Min RM100 bila-bila masa sahaja.
   Tak cukup modal? Boleh keluarkan daripada KWSP 20% daripada Akaun 1. Duit akan dipindahkan terus ke Public Mutual. Jadi, ianya tak akan hilang.
    Kalau melabur menggunakan KWSP, akan dapat purata Dividen KWSP 5% + purata Dividen Public Mutual 15% = 20%.
    Purata Pulangan/Dividen : Simpanan Tetap = 3% – 4%, KWSP = 4% – 5%, ASB = 8%, Public Mutual Unit Trust = 10% – 20% & mungkin lebih.

Tentang halal haram pelaburan ini anda jangan risau kerana ia dijamin 100% halal kerana ia dilaburkan di tempat yang betul. Itulah yang saya tanya kepada ejen tersebut sebelum saya menyertainya terlebih dahulu. Jika anda nak kepastian yang lebih tepat, anda mungkin boleh bertanyakan kepada pihak public bank sendiri.

Sebenarnya, Public Mutual dan unit amanah lain kebanyakannya mempunyai Penasihat Syariah masing-masing. Sebagai pelabur Islam kita mempunyai pilihan untuk melabur di dalam dana-dana mereka yang telah diperakui halal dan sentiasa dipantau pergerakannya mengikut garis panduan Islam. Berkenaan isu ASB pula, hanya baru-baru ini sahaja Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menfatwakan pelaburan ke atas ASB sebagai harus. Sesetengah pihak masih curiga dengan hukum yang dikeluarkan.

Apa pun paling utama anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk melabur. Pelaburan mampu menjana lebih banyak wang kepada anda, dan pelaburan juga mampu menghabiskan simpanan anda. Jika anda masih tidak jelas tentangnya pelaburan, silalah dapatkan maklumat yang cukup dan bertanya kepada yang arif tentang pelaburan. Buku-buku tulisan Azizi Ali, Sunthara Segar dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang mengenai pelaburan amat bagus untuk dibaca. Saya pasti selepas anda memahami tentang pelaburan, anda akan merasa seronok untuk melabur dan anda tidak takut untuk menghadapi risiko yang bakal dihadapi.

Alhamdulillah. Hari ini saya dah buat investment sebanyak RM1000 dan membuat simpanan sebanyak RM300 setiap bulan dengan pulangan antara 12%-30%. Walaubagaimanapun ia bergantung kepada ekonomi negara. Jom mulakan pelaburan sekarang dalam masa umur muda ini.

Jika anda berminat untuk melabur dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang Public Mutual, sila hubungi nombor di bawah,

Unit Trust Consultant: Jas
Tel: +6012-776 0219 
Email: jas.elegant@gmail.com 
Facebook: Jas Public Mutual 

Google+: Jas Public Mutual

Sumber: http://www.faizalias.com/

Monday, 10 October 2016

Pelik tapi benar!


 PELIK tapi BENAR 
Pergi Pinang Tunggal
tengok dikir barat
solat tidak tinggal
tapi dedah aurat

Goreng keropok lekor
tetamu datang ziarah
duit nombor ekor
pergi buat umrah

Ramai tepi jalan
orang minta sedekah
perut lapan bulan
baru akad nikah

Pergi kedai barang
beli serbuk kari
bos sangat garang
tapi takut isteri

Main bilang- bilang
bilang bunga seroja
dapat anugerah cemerlang
tapi tak buat kerja

Pungut buah delima
himpun dalam raga
punch card pukul lima
sampai rumah pukul tiga

Tengah malam gelemat
urut tangan berkedut
selepas doa selamat
pasang lagu dangdut

Sayang sampan karam
karam di Tanjung Jaga
sudah jelas hukum haram
ketegar nak buat juga

Guni sangat berat
berisi ubi keledek
isteri tutup aurat
suami seluar pendek

Susunan:

Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar
Jabatan Agama Islam Kedah

Friday, 7 October 2016

Apa perlu buat jika berlaku kemalangan?


Assalamualaikum.  Perkongsian pintar hari ini oleh abam kie untuk kawan2 blogger yg dihormati sekalian. Apa yg perlu kita buat jika berlaku kemalangan?
*:: ✋ jadilah pengguna bijak*

*Dengarlah nasihat pakar dan tenanglah walaupun anda dalam kepayahan..!*

*ANDA BOLEH MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*
*B A W A K E R E T A  A N D A K E  B A L A I  P O L I S  D U L U!*
*Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.*

*Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*

*Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.*

*Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!*

*Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,*

*"Saya nak towing saje.."*

*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.*

*Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.*

*Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.*

*Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.*

*Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.*

*Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.*

*Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.*

*Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.*

*Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.*

*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*

*Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.*

*Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.*

*Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.*

*PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.*

*Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.*

*Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.*

*Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.*

*KEDUA! Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,*

*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*

*Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu. Sila kongsi entri ini kalau berguna kepada kawan lain..!*
*M E N G E L A K K A N K E Z A L I M A N  S E M A S A D A L A M  K E M A L A N G A N*
*:: ✋ bacalah doa naik kenderaan*

Wednesday, 5 October 2016

Tidur di Hotel Perdana, solat Subuh di Masjid Muhammadi



Jarang benar hotel2 di Malaysia menyediakan perkhidmatan membawa penghuni hotel ke masjid untuk bersolat jemaah apatah lagi solat Subuh. Namun hotel bertaraf 5 bintang di Kota Bharu, Kelantan iaitu Hotel Perdana mengambil inisiatif dengan memperkenalkan perkhidmatan 'shuttle' dari hotel berkenaan ke Masjid Muhammadi iaitu masjid utama di bandar KB ini. Perkhidmatan ini adalah percuma. Bas akan bertolak dari hotel ke masjid pada jam 5.15 pagi jadi sempatlah tetamu mengerjakan solat sunat witir sebelum azan Subuh. Manakala bas akan bertolak pulang ke hotel pada jam 6.30 pagi. Mungkin x sempat la untuk mendengar kuliah Subuh sehingga tamat. Tapi x apalah, janji dapat berjemaah di masjid terbesar di Kota Bharu ini.

Jadi kepada kawan2 yg berduit boleh la menginap di Hotel Perdana ini yang terletak berdekatan dengan Stadium Sultan Muhamad ke4. Abam Kie jika tidur di hotel biasanya akan terjaga awal kerana kebiasaannya hotel yg abam kie tinggal tu berdekatan dengan surau atau masjid. Cuma abam kie je yg malas nak pi surau semasa menginap di hotel. Kalau tidur di rumah lain la. In Shaa Allah, abam kie akan cuba solat berjemaah di masjid berdekatan. Aamiin.

Monday, 3 October 2016

Keluhan guru di Malaysia


Suatu ketika dulu heboh ibubapa mengeluh di FB apabila anak2 mereka disuruh menderma RM1 bagi membeli hadiah kepada seorang guru yang bakal bersara. Bagi Abam Kie la, berapalah sangat nilai RM1 tersebut jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan guru selama ini. Mungkin ramai ibubapa di luar sana yang tidak tahu dengan situasi guru-guru di sekolah. Jadi sila hayati situasi2 sebenar yang dihadapi oleh kami di sekolah. Terima kasih.

1. Awal tahun

Situasi 1

Guru   : Mana buku tulis awak?
Murid : Emak belum beli..
Guru : bebel dulu..pot pet..nah ambil buku ni.. esok bawa duit bg cikgu (nak mengajar erti tanggungjawab..walaupun sampai ke sudah tak de pun bayar balik kat cikgu)

Situasi 2

Alamak sekolah dah nak buka.. alat tulis belum beli lagi.. marker pen dah hbs.. kertas A4 dah hbs.. printer takde ink.. pen merah pun dah takde.. pen hitam pun.. ohhh.. buku tulis utk budak2 yg takde buku nanti... (diingatkan takde tuntutan elaun utk semua ni.. dan tiada peruntukan daripada kerajaan utk semua ni..)

Situasi 3

Hias Kelas....kertas laminate habis la pula.. skirting meja kena beli ni.. oh kena print banner..
(Diingatkan sekali lagi tiada peruntukan ye..peruntukannya dari poket cikgu juga)

Situasi 4..

Oh! Nak sukan.. rumah sukan kena hias cantik2... perarakan pelajar.. nak menang ni.. kenalah buat costume.. kesian budak2.. duit?.. kita collect sorang sikit drp cikgu rumah sukan.. Biasanya.(rm10)..(diingatkan sekali lagi.. tiada peruntukan utk bg budak happy n costume bagai tu ye)

Situasi 5..

Nak bagi lembaran kerja..kena photocopy ni..ermm murid 40...1 page seposen..2 page 2 posen...total rm8..utk satu kelas je..tak kira gi kalau ngajar 2 kelas..tak didarabkan lagi dalam setahun berapa kali bagi lembaran kerja.. tolongkira jap.. cek pun tak larat kira... (ada sekolah dan pibg prihatin Alhamdulillah..pibg tolong byrkan)

Situasi 6..

Laptop rosak.. report melambak nak buat... Panggil technician?? jgn mimpi la..technician pun tak de kat sekolah..laptop sendiri kot..sendirilah betulkan...tak pun beli baru..

2. Setiap hari.

"Mana pensel awak...?
tak bawa, cikgu...
nah ambil pensel ni
(lumrah cikgu tak boleh tgk budak2 duduk saja dan.pastinya bebel juga tapi bg juga pensel tu)

3." Nape tak makan?"
" Lupa nak bawa duit cikgu"
"nah ambil duit ni pergi makan..

4. Internet
Yang ni lagi la byk...terpaksa subscribe sendiri.. broadband..mifi..wifi utk buat kerja sekolah..utk isi kedatangan anak2  kita ..utk isi markah peksa anak2..ibu bapa juga yg nak  tgk markah tu..nak screenshot anak dpt no 1..up kat facebook..tau tak mcm mana markah tu ada dlm internet tu....guna broadband cikgu2 la...sape bayar?.elaun internet ade ke?''mana adeeee...cikgu la bayar..nape tak pakai line internet di sekolah? hehe..malas nak ckp mai lah try guna sendiri..dah dateline key in tak blh nak.hbs sebab slow sgt..

Banyak lagi nak taip ni..tapi dlm komuter ni..pening..so pesanan abam kie rm1 apalah sgt utk sumbangan persaraan guru tu...

Kita cuma tgk 3 - 6 org anak kita je..cikgu2 jumpa beratus/ribu budak setiap hari dgn bermacam permasalahan dan melibatkan kewangan..bukan tak.ikhlas...bukan nak mengungkit..cuma nak bagi org yg berkira2 ni celik mata...jgn asyik ckp cikgu  minta duit je..sebenarnya cikgu2 dah byk kuarkan duit utk anak2 kita..hargailah mereka seadanya..

Sekian. Terima kasih.
;