Friday, 30 September 2016

Kenapa lelaki tak nak berpoligami?


Dah masuk musim kenduri kawin. Pada 31 Ogos 2016 Sultan Selangor kahwin. Esok saya, In Shaa Allah, akan menghadiri jemputan kahwin sahabat di Pandan Indah.

Kalau perasan, memang majoriti yg rajin komen di blog abam kie ialah kaum wanita. Dan bila tiba bab kahwin, memang banyak kali ditanya soalan cliche " nak tambah lagi ke?"  Dan minggu lepas ada yg tanya pendirian saya (sebab katanya betulkah memang naluri setiap lelaki, memang teringin nak berpoligami?)

Maka pada pagi Jumaat yang penuh barakah ini terasa teringin nak jawab....hahaha..

Buat masa sekarang ini, sejujurnya, memang abam kie takde langsung niat / keinginan utk berkahwin lagi / poligami. Sebab?
1- Tak mampu.
2- Kalau mampu pun, dah malas nak repeat the same cycle:
a) Nak uruskan majlis kahwin, cari katerer / pakaian / etc
b) Nanti isteri mengandung, nak jaga ..kalau ada komplikasi?
c) Nanti dpt anak lagi. Nak berjaga malam lagi? Nak jaga baby, again? Umur bukan makin muda, kudrat bukan makin kuat. Usia abam kie skrg dah 43.

Ini alasan saya la ya. Lelaki lain, saya tak tahu. Hahaha. Komen...jangan tak komen....!!!!

Wednesday, 28 September 2016

Kisah top up kredit


Pada hari ini abam kie ingin berkongsi cerita jenaka suami-isteri. Hanya yang telah mendaftar sebagai pemilih PRU14 aje yang layak membaca dan mengomen! hehehehehe... gurau aje. Jenaka ini untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja...Begini kisahnya.....

Ada suami isteri yg membuat isyarat '' topup kredit'' ketika ingin mngadakan hubungan intim..

Satu malam si suami ingin mengadakan hubngan intim.. dan mendekati isterinya 'syg, jom kita topup'
Kerana penat baru balik dari pejabat si isteri menjawab 'maaf bang, syg low batt'...

Malam berikutnya si suami mencuba kembali ''syg, jom kita topup''..
Kerana x ada hasrat si isteri menjawab ''maaf bang, line tak berapa elok ni''..

Malam berikutnya si suami tidak bosan mencuba ''sayang, jom kita topup."
Lagi la si isteri menolak disebabkan datang period'' maaflah bang, betul2 malam ni x dok line''...

Seminggu selepas period si isteri begitu benar ingin mengadakan hubungan intim dengan suaminya
''bang, jom kita topup'' maka dengan santai suami menjawab ''maaflah sayang, abang dah tukar sim kad''...

.... Abam Kie cuma kongsi aje.......

Monday, 26 September 2016

Lima Lagu dengan Lirik Bulan September!


Bulan September memiliki kesan tersendiri bagi setiap orang. Mulai dari ingatan akan kejadian yang perit dimasa lalu hingga kenangan-kenangan manis yang tak terlupakan. Tidak hanya kenangan secara personal, peristiwa-peristiwa penting bersejarah di dunia pun juga terjadi di bulan September.

Berkesannya bulan September membuatkan pencipta lagu di seluruh dunia mengabadikan detik2 mereka di dalam lagu. Selalunya, lagu September yang dinyanyikan pun terdengar indah dan sangat menusuk ke jiwa sehinggakan pendengar seperti mengalami apa yang dirasakan oleh sang penyanyi.

Deretan lagu dengan lirik bulan September ini seakan-akan menjadi playlist ‘wajib’ di bulan September setiap tahunnya. Jom kita hayati dan dengari lagu indah di bulan September berikut ini, ya!

5. September Song – Frank Sinatra
“Oh, It’s a long, long time
From May to December,
But these days grow short
When you reach September”

Lagu malar segar ini sangat popular dan fenomena pada zamannya. Lagu ini dinyanyikan oleh Frank Sinatra yang juga meraih anugerah Oscar sebagai pelakon pembantu terbaik dalam filem “From Here To Eternity”. Lagu ini dinyanyikan dengan lembut bersama irama yang tenang. Jika anda memerlukan ketenangan dan sukar sekali untuk tidur, mendengarkan lagu ini dapat dijadikan pilihan.

4. September Grass – James Taylor

“In this September grass
Won’t you lie down with me now
September grass

Oh, September grass,
Is the sweetest kind
It goes down easy
Like apple wine”

Lagu September Grass di atas dinyanyikan oleh James Taylor. Dia merupakan penyanyi sekaligus pencipta lagu 'country' Amerika yang popular pada zamannya. James Taylor memiliki jenis lagu yang ‘sensitif’ untuk didengarkan. Albumnya yang berjudul Greatest Hits pada tahun 1976 pun terjual sebanyak lebih dari 11 juta piring.

Lagu September Grass di atas memiliki irama tenang yang asyik untuk didengarkan. Apalagi jika anda mendengarkan lagu ini sambil menulis, bekerja atau belajar. Tidak didengarkan pada bulan September saja, lagu ini seakan mengajak anda untuk turut berdendang. Apalagi jika didengarkan pada bulan September ini!

3. Ingatan Manis Di Bulan September

“Ku masih ingat perkenalanku dibulan September,
September..
Kau merenungku dan
Mengukir senyum mesra,
Padaku…padaku”

Nah, lagu bulan September yang satu ini sangat hits ditahun 70an. Lagu ini dibawakan oleh penyanyi tersohor Malaysia Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Wanita kelahiran Johor Bahru pada 2 Julai 1953 ini merupakan penyanyi yang produktif dan bersuara emas. Bahkan, sepanjang perjalanan karier nyanyiannya, Sharifah Aini telah menghasilkan 93 album. Tidak hanya di Malaysia, lagu ini juga memiliki tempat tersendiri kepada para penggemarnya di Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thai.

2. September Ceria

“September ceria… September ceria
September ceria… September ceria
Milik kita bersama..”

Memang benar jika September adalah bulan yang cerah ceria dan menggembirakan. Seperti halnya lagu fenomena September Ceria yang dinyanyikan oleh Vina Panduwinata ini. Betapa tidak, banyak kisah kasih insan manusia yang terukir dibulan ini, seperti yang dikisahkan dalam setiap liriknya.

Fenomena September Ceria ini juga sering dimanfaatkan sebagai bahan promosi di pusat membeli-belah dan kedai2 atas talian yang memberikan diskaun khusus pada bulan September. Keceriaan September membuat sesiapa pun yang merasakannya menjadi bersuka-cita.

1. Wake Me Up When September Ends

“Summer has come and passed
The innocent can never last
Wake me up when September ends”

Siapa yang tidak kenal dengan lirik lagu fenomena di atas? Ya! Lagu ‘Wake Me Up When September Ends’ ini selalu dimainkan di corong radio setiap tahun. Lagu yang dibawakan oleh Green Day ini memang begitu memukau sehinggakan seseorang yang mendengarkannya akan senantiasa teringat akan ia.

Bukan hanya itu saja, lirik lagu ini juga sering dijadikan sebagai status di pelbagai sosial media. Seakan-akan aneh rasanya jika satu kali saja dalam bulan September setiap tahunnya tidak mendengarkan lagu ini.

Uniknya, saat Abam Kie melakukan pelayaran di official videonya di YouTube pun banyak netizen yang ternyata merasakan hal yang sama. Ramai netizen yang mengungkapkan jika belum bulan September rasanya jika lagu ini tidak diputar. Begitu juga dengan sebahagian netizen yang hanya membuka official video Green Day ini jika bulan September tiba!

Sumber: www.winkards.com

Friday, 23 September 2016

Tiga Hotel Kuala Terengganu yang Terbaik


Tak macam kat hotel-hotel di Kuala Lumpur, kat Kuala Terengganu ni susah sikit nak cari hotel bertaraf lima bintang. Walau bagaimanapun, ada je tempat penginapan yang awesome walaupun bukan five star hotel. Jadi untuk post kali ni, Abam Kie nak berkongsi beberapa hotel terbaik yang terdapat di sana. Ini berdasarkan personal experience tau, bukan dari mana-mana review orang lain, hehehe. Semenjak berpindah balik mengajar di Kelantan pada Jun 2001, kalau ada kursus atau mesyuarat, lokasi yang kerap dikunjungi ialah hotel-hotel di sekitar Terengganu. Sebabnya? Tentulah dekat dan murah, kan? Segala pandangan dan kenyataan yang ada dalam post ni mungkin akan berbeza sedikit dengan situasi sebenar. Maklumlah, memori abam kie dah makin berkarat, hahah! Jadi, teruskan membaca, moga-moga ia  dapat membantu anda dalam membuat pilihan tempat penginapan di sana ☺



#1 Primula Beach Resort yang terkenal dengan pemandangan yang berlatar belakangkan pantai yang memukau ini dibina pada tahun 1984. Resort yang menjadi salah satu trademark negeri Terengganu ini menggamit pengunjung dengan keindahan air laut yang membiru serta pasir pantainya yang memutih. Selain itu, lokasi resort ini yang terletak hanya beberapa kilometer dari hab pernigaan dan tempat-tempat menarik di bandar ini. Seperti tempat-tempat penginapan yang lain, resort ni juga menawarkan beberapa jenis bilik yang dirasakan sesuai dengan keperluan dan citarasa pengunjung antaranya; Primula suite, queen suite, executive suit, deluxe dan superior. Ada juga bilik-bilik yang mempunyai tingkap atau balkoni yang menghadap laut dan ada juga yang menghadap taman. Apa yang lainnya di sini terdapat pantai yang terasing daripada orang awam atau dalam bahasa lainnya disebut juga sebagai private beach. Jadi untuk korang yang nak datang honeymoon ke Kuala Terengganu tu, sini lah tempat penginapan yang paling sesuai untuk korang. Kalau cakap pasal makan pula, jangan risau. Restoran Bayu  (terletak di level lobi hotel) menyediakan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa yang sangat menyelerakan. Terdapat buffet dan ala carte menu yang mesti dicuba di sini. Selain tu, bagi korang yang nak makan di tepi laut, berbumbungkan bintang-bintang di langit, korang boleh cuba makan kat Anjung Bistro manakala Kuala Kopi Lounge pula menjadi pilihan mereka yang lebih inginkan suasana tempat makan yang santai. Pada pendapat Abam Kie la, of all hotels in Kuala Terengganu, this is the best one!


#2 Grand Continental Kuala Terengganu yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin ini merupakan salah satu nadi yang menggerakkan bandar KT ni. Tempat ini juga sering menjadi tumpuan pelancong yang melancong ke sini bersama keluarga mahupun atas urusan kerja. Selain facility serba lengkap, tempat ini juga berdekatan dengan beberapa major local attaractions seperti Masjid Terapung, Air Terjun Sekayu, Tanjung Jara dan santuari penyu. Bagi yang inginkan pengalaman menginap di bilik mewah, fret not. Hotel ini menyediakan beberapa pilihan suite yang selesa. Terdapat juga 10 bilik mesyuarat, business lounge, executive floor, perkhidmatan sewa kereta dan kurier. Tempat ini bukan sahaja  sangat sesuai untuk dijadikan destinasi penginapan bagi mereka yang on a business trip, malah untuk mereka yang bercuti bersama keluarga dan teman-teman juga!


#3 Felda Residence Kuala Terengganu, a three star hotel yang hanya 15 minit berjalan kaki ke Pasar Payang. Selain pasar, tempat ini juga terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, manakala Istana Maziah  dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah 5 kilometer dari sini. Ternyata lokasi yang sangat stretegik ini menjadi salah satu fakto utama yang menyebabkan tempat ini menjadi tarikan pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. Felda yang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hospitaliti telah membuktikan kepakaran mereka dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Menyediakan sebanyak 100 bilik yang selesa dan sempurna, di sini juga terdapat sebuah restoran, coffee shop, 24 hour room service, wifi percuma, flat screen TV, bar mini dan coffee maker. Dengan kemudahan-kemudahan seperti ini, tidak hairanlah hotel ini sering mendapat review yang positif daripada pengunjung. Staf-staf kat sini bukan saja sangat peramah dan 'friendly' malah sering mendapat pujian dengan sifat mereka yang suka membantu.

Jadi apa lagi kawan-kawan blogger yang dihormati sekalian! Cepatlah melawat Kuala Terengganu dan menginap di 3 hotel yang abam kie promosikan di atas tu. Alang-alang dah sampai di KT tu jemputlah melawat abam kie di Kelantan pulak sambil kita menikmati juadah enak dan membeli-belah kerana harga di sini gila-gila sampai pecah palo!

Wednesday, 21 September 2016

Menukar buku ASW dan semak dividen

Assalamualaikum. Permodalan Nasional Berhad atau PNB dalam proses menukar buku pelaburan unit2 sahamnya kepada buku yang baharu. Jadi buat masa ini cuma ASN dan ASW2020 sahaja yang perlu ditukarkan kepada buku baharu. Jadi pada 31 Mei 2016 abam kie berkunjung ke cawangan CIMB Tanah Merah untuk menukar buku pelaburan ASW2020 berkenaan termasuk kepunyaan anak2.

Proses nak menukar tu leceh dan lambat sikit sebab kena isi borang dan cop jari. 4 kali kena buat tau sebab akaun anak2 tu di bawah nama abam kie. Line PNB ni slow plak. Terpaksalah bersabar sebab pada waktu cuti sekolah saja abam kie boleh membuat urusan2 rasmi mcm ni. 

ASW2020 mengisytiharkan dividennya setiap 1 September. Namun pada tahun ini abam kie lewat sikit pergi mengemaskini buku pelaburan sebab sibuk dengan kerja sekolah dan urusan menjaga anak2. Cuma pada 15 September barulah abam kie berjaya pergi ke CIMB untuk tujuan berkenaan. Orang pulak ramai sebab hari tu ialah hari ke4 Raya Aidil Adha. Terpaksalah banyak bersabar. Alhamdulillah. Dapat la sedikit dividen untuk abam kie dan anak2.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita semak dividen ASW2020 sekarang juga!

Monday, 19 September 2016

Membuka akaun simpanan di Agro Bank


Assalamualaikum. Pada hari Khamis sebelum menyambut Hari Raya Haji yang lepas abam kie pergi ke Agro Bank Tanah Merah Kelantan untuk membuka akaun simpanan di sana. Sampai di sana jam 3.30pm terus abam kie bertanyakan staff bhgn khidmat pelanggan tu tentang cara2 nak buat akaun simpanan. Dia suruh abam mengisi borang dan menyerahkan salinan Mykad. Selesai mengisi borang kena buat thumbprint plak. Lepas tu barulah ambik no untuk menunggu giliran di kaunter.

Hampir 5 minit menunggu barulah no abam kie naik. Teller lelaki tu mesra juga. Dia akan membuat buku akaun simpanan dan kad debit Visa. Abam Kie bank in RM70 aje. Niat tu nak keluarkan RM50 pula selepas tu di ATM. Lama juga berurusan dengan mamat ni di kaunter. Dekat 10 minit gak. 

Bila selesai abam kie terus pergi ke ATM untuk mencuba kad Visa debit dan mengeluarkan duit RM50 tu. Ingatkan boleh terus pohon perbankan internet di ATM tu tapi x ada menu. Rupa2nya kena apply online di PC. Kena daftar on9, cipta username dan password. Selepas daftar kena telefon pusat panggilan Agro Bank di KL untuk staff di sana aktifkan perbankan internet tu. Dia tanya beberapa soalan untuk pengesahan. Lepas tu barulah diaktifkan.

Sebelum pulang staff wanita tu bagi tabung duit ladybird kat abam kie. Terima kasih. Tabung tu bagi kat anak bongsu untuk dia menabung bagi pendidikan dia nanti. Alhamdulillah, abam kie kini berjaya membuka akaun simpanan di semua bank yang ada di bandar Tanah Merah ni. 

Saturday, 17 September 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com


3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal?

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90.

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell Serum ini? Kesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik, mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : isteri
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : kulit muka tidak sekata dan berminyak.
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin melihat kulit muka isteri saya menjadi cantik berseri seperti zaman kami mula-mula bercinta.

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Friday, 16 September 2016

MENGAPA PINTU REZEKI SEMPIT?


Assalamualaikum. Berikut disampaikan tazkirah pada pagi Jumaat yang mulia ini untuk renungan kita bersama. Tajuk tazkirah pada pagi ini ialah mengapa pintu rezeki sempit? Hayatilah punca-puncanya....

- Mungkin bangun subuhnya lambat.
- Mungkin solatnya kurang sempurna.
- Mungkin kurang khusyu' berdoanya.
- Mungkin kurang sedekahnya.
- Mungkin kurang bersyukur untuk nikmat yang sudah diberi.
- Mungkin kurang usaha dan kerja keras.
- Mungkin kurang bersabar.
- Mungkin kurang dalam beristighfar.
- Mungkin kurang berbaikan dengan sesama.
- Mungkin kurang berhusnudzon; bersangka baik kepada Allah.
- Mungkin belum menyantuni tetangga.
- Mungkin kurang menyapa saudara.
- Mungkin kurang dalam berbakti pada orang tua.
- Mungkin harus dikurangi chatting dan perbanyak zikirnya.
- Mungkin kurang mendekatkan diri kepada Allah.

Dan banyak kemungkinan lainnya, masing-masing hendaklah bermuhasabah diri.
Allah itu tergantung dari prasangka kita.
Jika berprasangka baik, maka Allah lebih baik dari yang kita kira.
Begitu sebaliknya.
Perbanyak memohon ampunan/istighfar, selawat, do'a dan sedekah.
Bersabar menunggu.
Tenangkan hati kerana rezeki tidak mungkin tertukar.
Hanya Allah yang memberi taufik.
Tetap istiqomah bersama Allah.
Bersama Allah pasti ada jalan keluar.
Robbana Taqobbal Minna.
Ya Allah terimalah dari kami (amalan kami), Aamiin.
Semoga bermanfaat
Usahakan TAHAJUD walaupun hanya cuma dua raka'at.
Moga bermanfaat.

Oleh : Kiyai Amin

Wednesday, 14 September 2016

Senarai Pemenang Book Giveaway by Abam Kie and Friends

Assalamualaikum. Waktu yang dinanti sudah pun tiba. Setelah tiga minggu Book Giveaway by Abam Kie and Friends berlangsung maka kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta yang budiman. Pencarian 12 pemenang, seorang peserta terpantas dan seorang peserta terakhir kini terjawab. Kepada para pemenang tahniah abam kie ucapkan. Kepada yang gagal janganlah berputus-asa. Cuba lagi pada GA seterusnya yang bakal diadakan pada Januari 2017. In Shaa Allah. Kepada pemenang2 di bawah, sila SMS/whatsapp maklumat peribadi anda bagi memudahkan abam kie dan para penaja menghantar hadiah kepada kalian. Sila sertakan butiran berikut:

1. Nama penuh.
2. Alamat rumah atau pejabat (abaikan kepada peserta terpantas dan terakhir)
3. Syarikat telco yang digunakan (kepada peserta terpantas dan terakhir)
4. URL blog.

No telefon Abam Kie: 012 9820100

Segala maklumat di atas hendaklah sampai pada atau sebelum 11.00 pagi, 22 September 2016 (Khamis). Sekiranya maklumat tidak sampai atau lewat maka cabutan ketiga akan dilakukan. Semoga mendapat tindak balas segera dari kawan-kawan.

SENARAI PEMENANG

1 buah buku X 2 pemenang oleh Bin Muhammad.

4. http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html
7. http://stnrsyfh.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

1 buah novel dan 1 penanda buku X 3 pemenang oleh Henrietta Jose

17. http://www.lokmanamirul.com/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html
22. http://originalsyuhadah.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html 
24. http://nam-comel.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

1 buah buku X 1 pemenang oleh Cik Noor

25. http://norshamimi.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

1 buah novel X 1 pemenang oleh Lea Azleeya

34. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

1 buah novel X 2 pemenang oleh Shahida Mohamed

37. http://hilmirdadaud.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html
53. http://dramaticyang.blogspot.com/2016/09/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

1 buah novel X 1 pemenang oleh Gadis Misteri

54. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/09/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

1 buah buku X 2 pemenang oleh Abam Kie

57. http://realsviors.blogspot.my/2016/09/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html
64. http://blogeskey.blogspot.my/2016/09/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

Top up RM5 X 2 pemenang oleh Abam Kie

2. http://hikayathidupseorangaku.blogspot.my/2016/08/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html
66. http://akuhanyagadiskampung.blogspot.my/2016/09/book-giveaway-by-abam-kie-and-friends.html

Sunday, 11 September 2016

Murid Oh Murid!


 *_MURID OH MURID_*

*_7_* _soalan ~harian~ hairan drp anak murid bila disuruh buat latihan atau kerja sekolah._
*1*. _Cikgu, kena selang ke?_
*2*. _Buku apa cikgu?_
*3*. _Cikgu!!! tulis kat mana?_
*4*. _Tak cukup, boleh sambung sebelah dak cikgu?_
*5*. _Tajuk dia apa?_
*6*. _Cikgu, kena salin semua ke cikgu?_
*7*. _Cikgu, kena garis ke?_
 *_Situasi 1_*
*_Murid_*  : _cikgu, kena salin ke yg dekat whiteboard tu?_
*_Guru_*   : _ehhh....tak payah salin....tgk je...lepas ni angkat whiteboard ni pi fotostat kat pejabat._

 *_Situasi 2_*
*_Murid_* : _cikgu buat sekarang ke?_
*_Guru_* : _tak.....buat tahun depan._

 *_Situasi 3_*
( _guru sedang menulis di whiteboard_ )
*_Murid_* : _cikguuuu..... tepi sikit..... tak nampak._
*_Guru_* : . . . . . 

 *_Situasi 4_*
*_Murid_* : _cikgu kalau tak cukup boleh sambung muka surat sebelah tak?_
*_Guru_* : _tak boleh..... sambung kat meja.... tak pun sambung kat atas baju kamu._

 *_Situasi 5_*
*_Guru_* : _siapa dah siap?_
*_Murid_* : _saya blm lg cikgu!_

*_Guru_* : _siapa blm siap?_
*_Murid_* : _saya dah cikgu!_

 *_Situasi 6_*
*_Guru_* : _ok, buka mukasurat 58, baca dan catat dlm buku nota mengikut pemahaman kamu sendiri._
*_Murid_* : _cikgu, kena baca ka?_
*_Guru_* : _dak... tak payah baca. Koyak mukasurat tu. Bubuh dlm ayaq... pastu hangpa minum ayaq tu.._
*_Murid_* : _cikgu ni.. tanya pun tak boleh...._

 *_Situasi 7_*
*_Guru_* : _Ok... keluarkan buku dan salin nota kat dpn ni._
*_Murid_* : _cikgu, salin kat dlm buku ka?_
*_Guru_* : _tak... salin kat atas dahi kamu._

 *_Situasi 8_*
*_Guru_* : _semua dah dpt kertas soalan?_
*_Murid_* : _dah cikgu..._
*_Guru_* : _ok, kamu ada 1 jam 30 min utk jawab soalan peperiksaan ni. Boleh mula sekarang._
*_Murid_* : _dah boleh mula ka cikgu?_

 *_Situasi 9_*
*_Guru_* : _esok ada jamuan raya... jd esok mai sekolah pakai baju raya._
*_Murid_* : _cikgu, esok ada pj, nak kena pakai baju pj tak?_
*_Guru_* : _ya Allah.... ampunilah dosa hamba Mu ini..._

 *_Situasi 10_*
*_Guru_* : _masa ada lg 15 min. Siapkan latihan sekarang dan hantar._
*_Murid_* : _cikgu, kalau tak siap?_
*_Guru_* : _buatla dulu.... baru tahu siap ka tak..._
*_Murid_* : _kalau tak siap jugak?_

 *_Situasi 11_*
*_Guru BM_* : _Buat latihan pengukuhan ni dlm buku kamu._
*_Murid_* : _cikgu, buat latihan ni dlm buku apa?_
*_Guru BM_* : _buat dlm buku matematik na...._
( _Faham pulak... terus keluarkan buku BM_ )

✏ *_Sesungguhnya mendidik memerlukan kesabaran yg tinggi. Semoga segala usaha para guru diterima sbg satu ibadah dlm mencari redha dan rahmat Allah s.w.t_*

 _Adaptasi dan olahan :_
_Pn Hjh Fatimah binti Ahmed Khalil_

Friday, 9 September 2016

Sayangilah ibubapa ketika mereka masih ada


Assalamualaikum. Mari sama2 kita renungkan..

Anak seperti ini kah kita?atau..seperti inikah anak2 kita?..MARILAH KITA KHUTBAH KAN KISAH INI KEPADA SETIAP ANAK2 KITA YG KITA GILA2KAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN DI KOLEJ DAN UNIVERSITI..

Bilamana anak2 duk jauh, mak ayah kat kampung makan ala kadar je sebagai alas perut. Bila anak2 pulang ke kampung, baru lah mereka sibuk nak pergi pasar, nak beli lauk pauk itu ini sebab nak jamu kat anak2 yg jarang2 sekali pulang. Lepastu mak sibuk masak masakan kegemaran anak2 pula. Kadang2, buah2 dalam kebun pun ayah simpan sebab nak makan bersama anak2. Tapi anak2 kat kolej, kat universiti tiap minggu masuk pawagam, karok, makan Mcd, makan KFC, makan Pizza Hut, belanja pakwe/makwe. Bila duit xcukup, kol mak ayah bukan sebab nak tanya khabar, tapi minta masukkan duit.

Bila balik kampung, saat menghadap masakan mak, anak2 selamba je cakap "dah muak la lauk ni", "ini je ke?", "nak sikit je mak, kenyang dah", "xsuka la ayam masak merah ni". Bila dengar anak2 cakap macam tu, air muka mak kita langsung xberubah. Tapi jauh di lubuk hati mak, sakit dia bagai ditikam dengan buluh runcing. Tapi mak lah satu2 nya orang atas dunia ni yang boleh menyembunyikan 1001 perasaan tanpa diketahui oleh anak2. Ayah pula tunggu nak bercakap dengan anak2, tunggu untuk berkumpul ramai2, sebab lama dah xdengar suara hilai tawa anak2. Tapi anak2 duk berkurung dalam bilik, bergayut dengan pakwe/makwe, main game. Kalau duk dengan mak ayah pun, mata dan tangan tertumpu ke arah henfon. 24jam henfon kat tangan. Kadang2 pertanyaan mak ayah anak2 jawab acuh x acuh. Muka mak ayah pun anak2 x pandang. Mak ayah xpernah pun nak marah, sebab anak2 semua dah besar panjang. Begitu sekali mak ayah cuba jaga hati anak2. Kadang2 mak ayah sampai tertidur kat ruang tamu sebab tunggu nak berkumpul nak berbual mesra dengan anak2. Tapi anak2 buat hal masing2. Sedangkan balik ke kampung jarang2 sekali.

Kadang2, kita jangan cakap yang kawan kita sombong bila kita ajak keluar ramai2 dia xnak, mungkin dia ingat dekat mak ayah dia di kampung. Bila dah keluar, mesti kawan2 akan ajak tengok movie, makan kat tempat mahal2. Sedangkan, saat tu dia ingat yang mak ayah dia kat kampung makan nasi dengan ikan rebus je.

Kadang2 bila kita tengok kawan kita selalu je balik kampung, jangan cakap dia homesick, manja, anak mak. Dia sanggup habiskan duit untuk balik jenguk mak ayah dia sebab dia tau yang mak ayah hanya satu di dunia. Selagi mak ayah dia masih ada, selagi tu lah kalau boleh dia nak jumpa mak ayah dia,nak bercakap,bersemuka, makan bersama mak ayah.

Kadang2 xsemua orang sedar akan semua ni, dan anggap semua perkara macam ni adalah perkara kecil. Tapi pernahkah kita tenung muka mak ayah saat mereka tertidur. Tersimpan 1001 perasaan yang bercampur baur yang tak pernah mereka luahkan kepada kita. Bila mereka dah tiada, baru kita sentap,baru nak menyesal.Tapi sudah jauh,sudah terlambat.Segala memori bersama mereka tidak akan dapat diulang kembali, hanya tersimpan sekadar memori.

Betullah orang cakap, seorang mak boleh jaga 10 orang anak, tapi 10 orang anak belum tentu dapat jaga seorang mak. Apatah lagi untuk jaga kedua2 nya sekali.

P/S: pesanan buat diri sendiri serta saudara dan sahabatku sekalian. Semoga jiwa kita kaya dgn kasih syg..

Wednesday, 7 September 2016

Masuk Syurga kerana Membuang Duri?


 “Masuk syurga hanya kerana membuang duri dari jalan? Betul  ke ni?”

Mungkin ada yang berasa ragu-ragu dengan khabar ada seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga hanya kerana amalan solehnya yang membuang duri atau sesuatu yang menyusahkan orang ramai di jalan.

Mungkin di fikirannya terbayang orang masuk syurga mesti mempunyai amalan yang serba hebat. Mati syahid, khatam al-Quran setiap minggu, tahajjud setiap malam, bersedekah beribu ringgit sehari dan seumpamanya.

Sesungguhnya rahmat Allah  tiada batasan. Dia berhak memasukkan sesiapa sahaja ke dalam syurga walaupun hanya dengan amalan yang dipandang remeh oleh manusia.

Sememangnya terdapat satu hadis  dengan jalur riwayat yang berbeza-beza mengenai seseorang yang dimasukkan ke dalam syurga kerana membuang duri dari jalan. Itulah cabang iman yang paling rendah sebenarnya sebagai mana hadis sahih di mana  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bahawa iman memiliki lebih dari tujuh puluh cabang. Cabang yang paling tinggi dari cabang-cabang keimanan adalah perkataan “la ilaha illallah” dan cabang yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menceritakan bahawa terdapat seorang lelaki yang masuk syurga kerana  dia menyingkirkan duri yang berada di suatu jalan.

Dalam sebahagian riwayat dari Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah pula, beliau berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada seseorang lelaki yang melalui ranting berduri berada di tengah jalan. Ia mengatakan, ‘Demi Allah, aku akan menyingkirkan duri ini dari kaum muslimin sehingga mereka tidak akan terganggu dengannya.’ Maka Allah pun memasukkannya ke dalam syurga.”

Dalam riwayat lain, juga dari sahabat Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Sungguh, aku telah melihat seorang lelaki yang sedang menikmati kenikmatan di syurga disebabkan ia memotong duri yang berada di tengah jalan, di mana duri itu mengganggu kaum muslimin.”[ Imam al-Bukhari dan Muslim]

Pengajaran hadis :

1.    Jangan memandang remeh sebarang amal soleh.
2.    Sesungguhnya Allah Maha Penyayang dan Pengasih kepada hambanya.
3.    Sentiasalah berdoa agar dimasukkan ke syurga dengan asbab peroleh rahmat Allah dengan amal soleh yang dilaksanakan.
4.    Lakukanlah sesuatu amalan yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
5.    Hindarilah perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain.
6.    Setiap kebaikan akan mendapat ganjaran sebagaimana setiap kejahatan akan dibalas.

Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan yang diredaiNya.

Sumber: http://pbasmkps.blogspot.my

P.S. Nota ringkas berkaitan gambar di atas tu: 

Kepada tuan tanah ni tebas atau mesin la pokok yang masuk ke dalam jalan tu. Dapat gak pahala. Kadang2 abam kie ada juga potong dahan buluh yang terjulur ke tengah jalan sebab takut mencalarkan kereta sendiri dan orang lain. Nak harapkan tuan tanah tu buat entah bila la...

Monday, 5 September 2016

40 cerita pasal MAKAN


Assalamualaikum. Pada hari Isnin yang hening ini, izinkan abam kie berkongsi 40 cerita pasal MAKAN. Semoga ianya memberi peringatan kepada kita semua.
1. Paling sedap *makan* free
2. Paling mahal *makan* angin.
3. Paling pahit *makan* hati.
4. Paling lama nak pencen *makan* gaji
5. Paling susah *makan* pasir.
6. Paling celupar *makan* penampar
7. Paling terkesan *makan* dalam
8. Paling sikit *makan* tepi
9. Paling best *makan* tidur *makan* tidur
10. Paling bahaya break tak *makan*
11. Paling berdosa *makan* rasuah
12. Paling teruk *makan* tuan
13. Paling seimbang pandai *mkn*...pandai simpan...
14. Paling malas dah *makan* tak pandai basuh
15. Paling cela *makan* yg haram
16. Paling lama *makan* garam
17. Paling takut *makan* diri
18. Paling bosan *makan* tahun
19. Paling tidak terasa *makan* usia
20. Paling degil tak *makan* saman
21. Paling boring *makan* masa
22. Paling hina *makan* kwn
23.Paling  bahaya *makan* jalan
24. Paling baik kena bagi *makan*
25. Paling comel tak *makan* tua
26. Paling benggang dah pancing tak *makan²*
27. Paling kecewa hrp pagar, pagar *makan* padi
28. Paling derita pantang *makan*
29. Paling risau budak² tak mau *makan*
30. Paling sibuk cari *makan*
31. Paling sopan *makan* beradab
32. Paling kerap salah *makan*
33. Paling tak jujur *makan* hak orang
34. Paling engkar curi² *makan*
35. Paling seronok *makan* kenduri
36. Paling diingat jaga *makan*.
37. Paling tak sihat *makan* tak pantang
38.Paling sihat *makan* bila lapar
39.Paling mulia *makan* nasihat
40. Paling akhir *makan* kena suap

Sebagai hiburan dan peringatam kepada kita semua!

Friday, 2 September 2016

Membuka akaun simpanan di Bank Muamalat


Assalamualaikum. Entah mengapa sudah menjadi hobi pulak untuk abam kie membuka akaun simpanan di bank2 yg terdapat di pekan Tanah Merah ini. Destinasi seterusnya ialah Bank Muamalat yang baru membuka cawangannya di pekan ini. Semasa waktu rehat tengahari dua minggu lepas, abam kie bergegas ke cawangan Bank Muamalat yg terletak di Jalan Humaira. Cuma ada 30 minit jadi abam kie kena pastikan urusan pembukaan akaun simpanan ini cepat selesai.

Setibanya di sana, abam beritahu abang jaga tu tentang tujuan abam ke sana. Lalu dia suruh isi borang. Tak banyak yg perlu disi - cuma nama, no KP, alamat dan tandatangan sahaja. Memandangkan x ada pelanggan lain, terus abam dilayan di kaunter yg kosong. Cuma perlu bagi MyKad dan scan ibu jari aje. Alang2 buka akaun simpanan tu terus abam kie memohon kad debit Mastercard dan perbankan internet. Deposit permulaan cuma RM100. Rasanya dalam 5 minit dah selesai urusan di kaunter.

Selepas itu staff Bank Muamalat sudi membantu abam kie mendaftar perbankan internet di ATM. Langkah demi langkah gitu.  Bila balik ke rumah petang tu terus abam kie login ke www.i-muamalat.com.my. Alhamdulillah. Dapat akses akaun simpanan dan pinjaman kereta di laman webnya.

Rasanya abam kie akan menabung di Bank Muamalat sebab ia 100% patuh syariah! Kalau kawan2 nak membuka akaun simpanan Bank Muamalat silakan ke cawangan berhampiran. Pasti staff BM akan melayan kawan2 dengan sebaik mungkin. In Shaa Allah.
;