Wednesday, 29 June 2016

Putaran hidup seorang insan

Wednesday, June 29, 2016 3

Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.

Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.

Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup. Membina keluarga. Ingin membeli kereta,  rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.

Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa 40-an. Bahawa perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit  dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.

Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.

Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Tuhan masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.

Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala sosial, bini orang bini kita, suami orang suami kita, pergaulan tanpa batasan dan berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.

Hidup ini hanya sementara kawan. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat. Semoga kita semua kekal dalam keberkatan, keredaan dan kasih sayang Tuhan.

Monday, 27 June 2016

Cara Mudah Untuk Mendapatkan Pahala

Monday, June 27, 2016 1

Assalamualaikum. Berikut abam kie senaraikan cara2 mudah untuk mendapatkan pahala di dalam kita beribadah kepada Allah. Yo lah kan? Kita selalu diajar agar study smart, not study hard. Jadi sama jugak la dalam melakukan ibadah kepada Allah. Semoga tip yang abam kongsikan ini berguna kepada kawan2. Selamat beramal.....

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. *Rasyid memang bijak !*


Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb *belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat*. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!
(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)


Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, *pahalanya seperti Solat Seluruh Malam*. Rasyid memang bijaksana!
(Rujukan HR Muslim)


Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu *baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x*. Rasyid memang smart!


Rasyid bersujud ketika lihat ais krim. Maka org tnya kpd dia: kenapa sujud? Dia pun jwb: mak saya bila dia gembira dia akan sujud tanda syukur pd Ilahi.
"Perelokkanlah didikan ke atas anak²mu", kata Rasyid. Rasyid pandai!


Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! *Mulutnya kumat-kamit*. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, *mulutnya kumat-kamit lg*. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, *"Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..."* Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. *Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya*


Rasyid membaiki penghawa dingin masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. *Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*


Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! *Rasyid lebih pandai daripada org tu!*


Aku tnya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... *Rasyid bijakkan?*


Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt *Pahala Rasyid PERCUMA*, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pun jimat. *Rasyid is sooo brilliant!!*


Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, *nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometrico (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:
RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari
=RM21,000,000
*Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!*


Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih *sedekah kerana sedekah pahala amalannya bole membiak*.


Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. *Rasyid is clever as always!*


Rasyid hormat ibubapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. *Rasyid tahu derhaka kpd ibubapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*


Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." *Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu*


3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd ku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tanpa sbrang pengkhususan).
*Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!*


Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.
*Pringatn*: Buatlah baik walau sekecil kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya*. Jom ikut kehebatan Rasyid

Saturday, 25 June 2016

Because I am a teacher.....

Saturday, June 25, 2016 2

I'm a teacher..............
Behind that doctor,
It's me, a teacher........
Behind that economist,
It's me, a teacher........
Above those astronomers,
It's me, a teacher........
I carry the light even though they mostly make jokes of me......
But I am a teacher........
I don't qualify for a bungalow or a villa nor earn enough to buy an expensive house or a car...
like Corrupt Officers n Corrupt Politicians.
But yes, I am a teacher...........
Some think or even say that I have too many holidays, never knowing that I spend those holidays either correcting papers or planning what and how I'm going to teach when I go back to school......
Because I am a teacher.......
Sometimes I get confused and even get stressed by the ever changing policies over what and how I have to teach.......
Despite all that I am a teacher and I love to teach and I'm teaching.............
On pay days I don't laugh as Corrupt Officers n others do, but by the next day I love to come with a smile to those that I teach...
Because I'm a teacher....
The main source of my satisfaction is when I see THEM growing, succeeding, having all those assets, bravely facing the world and its challenges, 
and I say yes I've taught in spite of living in a world opened by Google..
Because I am a teacher....
Yes I am a teacher........
It doesn't matter how they look at me,
It doesn't matter how much more they earn than I do
It doesn't matter that they drive while I walk because all what they have are through me,
A teacher...
Whether they acknowledge me or not...... 
I am a teacher....
"Dedicated to all the amazing teachers" 

Thursday, 23 June 2016

Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016

Thursday, June 23, 2016 8
Hye hye salam perkenalan . 
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami, dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...

KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY

 
Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ... (pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
  • 1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
  • 2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35 
  • 2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
  • 2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
  • 2 x Duit Raya RM 5 / boleh tukar ke topup
  • 2 x Beg Tote Bercorak - tinggi 44cm x lebar 37cm
(boleh pilih design kegemaran)
Terima kasih sudi join
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
Moga anda bertuah & berjaya
Tarikh Mula :15.06.16 (Rabu)
Tamat : 30.06.16 11.59 malam (Khamis)
Keputusan pada : 02.07.16 (Sabtu)

Wednesday, 22 June 2016

Cara-Cara Bagi Mengekalkan Group Whatsapp

Wednesday, June 22, 2016 5

Assalamualaikum. Pada hari ini abam kie ingin berkongsi syarat2 yg perlu dipatuhi jika ingin sesebuah group whatsapp itu kekal lama. Semoga bermanfaat, ya?

1.  Dipermulaan setiap hari sebaiknya didahului ucapan salam dan doa.
2.  Jawablah salam tersebut walaupun cuma seorang saja yg mampu menjawabnya.
3.  Kirimlah apa saja artikel agar grup tidak terlalu sunyi. Artikel yg lucu utk mnghiburkan. Artikel yg berguna sebagai ilmu pengetahuan. Semua itu adalah sedekah jariah kita.
4. Semua ahli biar sama-sama aktif. Tapi sederhana dalam segala hal.
5.  Sesekali tunjukkan suasana tempat kita dan apa aktiviti kita, untuk lebih merapatkan silaturahim.
6.  Saling bertanya khabar berita.
7.  JANGAN sekali2 mngirim sesuatu artikel, imej atau video dgn NIAT untuk menyindir/perli seseorang dlm grup. Biasanya ahli grup yg disindir itu akan faham dgn sindiran itu hingga timbul perasaan tersinggung, merajuk atau marah.
8.  Jika berlaku suasana yg tegang dalam grup, maka wajib seseorang cuba damaikan dan redakan ketegangan itu.
9.  Jika berlaku sesuatu perkara yang melukakan hati kita, jangan cepat sangat Left Grup atau marah. Cuba bersabar demi mengekalkan silaturahim.
10. Saling memaafkan dan jangan berdendam demi kerana Allah SWT.
11. Bila terima sesuatu artikel/info, sebaik2nya berilah respon jika perlu seperti komen atau berikan tanda seperti ini  dsbnya sebagai tanda kita berterima kasih dan menghargai atas usaha org tersebut menyampaikan berita untuk kita.
Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Monday, 20 June 2016

Sambal Pauh Kelantan

Monday, June 20, 2016 10

Assalamualaikum. Apakah makanan yang boleh menambah selera kawan2 terutama sekali pada bulan puasa ini? Bagi abam kie, sambal pauh/mangga dapat membuatkan abam kie lebih berselera makan terutama pada waktu sahur. Ia memang sedap,   gabungan masam dan pedas. Jom lihat resepinya.

Bahan-bahan

4 ekor ikan kering yang dibuang tulangnya atau segenggam udang geragau kering
3 biji mangga muda (mangga kecil2) / di Kelantan dipanggil pauh ringan
5 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara membuatnya....

1. Goreng ikan kering. Kemudian dibuang tulangnya.
2. Jika menggunakan udang geragau, toskan udang tersebut aje.
3. Mangga muda tadi dicincang nipis.
4.Tumbuk hingga lumat cili padi dengan menggunakan lesung.
5. Kemudian masukkan garam dan gula serta mangga yg telah dicincang tadi. Tumbuk lagi.
6. Kemudian masukkan isi ikan. Tumbuk kasar-kasar. Gaulkan sehingga semua sebati.
7. Sedia untuk dihidang.

Pas tu boleh la makan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba!

Friday, 17 June 2016

Malaysia Public Holidays 2017

Friday, June 17, 2016 5

The Malaysia Public Holidays 2017 Calendar (Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan & Negeri 2017) below is useful for your next holiday trip planning and you have no more excuse not to buy overseas flight tickets during next AirAsia free seats / zero fares promotion.


Malaysia Public Holidays Calendar 2017 Kalendar Cuti Umum Malaysia

Malaysia Public / National / Federal Holidays 2017 Calendar (Kalendar Jadual Hari Cuti Kelepasan Am Persekutuan Malaysia)

  1.         January 28 (Saturday): Chinese New Year (Tahun Baru Cina)
  2.         January 29 (Sunday): Chinese New Year Second Day (Tahun Baru Cina Hari Kedua)
  3.         May 1 (Monday): Labour Day (Hari Pekerja)
  4.         May 10 (Wednesday): Vesak Day (Hari Wesak)
  5.         June 3 (Saturday): Agong's Birthday (Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong)
  6.         * June 25 (Sunday): Hari Raya Puasa
  7.         * June 26 (Monday) Hari Raya Puasa (Hari Kedua)
  8.         August 31 (Thursday): National Day (Hari Kebangsaan)
  9.         * September 1 (Friday): Cuti Hari Raya Haji / Qurban
  10.         September 16 (Saturday): Malaysia Day (Hari Malaysia)
  11.         September 21 (Thursday): Awal Muharam (Maal Hijrah)
  12.         * October 19 (Thursday): Deepavali (Hari Deepavali)
  13.         December 1 (Friday): Prophet Muhammad's Birthday (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. / Maulidur Rasul)
  14.         December 25 (Monday): Christmas (Hari Krismas)

State Holidays 2017 (Jadual Hari Cuti Kelepasan Am Negeri)

  1.         January 1 (Sunday): New Year 2017 (Tahun Baru 2017)
  2.         January 14 (Saturday): Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan's Birthday (Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan)
  3.         January 15 (Sunday): Sultan of Kedah's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Kedah)
  4.         February 1 (Wednesday): Federal Territory Day (Hari Wilayah Persekutuan)
  5.         * February 10 (Friday): Hari Thaipusam
  6.         March 4 (Saturday): Anniversary of Installation of Sultan of Terengganu (Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu)
  7.         TBC: Sultan of Johor's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Johor)
  8.         April 14 (Friday): Good Friday
  9.         April 15 (Saturday): Declaration of Malacca as a Historical City (Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah)
  10.         April 24 (Monday): Israk dan Mikraj
  11.         April 26 (Wednesday): Sultan of Terengganu's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Terengganu)
  12.         May 7 (Sunday): Hari Hol Pahang
  13.         May 17 (Wednesday): Raja Perlis' Birthday (Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis)
  14.         * May 27 (Saturday): Awal Ramadan
  15.         May 30 (Tuesday): Harvest Festival (Pesta Kaamatan / Pesta Menuai)
  16.         May 31 (Wednesday): Harvest Festival (Pesta Kaamatan / Pesta Menuai)
  17.         June 1 (Thursday): Perayaan Hari Gawai Dayak
  18.         June 2 (Friday): Perayaan Hari Gawai Dayak
  19.         June 12 (Monday): Hari Nuzul Al-Quran
  20.         July 7 (Friday): Georgetown World Heritage City Day (Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia)
  21.         July 8 (Saturday): Penang Governor's Birthday (Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang)
  22.         * September 2 (Saturday): Hari Raya Qurban / Haji Hari Kedua
  23.         TBC: Sarawak Governor's Birthday (Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak)
  24.         October 7 (Saturday): Sabah Governor's Birthday (Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah)
  25.         TBC: Malacca Governor's Birthday (Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka)
  26.         October 24 (Tuesday): Sultan of Pahang's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Pahang)
  27.         TBC: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
  28.         November 11 (Saturday): Sultan of Kelantan's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Kelantan)
  29.         November 12 (Sunday): Sultan of Kelantan's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Kelantan)
  30.         November 27 (Monday): Sultan of Perak's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Perak)
  31.         December 11 (Monday): Sultan of Selangor's Birthday (Hari Keputeraan Sultan Selangor)
Note: * Subject to change (tertakluk kepada perubahan).
To be updated once the official version is available.

Wednesday, 15 June 2016

Pengorbanan Seorang Bapa

Wednesday, June 15, 2016 6

Setiap dari kita amat menyayangi bapa kita kerana merekalah yang mencari nafkah untuk membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. Mereka juga yang menyiapkan keperluan wang dan makan pakai kita. Bapa pada zaman dahulu tugasnya mencari rezeki manakala tugas menjaga anak2 biasanya dilakukan oleh kaum ibu. Namun begitu kedua2nya terlibat dlm memberikan pendidikan awal kpd anak2.

Bapa abam kie bernama Zainuddin bin Abdullah berusia 75 tahun. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga. Pada usia 18 tahun dia telah berkahwin dengan arwah ma. Mereka dikurniakan 6 org anak, 3 lelaki dan 3 perempuan. Abam Kie ialah anak kelima. Seingat abam kie, ayah melakukan banyak kerja untuk menyara kami sekeluarga. Maklumlah kan, pada masa itu susah nak cari kerja. Mujurlah arwah datuk ni banyak tanah sawah dan kebun, jadi ayah mengerjakan sawah padi n berkebun. Selain dari itu dia juga menjadi tukang rumah. Malah rumah pusaka di kampung ni dialah yg membina seorang diri. Pernah ayah pergi bekerja membuat rumah batu di Singapura pd thn 1976. Tak la abam pasti berapa lama dia berada di sana.

Semasa abam kie belajar di Sek Men Sains Machang, Kelantan, ayah berusaha keras untuk membayar yuran sekolah dan perbelanjaan harian. Setiap 2 minggu ayah akan melawat abam di sek dengan membawa sedikit makanan dan barang2 keperluan. Abam ni selalu homesick gak biarpun sek tu cuma 14km dari rumah. Pada hari terakhir SPM 1990, ayah mengambil abam kie dari asrama dengan menaiki motosikal Honda Cup. Begitu sayangnya dia kepada abam kie biar pun dia tak pernah mengucapkannya.

Semasa menuntut di Universiti Malaya selama 6 thn juga ayah memastikan abam mendapat bekalan duit yg secukupnya. Dia terpaksa menjual seekor lembu bagi memastikan abam boleh membayar yuran pengajian dan asrama. Pada thn 1991 - 1996 perbelanjaan di universiti x la mahal sgt. Dalam RM50 tu boleh tahan sampai seminggu. 

Sesungguhnya ayah adalah insan yg amat abam sayangi. Abam Kie x la pandai dalam pertukangan ni. Sikit2 tu boleh lah. Nak baiki wiring, paip, rumah dan lain2 DIY tu abam kie berharap kpd ayah. Jadi sampai skrg jika abam kie memerlukan bantuan DIY, ayah la yg dtg membantu! Jika ayah x boleh buat barulah abam kie panggil technician.

Sesungguhnya abam kie terhutang budi dan nyawa kepada ayah yang telah membesarkan, menyekolahkan dan mengajar abam kie sehingga menjadi insan yg berguna pada usia 43 skrg. Alhamdulillah.

Monday, 13 June 2016

Pengomen tegar yang bakal menerima kad raya

Monday, June 13, 2016 11

Assalamualaikum. Tempoh kempen mengomen di entri abam kie telah tamat pada 1 Ramadhan 1437 yg lalu. Jadi pada hari dan bulan yg mulia ini, abam kie dgn rasa sukacitanya ingin mengumumkan lima pengomen tegar blog ini yg bakal menerima sekeping kad raya dari abam kie. Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih krna sering berkunjung ke sini dan menulis komen2 membina. Mereka yang dimaksudkan ialah

1. Kak Paridah {http://karyaku-paridahishak.blogspot.com}
2. Sentiasa Panas {http://www.sentiasapanas.com}
3. Perdu Cinta {http://perducinta.blogspot.com}
4. Cikgu Etuza {http://madey09.blogspot.com}
5. Normi Nieza {http://norminieza.blogspot.com/}

Mohon pemenang2 di atas agar menghantar nama penuh, alamat rumah/pejabat dan no HP untuk urusan pengiriman kad raya pada atau sebelum 22 Jun 2016 (Rabu) melalui emel [zukideen@yahoo.com] atau Whatsapp [012-9820100]. 

Sekian. Terima kasih.

Friday, 10 June 2016

Mendaftar Ahli Rakan Cop di Tanah Merah, Kelantan

Friday, June 10, 2016 5
Abam Kie mendapat cenderahati berupa key chain dan notebook apabila mendaftar di tapak ekspo PDRM Tanah Merah, Kelantan pada 24 April 2016 lalu. Anda bila lagi?

Apa itu Rakan Cop?

RAKAN COP bermaksud Rakan Polis. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudjkan bandar selamat dengan menggunakan slogan :Bersama Memerangi Jenayah". Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer (e-mail dan website) sebagai medium perantara untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai. Medium perantara ini ditempatkan di pusat kawalan kontinjen (CCC) yang beroperasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi bagi memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidamatan pantas dalam apa jua situasi.
Misi RAKAN COP
 
1) Menjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan polis dengan orang ramai.
2) Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalulintas dan lain-lain aspek keselamatan.
3) Menggalakkan dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat kepda polis agar konsep 'tanggungjawab Bersama' dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.

Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP?

1) Kejadian jenayah
2) Kemalangan jalanraya
3) meadaaan lalulintas
4) Kesalahan lalulintas/lumba haram
5) Pennyalahgunaan dadah
6) Perjudian/kegiatan maksiat
7) Penyeludupan
8) Pendatang asing tanpa izin
9) Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM.

Apakah kelebihan menyertai RAKAN COP?

1) Identiti pemberi maklumat tidak terdedah (dikenali melalui nombor kod sahaja)
2) Maklumat cepat dan mudah disalurkan (menggunakan hotline, SMS dan MMS)
3) Maklumat diterima direkodkan dalam Database
4) Jumlah dan kategori maklumat dapat dianalisa dari semasa ke semasa untuk kajian dan perancangan pihak polis
5) Setiap maklumat dapat dipantau untuk memastikan tindakan diambil.
6) Penggunaan teknologi terkini meningkatkan kepantasan dan kecekapan bertindak.
7) Melalui system online maklumat juga dapat disalurkan dengan pantas ke stesen TV/Radio untuk hebahan jika perlu.
8) Orang ramai sentiasa peka dan dapat memainkan peranan dan menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif.
9) Orang ramai dan Polis dapat berganding bahu dengan lebih bermakna dalam memerangi jenayah dan menjadikan Bandar Selamat.

SIAPA AHLI RAKAN COP?
 
Semua masyarakat adalah ahli Rakan Cop. Caranya mudah. Cuma mendaftar secara rasmi sebagai Rakan Cop menggunakan telefon bimbit.

Kaedah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti contoh di bawah:

1. (Jika di Kelantan) Taip POLISKN<>DAFTAR<>NAMA SAMARAN dan hantar ke 32728 (DAPAT).

2. Anda akan diberi nombor pendaftaran RAKAN COP Malaysia sebaik selesai mendaftar.

3. Cara menghantar maklumat melalui SMS untuk kes di Kelantan: - 
Taip: POLISKN<>TAIP MAKLUMAT dan hantar ke 32728 (DAPAT). Atau talian terus 09-7450999.

Thursday, 9 June 2016

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Thursday, June 09, 2016 10

Assalamualaikum. Tadi saya dijemput oleh Cik Nafas Baru untuk menyertai GA beliau yang menawarkan hadiah2 berikut:

1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam)
2. Purse Kipling x 1
3. Keychain Vietnam x 7
 
Jadi anda dijemput menyertai GA beliau. Mana tahu ada rezeki dapat barang dari Madinah atau Vietnam. Abam Kie pun dah lama x menang GA. Harap2 kali ini berjaya. Aamiin.
 
Jika anda nak join, klik aje banner kat atas tu ya? Good luck and thank you!

Wednesday, 8 June 2016

Kad Debit-i Visa Bank Islam The Red Warriors

Wednesday, June 08, 2016 4

Abam Kie sudah lama menutup akaun di Bank Islam kerana tak sanggup mengendalikan banyak akaun simpanan. Namun apabila abam kie terbaca berita yang KAFA melancarkan Kad Debit-i Visa Bank Islam Kelantan FA "The Red Warriors" baru2 ini maka abam kie melangkah masuk ke Bank Islam cawangan Tanah Merah, Kelantan tanggal 30 Mei 2016 lalu.

Oleh kerana niat utama abam kie cuma nak mendapatkan kad debit The Red Warriors tersebut jadi abam kie cuma membuka akaun simpanan asas yg memerlukan abam kie mengekalkan akaun minima RM20 sepanjang masa. Lama juga la menunggu tengahari itu sampai perut ni berkeroncong. Malangnya apabila abam kie nak buat kad debit tersebut pengurus bank beritahu yg kad debit TRW belum sampai. Geram tul! Jadi dia mencadangkan abam kie datang esoknya. 

Pada petang keesokan harinya abam kie ke BIMB sekali lagi. Kali ini siap berisi borang dan yuran tahunan kad sebanyak RM12.72. Bank komersial lain x mengenakan caj kad kepada pemegang akaun BSA tapi tidak Bank Islam Malaysia Berhad. Bengang tul! Lepas tu pemegang akaun Simpanan Asas BIMB juga x boleh menggunakan perbankan internet! Sedangkan CIMB dan PB boleh je? Arrgghhh!

Tak apalah. Bayar je la demi dapat menambahkan koleksi kad visa debit. Betul kan? Menurut kata pengurus bank yang boroi tu, selain faedah kad debit biasa, kad debit yang diperkenalkan itu juga akan memberi kemudahan kepada pemegang untuk mengeluarkan wang tunai minimum RM500 dan maksimum RM2,000 sehari di Petronas terpilih di kawasan Pantai Timur. Syaratnya cuma beli minima RM5 barangan di kedai Mesra Petronas menggunakan kad debit TRW ini. Lepas tu isi slip keluar wang di kaunter stesen minyak.

Tambah pengurus tersebut pengguna kad debit TRW ini juga sekali gus menyumbang kepada perkembangan bolasepak Malaysia amnya dan Kelantan khususnya dimana setiap kad baru dan yang diperbaharui, FAM akan mendapat RM2 dan Kafa RM2.

Jika berminat silakan ke cawangan Bank Islam yg berhampiran, OK? Selagi stok masih ada.

Monday, 6 June 2016

MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Monday, June 06, 2016 5


Sempena bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah ini, abam kie ingin berkongsi MENU SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADHAN YG MULIA. Bersamalah kita menghayati dan mengamalkannya. Aamiin.

1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
2. *Solat Tarawih* minima 8 rakaat setiap mlm.
3. *Solat Witir* minima 3 rakaat semalam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
5. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
6. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
7. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan *bersahur* setiap hari.
9. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
11. *Ziarah* orang yg kurang bernasib baik.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar2 Ramadhan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan2 orang yg fasik*.
15. *Jauhkan aktiviti yg lagha.*
16. *Zikir harian*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang2nya 100x dlm sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silaturrahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga lisan, pandangan, pendengaran dan hati* dari perkara2 yg dilarang.
23. *Tidak berlebih2an* mahupun membazir dgn makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan2 sunat* - solat sunat rawatib.
24. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yg ringan tulang dlm urusan rumah tangga (terutama suami  dan anak2 lelaki)
25. Lazimi utk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah utk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kpd ALLAH SWT di kala senang maupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yg telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT - *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

 Mudah2an kita semua mendapat segenap bantuan untuk dapat melaksanakannya. Amin Ya Rabbal Alamiin...

Friday, 3 June 2016

Talian Pascabayar RM8 Redtone Untuk Guru

Friday, June 03, 2016 4

The award winning redONE Network Sdn Bhd, Malaysia's first postpaid Mobile Virtual Network Operator (MVNO), is offering RM100 million worth of benefits to the 500,000 teachers in the country.

These benefits are in recognition of the teachers' contribution to nation building. The company had put together a special plan exclusively for teachers which would give them two free lines each for a year.

By obtaining the two free lines the teachers would not only be saving RM192 per year in commitment fees but also enjoy limitless free talk time among redONE subscribers throughout the country.

Other benefits of the plan includes free 500MB data per month per line for a year, no registration fees and deposit.

Under the plan, teachers can opt to keep their existing numbers or obtain new numbers.

Teachers would have to show their school identity tags, pay slips or any other identifications to be eligible for the one month offer, beginning May 1.

Registration could be done at any redONE agency, outlet or agents.

Abam Kie subscribed to this plan on the Teacher's Day when redONE promoters  came over to my school and persuaded me to grab this exclusive offer for teachers. Abam Kie was given two free SIM cards so my wife and I can talk as much as we like when we are far away.
\

Thursday, 2 June 2016

GIVEAWAY KAD RAYA 2016 BY KATHY R'BAIN & CIK AKAK

Thursday, June 02, 2016 6

Assalamualaikum. Pagi tadi buka blog dan semak bloglist kat sebelah tu. Tetiba terpandang entri terkini dari Puan Kathy tentang GA Kad Raya 2016. Hmmm...tanpa berfikir panjang terus abe kie join sebab syarat2nya pun mudah. Lagipun abam kie dah lama follow blog Kathy dan Cik Akak. Dua org blogger hebat dari Borneo gitu! 

Syaratnya mudah aje iaitu:

1. Hanya blogger MALAYSIA sahaja.
2. Wajib Follow belog Kathy R'bain | Cik Akak.
3. Wajib Bloglistkan belog Kathy R'bain | Cik Akak sepanjang berlangsungnya segmen.
4. Buat entri ringkas, masukkan banner dan link-kan ke entri tersebut.
 
Alhamdulillah. Rasanya abam kie dah patuhi segala syarat yg dikenakan. In Shaa Allah jika ada rezeki tu dapatlah kad2 raya dari mereka. Aamiin...

Wednesday, 1 June 2016

Kegunaan Pemacu USB 3.0 OTG

Wednesday, June 01, 2016 6


Baru2 ini Abam Kie menebus mata ganjaran kad kredit Visa Platinum Maybank dengan pemacu DataTraveler® microDuo Flash Kingston. Mengapa abam kie nak sangat guna pemacu USB OTG ini? Pertama sekali ia memudahkan abam kie memindahkan fail2 dari telefon pintar ke komputer. Pemacu ini mempunyai kapasiti simpanan 32GB yg abam rasakan sudah cukup besar untuk dijadikan ruang simpanan bagi foto, muzik dan video. Pemacu ini mempunyai port USB dan microSD jadi mudah la nak cucuk ke mana2 hp dan PC. Bentuk pemacu OTG USB (On-The-Go)  Kingston 3.0 ini pulak sangat kecil jadi mudah dibawa ke mana2 dan mudah gak tercicir kan?

Sesuai untuk menyimpan fail besar semasa dalam perjalanan, DTDUO memberikan fungsi plug-and-play untuk tablet dan telefon pintar tanpa port microSD pada harga yang lebih rendah bagi setiap GB daripada simpanan dalaman (internal memory) pada peranti mudah alih.

Berkongsi fail besar antara peranti mudah alih adalah lebih mudah daripada menggunakan perkhidmatan awan dalam talian, dan tidak ada keperluan untuk kabel untuk memindahkan data antara peranti dan PC.

Pemacu USB 3.0 OTG Kingston ini sangat kecil, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja, ditambah dengan reka bentuk anggun ia bakal melengkapkan mana-mana peranti mudah alih. Manakala penutup berputar melindungi penyambung microUSB daripada kerosakan. Pemacu DataTraveler microDuo Flash disokong oleh jaminan lima tahun,.

Jadi apa lagi kawan2? Belilah satu pemacu USB OTG ini untuk memindahkan fail dari HP ke laptop dan sebaliknya. Sekarang harganya semakin murah di Lazada. Kalau nak beli tu pastikan yg sokong USB 3.0 agar cepat pemindahan datanya. OK?