Monday, 30 May 2016

Rukun Nikah Islam vs Rukun Nikah Bani Melayu

Monday, May 30, 2016 9

Rukun Nikah Islam:

1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Wanita
3. Wali
4. Saksi
5. Ijab Kabul

Rukun Nikah Bani Melayu:

1. Pelamin
2. Karoke
3. Bunga telur
4. Dulang
5. Hantaran
6. Barzanji
7. Qasidah
8. Geng selawat
9. Tepung tawar
10. Beras kunyit
11. Kek
12. Photoshoot selfie suami isteri
13. Upacara batal air sembahyang (Mazhab syafie ajar ke)
14. Berinai
15. Set persalinan pakaian
16. Jemput org ramai dgn niat agar dpt cover semula keborosan bila org hulur duit
17. Tok Kadi, pak imam masjid (dibayar upah)
18. Nikah dlm masjid sehingga tidak solat tahiyatul masjid
19. Upacara perarakan menyambut pengantin
20. Majlis dibuat 2 kali rumah pengantin perempuan dan lelaki
21. Pengapit, tukang kipas
22. Pengantin lelaki dan wanita duduk atas pelamin sambil di'touch up' makeup sambil ditatap oleh bukan mahram
23. Upacara bercumbuan selepas akad nikah meniru agama nasrani
24. Khemah bercampur lelaki dan wanita (ikhtilat)
25. Hak jalan org lain ditutup sdgkan Nabi s.a.w suruh berikan hak jalan utk org lain
26. Buat makan mengharapkan balasan agar cover semula kos bila org lain berikan wang
27. Akan dicari ustaz utk tentukan hari yg baik utk kahwin, utk tahu jodoh serasi atau tidak melalui tilikan nama, tarikh lahir pengantin sbgmana hindu jmpa sami sblm bernikah
28. Tok sheikh, pak imam akn baca doa bidaah dgn kisah palsu yg ada di buku contohnya; Ya Allah satukan pengantin ini sebagaimana Kau satukan Yusuf dan Zulaikha, Sulaiman dan Balqis
29. Lafaz nikah versi tok sheikh mula dibuat. Jika tiada NYA pun dikira tidak sah
30. Khutbatul hajat cara Nabi s.a.w tidak dibaca akan tetapi teks versi tok sheikh dibacakan.

Jika ada sila tambah...

Noted :
Sanggup mereka tangguhkan perkahwinan semata2 bpegang pd biar mati anak jgn mati adat.
Pasangan pengantin yg ingin berkahwin disusahkan oleh ahli keluarga dgn perkara2 dangkal ini semua.

Sanggup pula berhutang, alam perkahwinan selepasnya mreka tidak fikir. Selepas kahwin rumah tangga berantakan akibat dikelilingi oleh hutang semata2 follow adat yg merugikan diri yg agama Islam tidak pernah ajarkan.

Apa yg nabi s.a.w ajarkan cukup mudah, simple, padat tapi tidak mahu ikut. Rela adat dihidupkan, sunnah dimatikan.

Yang mana anda nampak mudah?
Cara Nabi s.a.w atau cara Bani Melayu kahwin?

Sunday, 29 May 2016

Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com

Sunday, May 29, 2016 4


Giveaway Fridge Magnet Lombok bermula saat ini dari hari ini, 23 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.


Siapa nak ole-ole dari Lombok? Ada 20 fridge magnet berupa rumah perkampungan orang Sasak, Lombok, Indonesia.

Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia ya... Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 30 Mei 2016.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 Jun 2016.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Friday, 27 May 2016

Kalkulator Pengiraan Bil Elektrik

Friday, May 27, 2016 5

GERAM!!! Itulah perkataan yang abam kie ucapkan apabila menerima bil elektrik pada awal bulan Mei lalu. Sejak musim panas melampau melanda Kelantan bil letrik naik mencanak2 kerana aircond selalu digunakan. Contohnya, pada bulan Februari bil naik kepada RM250, bulan Mac menjadi RM341 dan kemuncaknya pada bulan Mei melambung kepada RM441. Mujur abam x pengsan!

Lalu abam kie pun mengambil inisiatif untuk membuat Kalkulator Bil Elektrik dengan menggunakan formula dalam bentuk Excel dengan bantuan rakan sekerja iaitu Cikgu Narzuki. Dia adalah guru pakar Prinsip Perakaunan dan blog dia boleh diakses di http://cgnarzuki.com. Cara nak guna kalkulator ini senang sahaja. Cuma masukkan bacaan dahulu dan bacaan semasa. Klik enter dan anggaran bil yang kena bayar akan terpapar di bawahnya. Jadi kawan2 bolehlah mengagak berapa RM yang perlu dibayar pada bulan berkenaan.

Baiklah. Kalau nk muatturun fail Excel kalkulator bil elektrik tu kawan2 boleh la klik DI SINI.

Semoga hasil usaha abam kie dan kawan ini memberi manfaat kepada semua orang. Aamiin.

Wednesday, 25 May 2016

Sambutan Hari Lahir Ke 43

Wednesday, May 25, 2016 10

Alhamdulillah kerana Allah masih lagi memberikan ruang dan masa untuk abam bernafas pada 19 Mei lalu untuk menyambut hari lahir yang ke 43. Abam Kie dilahirkan pada 19 Mei 1973 (Sabtu) di Kampung Tandak, Machang, Kelantan. Anak kelima daripada 6 adik beradik. Bapa bekerja kampung aje. Ibu pula surirumah. 

Baiklah. Apa yang terjadi pada 19 Mei 2016? Abam Kie tak cukup tidur kerana kerap kali terjaga kerana anak nak minum susu. Pergi ke sekolah pun dalam keadaan mengantuk. Masuk ke kelas pun tiada semangat. Namun tugas perlu dilaksanakan. Bila buka FB tengok ramai rakan mengucapkan Happy Birthday. Ada 200 orang tu! Kat FB Messenger dan Whatsapp pun ada. Terasa diri ini dihargai biarpun cuma di alam cyber. Tengahari tu abam kie jamu kawan2 guru lelaki minum sikit. 

Bila pulang tu abe kie pergi beli ayam KFC untuk makan malam. Makan bersama anak2 n isteri tercinta. Syukurlah mereka masih setia menyokong dan menyayangi abam kie sebagai bapa/suami. 

Azam bila masuk 43 tahun ni hendak lebihkan aktiviti keagamaan bagi bekalan menuju ke akhirat nanti. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Doakan abam kie dapat menggapai azam ini, OK?

Monday, 23 May 2016

Beradablah Dengan Ahli Ilmu

Monday, May 23, 2016 5

MESTI BACA

ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Ahmad : Kenapa anta belajar sikit tapi dapat result gempak ?

Mahmud : Sebab ana jaga adab dalam belajar kerana di situ terdapat keberkatan.

Ahmad : Keberkatan tu apa ?

Mahmud : Keberkatan tu 'ziadatul khair' (زيادة الخير), 'bertambah kebaikan'. Kita buat sikit tapi dapat banyak.

Ahmad : Bagaimana nak dapat keberkatan?

Mahmud : Antara benda yang sangat perlu dijaga adalah adab kita dengan guru. Ana tengok ada yang bercakap-cakap ketika guru sedang belajar, ada yang bergelak ketawa, buat bising, ada yang main telefon, ada yang tidur, tak fokus pada guru ketika dia sedang mengajar. Bagi ana kalau nak buat semua tu sebab dah terdesak sangat, jangan buat depan2 guru kerana itu menunjukkan kita tak beradab dengan guru dan boleh menyebabkan guru kecil hati.

Kata Imam As-Syafie :
"Sesiapa yang ingin dibukakan hatinya oleh Allah, maka hendaklah dia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu." (Kitab Majmuk, Syarah Mazhab Jilid 1)
Ada seorang ulama ni, dia belajar banyak tapi ilmu tu tak masuk2 tapi dia sangat jaga adab dia dengan gurunya. Satu ketika, gurunya tiada dan gurunya menyuruh ulama ni menggantikan tempatnya. Ulama ni pun risau, dia langsung tak tau apa-apa. Jadi dia pun bertawakkal dan tiba2 dia dapat mengajar ilmu itu sepertimana yang gurunya ajarkan kepadanya.

Hilangnya keberkatan ilmu ataupun hilangnya kesan ilmu adalah kerana tidak menjaga adab daripada ilmu. Ada orang boleh menghafal semua kitab, boleh menghafal semua ilmu tetapi kemungkinan kesan daripada ilmu tadi tiada dalam hidup dia ataupun ilmu tadi tak boleh nak datangkan kemanfaatan pada dirinya, mungkin kerana hilangnya adab.

Ulama terdahulu mempelajari adab sebelum mempelajari ilmu. Mereka menjaga adab walau sekecil-kecil adab.

Imam As-Syafie berkata :
"Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)"

Kata Imam Az-Zarnuji :
"تعلّمت الأدب عشرين سنة وتعلّمت العلم عشرة سنة"
"Aku mempelajari adab menuntut ilmu selama 20 tahun dan mempelajari ilmu selama 10 tahun"
(Kitab Ta'limul Muta'allim)

Beradablah wahai penuntut semua,tidak kira di dewan² kuliah atau di masjid surau.Semoga dengan beradab kita memiliki keberkatan dari Ilmu yang dipelajari.Ya Allah tambahkan kepada kami ilmu yang bermanfaat dan rezkikan kefahaman kepada ilmu yang kami pelajari.اللهم امين

Semoga bersama mendapat manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah.

Friday, 20 May 2016

Group Whatsapp mengikut kumpulan umur

Friday, May 20, 2016 6

Cuba baca entri ini sampai habis dan tanya kepada diri sendiri sama ada apa yg ditulis di bawah ini tepat atau sebaliknya?

*_WHATSAPP GROUP_*

Umur 10-12 tahun
Masa ni, semua orang jadi admin. Ada 5 group, semua ahli yang sama, nama group je berbeza. Perbincangan berkisar tentang jadual persekolah dan gosip bilik sebelah.

Umur 13-15 tahun
Masa ni dah mula berpuak-puak mengikut special interest masing-masing. Admin tak semua. Group yang sama, ahli yang sama, mereka dah tak buat group lebih-lebih! Perbincangan masih lebih kepada jadual persekolahan. Cuma kisah-kisah teknologi smartphone mula bercambah.

Umur 16-17 tahun
Kumpulan ni lebih specialised. Perbincangan mula tertumpu kepada kecemerlangan peperiksaan. Maklumlah, dah nak SPM. Dah mula pandai share gambar-gambar skandal.

Umur 18-19
Kumpulan ni dah mula masuk alam pengajian tinggi. Tapi, perbincangan berkenaan akademik jarang sangat. Banyaknya duk mencari identiti sendiri. Masa ni mula berjinak-jinak dengan politik. Dah pandai dah hentam pihak berkuasa dan kerajaan. Cakap-cakap bisnes jauh sekali.

Umur 20-22
Awal penubuhan, masing-masing bersemangat dengan alam sebenar pengajian tinggi. Yang teruna dah mula pasang perangkap. Yang dara masih jual mahal. Kononnya nak fokus belajar dulu katanya di dara. Di pertengahannya, lagak hero heroin politikus mula ditonjolkan apabila tiba musim pihanraya kampus. Dah mula carut mencarut dalam open group. Cakap-cakap bisness dah mula ada. MLM kebanyakannya.

Umur 23-28
Masa ni, kebanyakkan group tak aktif sangat. Masing-masing dah mula bawa haluan mengikut kerjaya. 70% makan gaji sama ada kerajaan atau swasta. 25% menganggur. 5% yang bisness sendiri.

Umur 29-35
Ramai yang dah establish dalam organisasi. Gaji dah besar, kereta dah besar, keluarga dah besar, bual pun dah mula besar. Cakap politik masa ni memang top. Siap left group lagi. Kalau nak ajak jumpa, 80% yang terdiri daripada makan gaji akan bagi amaran. Syarat nak jumpa, tak payah nak cakap-cakap bisness. Setakat main boling, minum-minum, bual kosong takpe. Yang sedang bisness, terpaksa la kongsi idea bisness dengan orang yang tidak dikenali dan membina rangkaian lain.

Umur 36-40
50% yang makan gaji dah mula terasa kepayahan hidup. Mula la berjinak-jinak dengan bisnes. Dulu masa kengkawan yang duk buat bisnes mintak support dia buat tak tahu. Siap ban lagi. Hah, sekarang dah terhegeh-hegeh nak share bisness dalam group. Yang dah lama bisnes, senyum dari jauh. Cakap-cakap politik masing-masing bernas. Hujah mengalahkan Pak Hamka. Fatwa-fatwa baru juga banyak dicipta.

Umur 41-50
Dah start share pasal tips-tips kesihatan. Ucapan takziah kematian pun dah mula rancak. Cakap politik makin menjadi. Ditambah pula, ada ahli-ahli yang dah jadi wakil rakyat atau memegang jawatan penting parti.

Umur 51-60
Ahli group dah mula berkurangan akibat sakit atau kematian. Ada juga yang dah mula bertaubat dan mula menjauhkan diri daripada perbincangan kosong. Idea dah mula berkurangan. Asyik forward sharing imej-imej dan kata-kata sama je.

Umur 60-65
8Aa9sa97sa0s8a08sa...asyik salah tekan keypad je...
#sayasenyumdiasenyum

Wednesday, 18 May 2016

Kenapa Rezeki Tak Murah

Wednesday, May 18, 2016 4

Assalamualaikum. Pada hari Rabu ini abam kie sertakan gambar yang penuh dengan peringatan ini sebagai satu cara untuk muhasabah diri kita sendiri. Semoga kita menjauhi sifat2 terkeji ini. In Shaa Allah.

Monday, 16 May 2016

Facebook Group For Kelantanese to Sell, Buy and Trade Their Products

Monday, May 16, 2016 6

Assalamualaikum. It is a common practice today for people to do business online through various platforms such as Facebook, Whatsapp, Instagram and blog. I also sometimes sell my items via mudah.my. Yesterday, I made a decision to create a FB group with the purpose of selling, buying and trading items for Kelantanese. So, if you are a local Kelantanese or living outside the state, you are welcomed to join this group by clicking on the link below. Thank you for your cooperation.

https://www.facebook.com/groups/buynsellntrade/

Friday, 13 May 2016

Cukai Kerajaan Terhadap Kad Kredit Dihapuskan

Friday, May 13, 2016 4

Assalamualaikum. Semasa abam kie gi jalan2 ke AEON Mall, Kota Bharu pada minggu lepas, seorang promoter kad kredit AEON cuba menggoda abam untuk mendaftar kad kredit pasaraya berkenaan. Tapi abam kie menolak kerana sudah memiliki 2 keping kad kredit. Mujurlah kad2 ni tiada yuran tahunan cuma kena bayar cukai kerajaan sebanyak RM50 tu la! Kalau bukan kerana cukai tu abam kie tak potong la dua kad kredit lain tu. Tapi promoter tu bagitahu pemegang kad kredit kini dikecualikan daripada membayar cukai perkhidmatan kerajaan sebanyak RM50 tu sejak 1 April 2015. Mula2 abam tak percaya tapi bila promoter tu bersungguh2 buka browser hp dia untuk google artikel mengenai perkara tersebut maka abam kie pun sudi meluangkan masa untuk dia sekejap.

Memang betul lah! Tiada lagi yuran perkhidmatan RM50 yg dikenakan sejak Januari 2010! Hmm.... kalau begini ada peluang la abam nak pohon kad kredit Citibank plak! Hehehehehe..

Sesungguhnya pemansuhan cukai perkhidmatan RM50 akan memberi manfaat kepada pemegang kad kerana kami kini boleh menggunakan kad kredit secara percuma sekiranya memiliki kad yang tiada yuran tahunan. Thanks Pak Jib!

Wednesday, 11 May 2016

Mari Belajar Bahasa Thai (Bahagian 4)

Wednesday, May 11, 2016 2

Assalamualaikum. Kini tibalah kita ke pelajaran yang terakhir dalam edisi mari belajar bahasa Thai. Semoga dengan adanya pembelajaran seperti ini, kawan2 akan lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Thai. terima kasih.

Warna : see
Warna merah : see daeng
Warna kuning : see Leghang
Warna biru : see Naamngen
Warna biru muda : see Faa
Warna hitam ; see dam
Warna kelabu : see thau
Warna hijau : see khiaw
Warna muda (lembut): see orn
Warna puteh : see khaaw
Warna ungu : see muang
Warna jambu : see chompu
Warna koko : see koko
Warna cerah : see chaeng
Warna gelap : see merd

Ini : Nee'
Itu : Nant
Di sini : Thi Nee
Di sana : Thi Nont
Di situ : Thi Nant
Di mana ? : Thi Naii ?
Apa? : A'arai ?
Itu apa? : Nant a'arai?
Bila ? : Megharai ?
Siapa ? : Khrai ?
Buat apa ? : Tham a'arai ?
Kenapa ? : Tham mai?
Ya (jawapan) : Chai
Ya (Jawapan lelaki) : Khrab
Ya (jawapan perempuan) : Khah
Bukan : Mai Chai
Tidak : Mai, Plao
Sekarang : Diaw nee
Yang lepas : Thi Pharm maa
Lepaskan : Ploi
Ada : mee
Tiada ; mai mee
Ada urusan ; mee thu' ra'
Ada hal ; mee reghang
Tiada apa apa ; mai mee a'arai
Ada sedikit sahaja ; mee lek noi thaunant
Sudah ; Sed laew
Belum sudah ; Yang mai sed
Sudah selesai ; Sed riabroi laew
Sudah habis ; Mod laew
Masih ada lagi ; yang mee eik

Monday, 9 May 2016

Perkataan Bahasa Inggeris Yang Disalahgunakan

Monday, May 09, 2016 6

10 perkataan English yg digunakan orang kita di Malaysia..Berlainan jauh sungguh maksudnya..
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
1‌‌. TACKLE
English : menangani, mengatasi
Orang kita : Mengurat
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
2.‌‌ CHOP
English : cincang
Orang kita : Rubber stamp
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
3. ‌‌BUDGET
English : belanjawan
Orang kita: contoh ayat "makan nasi bajet laaa"
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
4. ‌‌ACTION
English : bertindak
Orang kita: berlagak
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
5. ‌‌BLUR
English : kabur , samar-samar
Orang kita : bingung

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌6. ‌‌SOUND
English : bunyi
Orang kita: marah
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
7. ‌‌SLUMBER
English : tidur lena
Orang kita : bersahaja
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
8. ‌‌CABLE
English : kabel
Orang kita : "orang dalam"
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
9. ‌‌TERROR
English : Keganasan
Orang kita : Hebat
‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌
10. ‌‌SPENDER
English : orang yg berbelanja
Orang kita: seluar dalam

Contoh ayat klasik :

"Apasallah dia ni blur sgt, cable dah putus kot, dah kena sound pun slumber je, action plak tu, macamlah terror sangat, spender pun mak bapak beli, ada hati nak tackle anak dato, budgetlah sikit.."

HIDUP MALAYSIA!
‍‌‌‌‌‌‍‌‍‍‌‌‌‍‌‌‌‌‌‍‌‍‍‌‌‌‍‌‌‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌‍‌‌‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌‍‌‌‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌‍‌‌‌‌‌‌‍‌‍‌‌‌‌‌‍‌‍✌

Friday, 6 May 2016

Be thankful with what you have

Friday, May 06, 2016 4

Assalamualaikum. Here is something useful for you to look into yourself.

"When you are hurt by the people who share blood relations with you , recall Yousuf عليه الصلاة والسلام who was also betrayed by his brothers.

When you find your parents opposing you (in deen) recall Ibrahim عليه الصلاة والسلام who was opposed by his own father.

When you are mocked and abused by your own relatives just because you adopted deen over dunya recall Muhammad صلى الله عليه وسلم who faced the same.

When you are stuck in some problem and find no way out recall Yunus عليه الصلاة والسلام who was stuck in the fish's stomach.

When you fall ill and your whole body cries with pain recall Ayub عليه الصلاة والسلام who was more ill than you can ever be.

When you see some physical fault in yourself recall Moosa عليه الصلاة والسلام who couldn't speak properly.

When you feel lonely recall how Adam عليه الصلاة والسلام would have felt when he was sent to this earth alone.

When you can't see any logic in what's going on and your heart asks why is this happening recall Nooh عليه الصلاة والسلام who made the biggest ship without questioning.سبحان ﷲ

Allah put all those great personalities in trials so that some day someone like You and Me ,if faced by any calamity, wouldn't question "WHY ME?"

May ﷲ Bless all the Muslims with the correct understanding of His Deen and make us steadfast upon it... Ameen


Wednesday, 4 May 2016

Mari Belajar Bahasa Thai (Bahagian 3)

Wednesday, May 04, 2016 1

Assalamualaikum. Dah lama kita berhenti belajar Bahasa Thai ni. Jadi pada hari ini abam kie nak menyambung sesi pembelajaran yg tertangguh itu. Harap murid2 dpt beri perhatian ye? Terima kasih.

Hari Sabtu = Wan Sao
Hari Ahad = Wan Arthit
Hari Isnin = Wan Chant
Hari Selasa = Wan Angkhaan
Hari Rabu = Wan phut
Hari Khamis = Wan Pha' re'hat
Hari Jumaat = Wan suk
Hari Cuti = Wan Jud Ngan
Hari Kelepasan am = Wan jud rachakarn
Hari Tahun Baru = Wan pee mai

Bulan = Deghan
Bulan Januari = Deghan Mak Krakhom
Bulan Februari = Deghan khumphaphan
Bulan March = Deghan Mee nakhom
Bulan April = Deghan Mesayon
Bulan Mei = Deghan Pre saphakom
Bulan Jun = Deghan Mee thu' nayon
Bulan Julai = Deghan karak kdakhom
Bulan Ogos = Deghan Siang ha khom
Bulan September = Deghan Kan yayon
Bulan Oktober = Deghan Tu'la korn
Bulan November = Deghjan Pre sachik kayon
Bulan Disember = Deghan Thanwakhom


Monday, 2 May 2016

Bonus Untuk Wanita Yang Tak Suka Pakai Mekap!

Monday, May 02, 2016 4

Selalunya bonus akan dapat sekali je setahun. Tapi, untuk wanita yang tak suka pakai mekap, mereka akan dapat bonus kecantikan yang kekal.Tahukah anda bahawa banyak kelebihan bagi wanita yang tak bersolek. Abam Kie kongsikan 10 bonus yang mereka akan dapat!

1. Jimat duit
Mesti la boleh jimat duit. Mekap bukannya murah. Lepas tu nak kena cari yang sesuai dengan kulit. Bagi wanita yang tak bersolek tu, mesti boleh menabung lebih.

2. Kulit lebih sihat
Bonusnya, tiada masalah jerawat atau jeragat. Bukan semua mekap gunakan bahan semula jadi dan kebanyakannya ada bahan kimia

3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna mekap untuk naikkan seri dan/atau nak sorok segala cacat cela di wajah. Mereka yang tak suka bersolek ni lebih yakin dan tak kisah pun tanpa mekap.

4. Boleh terus tidur
Selalunya yang pakai mekap ni, mereka perlu bersihkan muka. Kalau tak memang naik la segala jerawat. Kalau yang tak pakai mekap, terus tidur pun tak apa

5. Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci muka dulu. Ambil air wudhuk pun tak ada rasa was-was. Tak ada la buang masa. Lepas solat nak pakai balik mekap. Leceh!

6. Peluh tak jadi masalah
Bila pakai mekap dan perlu keluar masa tengah panas, memang mekap akan cair sebab berpeluh. Kalau tak pakai mekap, masalah tersebut tidak akan mengganggu.

7. Gosok mata sesuka hati
Pernah tak anda gosok mata dan terlupa yang anda sedang pakai eyeliner? Tengok cermin je mata tu dah comot macam mata panda. Kalau tak pakai mekap, tak ada masalah nak gosok mata.

8. Tak payah tahan kalau nak menangis
Bila-bila masa je anda boleh menangis, tak payah nak risau wajah anda bertukar jadi badut dek kerana mekap anda bukan jenis kalis air.

9. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir ada gincu melekat di gigi. Manalah tahu, kadang-kadang kita tak sedar.

10. Rasa yakin
Anda akan lebih yakin dan rasa selesa untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa. Yang paling penting boyfriend atau suami tak perlu lama dan masam muka.

Setuju tak? 