Wednesday, 30 March 2016

Let's collect ATM cards

Wednesday, March 30, 2016 4

Assalamualaikum. I like to open many savings accounts at various banks as I want to collect their ATM cards. I feel that these ATM cards are fancy and unique as they can be made collectibles. Who knows one day they will catch high values and I can gain some money from selling them? So far, I have collected ATM or debit cards from CIMB, Bank Rakyat, Public Bank, Maybank and BSN. I opened basic savings accounts at these banks with minimal deposit of RM20 without any banking charges. So if you think opening many bank accounts is useless, I beg to differ. Each of my bank accounts is used for different purposes. Maybank account, for example, is used to credit my salary, CIMB is for saving money before I buy unit trust units and Public Bank is to save my students' money.

So, if you have a weird hobby like mine, fret not, as this hobby is worth our time. Thank you.

Monday, 28 March 2016

Senarai Peserta Abam Kie's First Giveaway

Monday, March 28, 2016 12

Alhamdulillah. Giveaway yang julung2 kali dianjurkan mendapat sambutan menggalakkan dari rakan2 blogger budiman. Kebanyakan peserta adalah follower blog sedia ada. Kalau ada follower baru kan best? Mohon kepada semua peserta agar mematuhi syarat2 yang dinyatakan terutama sekali bab follow blog penganjur dan penaja2 dan add Google+ kami. Jika anda tidak jujur maka kemenangan anda (jika ada) akan dibatalkan.  Syarat2 tu boleh buat pelan2 kalau x larat nak buat sekaligus. Harap maklum ye? Maaf la sebab cikgu abam kie garang sikit hari ini. Baiklah, berikut disenaraikan link blog para peserta giveaway abam kie. Lepas ni boleh la sama2 blogwalking dan beramah-mesra, ok? Jika link blog anda tidak tersenarai, sila maklumkan kat abam kie dengan segera. Terima kasih. Mmmuahhh!!!!

1. http://www.masturadin.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
2. http://adna2029.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
3. http://janganhentamsaya.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
4. http://eiydacalyx90.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
5. http://bondazahraareesa.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
6. http://thisni3zahata.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
7. http://smilestoryyismine.blogspot.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
8. http://huhahuhajerr.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
9. http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
10. http://adrianafaizul.blogspot.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
11. http://athibe.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
12. http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
13. http://anakpakcikazwar.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
14. http://blogashalya.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
15. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
16. http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
17. http://nam-comel.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
18. http://penselduabee.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
19. http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
20. http://frrhnd.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
21. http://norminieza.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
22. http://jombercontest.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
23. http://akhalilah.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
24. http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
25. http://awesomesr.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
26. http://berstoryatsini.blogspot.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
27. http://budaxxperasangoergus.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
28. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
29. http://jmbelog.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
30. http://ctroxalynna.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
31. http://finurzcreations.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
32. http://akusukaketawa.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
33. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
34. http://www.mohdnoorshawals.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
35. http://yangbaik.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
36. http://jnjikita.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
37. http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
38. http://www.kisahsidairy.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
39. http://duniamisskepeng.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
40. http://nurrahabdullah.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
41. http://munirahmustafar84.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
42. http://fickhashim.blogspot.my/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
43. http://lokmanamirul.blogspot.com/2016/03/abam-kies-first-giveaway.html
44. http://littlesnorlax.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
45. http://itsmelyya.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
46. http://akuyangpostkauyangpanas.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html

47. http://starlavenderluna.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
48. http://ilhooniewifey.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
49. http://loveyoucontest.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
50. http://www.sayidahnapisah.com/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
51. http://izatie91.blogspot.com/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
52. http://thezofiroh.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html
54. http://kanvasdakwat.blogspot.my/2016/04/abam-kies-first-giveaway.html

In Shaa Allah, keputusan giveaway ini akan diumumkan pada 25 April 2016 (Isnin). Harap bersabar. 

Friday, 25 March 2016

Biar Perut Boroi Janji Isteri Sayang

Friday, March 25, 2016 8

Assalamualaikum. Selepas kahwin biasanya kebanyakan lelaki mendapati perut mereka semakin boroi. Bukannya apa... ni sebab isteri sayangkan kami maka mereka masakkan yg lazat2 aje buat suami tercinta. Lama-kelamaan perut semakin maju ke depan. Kalau tak buat senaman dan aktiviti sukan maka berkekalan la kebuncitan perut itu. Huhuhuhuhu...

Abam Kie juga mengalami masalah sebegini. Asyik makan aje..mana tak membesarnya? Namun syukurlah sejak kebelakangan ini perut n berat badan semakin menurun. Apa rahsianya? Abam Kie jaga pemakanan la. Kurangkan makanan berminyak, berlemak dan bergula. In Shaa Allah, berat badan akan menurun.

Kepada kawan2 lelaki yg mengalami keboroian tu janganlah bersedih kerana abam kie percaya isteri anda menyayangi anda seadanya biarpun tubuh anda tidak setegap Norman Hakim! Yang penting kita menjadi suami penyayang, bertanggungjawab dan beragama. Segalanya pasti akan molek di pandangan mata isteri dan rumahtangga akan berkekalan. Betul tak puan-puan sekalian?

Monday, 21 March 2016

Abam Kie's First Giveaway

Monday, March 21, 2016 59

Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.


6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

Friday, 18 March 2016

Petua hidup tenang

Friday, March 18, 2016 5

Jom kita amalkan petua hidup tenang seperti di bawah ini. Semoga ianya membantu. Terima kasih.

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka.

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan pada apa yg kita ada. Tenaga, masa dan wang kita, fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini.

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat. Cukuplah setakat yang anda mampu. Jangan terlalu obses.

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri, jika ada yang perli, senyum kan saja..

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan.

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa.

7. Iri hati adalah sia-sia. Harta org bukan rezeki dan hak kita.

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau. Lupakan! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan..

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Sebarkan kasih sayang..

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dgn apa yg ALLAH telah kurniakan..

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri..

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar. Jangan mudah putus asa dengan masalah..

Wednesday, 16 March 2016

Akhbar termurah di Malaysia

Wednesday, March 16, 2016 3

Assalamualaikum. Kawan2 suka membaca akhbar kan? Akhbar apa yg kwn2 selalu beli? Bagi abam kie, semua akhbar dibaca janji faham. Pada hari Ahad abam beli Sunday Star dan Mingguan Malaysia manakala pada hari Jumaat abam beli Harian Metro, Sinar Harian atau Kosmo. Tahukah kawan2 harga akhbar skrg semakin mahal? Contohnya akhbar2 keluaran Media Prima spt BH dan HM mencecah RM1.80. Banyak gak tu!

Tetapi abam kie lebih suka beli akhbar yg murah je. Bukannya apa. Kan akhbar ni laku selama 1 hari je? Buat apa beli yg mahal2 sebab berita yg tersiar kan sama? Cuma rencana aje yg berlainan. Jadi jika nak cepat, pantas dan padat, abam kie beli aje Kosmo sebab harganya cuma RM1. Betulkah tindakan abam? Bagimana dgn kwn2 sekalian?

Hmmm..skrg ni maklumat di hujung jari anda. Jika nak berjimat dan cepat baca je e-paper atau mobile paper. Cuma 'feeling' membaca tu x seperti memegang akhbar konvensional yg dibuat daripada kertas. Fikir-fikirkanlah.... 

Monday, 14 March 2016

Azam Dalam Dunia Blogging Tahun Ini

Monday, March 14, 2016 6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Abam Kie sudah menceburi bidang penulisan blog sejak 2007 tapi cuma aktif semenjak Nov 2012. Setahun kemudian abam kie membeli domain sendiri untuk mengukuhkan jenama abam kie di alam blog. Kini sudah hampir 4 tahun abam kie bergiat aktif di dalam dunia blog. Namun masih terdapat beberapa perkara yang masih belum tercapai. Perkara-perkara ini abam anggapkan sebagai azam blog tahun 2016. Jom ketahui apakah cita-cita abam kie dalam dunia blog ini!

1. Abam Kie nak kumpul sekurang2nya 1000 orang pengikut (follower) sebelum tahun 2016 berakhir. Sekarang cuma ada 925 pengikut, jadi abam kie perlu cari 75 orang lagi. Siapakah yg sudi follow blog abam yg suam2 kuku ini? Abam selalu gak BW dan follow blog2 yg ada tapi sedih betul sebab ramai yg x follow back. Dalam 100 blog yg abam follow, cuma 20 yg sudi follow back. Ramai betul blogger selfish rupanya!

2. Abam Kie nak cash out akaun Nuffnang dan Adsense tu. Setakat ni jumlah terkumpul dalam Nuff cuma RM38 manakala di Adsense dekat USD50 dah! Jeles gak tgok rakan2 blogger berjaya mendapat duit poket dari hasil penulisan mereka. Abam ni habuk pun tarak! Semoga pengunjung2 ke blog abam kie sudi klik iklan2 yg ada.... Tolong la insan yg lemah ini.

3. Abam Kie juga berharap entri abam kie akan berada di tangga teratas enjin carian Google dan yg sewaktu dengannya. Jadi abam Kie kena belajar ilmu SEO dulu. 

4. Abam juga nak angka Alexa tu mengecil kurang drp 1,000,000. Sebelum bertukar ke domain sendiri dulu ranking Alexa berada pd angka 500,000 tapi sejak beli domain makin merudum pulak!

5. Abam Kie juga berharap agar PR blog ini tersenarai. Bila check skrg ia tulis ranking N/A sdgkan semasa menumpang di blogspot dulu abam kie pernah capai PR2 lagi!

Baiklah itu sahaja azam2 blogging pada thn ini. Semoga semuanya tercapai. In Shaa Allah..

Friday, 11 March 2016

BERGURAU ADA BATASNYA, FIKIR DULU SEBELUM CAKAP

Friday, March 11, 2016 5

Takut2 kita ter'cakap'. Ni dari sumber 'Usrah TV9'.

Antara contoh-contoh dialog menjadi kafir dalam tak sedar:

1. Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. - jatuh kafir

2. Tak payahlah simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah,
beselerak je muke aku tengok. - jatuh kafir

3. Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. - jatuh kafir

4. Hudud dah tak sesuai zaman ni bro... - jatuh kafir

5. Senyumlah skit, muke masam je dah macam malaikat mungkar nakir dah aku tengok. - jatuh kafir

6. Sedarlah sikit yang selama nie kerajaan bagi
rezeki kat kamu. - jatuh kafir

7. Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan
mahkamah la pulak. - jatuh kafir

8. Erm... kalo murtad mesti boleh buat maksiat
kan? Macam best je... - jatuh kafir

9. Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... - jatuh kafir

10. Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah negara kita ni. - jatuh kafir

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN, MENAFIKAN sunnah Rasulullah SAW dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta" - Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

P/S: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta zikir - pesanan pada semua dan diri sendiri.

# Tolong SHARE @ LIKE sekiranya input ini berguna untuk anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain juga. Bahaya ni... baru tau. Masya Allah !

Wednesday, 9 March 2016

Kitalah Generasi Paling Beruntung

Wednesday, March 09, 2016 7

🌹Bersyukurlah🌹

Sekadar kita tau......

Kita yg lahir di tahun 50-60-70an, adalah generasi yg layak disebut generasi paling beruntung.
Kerana kitalah generasi yg mengalami loncatan teknologi yg begitu mengejutkan di abad ini, dgn keadaan usia perdana.
✌✊πŸ‘ŠπŸ‘

Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati riuhnya suara mesin taip.
Sekaligus saat ini jari kita masih lincah menikmati keyboard dari laptop kita.
πŸ“ƒπŸ“„πŸ“πŸ’»πŸ’»

Kitalah generasi terakhir yg merakam lagu dari radio dgn tape recorder kita.
Sekaligus kita juga menikmati mudahnya men download lagu dari gadget.
πŸ˜„πŸ”ŠπŸ“»πŸ“ΌπŸ“±

Kitalah generasi dgn masa kecil bertubuh lebih sihat dari anak masa kini kerana lompat tali, galah panjang, main jengket, gasing, guli adalah permainan yg tiap hari akrab dgn kita.
Sekaligus saat ini mata dan jari kami tetap lincah memainkan berbagai game di gadget .
πŸƒπŸΏπŸŽˆπŸŠπŸ’ƒπŸ“±πŸ’»

Masa remaja.
Kitalah generasi terakhir yg pernah mempunyai kelompok / geng yg tanpa janji, tanpa telefon/sms tapi selalu boleh berkumpul bersama menikmati malam minggu sampai pagi.
Kerana kita adalah generasi yg berjanji cukup dgn hati.
Kalau dulu kita harus bertemu untuk ketawa bersama.
Kini kitapun tetap boleh berborak sampai pagi
Di group Facebook/WhatsApp .
πŸŽ‡πŸŒ πŸŒŒπŸŒˆ

Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati lancarnya jalan raya tanpa jammed di mana-mana.
Juga naik motor menikmati segarnya angin jalan raya tanpa helmet di kepala.
πŸ˜€πŸ˜ƒπŸ˜…πŸš΄ 🚡

Kitalah generasi terakhir yg pernah menikmati jalan kaki berkilo meter tanpa perlu berfikir ada penculik yg membayangi kita.
πŸ‘§πŸšΆπŸ‘¬πŸƒπŸΏπŸ’ƒ

Kitalah generasi terakhir yg pernah merasakan nikmatnya menonton tv dg senang hati tanpa diganggu remote untuk pindah channel sana sini πŸ˜”πŸ˜žπŸ˜žπŸ˜ž

Kitalah generasi terakhir yg pernah begitu mengharapkan datangnya posmen menyampaikan surat dari sahabat dan kekasih hati. πŸ˜πŸ“¬πŸ˜πŸ“©πŸ˜˜

Itulah kita....

Anda generasi itu?
Bagikan ini.
Biar yg belum tau menjadi tau
Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau
Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yg tidak semua generasi tau......πŸ˜€πŸŒΉ

Monday, 7 March 2016

Sukarnya Telekom Malaysia Memulangkan Wang Pelanggan

Monday, March 07, 2016 7

Assalamualaikum. Pada kali ini abam kie ingin berkongsi pengalaman pahit abam berurusan dengan Telekom Malaysia (TM). Jom baca kisah sebenar abam kie ini. 

Selepas banjir besar melanda Kelantan pada Disember 2014, talian telefon dan Streamyx di Tanah Merah sering mengalami gangguan. Sekejap OK, sekejap KO atau kadang kala tu sekejap OK, lama KO. Geram tul abam dibuatnya! Bayar sewa dan bil tapi perkhidmatan teruk! Lalu abam kie mengambil keputusan memotong talian TM pada Februari 2015. Pada bulan Mac abam menerima bil terakhir untuk akaun berkenaan yang menyatakan abam kie terlebih bayar sebanyak RM121.06. 

Lalu abam menelefon talian 100 menanyakan bagaimana nak tuntut refund tu. Orang TM kata mereka akan pos cek ke rumah abam kie. Namun sehingga Jun 2015 abam masih belum menerima cek itu. Abam Kie telefon 100. Mereka kata kena pergi ke TM Point terdekat. Maka abam pergi la ke TM Point Tanah Merah. Isi borang dan sebagainya. Ingatkan abis di situ je. Tunggu sampai bulan Ogos masih tak terima cek!

Pas tu abam kie gi ke TM Point lagi. Buat aduan. Mereka suruh isi borang lagi. Bila semak dalam sistem mereka kata cek tu dah dihantar.Tapi abam x terima pun! Mereka check dlm sistem memang cek tu dihantar balik kpd mereka sbb x ditunaikan. Arrghhh! Geram tahap gaban ni!

Pada Nov tu TM Kota Bharu ada telefon follow up kes ini. Siap minta abam whatsapp salinan IC utk pengesahan lagi! Tunggu sampai akhir tahun 2015 masih x sampai2 lagi cek tu. Lalu abam kie buat aduan ke cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-ehwal pengguna. Pada bulan Januari lalu baru la TM KB mengelabah call abam minta maaf dan berjanji nak poskan cek tu. 

Akhirnya pada awal Feb 2015 barulah abam kie menerima sekeping cek dari TM. Cepat2 abam pi Maybank dan depositkan ke dalam mesin cek. Alhamdulillah, selepas 3 hari bekerja cek tu sudah dijelaskan. 

Pengajaran dari pengalaman abam kie ialah kita sebagai pengguna mesti menuntut hak kita dengan apa jua cara sekalipun!

Friday, 4 March 2016

Abam Kie dinaikkan pangkat ke DG48

Friday, March 04, 2016 14

Assalamualaikum.

Abam Kie mula berkhidmat sebagai guru TESL pada 16 September 1997 di Papar, Sabah setelah tamat pengajian di Universiti Malaya. Kemudian abam kie ditukarkan ke Ayer Lanas, Kelantan pada Jun 2001 sebelum mengajar di Tanah Merah, Kelantan pada Januari 2004. 

Pada September 2007 abam kie dinaikkan pangkat ke DG44. 2 tahun kemudian abam kie mendapat pangkat Guru Cemerlang tanpa kenaikan gaji. huhuhuhu... Setelah lama menanti akhirnya abam kie dilantik ke DG48 berkuatkuasa pada 16 September 2015. Namun surat pelantikan hanya diserahkan kepada abam kie pada 21 Februari lalu!

Nampaknya banyaklah kelebihan dan tunggakan gaji yg abam kie bakal dapat nanti. In Shaa Allah, duit tersebut akan digunakan sebaik mungkin bagi menyara isteri dan anak2 selain disimpan sebagai bekalan hari tua. Tak lupa disedekahkan kpd fakir-miskin dan diwakafkan kpd anak2 yatim dan pelajar2 yg menuntut ilmu ke jalan Allah.

Abam Kie akan berada selama 6 tahun di gred DG48. In Shaa Allah, kalau panjang umur dan dimurahkan rezeki, pada 2021 nanti abam bakal mendapat gred DG52 pula. 

Wednesday, 2 March 2016

Siapa mahu menjadi penaja giveaway Abam Kie?

Wednesday, March 02, 2016 10

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama join segmen, giveaway dan contest rakan2 blogger yg lain, kini abam kie berhajat menganjurkan giveaway abam kie buat julung kalinya. Cuma abam kie memerlukan bantuan rakan2 sekalian untuk menjadi penaja bersama giveaway tersebut. Maklumlah kan, abam kie ni masih blogger amatur yg cetek dgn pengalaman lagi kurang dikenali ramai lagi.

Jadi pada kesempatan ini abam kie menyeru rakan2 blogger yg berhati mulia untuk menjadi penaja giveaway pertama tersebut. Menjadi penaja ni ada kelebihannya seperti dapat menambah follower dan menaikkan trafik blog kita. Hadiah yg nak ditawarkan hendaklah berharga minima RM10 dalam bentuk top up, cash, barangan atau perkhidmatan.  Bakal2 peserta giveaway berkenaan mesti follow blog penaja dan Google+. Jika kawan2 berminat untuk menjadi penaja giveaway abam kie tersebut, sila wassap di talian 012-9820100 atau emel ke zukidin@gmail.com pada atau sebelum 9 Mac 2016. Sila nyatakan nama anda, URL blog, no HP, emel, URL Google+ dan bentuk tajaan kawan2 tu. 

In Shaa Allah, abam kie berharap akan permintaan abam kie ini akan mendapat sambutan hangat dari kawan2 blogger yg cantik dan kacak sekalian. Terima kasih daun keladi..