Subhanallah! Terkejut besar abam kie membaca SMS yang tersiar di dalam akhbar Kosmo tidak berapa lama dahulu. sabar je la  Jika betullah SMS itu spt yg tersiar dan bukannya hasil edit warga alam maya, maka tepat sekali ibu atau bapa yang menghantar SMS berkenaan jenis yang bodoh lagi bangang. Bagi abam kie yg juga seorang bapa dan guru TESL, penjaga berkenaan patut disekolahkan terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya ke sekolah kerajaan. Hmmm...Jika x nak ikut peraturan sekolah dan ditegur oleh guru-guru maka baiklah anda mengajar dan mendidik anak anda itu sendiri di rumah. Pelajar2 sekolah ini perlu ikut peraturan dan disiplin jika tidak buatlah sekolah sendiri! Apa pandangan kawan2 blogger tentang SMS di bawah ini? Komen dan pandangan kawan2 sangatlah dihargai. Terima kasih. 

"Guru-guru diingatkan jangan marah, mendenda, merotan atau mengambil tindakan disiplin jika murid tidak buat kerja rumah atau tidak mahu belajar. Penjaga berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka jika berbuat demikian."