Assalamualaikum. Sudah lama abam kie tidak memberikan cenderahati kepada pengomen tegar blog abam kie yang suam-suam kuku ini. Jadi sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini,  abam kie berhajat memberikan kad raya kepada 5 orang pengomen tegar! Namun begitu jika ada sambutan hangat dan saingan sengit, mungkin abam kie akan menambah 5 keping kad raya nanti. 

Abam Kie berharap dengan niat suci ini akan dapat menarik pembaca blog untuk menulis komen di bawah entri blog abam kie nanti. Selain dari itu ia dapat menghidupkan tradisi menghantar kad raya fizikal yang makin dilupakan.  Carta pengomen tegar ini akan ditutup pada 6 Jun 2016 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1417. Jadi mungkin 10 pengomen tegar teratas bakal menerima kad raya dari abam kie semasa Ramadhan nanti.

Jadi apa lagi? Jom la komen pos abam kie yang malar segar tu! Kalau sudi, klik la juga iklan adsense dan nuffnang tu jugak. Terima kasih semua.