Assalamualaikum. Kawan2 ada melanggan Astro kan? Pakej apa yg kwn2 langgan? Abam Kie cuma melanggan Family Pack with HD sahaja. Tu je yg termampu sbb pakej HD tu pun dah RM26.50 termasuk GST! Kalau x langgan HD terasa tak berbaloi plak ada TV LED kan? Lagipun anak2 suka tengok ch329 dan 328 tu manakala abam suka ch721. 

Namun begitu pada 22 Januari lalu abam menerima panggilan dari Astro yg menawarkan pakej Nilai dengan harga RM97.50 sebulan. Selain daripada itu abam kie akan dapat menonton semua saluran secara percuma selama tempoh kontrak selama 6 bulan! Org Astro tu kata tawaran ni dibuka kpd pelanggan2 yg membayar bil on time. Saja nak bodek aku lah tu! Lepas tu dia kata selepas 6 bln aku boleh teruskan atau kembali ke pakej Family HD. 

Abam fikir la jugak..Nak terima atau tidak. Skrg ni pun bayar RM68.50. Tambah RM29 dapat tengok semua channels! Wah! Hebat tu.. x apalah... I give it a try. Lagipun 6 bln je bayar mahal. Pas abam downgrade la balik. Bila abam bagi persetujuan, x sampai 5 minit dah boleh tengok semua channel kecuali Astro First dan Best. Anak2 pun suka boleh tengok Cartoon Channels manakala isteri abam boleh tengok pakej Mustika. Abam plak buleh layan saluran Sukan. Alhamdulillah.

Moralnya, x apa sekali-sekala berhabis untuk Astro asalkan kita tak membazirkan masa di depan TV sampai melupakan tanggungjawab masing2. Wallahualam.