Assalamualaikum. Pertama sekali baik Abam Kie memperkenalkan diri dahulu. Macam oarang kata, tak kenal maka tak cinta, kan? Nama penuh Marzuki bin Zainuddin, lahir pada 19 Mei 1973 di Machang, Kelantan. Sudah berumahtangga dan dikurniakan dengan lima orang puteri. Bekas pelajar SM Sains Machang dan lulusan TESL, Universiti Malaya tahun 1997. Kini mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan.

Abam Kie mula menulis blog di Wordpress pada tahun 2007 dengan tujuan berkongsi kisah hidup dan keluarga di alam maya. Pada tahun yang sama, abam kie berpindah ke platform Blogspot sebab terpesona dengan blog keluaran blogspot yang boleh ditambah dengan macam-macam widget dan template yang boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Setahun sahaja abam kie serius berblogging. Selepas itu berehat sekejap lantaran kesibukan kerja dan menguruskan anak-anak. 

Kemudian pada penghujung 2012, abam kie kembali serius berblogging di platform Blogspot. Sibuk menerbitkan artikel2 yang menarik sehinggakan mendapat Google Page Rank 2. Followers pun makin bertambah sebab abam kie rajin masuk contest, segmen dan giveaway. Isi kandungan blog abam kie pada waktu itu berkisar tentang kehidupan seharian, anak-anak, sekolah dan isu semasa. Kadang-kala abam kie berkongsi artikel menarik yang diperolehi dari Internet dan Whatsapp. Abam Kie mendisiplinkan diri dengan menerbitkan 3 entri seminggu. Dua tahun kemudian, abam kie membeli domain sendiri agar lebih mudah diingati dan dikenali oleh rakan blogger yang lain.

Tujuan abam kie menulis blog ini ialah untuk mengenali seramai mungkin kawan blogger di seluruh negara bagi bertukar-tukar pandangan, idea, cenderahati dan sebagainya. Pada tahun 2016 ini abam kie berharap agar bilangan follower mencecah 1000 orang. Abam Kie selalu juga follow blog orang tetapi malangnya ramai yang tak sudi follow blog abam kie. Terasa sedih dan tidak dihargai sangat! Jadi kepada bakal follower abam kie, marilah kita saling folllow sesama kita. Tak rugi pun follow blog abam kie kerana blog anda akan disenaraikan di blogroll abam kie DI SINI secara percuma!

Akhir sekali terima kasih kepada Hasrul  Hassan yang menganjurkan Segmen Jom Tambah Follower Blog 2016 ini. Kepada sesiapa yang ingin turut serta boleh saja klik banner di atas tu. OK? Apa lagi, jom kita blogwalking dan follow sesama kita!!!