Monday, 30 November 2015

Suami wajar bantu urusan rumah tangga

Monday, November 30, 2015 3

Abam Sado Jemur Kain

Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan tugas isteri demi keharmonian keluarga.  Alam rumah tangga tidak boleh dianggap remeh oleh setiap pasangan. Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya memikirkan tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik akan berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga. Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan bersama. Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa ada segelintir suami yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri termasuk menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak seperti menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil. 

Pada pendapat Abam Kie, sebagai suami yang baik kita wajib menolong isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga. Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan. 

Dalam hadis Nabi ada menyebut "Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku" dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina. Walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut. Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan. Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga. 

Sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya tahu memberi arahan semata-mata. Bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak terutama bayi. Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak. Bak kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. 

Lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih menghormati suami. 

Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri. 

Begitupun, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga, isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap suami dengan cara baik dan lembut. Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga. Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang dan terbuka! 

Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai. Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri. 

Walllahualam. 
================================================ Suami wajar bantu urusan rumah tangga Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan tugas isteri demi keharmonian keluarga ALAM rumah tangga tidak boleh dianggap remeh oleh setiap pasangan. Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya memikirkan tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik akan berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga. Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan bersama. Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa ada segelintir suami yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri termasuk menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak seperti menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil. Pensyarah Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Noor Awang Hamad, berkata sebagai suami yang baik mereka wajib menolong isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga. “Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan. “Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina,” katanya. Beliau berkata, walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut. “Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan. “Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga,” katanya. Beliau berkata, sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya tahu memberi arahan semata-mata. Katanya, bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak terutama bayi. “Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, katanya. Beliau berkata, lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Katanya, suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih menghormati suami. “Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri,” katanya. Begitupun, katanya, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga, isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap suami dengan cara baik dan lembut. Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga. “Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang dan terbuka”, katanya. Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai. “Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri,” katanya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Suami wajar bantu urusan rumah tangga Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan tugas isteri demi keharmonian keluarga ALAM rumah tangga tidak boleh dianggap remeh oleh setiap pasangan. Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya memikirkan tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik akan berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga. Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan bersama. Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa ada segelintir suami yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri termasuk menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak seperti menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil. Pensyarah Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Noor Awang Hamad, berkata sebagai suami yang baik mereka wajib menolong isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga. “Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan. “Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina,” katanya. Beliau berkata, walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut. “Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan. “Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga,” katanya. Beliau berkata, sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya tahu memberi arahan semata-mata. Katanya, bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak terutama bayi. “Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak. Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, katanya. Beliau berkata, lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Katanya, suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih menghormati suami. “Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri,” katanya. Begitupun, katanya, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga, isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap suami dengan cara baik dan lembut. Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga. “Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang dan terbuka”, katanya. Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai. “Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri,” katanya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Friday, 27 November 2015

Kalendar Kuda 2016 Untuk Dimuatturun

Friday, November 27, 2015 4

Asssalamualaikum. Pasti ramai dikalangan kita yang tertunggu akan kalendar tahun baharu 2016 kan? Abam Kie pun sama. Pada hujung tahun siaplah pi shopping ke sana ke mari semata2 untuk mengumpulkan kalendar tahun baharu. Biasanya dapatlah 3-4 keping. Cukuplah tu.

Cuma tahun ini mungkin aktiviti membeli-belah tidak serancak tahun2 sebelumnya kerana penangan GST. Sampaikan kalendar pun abam kie terpaksa mencetak sendiri. Antara kalendar yg popular ialah kalendar kuda. Kenapa ramai org sukakan kalendar ini? Ini kerana kalendar ini cukup lengkap dgn cuti2 tahunan dan cuti2 sekolah. Mudahkan nak buat rujukan dan perancangan harian?

Jadi untuk memudahkan kwn2 yg ingin mendapatkan kalendar ini, abam kie sertakan link untuk memuatturun dan mencetaknya terus. Sharing is caring, right? Jadi apa lagi? Sila klik DI SINI untuk mendapatkannya. Selamat bercuti sekolah dan mengharungi air banjir ya?



Wednesday, 25 November 2015

Pesanan buat bakal pengantin

Wednesday, November 25, 2015 8


Kali abam kie ingin menyampaikan pesanan buat golongan muda yang belum kahwin.. Kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..

Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang. Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanya), everything goes smoothly all the time and live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu? Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?

Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak dan mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak dan makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar dan lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga dan ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan dan disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Monday, 23 November 2015

Petua-petua di dapur yang berguna

Monday, November 23, 2015 10
Petua-petua di dapur yang berguna

Assalamualaikum. Sempena cuti sekolah yang baru bermula ini, abam kie ingin berkongsi sedikit petua di dapur khas buat kaum ibu sekalian. Semoga dapat diamalkan demi kesejahteraan seisi keluarga. In Shaa Allah.

✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.

✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.

✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.

✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.

✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.

✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.

✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.

✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.

✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.

✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi. Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam. Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:

• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.

• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.

• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.

• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.

Jangan kedekut ilmu. Sila tinggalkan komen di bawah. Terima kasih.

Friday, 20 November 2015

Kebun Sayur Mini Saya

Friday, November 20, 2015 11

Berkebun sudah menjadi minat abam kie sejak kecil lagi. Maklumlah anak tani.. abam kie dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah sawah padi di Machang, Kelantan. Bapa menanam padi dan ibu menoreh getah untuk membesarkan abam kie dan adik-beradik yang lain. Alhamdulillah kini abam kie berjaya menjadi seorang guru TESL yang dikenali oleh rakan2 sejawat dan anak2 murid.

Berbalik kepada minat berkebun ini, sekarang abam kie mula berjinak2 kembali dengan menanam sayuran yang digunakan setiap hari. Maklumlah abam kie tinggal berhampiran bandar yang mana halaman rumah amat terhad. Cukup untuk parking dua buah kereta aja. Tapi masih ada sedikit ruang kosong untuk bercucuk tanam.

Jadi minggu lepas abam kie dan isteri menyediakan tapak semaian dengan menggunakan batu-bata lebihan 'house renovation' tempohari. Kami membuat dua tembok segiempat tepat. Kemudian kami mengisi ruang tersebut dengan tanah-tanih dan pasir. Selepas itu isteri membuat batas sebelum abam kie menanam serai, halia, lengkuas dan cili padi. Isteri kata tangan abam kie sejuk sebab segala benih yang abam kie semai pasti
berhasil! Alhamdulillah. In Shaa Allah, selepas ini tak perlu lagi ke pasar untuk membeli sayuran tersebut.

Pada zaman GST dan barang naik ini kita perlu berjimat-cermat bagi mengawal belanja dapur. Berbakti kepada tanah pasti ada hasilnya. Begitulah kiranya. 

Wednesday, 18 November 2015

Keputusan UPSR 2015 Puteri Sulung Saya

Wednesday, November 18, 2015 9

Setelah 2 bulan menunggu keputusan UPSR akhirnya hari-hari yang ditunggu tiba jua. 17 November 2015 keputusan akan diumumkan selepas jam 10 pagi. Kira-kira jam 10.15 pagi Abam Kie menghantar SMS ke nombor 15888 untuk menyemak keputusan puteri sulung abam. 20 minit kemudian abam mendapat balasan dari sistem. Jeng-jeng-jeng..... berdebar gak nak baca. Alhamdulillah, Nur Anis Dalilah binti Marzuki berjaya mendapat 5A. Terasa berbaloi segala penah-jerih menghantar dan menjemput dia dari kelas tambahan di sekolah sebelum ini. Lalu abam berkongsi berita ini dengan kakak-kakak, isteri dan bekas isteri Abam Kie. Sebenarnya bekas isteri abam kie atau Mummy pergi mengambil keputusan Anis di sekolah tetapi dia balik awal kerana ada hal penting.

Abam Kie ada membuat permohonan ke MRSM dan SBP bagi pihak anak. Kalau dapat sekolah di Kelantan abam kie akan hantar. Kalau jauh x payah la pergi. Baik dia belajar di sekolah abam kie je. Mungkin abam kie mengisikan permohonan ke Maahad Tahfiz Sains juga untuknya. Hmm....kalau abam kie boleh survive 5 tahun di SM Sains Machang kenapa pulak anak abam kie x boleh?

Selepas ini nampaknya abam kie kena beli hadiah kepada kakak. Macam dia nak handphone je. Asalnya abam nak pasang aircond di bilik tidurnya tapi dia menolak. Apa2apa pun tahniah kepada bapa dan anak diatas kejayaan ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.


Monday, 16 November 2015

TUKANG KEBUN YANG MERASA ALLAH MELIHATNYA

Monday, November 16, 2015 9

Melintas di sebuah sekolah kebangsaan, ternampak sejambak bunga dipagar. Cantik. Teringin nak tanam. Lalu saya menyapa tukang kebun sekolah yg berada tidak jauh dari situ. Saya minta rantingnya yg mungkin boleh ditanam. Tukang kebun itu menjawab, "Tuan Haji kalau nak ambik, kena minta pada gurubesar, saya kuli saja, saya kerja tanam dan bela supaya tumbuh berbunga." 

Bila dia jawab begini,saya teringat kisah Saidina Umar yg meminta beli seekor kambing dari pengembala, tetapi pengembala itu tidak mahu jual kerana kambing itu bukan miliknya, walaupun Saiyidina Umar menyuruh dia memberi alasan kpd tuannya bahawa serigala memakan kambing utk menyembunyikan hal kambing yg dijual kpdnya. Saya cuba memujuk pakcik ni dgn berkata, "Kalau encik bagi pada saya guru besar bukan tahu, dia dalam pejabat, lagipun satu ranting kecik saja, bukan nak cacat pokok tu, bukan boleh bawa mati pokok tu dan guru besar tak akan perasan." Saya terus memujuk.

Tukang kebun itu menjawab, "Guru besar memang tak tahu,tak perasan tapi Allah tetap nampak. Ini bukan hak saya, saya cuma makan gaji dan disuruh menjaga. Saya tetap tidak akan bagi pada Tn Haji." Saya senyum kpdnya dan masuk ke sekolah berjumpa guru besar.

Banyak orang memandang remeh perkara amanah terutama bagi perkara kecil. Bila kita ditugaskan, kita diberi amanah untuk menjaga harta, alat, masa kerja dsbnya, kerana ketua kita atau majikan tidak akan duduk menunggu melihat kita. Maka atas sifat amanahlah kita bekerja dan yg memerhati setiap pergerakan kita ialah Allah. Apa yg dijawab oleh tukang kebun itu adalah hakikat dia benar-benar seorang yg amanah meskipun sekadar satu ranting pokok bunga.

Jom kita lihat tugas yg lebih besar yg juga memerlukan amanah. Alat tulis pejabat, pen, paper clip, stapler dan pinnya, pemadam, getah pengikat, pin dsbnya adalah perkara kecil yg terkadang kita guna utk peribadi, terbawa balik utk kegunaan sendiri. Begitu juga kertas, file dibawa pulang utk kegunaan sendiri adalah suatu yg tidak amanah meskipun kecil. Yg lebih besar mengguna kenderaan pejabat utk urusan sendiri, pergi makan, shopping, singgah sekejap di rumah dll. Guna air di pejabat cuci kereta sendiri. Cas telefon peribadi utk kegunaan sendiri. Memang ianya sedikit tetapi tetap pecah amanah dan akan ditanya diakhirat. Jangan pandang remeh kerana bukan sesekali, kerana kita berkhidmat berpuluh tahun, berapa banyak harta pejabat digunakan utk peribadi secara sikit demi sikit. Muhasabahlah diri dan berhentilah. Jom tiru tukang kebun itu.

Ada juga peralatan pejabat diguna untuk urusan sendiri seperti panggilan telefon urusan peribadi, sprt membuat panggilan ke rumah, panggilan niaga dll. Mengguna komputer pejabat untuk urusan sendiri seperti melayari fb, whatssap meski seminit dua tetap tidak amanah. Jika sehari sekali, jika sehari seminit dua kita tidak amanah pada peralatan tempat kerja, kiralah berpuluh tahun kita bekerja, tidak terjawab di hadapan Allah nanti.

Selain itu mengguna waktu bekerja untuk urusan sendiri dg telefon, melayari fb, berjual beli di pejabat, adalah juga tidak amanah dan menambah dosa dan merosak rezeki. Mereka yg suka berniaga di pejabat, tolong ambil perhatian. Nabi suruh berniaga tetapi nabi tak suruh berniaga sambil mencuri waktu kerja. Usah dolak dalik kerana setiap minit dan saat waktu bekerja telah dibayar dlm bentuk gaji.

Ada kala kita berfikir mengapa hidup penuh masalah, walau bekerja gaji ribu, masih tak cukup pendapatan. Kata orang menunggu bulan terbit tiap bulan sedangkan ada orang gaji ratus ringgit boleh bela anak berderet, hidup bahagia. Cuba fikir dan semak bersihkah rezeki kita, ada tidaknya sekecil-kecil perkara dlm tugas yg kita tidak amanah. Hanya kita yg tahu dan Allah juga tahu, majikan tidak tahu. Kembalilah kpd kebenaran utk jd orang yg amanah meskipun orang lain tidak lihat. Jom jadi seperti tukang kebun ini, yg tugasnya dirasakan diperhati oleh Allah setiap masa.

Nukilan TUAN ABD GHANI HARON

Friday, 13 November 2015

Doa Dan Amalan Mencegah Mati Pucuk Atau Lemah Tenaga Batin

Friday, November 13, 2015 3

Assalamualaikum. Harap maaf sekiranya entri abam kie pada hari ini mengganggu ketenteraman hidup rakan2. Tapi abam kie rasa seharusnya abam kie berkongsi amalan ini untuk kebaikan para suami-isteri. Berikut Abam Kie kongsikan doa dan amalan untuk mencegah mati pucuk atau lemah tenaga batin. Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih.

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah: 


2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim di dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30: 


3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini: 


4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun ke bawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak. 

Lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT. 

Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan Said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang dibaca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Oleh: Ustaz Abu Nafis

Wednesday, 11 November 2015

KERTAS YANG TAK SEMPAT DIBACA

Wednesday, November 11, 2015 2

Assalamualaikum. Ini adalah sesuatu yang berguna untuk dihayati.

Kehidupan ini adalah seperti kertas📄, dilipat 📃, simpan 📂, koyak dan kemudian dibuang 🚮.

Dunia semuanya Seperti kertas📄. Ramai yang bersedih😔, Bangga😉, Malu☺ dan Gembira😃 Kerana KERTASNYA📄.

Kerana kertas📄 manusia dipuji👍,
Kerana kertas📄 manusia dipuja 👏,
Kerana kertas📄, manusia dihina👎,

Kerana kertas📄 manusia terpisah 👥💔.
Kerana kertas📄 manusia berkuasa 👑..
Kerana kertas📄 manusia merana 😖.

Sijil Kelahiran - Kertas📄
Sijil Penghargaan - Kertas📄
Sijil Kelulusan - Kertas📄
Sijil PerKahwinan - Kertas📄
Ijazah - Kertas📄
Buku akaun - Kertas📄
Saman - Kertas📄
Tesis - Kertas📄
Passport - Kertas📄
Sijil perubatan - Kertas📄
Jemputan kawin - Kertas📄
Duit - Kertas📄

Hanya satu kertas📄 yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri...

Sijil MATInya..📋

Take time to read.👍.
posted from Bloggeroid

Monday, 9 November 2015

Rutin seorang jutawan akhirat

Monday, November 09, 2015 7

Perkongsian oleh DAO:

Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold His Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.

Di dalam forum tersebut, saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia dan di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billionaire dan philanthropists serta business leader.

Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenal pasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari?

Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangka masa panjang.

Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif
rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :

1. Bangun awal pagi seawal 4 pagi dan paling lambat 5 pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)

2. Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)

3. Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi) / Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi) / Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)

4. Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu subuh.

5. Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga.

6. Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)

7. Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik.

8. Minum pagi / sarapan

9. Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)

10. Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)

Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan Muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam.

Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.

Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi, cuma di perkemaskan over the years dan disesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.

Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.

*Ingat:-

1. Jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.

2. Jika anda bekerja, adjust rutin ini.

3. Kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara  insiden. Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.

Saya cadangkan anda kongsikan artikel ini sebagai hadiah anda kepada insan-insan yang anda kasihi jika ianya bermanfaat untuk menghidupkan hati dan memperbaiki serta mencuci kolam jiwa mereka agar hati mereka sentiasa mendekati Allah swt dan lantaran itu akan menarik lebih banyak kasih sayangNya serta redhaNya.

Sesungguhnya, melalui the ‘Power of Giving’, kita lebih bahagia memberi daripada menerima kerana terdapat banyak nikmat hidup dan manfaat dalam "Memberi". Insya Allah, lebih banyak amalan kita dalam "Memberi", lebih banyak Allah swt akan memberi kita keberkatan dan kenikmatan hidup dalam pelbagai cara.

Ada keajaiban di sebalik "Memberi", rahsia yang hanya diketahui oleh orang-orang yang berjaya
posted from Bloggeroid

Friday, 6 November 2015

It pays to be honest

Friday, November 06, 2015 2

Fahamilah kisah di bawah ini.... Terima kasih kerana sudi membaca entri ini sehingga habis....

*********************************************************************************

A successful business man was growing old and knew it was time to choose a successor to take over the business.

Instead of choosing one of his Directors or his children, he decided to do something different. He called all the young executives in his company together.

He said, “It is time for me to step down and choose the next CEO. I have decided to choose one of you.”

The young executives were shocked, but the boss continued. “I am going to give each one of you a SEED today – one very special SEED. I want you to plant the seed, water it, and come back here one year from today with what you have grown from the seed I have given you. I will then judge the plants that you bring, and the one I choose will be the next CEO.”

One man, named Jim, was there that day and he, like the others, received a seed. He went home and excitedly, told his wife the story. She helped him get a pot, soil and compost and he planted the seed.

Everyday, he would water it and watch to see if it had grown. After about three weeks, some of the other executives began to talk about their seeds and the plants that were beginning to grow.

Jim kept checking his seed, but nothing ever grew. Three weeks, four weeks, five weeks went by, still nothing. By now, others were talking about their plants, but Jim didn’t have a plant and he felt like a failure.

Six months went by — still nothing in Jim’s pot. He just knew he had killed his seed. Everyone else had trees and tall plants, but he had nothing. Jim didn’t say anything to his colleagues, however… He just kept watering and fertilizing the soil – He so wanted the seed to grow.

A year finally went by and all the young executives of the company brought their plants to the CEO for inspection.

Jim told his wife that he wasn’t going to take an empty pot. But she asked him to be honest about what happened. Jim felt sick to his stomach, it was going to be the most embarrassing moment of his life, but he knew his wife was right.

He took his empty pot to the board room. When Jim arrived, he was amazed at the variety of plants grown by the other executives. They were beautiful — in all shapes and sizes.

Jim put his empty pot on the floor and many of his colleagues laughed, a few felt sorry for him!

When the CEO arrived, he surveyed the room and greeted his young executives.

Jim just tried to hide in the back. “My, what great plants, trees, and flowers you have grown,” said the CEO. “Today one of you will be appointed the next CEO!”

All of a sudden, the CEO spotted Jim at the back of the room with his empty pot. He ordered the Financial Director to bring him to the front.

Jim was terrified. He thought, “The CEO knows I’m a failure! Maybe he will have me fired!”

When Jim got to the front, the CEO asked him what had happened to his seed – Jim told him the story.

The CEO asked everyone to sit down except Jim. He looked at Jim, and then announced to the young executives, “Behold your next Chief Executive Officer! His name is Jim!”

Jim couldn’t believe it. Jim couldn’t even grow his seed.

“How could he be the new CEO?” the others said.

Then the CEO said, “One year ago today, I gave everyone in this room a seed. I told you to take the seed, plant it, water it, and bring it back to me today. But I gave you all boiled seeds; they were dead – it was not possible for them to grow. All of you, except Jim, have brought me trees and plants and flowers. When you found that the seed would not grow, you substituted another seed for the one I gave you. Jim was the only one with the courage and honesty to bring me a pot with my seed in it. Therefore, he is the one who will be the new Chief Executive Officer!”

* If you plant honesty, you will reap trust.
* If you plant goodness, you will reap friends.
* If you plant humility, you will reap greatness.
* If you plant perseverance, you will reap contentment.
* If you plant consideration, you will reap perspective.
* If you plant hard work, you will reap success.
* If you plant forgiveness, you will reap reconciliation.
* If you plant faith in God , you will reap a harvest.

So, be careful what you plant now; it will determine what you will reap later..

“Whatever You Give To Life, Life Gives You Back”
posted from Bloggeroid

Tuesday, 3 November 2015

Detik-Detik Terakhir Menjelang SPM 2015

Tuesday, November 03, 2015 5

Assalamualaikum... SPM datang lagi setelah setahun menghilang. Setelah 10 bulan bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran maka detik2 yg mendebarkan tiba pada 2 November 2015 lalu. Seminggu sebelum itu sekolah abam kie mengajar telah mengadakan pelbagai program akademik bagi memastikan para calon SPM mendapat keputusan yg cemerlang di dalam SPM nanti. Antara program yang dijalankan ialah kelas tambahan petang dan malam, kem bestari SPM, seminar teknik menjawab, latihtubi dan banyak lagi. Memang tak terkira la.....

Pada 29 Oktober lalu abam mengerah calon2 SPM untuk menyusun kerusi meja di dalam dewan peperiksaan. Selama 2 jam 30 minit akhirnya tugas itu berjaya dilaksanakan. Mujurlah murid2 abam kie memberikan kerjasama. Kalau malas nanti abam kie sebat!

Selesai tugas di dewan, mereka bergegas ke masjid sekolah untuk majlis izin ilmu bersama pentadbir dan guru2 subjek. Di sini guru2 subjek memberikan tips terakhir dan mengizinkan segala ilmu yang kami ajarkan selama ini.

Kemudian murid2 tingkatan 5 terus berada di sekolah untuk Kem Bestari Perdana. Seramai 155 murid menyertai program ini dimana mereka tinggal di sekolah selama 3 hari 2 malam. Guru-guru juga bergilir2 mengawal mereka. Guru2 perempuan pula bergotong-royong memasak makanan untuk calon2 SPM 2015. Semasa program ini mereka mengulangkaji kertas-kertas yang bakal diduduki pada minggu pertama SPM seperti BM, BI, Sejarah, BA dan PQS. 



Pada malam tadi anak2 murid abam datang ke rumah selepas Isyak utk mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris buat kali terakhir. Mereka berada di rumah abam sehingga jam 10.30 malam. Jadi abam pun bagilah soalan2 ramalan tu. Usai belajar, mereka dijamukan dengan sedikit 'supper'. Semasa nak balik tu hujan turun. Terpaksalah mereka meredah hujan sambil menunggang motosikal. 

In Shaa Allah, murid2 abam kie akan mencapai keputusan yang cemerlang di dalam semua subjek yang diambil terutama sekali BI. Aamiin...

Monday, 2 November 2015

10 Foods That Burn Fat

Monday, November 02, 2015 3


This is something beneficial for all readers who are health-conscious. Do take your time to go over this entry. Thank you in advance.

1. Oats : Its not only tastes great but also reduces your hunger. Oats contains fiber which helps and stabilizes the levels of cholesterol.

2. Eggs : Eggs are the rich sources of proteins and low in calories. Eggs helps us to build the muscles and develops the good cholesterol.

3. Apples : Apples are enriched with powerful antioxidants and other supplements. Most importantly it contains Pectin which helps to reduce the fat cells in the body.

4. Green Chillies : Green chillies contains Capsaicin which helps to develop the body growth cells and burns the calories in quick time.

5. Garlic : Garlic contains Allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce the fat and removes the bad cholesterol.

6. Honey : Honey is the best one to burn fat. Add honey in warm water and take it daily in the early morning.

7. Green Tea : Green Tea is the most effective one which helps you to lose weight. It contains Antioxidants which helps and stabilizes our body weight.Take daily 2 cups of tea for a better results.

8. Wheat Grass : It boosts our metabolism and helps to reduce the fat.

9. Tomatoes : Tomatoes helps us to burn the fat in quick time. It also helps us to stay away from cancer. So Take tomatoes in your diet regularly.

10. Dark Chocolate : Dark chocolate contains Flavonoids, anti-inflammatory properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood. It boost the growth of serotonin in the blood and also burns the fat.

Must share!