Monday, 28 September 2015

Berat badan bertambah!

Monday, September 28, 2015 3


Assalamualaikum. Selepas berkahwin ini kehidupan abam kie lebih terjamin dan terjaga. Maklumlah, makan, pakai dan urusan peribadi kini ada orang yang jagakan. Kalau dulu beli nasi bungkus dari kedai, kini isteri tersayang akan masakkan apa yg abam idamkan. Kesannya berat badan abam terus meningkat naik. Semasa mula2 kahwin tu berat cuma 76kg tapi pada sebelum bulan puasa ia meningkat kepada 79kg. Namun selepas Ramadhan berat kembali kepada asal iaitu 76kg. Namun selepas Syawal berat badan abam semakin meningkat sehingga mencecah 81.6kg pada hari ini. Rasanya tak mustahil berat ini akan mencecah 85kg sebelum Ramadhan akan datang!!!

Tak apalah, abam makan banyak2 bila bulan puasa pasti turun la berat badan tu! Hehehehehe... Cuma abam kie bimbang akan BMI yang sudah mencecah 31.3 iaitu tahap obese. Takut gak penyakit 3 serangkai menjelma. Sekarang ni ada gak tercungap2 bila mendaki tangga ke tingkat 4 di sekolah tu. 

Something must be done! I neeed to work out to get back my ideal weight though it might sound unrealistic due to my aging nature. So, the first step is to get back to jogging and cycling like what I used to do when I was single. Please pray for my healthiness. Thank you my friends...   

Saturday, 26 September 2015

Melabur Di Dalam CIMB Wealth Principal

Saturday, September 26, 2015 6

Assalamualaikum...

Abam Kie pernah menabung di dalam unit amanah saham Public Mutual 5 tahun lepas tapi telah mengeluarkan semua caruman itu untuk digunakan pada waktu kecemasan. Lagipun abam kie lihat harga unit saham yang dibeli itu semakin menyusut jadi abam kie keluarkan semua sekali. Yang tinggal hanyalah saham di ASB dan ASW2020.

Kebetulan abam kie kenal dengan seorang kenalan FB yang menjadi penasihat kewangan CWA iaitu Mad Syabab (sila lihat contact no dia kat atas tu). Lalu abam kie menghubungi dia untuk menyuarakan hasrat ingin melabur di dalam CWA. Iyalah kan? Semakin tua ni kenalah menabung untuk anak2 dan diri sendiri...x kira la sikit pun...bak kata orang kampung abam, sikit-sikit lama2 jadi bukit. Sebelum mengambil keputusan untuk untuk menabung dalam UT CWA ni, abam ada tanya2 sana sini and buat search kat internet gak, Takut2 tidak berbaloi...selepas berfikir panjang dan dinasihati oleh adik Mad Syabab, abam menghulurkan duit dalam RM1K sebagai pelaburan permulaan kat Unit Trust CWA ni. Dalam banyak2 (UT) kat Malaysia ni, Kenapa abam pilih CWA? Antara sebab abam pilih UT CWA adalah:

1. Patuh Syariah : (Perunding Syariah untuk dana: CIMB Islamic Bank Berhad (Majlis Penasihat Syariah);

2. Jangkaan purata pulangan (untung modal + dividen) : 10 - 15% setahun, (berdasarkan prestasi tahun-tahun lepas);

3. CWA adalah syarikat unit amanah yang ternama, sebuah subsidiari CIMB Group...syarikat tersenarai (Bursa Malaysia) kedua paling bernilai di Malaysia (jumlah permodalan pasaran melebihi RM80 billion).

Macam mana nak menabung dalam UT ni...mudah jer. Kawan2 boleh cuba 3 kaedah pelaburan:

i) Pelaburan TUNAI (minimum amount : RM500)
ii) Pelaburan bulanan (auto debit dll)
iii) Pengeluaran dari KWSP - akaun 1

Penebusan (pengeluaran) pula boleh di buat bila-bila masa (dengan notis 5 hari) di mana-mana cawangan CWA.

Jadi jika kawan2 berminat nak membuat pelaburan di dalam CWA ni, silalah call/sms/whatsapp Mad Syabab di 017-9233731. Sekian, terima kasih.

Thursday, 24 September 2015

Sambutan Hari Lahir Yaya

Thursday, September 24, 2015 6

Assalamualaikum. Pada 12 September lalu anak ketiga abam kie iaitu Nur Alin Dahlia atau lebih mesra dengan panggilan Yaya telah menyambut ulangtahun kelahiran kelapan. Dia yang kelihatan kecil tubuhnya sangat teruja untuk mmbuat majlis sambutan secara kecilan di rumah kerana sebelum ini sambutan harilahirnya cuma diadakan di Pizza Hut, KFC atau McD aje. 

Lalu dia dan kakaknya yang montel bernama Nur Alis Dalili membuat perancangan rapi bagi memastikan sambutan kali ini akan lebih meriah dengan kehadiran rakan2 berdekatan. Lili ditugaskan untuk menjemput rakan2 mereka. Manakala abam kie telah menempah kek lobak merah dari kawan setugas, Puan Surina. Harga kek itu RM70. 

Pada petang Sabtu tersebut seramai 10 orang kanak2 dtg ke rumah abam. Isteri tersayang memasak mihun goreng, keropok dan membancuh air kepada kanak2 itu. Mereka ada memberikan hadiah kepada Yaya. Alhamdulillah, biarpun penat dan mengantuk kami sekeluarga gembira kerana majlis sambutan hari lahir Yaya itu telah berlangsung dengan jayanya.

Monday, 21 September 2015

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

Monday, September 21, 2015 6

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

ㅤ ㅤ ❤ㅤ ❤ ❤
ㅤ♥ Subhanallah ♥
♥ Alhamdulillah ♥
♥ Lailahaillallah ♥
ㅤ♥ Allahuakbar ♥
ㅤ ㅤ ❤ ㅤ ❤ ❤
Mohon Share Pos ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut .
posted from Bloggeroid

Saturday, 19 September 2015

Baik buruk guru wanita lebih ramai daripada guru lelaki

Saturday, September 19, 2015 2

Perangkaan Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga Januari 2008 menunjukkan jumlah guru di negara ini ialah 360,795 orang. Kira-kira 243,859 atau 57.6% daripada jumlah ini merupakan guru wanita. Ketidakseimbangan yang ketara antara kedua-dua jantina guru ini boleh membawa pelbagai implikasi terhadap sekolah dan para pelajar.

Dengan bertambahnya bilangan guru wanita, masalah disiplin di sekolah dikatakan semakin meningkat. Gejala-gejala disiplin seperti berambut panjang, ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh dan sebagainya semakin meningkat. Masalah ini timbul kerana guru wanita tidak ditakuti dan dianggap kurang berwibawa serta gayanya yang lembut dan fizikalnya yang lemah. Lantaran itu, mereka gerun untuk merotan pelajar ataupun mengejar pelajar ponteng seperti mana guru lelaki. Segala amaran dan dendaan guru wanita dianggap remeh dan tidak lebih daripada rutin yang mereka hadapi bersama ibu di rumah. Akhirnya, mereka berterusan melakukan pelbagai gejala disiplin.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran di kelas akan terjejas apabila guru-guru wanita begitu kerap mengandung dan bersalin. Peruntukan cuti enam puluh hari oleh kerajaan memberi kesan besar kepada pelajar. Apabila cuti, sukatan pelajaran yang ditetapkan tidak dapat dihabiskan. Lebih malang lagi, apabila pelajar yang menjadi mangsa ini Bakal menduduki peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lain-lain lagi. Hal ini kerana pelajar terpaksa menghadapi kelas dan subjek berkenaan tanpa panduan dan bimbingan guru. Natijahnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan gagal dalam peperiksaan.

Di samping itu, masalah juga timbul apabila gerak kerja kokurikulum hendak diadakan sama ada di peringkat sekolah, daerah ataupun negeri. Ramai guru wanita yang tidak mahu atau enggan aktif dalam kegiatan ini apabila mereka sudah bersuami dan berkeluarga. Keadaan mereka yang mengandung atau masih dalam pantang menyukarkan aktivitiaktiviti kokurikulum dilakukan di sekolah. Kekangan-kekangan ini boleh menjejaskan kelancaran aktiviti kokurikulum yang dirancang untuk pelajar. Oleh itu, hasrat melahirkan pelajar yang sihat, berdisiplin dan mempunyai sahsiah terpuji menjadi sukar.

Namun begitu, bilangan guru wanita yang ramai di sekolah juga boleh membawa pelbagai kebaikan kepada sekolah. Ramainya guru wanita mencerminkan mereka merupakan golongan yang pintar dan rajin. Justeru, guru wanita boleh rnenunjukkan kerajinan dan kesungguhan mereka ketika mengajar. Guru yang rajin dan berusaha tanpa jemu dalam mendidik akan berjaya juga akhirnya. Bak kata peribahasa `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Dengan guru seperti ini, para pelajar akan mulai berminat dengan pelajaran mereka. Kerajinan guru telah berjaya mengubah sikap dan semangat pelajar ke arah kejayaan.

Antara kelebihan guru wanita berbanding guru lelaki ialah mereka pandai memujuk dan menasihati. Kelebihan ini jika dieksploitasikan dengan sempurna akan memberi sumbangan besar kepada diri pelajar. Pelajar-pelajar perempuan yang bermasalah, misalnya lebih suka menemui guru wanita daripada guru lelaki. Persamaan jantina menjadikan mereka lebih mudah berbicara dan saling memahami. Secara tidak langsung, guru wanita telah berjaya berperanan sebagai kaunselor dalam menyelesaikan masalah pelajar seperti ponteng atau menagih dadah. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa guru wanita yang ramai boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada para pelajar.

Kesimpulannya, peningkatan jumlah guru wanita berbanding guru lelaki membawa implikasi buruk baiknya yang tersendiri. Profesion keguruan diakui umum sebagai amat sesuai dengan perwatakan wanita. Namun, minat golongan lelaki terhadap kerjaya guru harus dipupuk agar tugas mendidik menjadi lebih senang.

Sumber: http://mazlan66.wordpress.com

Thursday, 17 September 2015

Cara Menguruskan Uri

Thursday, September 17, 2015 2
Cara Menguruskan Uri

MARI BELAJAR.....

Kita selalu terlupa benda2 cam ni.. kpd yg akan dpt anak seperti Abam Kie... sila baca dan faham....

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAK. Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa di dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan diletak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat


Monday, 14 September 2015

Jika berlaku kecemasan

Monday, September 14, 2015 2


Assalamualaikum. Kepada kawan2 abam kie yang dihormati sekalian, please take note!!!

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi org yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK.. Ini cara untuk meletakkan no contact waris di screen bila phone anda LOCK:

LENOVO

1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency

SAMSUNG

1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4.Owner infomation... Masukkan no telefon emergency

ASUS

1. Setting
2. Lock Scren
3. Owner Info... Masukkan no telefon emergency

XIOMI

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info... Masukkan no telefon emergency

Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

For iPhone (Apple) user:

To set, launch "Health" app and create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:

1. Slide
2. Emegency
3. Medical id... Your emergency contact details will appear.

Cube la buat.. Ada kebaikannya... ✌️✌✌
posted from Bloggeroid

Saturday, 12 September 2015

Mengambil dividen Amanah Saham Wawasan 2020

Saturday, September 12, 2015 10

Assalamualaikum. Pada petang 2 September lalu, abam kie singgah di pejabat pos Tanah Merah, Kelantan untuk menyemak dividen Amanah Saham Wawasan 2020 sendiri dan anak2. Tahun kewangan unit amanah ini berakhir pada setiap 31 Ogos. Tak sabar nak tahu baki yang ada. Abam menyimpan ni untuk hari tua dan waktu kecemasan. Selain daripada itu abam dan anak2 juga menabung di dalam ASB. Kadar dividen tahun 2014 cuma 6.40 sen per unit. Turun 0.2 sen dari tahun sebelumnya.

Cuma apa yang abam kesalkan ialah mesin sistem nombor giliran di pejabat pos berkenaan sudah rosak. Terpaksalah abam beratur panjang. Dah la tu kerani pos tak mesra langsung. Mujurlah pejabat pos berkenaan tak dipecahkan oleh abam kie pada hari tu. Kebetulan seminggu sebelum itu berlaku kes amuk di pejabat pos Bachok mengakibatkan cermin kaunter dan keyboard komputer pecah. Hangin tul abam. Dah la petang tu belum makan dan mandi. Balik sekolah pun lewat sebab ada taklimat gotong-royong. 

Moral of the story is never go to the post office to check your unit trust dividend unless all the banks are closed that day. Thank you. 

Thursday, 10 September 2015

Nasihat kepada wanita yang baik

Thursday, September 10, 2015 8

Nasihat Terbaik Tentang Kaum Hawa. Sampaikan walaupun dengan sepotong ayat. Khas untuk semua wanita yang sedang membaca entri ini. Abam Kie sayang wanita-wanita yang sentiasa menyayangi abam kie seperti ibu, kakak2, isteri dan anak2. 

SAYANGI WANITA KERANA MEREKA MELAHIRKAN PARA NABI
© Perempuan tak bertudung bukanlah jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.

LELAKI TAK SOLAT TINGGALKAN SAJA
© Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah, bukan ke jahannam.

MINTAK MAAF SEBELUM TIDUR
© Isteri yang terbaik adalah isteri yang meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.

DOSA MENCINTAI AJNABI
© Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.

MENAIKKAN NILAI DIRI SENDIRI
© Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.

USAHA JADI YANG TERBAIK
© Wanita yang menutup aurat itu memang belum tentu dijamin syurga tapi sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjadi ahli syurga.

DIPANDANG CANTIK DISENTUH TAK BOLEH
© Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.

ISTERI DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
© Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.

MARI KITA MEMBENCI KEMAKSIATAN
© Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.

BERSALAM DENGAN SUAMI
© Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.

JADILAH WANITA SOLEHAH
© Wanita adalah hiasan dunia. Sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah.

HAMILLAH SELALU
© Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.

JADILAH WANITA YANG CANTIK DAN BAIK
© Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.

GARANG DAN MANJA
© Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.

WANITA YANG LAKU DI PASARAN
© Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yang soleh. Sebab apa? Sebab wanita yang solehah tinggi permintaannya di pasaran.

JANGANLAH MINTAK YANG BUKAN-BUKAN
© Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yang munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.

BETUL GUNA KECANTIKAN KERANA ALLAH
© Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami. Subhanallah.. Walhamdulillah..
Allahu Akbar...

I S T E R I K U B A K A L P E N G H U L U B I D A D A R I D I S Y U R G A

Sebarkan Nasihat itu Jariah. Ganjaran tidak putus sebagai Ilmu Baik yang dimanfaatkan..

👍👍👍

🌷🌷🌷

::
posted from Bloggeroid

Monday, 7 September 2015

Mendaftar Akaun Simpanan Asas-i CIMB

Monday, September 07, 2015 4

Abam sudah ada beberapa akaun simpanan namun minggu lepas teringin pulak nak membuka akaun simpanan asas Islamik di CIMB. Akaun Simpanan Asas-i ialah akaun simpanan yang membolehkan kita menikmati perkhidmatan perbankan pada kadar paling minima.

Pada hari berkenaan abam ke cawangan CIMB berdekatan dengan membawa salinan kad pengenalan. Selepas hampir 10 minit menunggu, abam dilayan dengan mesra oleh staff CIMB yang peramah. Amoi ini menjelaskan dengan teliti tentang ciri-ciri akaun simpanan asas-i ini. Antara ciri akaun berkenaan ialah:

1. Akaun simpanan tanpa buku. Tapi abam diberikan sekeping kad yang tercetak dengan nama dan no akaun. 
2. Mendapat kemudahan kad debit Mastercard yang boleh digunakan untuk membeli-belah di Malaysia sahaja.
3. Terdapat dua jenis akaun simpanan asas-i iaitu tanpa yuran tahunan (yang abam pilih) atau dengan yuran RM8 setahun.
4. Deposit wang selamat di bawah konsep Wadiah Yad Dhamanah.
5. Boleh membuat perbankan internet CIMB Clicks seperti membayar bil, membeli topup, memindahkan wang dan sebagainya.
6. Akaun simpanan ini layak untuk mendapat perlindungan PIDM.

Kelayakan untuk membuka akaun simpanan asas-i CIMB ialah

1. Rakyat Malaysia termasuk juga pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Akaun bersama dibenarkan.
3. Deposit permulaan cuma RM20 dan perlu dikekalkan di dalam akaun tersebut.
4. Bawa MyKad.

Abam memilih Akaun Simpanan Asas-i tanpa yuran tahunan di mana ia membenarkan transaksi percuma di kaunter sehingga 6 kali sebulan dan pengeluaran wang di ATM sehingga 8 kali sebulan. Jika di Maybank cuma bagi setakat 4 kali je di ATM. Itu pasal abam suka akaun simpanan CIMB ini.

Baiklah, jika kawan2 teringin nak membuka akaun simpanan asas-i CIMB ini silalah ke cawangan berhampiran atau menghubungi Talian Khidmat Pelanggan CIMB di 1 300 880 900 atau 03 2295 6100.

Saturday, 5 September 2015

Hapuskan semut di rumah dengan mudah

Saturday, September 05, 2015 13

Assalamualaikum. Di mana ada gula di situlah ada semut. Itu ialah peribahasa Melayu dulu-dulu. Tapi abam kie rasa peribahasa itu sudah tidak boleh digunakan di rumah abam kie. Kenapa? Tempohari semut ada merata-rata di atas meja dan kabinet rumah. Pantang aje abam kie letakkan nasi bungkus di atas meja pasti akan dihurung semut. Begitu juga jikalau abam gantungkan nasi bungkus itu ke dinding maka pasti ia akan dihurung semut juga. Geram tul! Kadang2 semut ni jahat betul sampaikan ke dalam bekas air masak dan ikan masin pun dihurungnya! Mereka bukan saja tertumpu kepada makanan manis! 

Lalu abam membeli kapur anti semut yang ada dijual di pasar malam. Cuma RM2 sebatang. Kalau beli 3 batang cuma pada harga RM5. Balik ke rumah terus abam menggores segala kaki meja dan kerusi di rumah ini bagi mengelakkan semut itu menghurung makanan di atas meja tu. Bila semut melintasi goresan kapur itu mereka akan lemah dan mati. Kira berbisa jugaklah kapur dari China ni..



Alhamdulillah kapur ajaib anti serangga yang abam beli di pasar malam itu berkesan dalam mencegak pembiakan semut. Cubalah sekarang dan lihatlah akan perbezaannya! Selamat berjaya!

Thursday, 3 September 2015

Projek Tanaman Serai Di Kawasan Terhad

Thursday, September 03, 2015 8

Abam Kie tinggal di pinggir pekan Tanah Merah, Kelantan. Lot rumah ini abam beli pada tahun 2005 dengan harga RM38K. Luasnya cuma 5500 kaki persegi. Cukuplah untuk dibina sebuah banglo kecil berukuran 2000 kaki persegi. Banglo ini siap diduduki pada pertengahan 2007. Abam suka bercucuk tanam di halaman rumah namun ruang yang sempit sedikit sebanyak menghalang minat abam untuk berbakti kepada tanah.

Abam dan isteri selalu membeli sayuran dari pasar. Namun kami mula ingin berjimat. Lalu abam kie meminta beberapa batang serai dari akak cleaner di sekolah.Lalu abam menanam serai2 tersebut di dalam pasu dan bekas terbuang.  Dapatlah 9 bekas semuanya. In Shaa Allah bila serai2 itu besar dan tinggi dapatlah abam merasa hasilnya. Tak perlu lagi membeli serai dari pasar. Jimat bukan? 

Selepas ini abam bercadang untuk menanam pokok cili api pula. Kalau ada pokok lada sendiri kan senang? Kalau nak guna dalam masakan cuma pergi petik aje kan? Bersamalah kita bercucuk-tanam bagi menjimatkan belanja dapur dan menambahkan bekalan oksigen ke udara. Jom!