Friday, 29 May 2015

Apabila meningkat usia...


Mengapa bila meningkat usia, byk perkara yg digemari sewaktu muda semakin tdk menyeronokkan? Abe Kie merasakan kita patut melihat sesuatu yg Allah takdirkan dgn mata hati supaya kita dpt muhasabah diri. Contoh2 abe kie telah alami pada usia mencecah 42 tahun ini....

SATU •
Bila tua, keinginan utk makan sedap2 semkn berkrgn. Nafsu makan sudah tiada. 
Hikmahnya: Perbykkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa2 yang pnh ditinggalkan sewaktu muda.

DUA •
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam dan mata sukar lelap kembali.
Hikmahnya: Bangunlah utk berqiamulail, mengerjakan solat2 sunat spt tahajud, solat taubat dan lain2. Brgkali sewaktu muda abe kie jarang benar melakukannya, maka Allah bg peluang utk melakukannya sblm berakhir usia.

TIGA •
Bila tua, sdh tdk gemar menonton tv. Tdk lg ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya: Waktu yg terluang itu, perbykkan membaca AlQuran. Mgkn sewaktu muda tdk pnh khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah utk khatam. Plg tdk pun sekali setahun.

EMPAT •
Bila tua dan sudah bersara, byk waktu lapang. Byk waktu senggang. Anak2 sdh dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, jadi kita blh mengurus masa dgn lbh bermanfaat. Sisa2 usia yg Allah pinjamkan blhlah digunakan utk hal2 berfaedah yg manfaatnya blh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Bykkan menghabiskan masa di surau/masjid, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dgn ustaz/ustazah/alhafiz dan lain2 program yg berfaedah.

Wallahualam. Sekadar berkongsi......

Monday, 25 May 2015

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014


Assalamualaikum. Alhamdulillah, setelah 18 tahun berkhidmat sebagai pendidik, akhirnya abe kie dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Terima kasih kepada Allah s.w.t yang telah membukakan hati Pengetua dan Penolong Kanan sekolah abe kie untuk mencalonkan nama abe kie kpd PPD tahun lepas. 

Abe Kie mula berkhidmat sbg guru di SMK Majakir, Papar, Sabah pada 16 September 1997. Kemudian abe kie ditukarkan ke SMK Ayer Lanas, Kelantan pada 1 Jun 2001. Selepas itu abe kie berkhidmat di SMK Dato' Mahmud 2, Tanah Merah bermula 6 Januari 2004 sehinggalah sekarang.

Sesungguhnya APC ini akan menyemarakkan lagi semangat abe kie untuk mencurahkan ilmu kepada anak bangsa agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Aamiin...

Friday, 22 May 2015

Cara mandi pagi Rasulullah s.a.w


Assalamualaikum. Pada hari Jumaat yg penuh barakah ini abe kie ingin berkongsi cara mandi pagi hari yang sesuai dengan yang diajarkan Rasulullah SAW. Sila amalkannya untuk kesihatan kita yang optimum. Bagaimana caranya?

1. Bermula dari segayung siramkan telapak kaki.
2. Segayung betis.
3. Segayung paha.
4. Segayung perut.
5. Segayung pundak.
6. Berhentilah sejenak 5-10 detik.

Kita akan merasakan seperti wap/angin yang keluar dari ubun-ubun bahkan merinding, setelah itu lanjutkan dengan mandi seperti biasa.

Hikmahnya : Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air dingin. Apa yang terjadi? Gelas retak !!!

Jika tubuh kita .... apa yang retak?

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu dingin, maka yg terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau bahkan kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau yang paling fatal adalah pecahnya pembuluh darah

Maka kita sering menjumpai orang jatuh di kamar mandi tiba-tiba stroke, bisa jadi kita sering masuk 
angin karena pola mandi kita yg salah. Bisa jadi kita sering migrain karena pola mandi yang salah.

Pola mandi ini baik bagi semua umur terutama yang punya sakit diabetes, hypertensi, kolesterol, dan migrain/sakit kepala sebelah.

SEMOGA BERMANFAAT...

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَ عَلىآلِ سَيّدنَآ مُحَمَّد
CnP

Wednesday, 20 May 2015

Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Abe Kie 2015


Assalamualaikum. Saat yg ditunggu2 sudah tiba. Sekarang Abe Kie ingin mengumumkan para pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abe Kie. Tahniah kpd kalian yg berjaya. Kerajinan anda mengomen entri di blog abe kie kini dihargai. Kepada yg belum berjaya rajin2lah meninggalkan komen, ya? Para pemenang adalah seperti berikut:

1. Cik Misstree (73)
2. Sentiasa Panas (62)
3. aRz MoHa (43)
4. Etuza Etuza (29)
5. Muhammad Khairuddin Lim (27)
    
Manakala dua orang pemenang simpanan ialah 

6. Shaiful Zaidi (25)
7. Normi Nieza (21)

Pemenang simpanan akan mendapat hadiah jika pemenang asal enggan menerima hadiah yang bakal dikirim.

Kepada 5 pemenang bertuah itu, anda dikehendaki SMS nama penuh, alamat rumah dan URL blog kepada abe kie sebelum 28 Mei 2015. No tel abe kie ialah 018-9162155.

Terima kasih. 

Monday, 18 May 2015

Memperbaharui lesen memandu






Assalamualaikum. Tidak lama lagi abe kie akan menyambut hari lahir yg ke 42. Kebetulan lesen memandu abe kie dah hampir tamat tempoh maka pada 11 Mei lalu abe kie singgah di pejabat pos Tanah Merah untuk memperbaharuinya. Mujurlah tidak ramai orang di sana pada jam 2 petang tu. Tak sampai 5 minit menunggu lesen memandu yang baharu pun siap. Lesen yg lama tidak dipotong tepinya seperti selalu jadi abe kie akan menyimpannya sebagai kenangan. Kali ini abe kie bayar utk 5 tahun terus. Tak payah pergi kerap ke pejabat pos kan?

Kepada mereka yg belum memperbaharui lesen memandu silalah berbuat demikian sebelum anda disaman oleh polis trafik atau JPJ. Harap maklum.

Friday, 15 May 2015

Kelebihan Kahwin Suami Orang


Adakah  anda  sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumahtangga anda? Jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami. Seorang   kawan yang bekerja   di  kementerian  pelajaran  menceritakan pengalamannya  berurusan  dengan  para  janda  yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.Walaupun  ada  teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang. Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:

1. Suami orang   biasanya penyabar  dan menilai tinggi  institusi kekeluargaan.  Mereka tidak mudah  melafazkan kata cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.

2. Suami orang makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.

3. Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.

4. Suami  orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita  kahwin duda,  dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.

5. Suami  orang  lebih  baik  dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa  tinggal  dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal  bersama  janda  yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa  tidak selesa dan lemas melayan teruna.

6. Suami orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.

7. Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.

8. Suami orang  biasanya tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana mana.

9. Suami orang  biasanya susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

Banyak lagi kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin  anda sebenarnya  berada dalam kerugian yang besar kerana tidak menjadi pilihan   wanita. Jadi pastikan  anda segera  berkahwin untuk mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.

Jadilah suami orang  yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah dalam  perkahwinan biar  kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung jawab anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan  sabar, nescaya anda  bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.


Wednesday, 13 May 2015

10 BEAUTIFUL LINES


SOMEONE HAS WRITTEN THESE 10 BEAUTIFUL LINES. READ and TRY to UNDERSTAND the DEEPER MEANING of THEM.

1). PRAYER is not a "spare wheel" that YOU PULL OUT when IN trouble, but it is a "STEERING WHEEL" that DIRECT the RIGHT PATH THROUGHOUT LIFE.

2). Why is a CAR'S WINDSHIELD so LARGE & the REAR VIEW MIRROR so small? BECAUSE our PAST is NOT as IMPORTANT as OUR FUTURE. So, LOOK AHEAD and MOVE ON.

3). FRIENDSHIP is like a BOOK. It takes a FEW SECONDS to BURN, but it TAKES YEARS to WRITE.

4). All THINGS in LIFE are TEMPORARY. If they are GOING WELL, ENJOY them, they WILL NOT LAST FOREVER. If they are going wrong, don't WORRY, THEY CAN'T LAST LONG EITHER.

5). Old FRIENDS are GOLD! NEW friends are DIAMONDS! If you GET a DIAMOND, DON'T FORGET the GOLD! To HOLD a DIAMOND, you ALWAYS NEED a BASE of GOLD!

6). Often when WE LOSE HOPE and THINK this is the END, GOD SMILES from ABOVE and SAYS, "RELAX, SWEETHEART; it's JUST a BEND, NOT THE END!"


7). When GOD SOLVES your PROBLEMS, you HAVE FAITH in HIS ABILITIES; when GOD DOESN'T SOLVE YOUR PROBLEMS, HE has FAITH in YOUR ABILITIES.



8). A BLIND PERSON asked GOD: "CAN THERE be ANYTHING WORSE THAN LOSING EYE SIGHT?" HE REPLIED: "YES, LOSING YOUR VISION!"



9). When YOU PRAY for OTHERS, GOD LISTEN to YOU and BLESSES THEM, and SOMETIMES, when you are SAFE and HAPPY, REMEMBER that SOMEONE has PRAYED for YOU.



10). WORRYING does NOT TAKE AWAY TOMORROW'S TROUBLES; IT TAKES AWAY today's PEACE.



If you ENJOYED this, PASS it to OTHERS. It may BRIGHTEN SOMEONE else's DAY, too.

Monday, 11 May 2015

Tak boleh sorok bau budu


Adakah anda orang Kelantan? Cara percakapan anda baik. Bahasa Malaysia anda pun baik. Bila bertutur langsung tidak kedengaran slang mana-mana negeri. NAMUN… Identiti Kelate anda dapat dikesan Tanpa Anda Sedari bila anda terlalu CONFIDENT je bercakap seperti 90 ayat di bawah…
1. Saya rasa kena lalu ikut jalan atas tembak tu, baru laju sikit.
2. Encik, sabar-sabar. Lorak nak pergi ke mana tu
3. Saya kurang suka warna kelabu tahi anying ni
4. Sakit hati betul saya dengan dia yang kerenat kat saya
5. Mari kita pergi encik, hujan sudah serik ni
6. Adik tuang air tu jangan banyak dik…padam-padam dah banyak tu
7. Kakak… bungkuskan saya pulut lempa satu
8. Macamana awak basuh baju ni habis pertik sawa
9. Adik…bagi saya tudung gelas ni…saya nk bawa kelik air ni
10. Mula-mula panaskan minyak…masukkan bahan kisar….tumis hingga naik bau…kemudian masukkan awas
11. Maaf la ya…rumah bujang macam ni la memang berkubang
12. Pasang cadar dan sampul bantal ni…bg nampak kemas sikit
13. Bang bagi supik satu
14. Tolong ambik kunci motor dalam sorak meja tu
15. Ayang…camne dah sial ke belum demam ayang tu?
16. Kejap ye…tadi petir, tu letrik tak ada…sebab suis berjentap
17. Bang…bungkus air lanas satu
18. Makcik….mana duit cucur saya tadi
19. Makcik…bagi pletin satu, senang sikit nk minum air ni
20. Tokey…kakas sup ada jual?
21. Itik suka sangat la kalau main air char
22. Dik…jangan hungar laju sangat…nanti rebah
23. Tolong ambilkan suis kereta aku kt meja tu.
24. Boleh tolong koho sikit bercakap tu? Bising! Gelegak telinga saya
25. Suami saya semenjak kebelakangan ni gelenyar sungguh
26. Ishh budak-budak remaja zaman sekarang ni parok-parok belaka
27. Apa yang duk berleber tu gak Yang, pening mutar kepala abang tau
28. Aihh kereta saya ni selalu berona la kalau time nak gi kerja
29. Letih sungguh semalam sampai saya jendera tak sedar apa
30. Takut nak lalu gerentok kayu ni, kan rutuh
31. Apa nak susah-susah potong, repih aje la
32. Tunngu semeta ya, saya mandi dulu, belengah badan ni
33. Bagus Ronaldo control bola, tapi sayang bola tu nacar jauh tadi
34. hati-hati, pegang la julai pokok tu jatuh nanti
35. Mengapa dia tu, menyetok karun, kesian pulak
36. Sudah banyak kali dah awak terkena dengan dia, mengapa tak perik lagi?
37. Jangan risau la lauk blana lagi ni, makan-makan!
38. Eh awak tertinggal bas ke, mengapa tidak cepat-cepat hambat tadi?
39. Semalam overtime, takkan hari ni pun kena ovetime juga, tak cekak la saya
40. Selalu bila saya mari di pejabat awak ni, awak selalu mengelik la
41. Aduh sakit kaki jerelus dekat birai parit td
42. nasiblah airnya toha kalau tak basah benjeruk dah
43. Bolehkah saya mintak rokak sebatam
44. Pakcik…nak beli menisam kerek 2 ringgit…letak dalam jabir rokrak
45. Balik rumah makan selalu nasi tu..takut basi
46. Banyak betul laa nyamak dalam bilik ini
47. Nakal-nakallah awk semua ni..nak suka saya dibuatnya
48. Ya Allah banyaknya tahi ayam monan kat tangga ni
49. Tea O ben sa, airnya muda sa…ahh lega nya.
50. Jangan main bawah pokok kelapa..nanti luruh woh nyor, tak dengar kata la…
51. Apa korang cakap ni..aku tak faham belah mana
51. Eee budak-budak ni asyik mengukas pokok, degil betul!
52. Siapa yang menanak nasi tu hangit lentung bau
53. Encik, uncle saya tak bagi tempek iklan dekat dinding ni
54. Saya tidak boleh main fb lama-lama takut dimurih isteri saya
55. Anak saya perlu bawa bocong tak untuk hari sukan, cikgu?
56. Jangan main di tanah nanti cemar kaki..
57. seluar saya soyak, tolong jahitkan
58. kenapa pasang radio tu kuat sangat…gegang la
59. Duit ade. Tapi tak tau la ade cemak mane lagi
60. Pakcik bagi peletim satu nak minum air..
61. Esok nak ambk mc sebab DEMAN
62. Jom sayang kita berjalan di bira pantai.
63. Orang ingat saya orang KL, sebab tak ada sikik habuk pun sleng kelantan
64. Ok murid2…bersedia ye…1..2..3…hunggar!
65. Bang.. Beri Burger 5. 2 tu bungkus, supit suku ya…
66. Jom kita lepak atas rongkas sekejap
67. Mmmmm…. bes la belda ni
68. tolong gahal kuat sikit kat patat kuali tu
69. Aku katok kan budok ni
70. Eh awak ni glenyar laa kutir baru tahu
71. Acu cuba tra test dulu bro
72. Sy ada kat pondak telefon ni.
73. Saya rasa dah perik tengok cerita hantu la
74. Kak..Bungkus mee goreng dua…buat samah2 ye
75. Beger satu….tak soh boh bawam
76. awak dah buat tubit duit dari bank?
77. Tolong susuk durian itu
78. Abang!! Tolong pukul gambar saya jap
79. Eh…apa tidur luar ni, pergi tidur tempat nu
80. Katil ini mmg bagus utk tulang belakang. Dan mmg sangat selesa. Kalau tido pon tak kabar.
81. Tolong ambilkn air…sy tak boleh bangun kaki sy serban ni
82. Buah ape yang ada jual kt kedai bawah? Macam2 ada bos, buah PAUS pon ada
83. Kenapa ramai sgt org dok gelewat dlm kedai tu….
84. Uncle tolong tukar bol lampu motor ni.. da terbakar..
85. Sy xtau la mana ilang kunci td…sy gaga dalam poket sy pon xde..
86. mita beli ubat senduan satu
87. Cik tlg datang cni kejap…,ada mat saleh xleh nk benyawa
88. Lengah rase…dari tadi suka selak…
89. “mkn lauk apa td? “Ike kronge” jwb dia.. “hah!? Ikn apa?” … “mkn ikan kerongang”
90. kak, nk nasi ayam gulai 2 satu taruk sayap satu lagi taruk monggem capur batang tengkak yer…

Dapatkah maksud yang abe kie cuba sampaikan?

Friday, 8 May 2015

MAJLIS PERTUNANGAN ANAK SAUDARA




Assalamualaikum. Pada 21 Mac yang lepas abe kie dan keluarga pergi bercuti di Dungun, Terengganu sempena cuti pertengahan penggal sekolah. Kami bertolak pada pagi Jumaat tepat jam 8.45 pagi dan sampai di rumah kakak pada jam 12.50 tengahari. Perjalanan menjadi singkat kerana abe kie melalui Lebuhraya Pantai Timur mulai di Kampung Gemuruh, Kuala Terenggahu dan terus keluar di Dungun. Jika ikut jalan biasa memang lambatlah nak sampai.

Sesampai di sana, Kak Zun menjamu kami dengan nasi dan lauk ikan yang lazat. Kemudian kami pergi berehat di inap desa yang berdekatan. Selesai mandi dan solat, kami ke rumah Kak Zun kerana rombongan kami akan bergerak ke rumah pihak perempuan pada jam 3.30 petang. Anak saudara saya, Zaim melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya bernama Fatin. Mereka berusia 25 tahun. 

Kami bermalam di inap desa berkenaan pada malam Sabtu dan bertolak pulang ke Kelantan pada pagi Sabtu. Sebelum itu abe kie, kak ton dan anak2 bersarapan di sebuah gerai berdekatan. Abe kie yang memang mengidam nasi lemak sambal ikan tongkol terus memesan menu berkenaan. Memang sedap la..

Kami akhirnya sampai di Tanah Merah pada jam 4 petang. Sesungguh perjalanan ke Dungun amat memenatkan namun ia sangat bermakna kepada abe kie dan kak ton yang sedang berbulan madu. Hehehehehe...

Wednesday, 6 May 2015

Cabaran pengomen tegar blog Abe Kie


Assalamualaikum. Kini tibalah masanya untuk Abe Kie menghargai para pengomen tegar yang kerap kali meninggalkan komen di pos abe kie. Sempena hari lahir abe kie yang ke 42 tanggal 19 Mei ni abe kie dengan berbesar hati akan memberikan hadiah kepada 5 orang pengomen teratas blog abe kie ini. Syarat nak dapat hadiah tu mudah aje. Komen la banyak2 sehingga 11.59pm, 19 Mei 2015. Tak perlu buat entri ke apa. Keputusan lima pemenang yang bertuah itu akan diumumkan terus pada 20 Mei 2015. Jadi apa tunggu lagi? Komen la banyak2 ye?

Sebagai rekod, carta pengomen tegar pada masa ini dipimpin oleh Cik Misstree, Diikuti oleh Sentiasa Panas, aRz Moha, Abang Etuza dan Abang Khairuddin Lim. Jika anda ingin memenangi hadiah dari abe kie kenalah bertarung dengan mereka, OK?

Cakap banyak tak guna, moh kita beramal...

Monday, 4 May 2015

Kabinet dapur atas


Assalamualaikum. Sudah lama abe kie bercita-cita ingin memiliki kabinet dapur atas bagi menyimpan barang2 yang memenuhi ruang stor rumah selama ini. Cuma bajet je yg x de. Jadi niat murni itu terpaksa ditangguhkan.



Mujurlah baru2 ini cik puan sudi berkongsi kos pemasangan kabinet berkenaan. Legalah sikit. Lalu kami pun meninjau2 tukang kabinet yang terbaik dan termurah di pasaran. Mujur jugalah boss cik puan pernah menggunakan khidmat seorang tukang kabinet yang terbaik di Kelantan ini. Lalu dia memperkenalkan kami dengan tukang tersebut yang bernama Abe Ya. Dia boleh dihubungi di 012-9286457. Lokasi kedai dia di Wakaf Bharu, Kelantan. Pada awal Mac lepas dia datang ke rumah untuk mengukur saiz kabinet.



Alhamdulillah, pada hari Sabtu terakhir bulan April, dua orang pekerja Abe Ya datang memasang kabinet berkenaan dari pukul 10 am hingga 5 pm. Lihatlah hasil kerja mereka. Berbaloikan dengan caj RM3670 tanpa GST? Kalau nak pasang kabinet, almari dan sebagainya bolehlah hubungi Abe Ya di talian tertera di atas. Terima kasih.
Letih

Friday, 1 May 2015

My new mobile phone


Assalamualaikum. Setelah menggunakan telefon Samsung Wonder hampir 18 bulan, teringin juga nak tukar hp. Maklumlah kan hp Samsung tu selalu 'hang' gara2 x dapat menampung data di dalamnya. Jadi pada 16 April yang lalu abe kie gi survey harga hp terbaharu di pasaran. Berkenan pula kat model Asus. Tiga buah kedai abe kie jejak. Akhirnya menjelang Maghrib abe kie tergoda dengan Asus Zenfone 5. Belilah satu. Terbang gak RM633 termasuk harga special casing. Huhuhuhu.

Anata kelebihan model Zenfone 5 ni ialah internal storage sebanyak 16GB. Banyak tu! RAMnya cuma 2GB tapi dah cukup baik. Paparan 5 inci je. Kamera depan 8MP manakala depan 2MP. Puas hati la abe kie nak berselfie dan snap pics utk diupload ke instagram dan FB. 

Semoga hp ini x memberikan masalah kepada abe kie dan akan kekal menjadi peneman abe kie ketika sunyi. hehehehehehe..

;