Wednesday, 29 April 2015

KELAB TELEGRAM GURU 1MALAYSIA

Wednesday, April 29, 2015 8

Assalamualaikum. Pada kesempatan ini abe kie ingin menjemput kawan-kawan blogger yang juga merupakan guru sekolah untuk menyertai kelab Telegram Guru 1Malaysia. Setakat ini group ini sudah memiliki 106 ahli setelah lebih sebulan ditubuhkan. Jikalau kawan2 berminat, sila SMS abe kie di talian 019-9563620 dengan menyatakan nama, SK atau SMK, daerah dan URL blog (jika ada). Semoga ramai yang ingin menyertai kelab guru 1Malaysia. Terima kasih.

Monday, 27 April 2015

KEDAI MENJUAL ISTERI

Monday, April 27, 2015 4

Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama sahabat2 lelaki terutamanya. Sila baca ye?

Selepas tengah malam ! Kedai yang menjual isteri telah dibuka.....di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai seorang isteri. Peraturan main untuk masuk Kedai tersebut adalah:
"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini SATU KALI !"

Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanita tersebut. Kamu dapat memilih wanita di tingkat tertentu, juga boleh memilih ke tingkat berikutnya, tapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.

Lalu, seorang lelaki pun pergi ke KEDAI  ISTERI tersebut untuk mencari calon Isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:

Tkt 1:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan dan pandai memasak."
Lelaki itu tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat selanjutnya.

Tkt 2:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak dan lemah lembut."
Kembali lelaki itu naik ke tingkat selanjutnya.

Tkt 3:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut dan cantik."
''Wow!'', ujar sang lelaki, tetapi pikirannya masih penasaran dan terus naik.

Lalu sampailah lelaki itu di tkt. 4 terdapat terdpt tulisan:
"Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik  dan sayang anak."
'Ya ampun!' Dia berseru, Aku hampir tak percaya!'

Dan dia tetap melanjutkan ke tingkat 5:
"Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang anak dan seksi.."

Dia tergoda utk berhenti tapi kemudian dia melangkah ke tingkat 6 dan terdapat tulisan:
"Anda adalah pengunjung yang ke 4,363,012,123. Tak ada wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk laki-laki yang tidak pernah puas, terima kasih kerana telah berbelanja di KEDAI  ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini."

Saudaraku... , setiap kita tak ada yang sempurna, tak ada sesuatu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini, ISTERI cantik, SUAMI tampan, kekayaan, rumah besar, KERETA mewah, kelihatannya begitu WAH ATAU GAH dilihatnya.. namun itu hanya sementara..

Ya, hanya RASA SYUKUR dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan buat kita, itulah yang membuat HIDUP ini begitu INDAH, kerana kita selalu PUAS terhadap apa yang Allah berikan kepada kita.

Semoga ianya bermanfaat!

Friday, 24 April 2015

GEMPAR AMALAN YANG TERBALIK

Friday, April 24, 2015 2

Assalamualaikum sahabat2 abe kie yg dirahmati Allah sekalian. Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan 
simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? 

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik?

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. 

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita? 

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ?? 

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas. 

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 

11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. 

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Wednesday, 22 April 2015

Majlis persaraan Cikgu Zaini Ibrahim

Wednesday, April 22, 2015 2

Assalamualaikum. Pada 7 April lalu majlis persaraan Guru Kanan Bahasa, Encik Zaini bin Ibrahim telah berlangsung di sekolah Abe Kie. Cikgu Zaini bersara wajib setelah berkhidmat di dalam sektor pendidikan selama 39 tahun iaitu pada tahun 1976. Beliau mula berkhidmat di Sandakan Sabah selama 5 tahun sebelum ditukarkan ke Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau bertukar ke Kuala Krai dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di UPSI. Setelah lulus dengan jayanya, beliau ditempatkan di Jerantut, Pahang sebelum kembali ke Tanah Merah, Kelantan.

Cikgu Zaini ialah guru Matematik Tambahan yang berdedikasi. Kami sama-sama berpindah ke sekolah sekarang mulai Januari 2004. Beliau mempunyai seorang isteri dan dikurniakan dengan empat anak lelaki. Isterinya menjadi suri rumahtangga manakala anak sulungnya sudah berkahwin namun belum dikurniakan cahayamata. Beliau berulang-alik setiap hari dari Machang ke Tanah Merah untuk bertugas.

Sesungguhnya Cikgu Zaini yang duduk bersebelahan dengan Abe Kie di bilik guru ialah seorang sahabat yang mudah dibawa berbincang dan mesra dengan rakan sejawat yang lain. Kadang2 abe kie menceritakan masalah abe kie kepadanya kerana dia mahir dalam membantu menyelesaikan masalah kerana faktor pengalaman dan persekitaran. 

Kehilangan Abe Zaini amatlah dirasai dan Abe Kie berdoa agar beliau gembira meniti hari2 persaraan bersama keluarga tercinta. 

Sunday, 19 April 2015

Penghargaan kepada atlit olahraga sekolah

Sunday, April 19, 2015 5

Assalamualaikum. Abe Kie sudah menjadi pengurus pasukan olahraga sekolah sejak tahun 2006. Sepanjang abe kie menjadi pengurus tu banyak suka duka, pahit manis pengalaman yang abe kie tempuhi. Yang biasanya jadi juruletih la, bukannya jurulatih. Lepas tu jawatan ini tetap dan berpencen selagi abe kie berada di sekolah ini. Maklumlah kan abe kie ni buat minor PJK maka senang2 je pihak pentadbir nak bagi abe kie pegang jawatan ini. Tak apa. abe kie sedia berkhidmat.

Bersempena sedekad abe kie memegang jawatan pengurus pasukan olahraga sekolah maka abe kie turut berbesar hati untuk memberikan cenderahati kepada atlit2 olahraga sekolah yang telah mewakili sekolah dan daerah sejak tingkatan satu lagi. Sehelai T-shirt menjadi tanda penghargaan abe kie kepada sumbangan mereka kepada sekolah.


Pelajar yang pertama ialah Annisa Syamimey binti Mazlan yg telah mewakili sekolah di dalam acara lumba jalan kaki sejak tingkatan satu lagi. Dia tidak gagal menyumbangkan pingat biarpun belum berjaya mendapat emas di dalam acara ini. Tahniah Memey!

Manakala pelajar kedua ialah Irfan Syauqi bin Abdul Mukti juga dari Kelas 5 Sains 1. Dia bertanding di dalam acara 200M, 400M dan 4 x 400M. Bapanya ialah guru bahasa Arab di sekolah ini. Sesungguhnya jasa atlit2 olahraga sekolah amat tetap dihargai sampai bila2.  

Friday, 17 April 2015

Menerima duit bantuan banjir.

Friday, April 17, 2015 4

Assalamualaikum,

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya abe kie berjaya mendapat wang bantuan banjir rm500 pada hari Ahad lepas. Pada Khamis minggu sebelumnya, seorang AJK Wanita UMNO datang ke rumah abe kie untuk menyerahkan surat jemputan ke majlis penyerahan wang tersebut. Ketika itu, abe kie dan cik puan sedang minum petang. 

Pada hari kejadian memang ramai orang yg pergi ke majlis berkenaan yg dijadualkan bermula pada jam 9 pagi. Tetapi abe kie hadir pada jam 11.30am bagi mengelakkan kesesakan. Alhamdulillah, abe kie tidak menunggu lama. Tak sampai 20 minit abe kie berjaya mendapat duit itu dan bergegas pulang.

Duit tersebut akan abe kie gunakan untuk persekolahan anak2 nanti. Terima kasih kpd kerajaan persekutuan Malaysia. Alhamdulillah.

Wednesday, 15 April 2015

KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:

Wednesday, April 15, 2015 7

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 sekalian? Pada kesempatan ini abe kie ingin berkongsi cara2 pengendalian makanan yg betul dan bersih. Info ini abe kie dapati dari group whatsapp. Semoga ianya bermanfaat.  

๐Ÿ”ถSayuran yg dimakan mentah cth taugeh..daun kesum..daun serai wangi dll yg dibuat ulam...yakni tdk dimasak..perlu direndam dgn air garam terlebih dahulu utk mgelakkan drpd jgkitan virus e.coli.

๐Ÿ”ถ Petua beli ayam segar
beli ayam pd waktu pagi krn bakteria pd ayam masih sedikit...kalo bli pd waktu t.hari..pastikan balik ke rumah terus cuci n masukkn ke dlm peti sejuk beku...sblm dimasak..ini utk matikn akteria...masak ayam dgn sempurna...kalo x cukup masak..bakteria x mati n akn aktif semula bila mknn itu sejuk

๐Ÿ”ถ Panaskn mknn setelah sejuk..jgn mkn maknan yg telah sejuk selama lebih 4 jam...perlu dipanaskn smpai mendidih

๐Ÿ”ถ Elakkan letak senduk nasi dlm periuk kerana pemegang senduk mgkin ade bakteria dr peluh di tangan kita...

๐Ÿ”ถ Elakkan telur separuh masak sbb mngandungi bnyk bakteria yg boleh mnyebabkn demam panas dn kekejangan otak

๐Ÿ”ถ Pastikn telur dibasuh sblm digunakan

๐Ÿ”ถ Mknn sejuk beku spt nuget...ayam..daging burger perlu di goreng terus slps dkluarkn dr peti sejuk beku...jgn biar mknn berada pd suhu bilik..krn mngundang bakteria...pastikn goreng dlm mnyk yg betul2 panas

๐Ÿ”ถ Pastikan tukang masak bersih sms memasak sb 95% pnyakit brjgkit dlm rumah berpunca dr tukang masak....tu sb org berniaga kna amik suntikan vaksin...utk elak djgkiti pnyakit dan mnyebarkn kpd org lain

๐Ÿ”ถ Pastikn mknn n minumn dlm tin di basuh dahulu sblm digunakan utkelakkn kncing tikus

๐Ÿ”ถ Jika mkn dikedai..pastikan basuh or lap sudu yg nk dgunakan terlebih dahulu...jgn gnakan sabun tongkol yg disediakn kedai mkn...sebaiknya gunakan pencuci cecair or x salah kalo bw kemana2 pencuci tgn bersama kita..skrg bnyk pnyskit brjgkit brpunca dr mknn...

๐Ÿ”ถ Khasnya ayam golek..pastikn ayam tu panas...jgn bli kalo ayam dh sejuk or yg dh siap potong...

๐Ÿ”ถ Pastikan papan pncincang ayam drpd plastik...kalo kayu jgn mkn sb serbuk kayu mgkin melekat pd ayam n daging yg dicincang

๐Ÿ”ถ Pastikn mknn yg dibugkus dgn polisterin perlu dilapikkan dgn plastik utk elakkn pengaktifan sel2 kanser yg terdpt pd polisterin

* ✌๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘†

Monday, 13 April 2015

Baca tazkirah ini sebelum memulakan kerja

Monday, April 13, 2015 10

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Friday, 10 April 2015

Koleksi Album Stem Abe Kie

Friday, April 10, 2015 6

Minat mengumpul setem sudah disemai di dalam diri abe kie sejak berusia 9 tahun lagi. Ketika itu abe kie tertarik apabila melihat setem yang terdapat pada sampul surat yang diterima oleh kakak-kakak dan abang. Maka abe kie meminta izin mereka untuk menyimpan setem berkenaan. Lama-kelamaan bilangan stem abe kie makin meningkat. Selain daripada meminta setem dari mereka, abe kie juga bertukar2 setem dengan rakan sekolah yang memiliki minat yang sama.

Abe Kie juga membeli setem2 baharu di pejabat pos sebagai koleksi. Menjelang usia 15 tahun abe kie memiliki beberapa orang sahabat pena dari Australia, Sweden dan Norway. Jadi koleksi abe kie makin bertambah. Pada era internet mula berkembang, abe kie menyertai kumpulan pengumpul stem di Yahoo! Group untuk bertukar2 stem. Di sini makin ramai kawan dari luar negara yang abe kie kenali. Ada yang mengeposkan stem percuma kepada abe kie.

Kini abe kie tidak berapa aktif mengumpul. Namun sesekali abe kie akan berkunjung ke pejabat pos untuk membeli stem keluaran khas.  Selain dari itu jika abe kie menerima surat yang tertampal stem khas maka abe kie akan menyimpan stem berkenaan.

Wednesday, 8 April 2015

Mari belajar Manglish

Wednesday, April 08, 2015 3

10 perkataan English yang digunakan orang kita di Malaysia. Berlainan jauh sungguh maksudnya..

๐Ÿ‘‰TACKLE
English : menangani, mengatasi
Org kita : Mengorat

๐Ÿ‘‰CHOP
English : cincang
Org kita : Rubber stamp

๐Ÿ‘‰BUDGET
English : belanjawan
Org kita: contoh ayat "mkn nasi bajet laaa"

๐Ÿ‘‰ACTION
English : bertindak
Org kita: berlagak

๐Ÿ‘‰BLUR
English : kabur , samar2
Org kita : bingung

๐Ÿ‘‰SOUND
English : bunyi
Org kita: marah

๐Ÿ‘‰SLUMBER
English : tidur lena
Org kita : bersahaja

๐Ÿ‘‰CABLE
English : kabel
Org kita : "orang dalam"

๐Ÿ‘‰TERROR
English : Keganasan
Org kita : Hebat

๐Ÿ‘‰SPENDER
English : orang yg berbelanja
Org kita: seluar dalam

HIDUP MALAYSIA!
๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜œ

Prepared by Marzuki bin Zainuddin. B.Ed TESL (Hons), University of Malaya, 1997.

Monday, 6 April 2015

Tiga fasa dalam kehidupan

Monday, April 06, 2015 5

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 yang dikasihi sekalian? Sudah lama tidak bersua. Rindu pula rasanya. Baiklah, pada kesempatan ini abe kie ingin berkongsi tiga fasa dalam kehidupan manusia. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. In sha Allah.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga

Inilah kehidupan...
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu
Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yangg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Qanaah : Merasa Cukup)
Jika kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kamu.

Happy Birthday to those celebrating it today!

Friday, 3 April 2015

Sajak untuk perempuan dan lelaki oleh Ustaz Azhar Idrus

Friday, April 03, 2015 2
Sajak untuk perempuan dan lelaki oleh Ustaz Azhar Idrus

SAJOK UNTUK PUANG.....
(Hebatnya Perempuan)
oleh : UAI

Ooooo orang puang.....
mung bangung pagi ,
mung gerok tok llaki ,
mung ajok tok llaki berjemooh ,
mung jd makmung ,
mung masok ,
mung gosok baju tok llaki,
mung sedie kasut stokeng untuk tok llaki,
mung kuca tea ,
mung ato tok llakii ke pitu pago ,
mung cium tangang ye.....
mung mitok maah.....
mung dok rehak.....
mung basoh baju pulok ,
mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok ,
mung beli laok maok ,
mung masok pulok ,
mung siang ikang ,
mung potong sayor ,
mung ggoreng.....
mung letih.....
mung dok rehak.....
tengohari ,
anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate ,
mung sabo ,
anok tu wak bising ,
mung redho ,
anok tu wak hhanya ,
mung senyum ,
anok tu nangih ,
mung tetak manih.....
mung taboh.....
mung dok rehak g.....
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap ,
mung tukang basuh ,
mung tukang lap ,
mung tukang kemah.....
sapa petang.....
mung dok rehak.....
Tok llaki pulok balek ,
mung belari cium tangang ye ,
mung mitok maah ,
mung hidang ke dye minung petang,
mung bagi senyumang ke ye ,
mung hiborkang ati ye.....
mung letih.....
mung nyando tepi meseng nyo.....
garib tibe ,
mung ajok tok llaki g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh tok llaki,
mung sarong ppioh tok llaki,
mung hiborkang lagi ,
lagi dan lagi.....
malang tibe ,
mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan tok llaki,
mung jd bidadari.....
dengan jalang ninglah mung akang dapak syurge.....
Aaaaaamiin.....
*.....Hebak.....!!!!! mung orang ppuang.....*๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SAJOK UNTUK ORANG LLAKI LOK.....
(Mung laki dengor.....)

Ooooo pare tok llaki.....
mung gi kije.....
Naik kete sorang2.....
Bini gi kije.....
Usung ank pak 5 org ata moh ngasuh.....
Mu blik dumoh.....
Dok depang meje.....
Mesti mkang kene sedia,
Abih sndawe mung tgk tb plok.....
Bini blik kije..... ambil ank
Masok makanang
Basuh sidai kaing
Anok nangih.....
Bini mung hungga ccare.....
Lpas ngorik.....
Bini ajor ank mayang n ngaji.....
Mung kate ajor ah.....
Nok tgk brite?
Mung bli rokok.....
Harge naik dok ape
Bini nok bli lecu sputung mmikir lame.....
Pitih gaji bini pung.....
Mung nok ambik blke.....
Sbb gji mung dok cukup nok tanggung kluarge.....
Tu pung
Mung dok pernh cakap trime kasih.....!!!!!
Walaupung sekali..
Mung gi kije.....
Bini pung gi kije.....
Mung blik rumh n  rehak.....
Bini mung blik n kije.....
Dari hal dunia anok2
Sapa hal akhirat....
Sokmo bini ccare
Agok2 mung dapat syurge dok....
?????
Usoh nok buak mikir2 arrrr.....
Bantu gak bini mung tu.....
Siang sikek ke dia.....
Baru dua2 buleh masuk syurge.....
๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Aaaaaamiin
Ya Allah
๐Ÿ˜…✌

Wednesday, 1 April 2015

Seharian menghadiri kenduri di tiga daerah

Wednesday, April 01, 2015 5

Pada cuti sekolah yang lalu abe kie banyak mendapat kad jemputan kahwin. Bila abe kie dah kahwin dengan cik ayang ni rezeki datang mencurah2. Alhamdulillah. Ada juga bekas pelajar dan kawan2 lama yg masih mengingati abe kie dengan melayangkan kad jemputan kahwin.


Pada hari Ahad pertama semasa cuti sekolah yg lalu kebetulan abe kie n cik ayg menerima jemputan ke tiga derah berbeza. Mula2 kami ke rumah Abang Yahaya, tok bilal Masjid Besar Tanah Merah. Anak gadisnya berkahwin dengan jejaka N9 Kemudian kami menuju ke Jeli kerana bekas rakan sekerja cik ayg yang berasal dari Kuantan bernikah dengan ustaz orang Jeli. Selepas selesai menjamu selera di Jeli, kami bergegas ke Pasir Mas pula kerana sepupu cik ayang naik pelamin. 

Hmmm....rasanya awal tahun depan akan penuhlah wad-wad bersalin dengan ibu2 muda dan bayi mereka. Abe Kie bila lagi? Dah lama berehat dari menukar lampin anak dan membancuh susu ni. Rasa2 masih ingat lagi ke langkah2nya? Tepuk dada tanya dotdotdot.... Hehehehehe