Setelah 2 bulan menunggu keputusan UPSR akhirnya hari-hari yang ditunggu tiba jua. 17 November 2015 keputusan akan diumumkan selepas jam 10 pagi. Kira-kira jam 10.15 pagi Abam Kie menghantar SMS ke nombor 15888 untuk menyemak keputusan puteri sulung abam. 20 minit kemudian abam mendapat balasan dari sistem. Jeng-jeng-jeng..... berdebar gak nak baca. Alhamdulillah, Nur Anis Dalilah binti Marzuki berjaya mendapat 5A. Terasa berbaloi segala penah-jerih menghantar dan menjemput dia dari kelas tambahan di sekolah sebelum ini. Lalu abam berkongsi berita ini dengan kakak-kakak, isteri dan bekas isteri Abam Kie. Sebenarnya bekas isteri abam kie atau Mummy pergi mengambil keputusan Anis di sekolah tetapi dia balik awal kerana ada hal penting.

Abam Kie ada membuat permohonan ke MRSM dan SBP bagi pihak anak. Kalau dapat sekolah di Kelantan abam kie akan hantar. Kalau jauh x payah la pergi. Baik dia belajar di sekolah abam kie je. Mungkin abam kie mengisikan permohonan ke Maahad Tahfiz Sains juga untuknya. Hmm....kalau abam kie boleh survive 5 tahun di SM Sains Machang kenapa pulak anak abam kie x boleh?

Selepas ini nampaknya abam kie kena beli hadiah kepada kakak. Macam dia nak handphone je. Asalnya abam nak pasang aircond di bilik tidurnya tapi dia menolak. Apa2apa pun tahniah kepada bapa dan anak diatas kejayaan ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.