Sebelum menjamu selera kena snap satu foto dulu....

Assalamualaikum. Pada 17 Januari lalu Nur Alis Dalili genap 9 tahun. Biarpun masih kanak-kanak namun beratnya sudah mencecah 64kg. Pelbagai cara yang saya, mummy dan umminya buat untuk mengawal nafsu makannya yang keterlaluan namun gagal. Setahu abe kie, dialah budak perempuan tahun tiga tergemuk di sekolahnya.



Dari kiri: Nur Anis Dalilah, Nur Alis Dalili dan Nur Alin Dahlia.

Pada 18 Januari iaitu sehari selepas hari lahirnya, abe kie membawa Alis, Anis dan Alin ke restoran Pizza Hut untuk menikmati dua keping pizza dan hidangan sampingan. Maka tahun ini abe kie terlepas menonton Anugerah Juara Lagu. Tak apalah, abe kie dah kurang minat hburan setelah mencecah 41 tahun ni. 


Dah hampir sebulan kami mendirikan rumah tangga

Akhir sekali sempat gak abe kie dan kak wan enterframe dalam blog ini. Dah hampir sebulan kami kahwin tapi majlis bertandang ke kampung abe kie belum diadakan. Maklumlah rumah abe kie belum siap dikemaskan lagi selepas banjir baru2 ni. Siapa2 yg nak dtg kenduri kami tu sila confirm kehadiran anda, ok? Thank you in advance.