Friday, 28 November 2014

TUJUH SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA



Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie mahu memberikan tujuh sebab mengapa kita perlu kaya dan berjaya? Mohon baca ye? Semoga pos ini bermanfaat.

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk Rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri /suami kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, 26 November 2014

Tujuh jenis persahabatan


Assalamualaikum. Terbaca artikel ini di kumpulan Whatsapp Abe Kie. Ada baiknya abe kie berkongsi artikel ini kerana ianya bermanfaat kepada kita semua. Selamat membaca!...

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ::

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga persahabatan terjalin antra satu dgn lain kerana Allah. Aamiin....

Monday, 24 November 2014

Tanda-tanda hati yang mati


Assalamualaikum. Pada kesempatan ini abe kie ingin berkongsi sedikit tazkirah yang bertajuk 'Diantara TANDA-TANDA HATI yang MATI' :- Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. In sha Allah.

1. "Tarkush sholah" - Berani meninggalkan solat fardhu
 
2. "Adzdzanbu bil farhi" - Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS 7:3)
 
3. "Karhul Qur'an" - Tidak mahu membaca bahkan menjauhi ayat-ayat Al Qur'an

4. "Hubbul ma'asyi" - Terus menerus melakukan maksiat

5. "Asikhru" - Sibuknya hanya mengumpat dan buruk sangka serta merasa dirinya selalu lebih suci

6. "Ghodbul ulamai" - Sangat benci dengan nasihat baik dan sangat benci dengan ulama

7. "Qolbul hajari" - Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat

8. "Himmatuhul buthnu" - Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram, yang penting kaya

9. "Anaaniyyun" - Sama sekali merasa bodoh keadaan orang lain, saudara bahkan boleh jadi keluarganya sekalipun menderita

10. "Al intiqoom" - Pendendam hebat
 
11. "Albukhlu" - sangat sukar untuk bersedekah.
 
12. "Ghodhbaanun" - cepat marah kerana keangkuhan dan dengki.
 
"Semoga ALLAH selalu menghiasi hati kita dgn keindahan, kekuatan dan kenikmatan iman... Aamiin".

Friday, 21 November 2014

Kita ibarat pinggan



Renungan di bawah ini sangatlah menyentuh perasaan kerana manusia diibaratkan spt pinggan. Mohon baca sehingga habis. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini. Semoga analogi ini memberikan kesedaran kepada kita semua. ~abe kie~

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..

Selang beberapa tempoh masa,  individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi Kita.. iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dalam syurga..

Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..

Semoga bermanfaat…

Wednesday, 19 November 2014

KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT


Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 yg dihormati sekalian? Pada kesempatan ini abe kie ingin berkongsi tentang kesilapan2 yg dilakukan oleh wanita tentang aurat. Peringatan ini amat penting untuk kita semua apatah lagi kepada abe kie yg memiliki empat orang anak perempuan! Sama2lah kita menghayatinya.

Firman ALLAH:

Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir
(Surah al-Nur:31)

Kesilapan Pertama:
Menganggap menutup aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Kesilapan Kedua:
Bertudung tetapi memakai t-shirt berlengan pendek

Kesilapan Ketiga:
Bertudung tetapi berbaju kebarung yang terbelah kainnya

Kesilapan Keempat:
Bertudung tetapi bajunya sendat dan nipis lalu memaparkan bentuk bahagian yang mudah menggoda

Kesilapan Kelima:
Bertudung tetapi amat longgar dengan menayangkan jambul dan hujung rambut

Kesilapan Keenam:
Bertudung tetapi hanya di tempat-tempat tertentu

Kesilapan Ketujuh:
Bertudung tetapi tudungnya ke belakang leher. Maka terdedahlah dadanya daripada dilitupi kain tudung

Kesilapan Kelapan:
Bertudung tetapi tudungnya amat nipis sehingga menampakkan sanggul, leher, tengkuk dan dada

JOM KITA BERUBAH

Monday, 17 November 2014

HADIS TERUNGGUL



Assalamualaikum. Berikut ialah tazkirah yang perlu dibaca oleh kawan2 kerana ianya begitu bermanfaat. Semoga dapat dihayati dan diamalkan. 

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Badwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Badwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Badwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Badwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, semoga ianya memberikan manfaat kepada semua. In sha Allah...

Friday, 14 November 2014

SMS sudah tidak relevan sekarang


Pada zaman dahulu memang kita kerap menggunakan SMS sebagai media untuk berhubung kerana kosnya yang rendah. Ada sampai 1 sen sahaja jika sesama telco. Remaja terutamanya selalu menghantar SMS sesama mereka dan jarang berbual di telefon kerana ingin menjimatkan kos.

Tapi sejak era telefon pintar berleluasa, pengguna telefon kini kurang menggunakan SMS kerana kita para pengguna lebih selesa menggunakan program sembang seperti Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Kakao Talk dan sebagainya. Program sembang ini lebih menyenangkan kerana kita boleh berbalas-balas mesej dengan pantas atau 'realtime'. Sembang la selama mana pun dan sebanyak mana mesej bertukar tangan tapi kosnya tetap sama. Lainlah jika guna SMS... setiap SMS yang dihantar akan dicaj.

Namun SMS masih diperlukan di dalam kehidupan seharian kerana masih ramai diantara kita yang masih menggunakan telefon biasa. Lagipun SMS tidak memerlukan talian internet. Jadi mudah la kita untuk menghubungi sesiapa jua terutama sekali jika ada mesej penting. Oleh itu jika ada mesej penting, baik hantar guna SMS, ok?

Wednesday, 12 November 2014

Jom Kita Gunakan Istilah Bahasa Melayu


Assalamualaikum. Pada hari ini kita dapati banyak istilah bahasa Inggeris masih digunapakai di dalam kehidupan seharian. Kita sudah terbiasa menggunakan istilah berkenaan biarpun ada istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. Pihak kerajaan persekutuan jika seperti menyokong penggunaan istilah bahasa Inggeris dengan memperkenalkan istilah 'parcel' dan 'precint' di Putrajaya. Manakala syarikat2 perumahan pula berlumba-lumba menggunakan nama seperti 'riverside', 'riverview', 'gold coast' dan sebagainya. Kononnya untuk nampak moden dan gah di mata masyarakat.

Sebenarnya ada banyak istilah dalam bahasa Melayu yang dikeluarkan DBP berkaitan bidang sains dan teknologi bagi menggantikan istilah dalam bahasa Inggeris antaranya termasuklah pemacu pena bagi menggantikan pendrive, pemacu jari (thumbdrivbe), muat naik (upload), muat turun (download),  paparan hablur cecair (LCD-liquid cyrstal display), telesidang (teleconference), nirplag (unplugged), bual maya (virtual chat), perisian (software), capaian (access) dan banyak lagi contoh lain.

Manakala istilah dalam bahasa Melayu yang berkaitan penamaan tempat, perniagaan, perhotelan dan umum antaranya ialah latar pentas (back-drop), anjung kopi (coffee terrace), kira detik (countdown), bilik acu (fitting room), teratak desa (homestead), inap desa (homestay), jualan perabis (clearance sale), daftar masuk (check-in), daftar keluar (check-out), bayar dan bawa (cash and carry), jualan raksasa (jumbo sale), kios (kiosk) dan peristirahatan (lounge).

Istilah-istilah lain termasuklah pinggir tasik (lakeside), megapura (megamall), hadap taman (parkview), megapuri (penthouse), persantaian (resort), jerayawara (roadshow), bas ulang alik (shuttle bus), stimbot (steamboat), kem bina diri (summer camp), bicarawara (talkshow), ujana teh (tea garden), pramusaji (waiter / waitress), dapur basah (wet kitchen), perkakasan (hardware), jeda (pause), bankuet (banquet), bufet (buffet), hotel jimat (budget hotel), pisang sejoli (banana split), minuman apung (float) dan lain-lain lagi.

Pengguna bahasa Melayu seharusnya berani menggunakan istilah-istilah teknikal dalam bahasa Melayu walaupun bunyinya agak aneh. Kita mengharapkan agar lama-kelamaan istilah ini akan menjadi istilah yang digunakan oleh semua orang.

Akhir kata, Bahasa Jiwa Bangsa!

Sumber: Sinar Harian

Monday, 10 November 2014

KENAPA SUAMI LEBIH SAYANG ANAK DARIPADA ISTERI?


1) Hal ini dibuktikan, jika seluar anaknya terlondeh pasti dinaikkan, tapi jika seluar isteri terlondeh walaupun sikit...akan dilondehkan terus...

2) Kalau lihat anak orang lain pasti ingat anak sendiri. Tapi kalau lihat perempuan lain, terus lupa isteri sendiri...

3) Menganggap anak sebagai "Darah Daging", manakala isteri hanyalah "Penyepit Daging"...

4) Jika anak tidur tidak berbaju pasti akan dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju disuruhnya buka...

5) Kalu anak tertonggeng cepat-cepat dibantu untuk berdiri. Cuba kalau isteri tengah berdiri pun disuruhnya tonggeng...

6) Bukti lain... ketika lewat malam, jika tengok anak masih bermain, dirayu-rayu supaya tidur. Kalau isteri... yang tengah tidur pun dirayu bangun...malah diajak "main"...

Abe Kie: Sekadar gurauan untuk menghilangkan mengantuk di tempat kerja.. hehehhehehehe

Friday, 7 November 2014

Nak panggil saya abang atau pakcik?


Pada suatu hari abe kie gi pasar malam di pekan Tanah Merah, Kelantan. Hajat di hati nak beli charger hp. Jadi abe kie tanya penjual tu. Dia memanggil abe kie sebagai 'abe'. Sejuklah hati. Tambahan pula penjual tu nampak lebih muda daripada abe kie. Lalu abe kie beli charger tu dgn harga RM10.


Keesokan harinya abe kie gi ke Parkson Store di Kota Bharu. Pada mulanya niat abe kie nak beli kemeja untuk dipakai ke sekolah. Jadi abe kie tanyalah kepada seorang jurujual perempuan kat situ. Umur rasanya awal 20an. Kalau mampu nak gak ngorat buat bini. (Oppss...maaf abe kie dah janji dengan madam x leh bawa balik madu bernyawa ke rumah). Tapi terkejut dan terkilan juga bila dia memanggil abe kie sebagai 'PAKCIK! Kalau panggil abe gerenti abe beli sehelai. X apalah...Lain tahun je la abe kie datang ke situ lagi.

Masa balik tu terfikir gak mungkin abe kie ni nampak tua sebab rambut dah beruban. Kalau tengok wajah memang la 'boyish' lagi macam Amar Baharin... Jadi apa kata anda? Jawab jangan tak jawab.


Wednesday, 5 November 2014

Selamat menduduki SPM 2014


Assalamualaikum,

Tarikh keramat 3 November 2014 sudah tiba apabila pelajar2 tingkatan lima akan mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Segala persiapan sudah dilakukan bagi tujuan tersebut. Guru-guru mengadakan kelas tambahan pada petang, malam dan hujung minggu. Kem kecemerlangan SPM juga diadakan dengan pengisian teknik menjawab dan bengkel pemantapan pemahaman subjek masing2.

Pada 3 November 2014 pelajar2 sudah sampai awal ke sekolah. Kemudian mereka berkumpul di Dataran Titah Paduka untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru Bahasa Melayu. Selepas itu Ustaz Marzuki membacakan doa sambil diaminkan oleh guru-guru, ibubapa dan murid-murid. Kemudian calon2 SPM bersalam-salaman dengan guru2 sebelum bergerak masuk ke dewan.


Sebagai Setiausaha Luar SPM abe kie sentiasa memastikan perjalanan SPM setiap tahun berjalan dengan lancar. Komunikasi dengan Ketua Pengawas sentiasa ada agar dia dan pengawas yang lain dapat berkhidmat dengan selesa di sekolah abe kie. Minum pagi disediakan kpd mereka dan sedikit cenderahati bakal diberikan kpd mereka sebelum tamat SPM pada 4 Disember nanti. In Sha Allah.

Monday, 3 November 2014

8 FAKTA KELEBIHAN BERCIUM


Assalamualaikum. Adakah kawan2 mencium isteri/suami masing-masing sebelum keluar bekerja? Kalau ada buat macam tu memang bagus la. Jika tidak, maka sudah tiba masanya untuk kwn2 mengamalkannya. Berikut abe kie senaraikan lapan fakta kelebihan bercium. Tapi awas! Hanya cium pasangan anda yang sah sahaja! Orait?

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi janganlah sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah over-confident namanya!

3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak cepat kurus.

4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stress. Benar! Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih bersemangat.

5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Patut laa ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan lebih berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung laaa..Hahaha! =p

6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.

7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.

8. Last but not least, bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi. Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!
TAPI INGAT!!! 
PASTIKAN ANDA BERNIKAH DAHULU SEBELUM BERCIUM!!!
;