Monday, 29 September 2014

Celcom liat memulangkan baki bil saya


Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin meluahkan rasa geram terhadap Celcom. Ceritanya begini. Dulu abe kie ada melanggan pakej kakitangan kerajaan broadband Celcom. Setelah dua tahun guna, abe kie memotong talian tu sebab nak guna streamyx. Pada bil terakhir Celcom bulan Disember 2013 terdapat lebihan bayaran sebanyak RM38.33. Abe Kie dah telefon banyak kali ke talian 1111 meminta duit refund tu sejak Mac 2014. Setiap kali call, kerani khidmat pelanggan tu beri alasan jabatan akaun Celcom belum proses refund la, tak jumpa cari diapers anak la atau pun boss Celcom tengah cari bini no 4 la. Macam2 alasan yg mereka bagi.

Kini dah masuk bulan Oktober 2014. Kesabaran abe kie ada hadnya. Memang la RM38.33 tu bukannya jumlah yg besar. Tapi kalau 100 org bekas pelanggan mereka buat macam ni alamat boleh balik hari la staff Celcom tu gi Makkah! In sha Allah lepas ni abe kie nak mengadu kepada Kementerian Hal Ehwal Pengguna plak. Baru mereka tahu langit itu tinggi atau rendah. 

OKlah, lepas ni abe kie nak tel talian 1111 dan bagitahu kerani khidmat pelanggan Celcom yg entri ini sudah disiarkan  dan seleuruh dunia sudah mengetahui tipu muslihat mereka. Baru mereka tahu kuasa blogger spt kita kan? jadi apa  kata kawan2 yg baik hati dan prihatin sekalian? Terima kasih.

Friday, 26 September 2014

Jangan bawa telefon bimbit ke dalam masjid





Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin berkongsir rasa geram terhadap sebilangan kecil jemaah masjid yang suka membelek handphone semasa khutbah Jumaat sedang dijalankan. Memang x hormat betul kepada Allah. Tapi abe kie x leh tegur mereka semasa khutbah. Haram tu! Baiklah, di sini abe kie sertakan satu soal-jawab agama tentang isu di atas dengan kwn2 blogger yang kacak dan jelita sekalian. Mohon baca dan komen. Terima kasih.

Soalan: Kenapa tiada seorangpun pemain bola sepak membawa handphone mereka masuk padang ketika perlawanan bola sepak?

Jawapannya: Sebab tiada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus kepada permainan mereka. 

Persoalan yang diberikan oleh TG Syeikh Nuruddin Al-Banjari: Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah/masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus/khusyuk daripada solat?


Pesanan Syeikh: Mulai sekarang, belajarlah... belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone/netbook/laptop dalam rumah Allah kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan Allah.. 



Wednesday, 24 September 2014

Keluhan suami dan isteri (Wajib baca!)

Keluhan seorang suami


Subuh, mandi nak pergi kerja
Pagi, naik kereta pergi kerja
Tengahari, tak payah kerja
Petang, balik kerja
Maghrib, tak ada kerja
Malam, tanya bini boleh kerja?
Bangun pagi, penat malam tadi kerja
Tak sudah-sudah dengan kerja…


Keluhan seorang isteri


Subuh, basuh kain
Pagi, sidai kain
Tengahari, angkat kain
Petang, lipat kain
Maghrib, susun kain
Malam, BUKA KAIN
Bangun pagi, hilang kain
Tak sudah-sudah dengan kain…

Monday, 22 September 2014

Berjumpa dengan blogger Shaiful Zaidi (Laguna Merbok)


Pada 16 September lalu Abe Kie telah berkesempatan berjumpa dengan sahabat blogger Shaiful Zaidi yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Dia menulis di http://lagunamerbok.blogspot.com. Pada hari berkenaan dia dalam perjalanan pulang ke tempat kerjanya di Kota Bharu, Kelantan setelah bercuti di kampung. Jadi kami berjanji untuk berjumpa di Restoran Edde, Tanah Merah selepas solat Maghrib. Kebetulan kami sampai serentak dan memakir kereta bersebelahan. Pada mulanya Abe Kie terkejut melihat penampilannya yang agak 'sihat' dan berbeza dengan fotonya di blog. Mesti isterinya pandai masak, kan? Alah, Abe Kie ni tak sedar diri yang BMI dia pun dah cecah 30! Hehehehehe... 

Tiga orang anak perempuan  Abe Kie pun turut sama pergi ke restoran berkenaan. Sementara menunggu makanan sampai kami berborak mengenai pekerjaan dan keluarga masing-masing. Ternyata Epul ni seorang yang peramah dan baik hati dengan kawan2 di sekelilingnya. Setelah berborak lebih sejam kami pun beredar. 


Sebelum dia pergi, Epul memberikan ole-ole berupa jeruk madu Pak Ali yang sgt popular di Penang tu. Terima kasih banyak. Segan pulak sebab Abe Kie tak bawakan hadiah. It's OK, next time I will give something to my cyber friends...

In sha Allah, selepas ini abe kie ingin gak bertemu dengan kwn2 blogger yg lain. Jika abe kie ke negeri anda sudi2kanlah berjumpa dgn abe kie. Kalau nak dtg bercuti ke Kelantan tu bagitahulah abe kie, ya? Sekian. Terima kasih.

Kisah pertemuan ini boleh juga dibaca di blog Encik Shaiful Zaidi. Sila klik di SINI.

Friday, 19 September 2014

WHERE TO CROSS BORDER?


Assalamualaikum,

This is something funny but serious when it comes to the scenario in Malaysia whereby the illegal immigrants can easily cross over our border without being noticed by the authorities. How could it happen? To know more about the glitch in our immigration and national security, please read below:

1) If you cross North Korean border illegally, you get 12 years hard labour.
2) If you cross Iranian border illegally, you are jailed 100%.
3) If you cross the Afghanistan border illegally, you will be shot.
4) If you cross the Saudi Arabian border illegally, you will be whipped.
5) If you cross the Chinese border illegally, you may never be seen again.
6) If you cross the US border illegally, you will be charged as terrorist.
7) If you cross the Russian border illegally, you will be branded as spy and hanged.
8) If you cross British border illegally, you will be arrested, prosecuted, sent to prison and finally deported.
9) If you cross the Cuban border illegally, you will be thrown into the political prison to rot.
10) If you are an Indonesian and illegally cross the Malaysian border, you get:

- My PR Permanent Resident
- A Driving License
- Voting Rights
- Job Reservation
- Special Bumiputra privilege
- Credit cards
- Free Education
- Free Health care
- Become Menteri Besar
And also a privilege to become snatch thief, robber, rapist, etc.

Wednesday, 17 September 2014

Kos pengebumian jenazah pun dah meningkat



Assalamualaikum,

Bila tengok foto di atas memanglah abah terkejut sangat! Teringat dialog Apek dalam filem Madu Tiga iaitu:

"Hidup susah, mati pun susah!"

Jadi kita kena membuat persediaan kewangan untuk urusan pengebumian kita nanti. Tak lah menyusahkan kaum keluarga dan saudara-mara kelak. Sebab itulah kena beli polisi Takaful yang 'cover' kos sebegini.

Apa2pun persediaan dari segi amalan untuk dibawa ke alam barzah dan akhirat yang lebih penting, kan?

Apa komen kawan2 yg dihormati sekalian?

Sekian. Terima kasih.

Monday, 15 September 2014

Khasiat kurma


Bulan Ramadan sudah berlalu namun tidak salah rasanya untuk abe kie berkongsian ilmu tentang khasiat buah kurma. Mohon baca dengan teliti, ya kawan2? Terima kasih.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sdr pun baru tahu...

Jadi kongsilah entri ini agar lebih ramai yg tahu....
Wallahua'lam...

Friday, 12 September 2014

Bertukar kepada kad kredit Visa Ikhwan Platinum


Assalamualaikum,

Adakah kawan2 menggunakan kad kredit? Apa kegunaan kad kredit? Bagi abe kie, kad kredit amat penting di dalam kehidupan seharian kerana ia dapat mengelakkan dari abe kie membawa tunai berlebihan semasa membeli belah. Selain daripada itu kad kredit boleh digunakan sewaktu kecemasan seperti apabila petrol kehabisan dan tunai tiada di tangan. Bila nak check in di hotel pula kita perlu membayar menggunakan kad kredit. Mudah kan?

Abe Kie menggunakan kad kredit untuk membayar bil2 utiliti seperti TNB, Maxis, Astro, Takaful, Streamyx dan lain2 lagi. Tak perlu lagi beratur di pejabat pos atau membayar menggunakan Maybank2U. Segalanya lebih mudah dengan perkhidmatan autopay oleh Maybankard! Pada akhir bulan cuma bayar kepada bank aje...

Tapi jangan biarkan kad kredit memakan diri kita. Gunakannya dengan berhemah. Macam abe kie ni, selalu membayar keseluruhan caj pada akhir bulan. Jangan bayar separuh aje. Lama2 membukit hutang tu kan?

OKlah, dahulu abe kie menggunakan kad visa petronas gold yang bercirikan  konvensional. Kini abe kie sudah bertukar kpd kad Visa Ikhwan Platinum lagi! Kad kredit ini bercirikan Islamik. Jadi tiada lagi keraguan. Proses penukarannya pun amat mudah. Cuma isi borang dan pos ke Maybank KL. Dalam masa sebulan sudah sampai kad yang baharu!

Antara ciri-ciri utama kad Visa Ikhwan Platinum ialah:


* 8 TreatsPoints bagi setiap RM1 barang runcit yang dibelanjakan pada hujung minggu.

* 8 TreatsPoints bagi setiap RM1 petrol yang dibelanjakan pada hujung minggu di Stesen PETRONAS dan 5 TreatsPoints bagi setiap RM1 yang dibelanjakan pada hari-hari lain di Stesen PETRONAS

* Apabila membeli-belah, makan di restoran dan berhibur, 1 TreatsPoint bagi setiap RM1 yang dibelanjakan

Ciri-Ciri Lain ialah:

* Percuma Kad Maybankard Touch ‘n Go Zing
* Pelan Perlindungan Takaful
* Bagi Pemindahan Baki, 0% setahun sepanjang tempoh 12 bulan; yuran pendahuluan (sekali sahaja) sebanyak 3% daripada baki yang dipindah
* Pelan Pembayaran Ansuran dengan 0% faedah di semua kedai yang mengambil bahagian.

Jadi apa lagi? Mohonlah kad kredit Visa Ikhwan Platinum di cawanganMaybank yang berhampiran sekarang!

Wednesday, 10 September 2014

Segmen : Nak blog URL by Macam-Macam Cerita


Assalamualaikum,

Tetiba ada mood nak join segmen "Nak blog URL by Macam-Macam Cerita" sebab nampak macam banyak sambutan aje. In sha Allah dapatlah abe kie menambahkan kenalan dan pengikut di kalangan blogger. Kepada teman2 yg nak join, mudah aje, klik banner kat atas tu.. syaratnya mudah... tak perlu follow dan klik bagai...tambahan pula ada 15 hadiah kpd pemenang bertuah! Apa lagi? Join la cepat sebelum 12 September ni! Thanks a lot.

Monday, 8 September 2014

Jom pakat semak dividen ASW2020



Assalamualaikum. Kebanyakan dari kita ada menyimpan di ASB tetapi tak ramai yang menabung di ASW2020 kerana kurangnya publisiti. Pada bulan lepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2014.

Jadi pada 2 September lepas, Abe Kie singgah di pejabat pos dalam perjalanan pulang dari sekolah. Jelas kelihatan tidak ramai pelanggan di Pos Malaysia pada jam 3 petang Selasa itu. Syukur. Mujurlah abe kie tidak perlu menunggu lama. Abe Kie menghulurkan buku-buku pelaburan diri sendiri dan 3 orang anak kepada kerani bertugas. Syukurlah, dapat gak dalam RM100 seorang. Abe Kie membuka akaun ASW2020 anak2 sejak mereka berusia setahun lagi. Cuma sekarang abe kie dan anak2 menambah pelaburan di ASB sahaja kerana dividen dan bonusnya lebih tinggi. Duit dalam ASW2020 ni dibiarkan begitu aje.. Cuma pada awal September abe kie gi semak dividen. 

Baiklah, kawan-kawan boleh menyemak dividen ASW2020 sekarang. Jika belum melabur cepat2lah berbuat demikian. Target abe kie ialah membiayai sendiri pengajian anak2 menggunakan tabungan dan pelaburan sedia ada. Tak mahu mohon PTPTN sebab tak sanggup bayar interest bulan2 tu...

Sekian. Terima kasih.

Friday, 5 September 2014

Lawak hari jumaat


Assalamualaikum. Selalunya abah zuki berkongsi entri serius, ilmiah dan keagamaan. jadi apa kata pada hari Jumaat yg penuh barakah ini abah berkongsi entri jenaka pulak? Sila baca ye, kawan2?

3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.

Pak Imam - " Kau nama siapa?"
Lelaki 1 - " Nama  saya Asri.."
Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Al-Asri.. Aku nak dengar.."
Lelaki 1 membaca surah Al-Asri dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"
Lelaki 2 - " Nama saya Anas, Pak Imam.."
Pak Imam - " Kau baca surah An-nas.. Baca dengan betul.."
Lelaki 2 membaca surah An-nas dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil.

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"
Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yassin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad..

Wednesday, 3 September 2014

Selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM 2014



Hampir kesemua negeri sedang melaksanakan peperiksaan percubaan SPM 2014 dan sekolah abah zuki juga sudah melaksanakan peperiksaan percubaan ini semenjak 21 Ogos lalu dan akan berakhir pada 8 September nanti. Pada kali ini PPD menyelaraskan soalan2 utk subjek teras spt BM, BI, Matematik, Sains, Agama, Sejarah dan ains Tulen. Untuk itu, guru-guru pakar setiap subjek telah dipanggil untuk menggubal soalan2 Percubaan SPM Daerah. Abe Kie juga telah terlibat dalam penggubalan soalan Bahasa Inggeris.

Pada kali ini Penolong Kanan 1 telah mengarahkan agar peperiksaan dijalankan di dalam kelas masing2. Tidak seperti thn2 sebelumnya dimana dewan peperiksaan dibuka di tingkat atas sekolah. Mujur gak tak jadi buka jadi x payah la abah mengerahkan budak2 tu menyusun kerusi meja. Penat gila tu mengerah budak2 yg dah besar ni.

Sekarang ni abah tgh sibuk menanda skrip jawapan murid2. Abah mengajar 2 kelas tingkatan 5. Ada 62 org pelajar semuanya. Jadi abah kena tanda 124 skrip! Tarikh akhir utk mengisi markah ke dalam komputer Unit Peperiksaan ialah pada 21 Sept. Hmm....masih ada banyak masa tu.. Tarikh akhir utk SAPS x pastilah pulak.

OKlah, selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM kpd semua murid tingkatan 5 di seluruh Malaysia. 

Monday, 1 September 2014

Hormati dia yang melahirkanmu


In the making of new entry about something sad happened in the past, terpana seketika dgn kejadian di depan mata ... sedih tp itu realitinya yg berlaku dlm msykt kita... pernah baca novel dan tgk drama tp x pnh tgk scr real & menyebabkan sy terfikir, tv nih hnya create a story bkn kisah benar... sehinggalah sy melihatnya sendiri..

Alkisahnya, di suatu pagi yg agak pns terik, ada ler sebuah kereta Honda city benti dpn kedai... trn sorang makcik yg dah agak berumur... dlm 70 something sy assumed..badan pon dah x tegap ... bg 1 list pjg dkt sy brg2 yg hendak dibeli ... byk jgk ... Dlm pada ramai customer lain, sy terpksa dahulukan keperluan makcik ni memandangkan keadaan dia yg agak uzur ... Settle semua payment, dia membawa 1/4 dr brg yg dibeli ke kereta ... sy ingtkn ank2nya turun punggah sama brg2 ....so sy tinggalkan makcik ni & terus lyn customer lain yg dtg lebih awal...

Tp tetiba rasa x sdp hati bila makcik tu masuk balik ke kedai tnpa ank2 yg nk tlg... tanpa berlengah, sy tolong punggah brg2 yg agak berat termasuk beras, gula, susu, air mineral tong besar & beberapa lg keperluan lain yg sy assume tak terlwn oleh tenaga tua makcik ni....

Bila sampai di kereta, sy ketuk cermin mntk tolong dibuka kan pintu .. ank lelaki yg drive cuma trn kn cermin & yg disebelahnya plk yg sdg dengar lagu (x sure menantu or anak) cuma ckp, "bukaklah pintu tu, x lock pon" .... alahai dgn barang yg penuh di tangan kiri & kanan, sy berhrp ada sedikit simpati mereka pd sy... alih2 makcik tu dtg dr arah belakang sy tolong bukak kn pintu... dgn muka yg sy rasa agak malu dgn sikap ank2 nya, makcik tu cuma memandang sy sambil berkata "mntk maaf nak... terima kasih byk2 yer sbb tlg makcik"... please... tolonglah ...yg anda perbuat begitu tu Ibu anda & bkn hamba sahaya... sy smpt scan dlm kereta... kedua2 anaknya sempurna... tiada cacat cela ..bukan OKU rupanya .. Owh sy lupa... bila dah pnya kja besar, umah besar, keta besar, gaji besar & isteri besar, mana nk pndg Ibu yg x brp nk bsr.. dah kurus ceding ksan dr membesarkn ank2 dgn tangan sdiri sejak dari baby....

Ini adlh secebis kisah yg mungkin ada sessetengah dr kita merasakan "Alah...Biasa la tu..." tp bagi sy tetap luar biasa jika melibatkan Ibu kita... kita terlupa agaknya siapa kita jika mereka tidak melahirkan, mendidik, mengasuh kita sejak lahir ... kita lupa agaknya apa yg mereka korbankan utk kita sehingga kita ditahap ini.... sehingga ada diantara kita berjaya sbg doktor, guru, engineer, businessman ... dialah pengantara yg dihantar oleh DIA utk membantu kita...

Bukan nk tnjuk baik tp kalau ikut hati sy teringin mengganti ibu sy dikebun... membersihkn tanah kebun, memunggah ank2 getah sejumlah ratusan pokok & menanam ank2 getah dibwh panas terik demi utk meringankn bebannya... tp apalah daya bila sambil berlawak dia cuma berkata, "x pyh lah... bila dah hitam legam Xde plk yg berkenan" ... Hehe....joke, joke jgk tp hati tetap sakit bila ada yg memperlakukan Ibu mereka spt hamba....

"Jika hari ini seorang pm berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang pemimpin memerintah negara, jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang ulamak mulia,
Jika hari ini seorang jurutera terkemuka,
Sejarahnya cuma dimulakan seorang ibu biasa,
Duduknya cuma dipinggir kota,
Rumah kayu selapis cuma,
Mandinya cuma air telaga,
Minumnya cuma dari tempayan sahaja,
Pakaiannya cuma sehelai dua... "

Ibu,
Dari rahim mu,
mulanya kehidupan ku,
Titik peluh dan pekat susumu,
Membesar dan mendewasakan aku...

Ibu,
Pengorbanan mu tiada batasan,
Kasih syg mu tiada tandingan,
Budimu tiada tandingan,
Hingga aku menjadi insan ...

Ibu,
Restu dan doa sentiasa kau iringkan,
Utk ank2 jadikan panduan,
Utk ank2 jadikan ingatan,
Waktu dan saat2 berjauhan ...

Ibu,
Andai ku ada duit berjuta,
Kan ku dirikanmu istana,
Kan ku hadiahkanmu intan permata,
Wpon ttp x terbls jasa ...

Doa untukmu Ibu,

Ya Allah, ya tuhanku, perlembutkanlah bicaraku, haluskan gerak badanku, perlahankan perbuatanku bila berhadapan dgn ibuku ...
Berikanlah dia balasan sebaik-baiknya kerana menjaga aku...
Ampunkanlah segala dosa dosanya sebagaimana dia mengampuni segala dosa2 ku sejak lahir ...
Panjangkanlah usia nya, murahkan rezekinya, Berikanlah keberkatan pd nya atas setiap perkara yg dilakukannya ...
Sesungguhnya engkaulah yg memiliki kurnia yg Maha Agung ...
Amin yg Rabbal Alamin ...

Nukilan:
-mizzeta 300514, 0030-
Ketereh, Kelantan.
;