Wednesday, 30 July 2014

Mari Membina Jati Diri



Assalamualaikum wrt wbt. Apa khabar sahabat2 blogger yg dihormati sekalian? Masih sibuk berkunjung ke rumah kaum keluarga, saudara-mara n rakan taulan? Bagus tu. Masa inilah kita sepatutnya merapatkan silaturrahim sesama kita. Raya raya jugak. Tapi entri baru kena disiarkan untuk tatapan pengunjung setia blog abe kie sekalian. Pada entri ini abe kie ingin mengajak sahabat2 bermuhasabah tentang pembinaan jati diri dikalangan kita. 

Wahai sekalian sahabat budiman :

Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu. Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.

Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ulama, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

Renungan bersama.

Monday, 28 July 2014

Salam Aidil Fitri Dari Abe Kie


Assalamualaikum,

Sempena hari baik dan bulan baik ini, Abe Kie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Abe Kie yang suam-suam kuku ini. Terima kasih diatas kunjungan dan komen-komen yang kawan2 lontarkan. Tanpa kalian maka sepilah blog abe kie ini. Jangan lupa! Abe Kie akan memberikan cenderahati kepada 10 - 20 orang pengomen tegar pada akhir tahun ini. Pastikan anda salah seorang daripada mereka.

Pada hari raya tahun ini macam biasalah abe kie dan anak-anak akan pulang berhariraya di Machang, Kelantan. Kami akan menginap di rumah Kak Ngah selama 3 malam. Rumah akak ni jadi port bila adik-beradik berkumpul. Sukanya berhariraya di kampung sebab boleh menziarahi kaum keluarga dan sanak saudara.

Baiklah, sekali lagi abe kie mengucapkan selamat beraya sakan kepada kawan-kawan yang dihormati sekalian. Kita kira kosong-kosong ye? Thanks.

Friday, 25 July 2014

The Liebster Award (Raya Mood)


Assalamualaikum, 

Pada minggu lepas abe kie ditag oleh Yun Sing, tuan punya blog http://lifeisgreatwithme.blogspot.com. Oleh kerana abe kie bz dgn persiapan raya n ibadah pd bln Ramadhan, maka pada hari ini abe kie berkesempatan menjawab soalan2 maut berkenaan. Sila baca ya?

Soalan-soalan :-

1. Pencapaian dalam hidup ini yang anda rasa sangat patut dibanggakan?
- Apabila berjaya menyelesaikan pengajian B.Ed. TESL di Universiti Malaya pada thn 1997.

2. Lagu yang best?
- To Sir With Love by Lulu

3. Perkara paling nakal yang pernah dilakukan?
- Mandi kat atas pentas semasa di sekolah menengah dulu. Biasa la kat SBP x de air sokmo. Atas pentas tu ada tangki jadi kat situ la kami mandi.

4. Apakah kelebihan diri anda?
- Boleh menjaga tiga org anak perempuan secara bersendirian.

5. Apakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan blog?
- Komen n follower yg dtg. Tanpa dua item ini pasti sy mengalah.

6. Pendapat anda tentang blog ini?
- Simple, yet informative

7. Apa perasaan anda bila kena tag?
- Terasa diri ini masih ada yang sayang dan ingat! Heheheh..Perasan la tu.

8. Cita-cita/kerjaya anda dan kenapa memilih cita-cita/kerjaya tersebut?
- Pada mulanya nak jadi Perancang Bandar n Wilayah kerana dpt A1 dlm Geografi masa SPM tp rezeki abe kie dlm bidang perguruan di UM. Jadi guru pun OK gak

sbb masa kerja pendek n banyak cuti!

9. Apakah itu makna hidup untuk anda?
- Bila ada org yg masih menyayangi diri ini seadanya.

10. Bufday bulan mana? :D
- Mei

11. Manusia yang anda pernah jumpa dan tak boleh lupa sampai hari ni kerana perkara pelik yang dilakukannya. Cer cite sikit xD
- Bekas pensyarah English Literature di Fakulti Sastera n Sains Sosial, UM dulu yg dtg ke kampus naik basikal n mengangkut basikalnya ke tingkat 3 krna takut hilang. Namanya Phillip Louis rasanya.

Wednesday, 23 July 2014

Aging Symptoms



Take a break..... " Aging Symptoms?? Written by a lady ...

After a meeting I was coming out of a hotel and I was looking for my car keys. They were not in my pockets. A quick search in the meeting room it wasn't there. Suddenly I realized I must have left them in the car. My husband has shouted many times for leaving the keys in the ignition. My theory is the ignition is the best place not to lose them. His theory is that the car will be stolen. Immediately I rushed to the parking lot. I came to a terrifying conclusion. His theory was right. The parking lot was empty.

I immediately called the police. I gave them my location, description of the car, place I parked etc, I equally confessed that I had left my keys in the car, and that it had been stolen. Then I made the most difficult call of all to my husband, "Honey," I stammered; I always call him "honey" in times like these. "I left my keys in the car, and it has been stolen."

There was a period of silence. I thought the call had been dropped, but then I heard his voice. "Idiot", he shouted, "I dropped you at the hotel !" Now it was my time to be silent. Embarrassed, I said, "Well, then please come and get me." He shouted again, "I will, as soon as I convince this policeman I didn't steal this car. ."

....... Do you understand the joke, my friends?

Monday, 21 July 2014

Being a Man and How to Understand Him


For the 1st time SOMETHING  about a MAN. I hope all women reading this entry will realize the importance of men in their lives. Do read it....

Ⓜ Who is a MAN?
A man is the most beautiful part of God's creation who starts compromising at a very tender age.
  He sacrifices his chocolates🍬 for his  sister.
He sacrifices his dreams 💭for just a  smile on his parents face.
  He spends his entire pocket money on buyng gifts for the lady 👰     he loves💞 just to see her smiling
He sacrifices his full youth for his wife & children👪 by working late   at night without any complain.
He builds 🏡their future by taking loans from banks & repaying them for lifetime.
He struggles a lot and still has to bear scolding from his mother, wife  and boss.
His life finally ends up only by compromising for others'   happiness.
If he raises hands on a woman, then he's cruel
If he gets hit by a woman, then he's a sissy
If he picks up a fight seeing his girl with another guy, then he's jealous n insecure 
If he remains silent, then he's a coward 
If he goes out, then he's careless 
If he stays at home, then he's a lazy
If he scolds children, then he's a monster 
If he doesn't scold, then he's a irresponsible guy
If he stops wife from working, then he's an insecure guy
If he doesn't stops wife from working, then he's somebody who lives on wife's earnings 
If he listens to mom, then he's mama's boy
If he listens to wife, he's wife's slave

Respect every male in your life. U will never know what he has sacrificed 4U.
Worth sending to every man to make him smile and every woman to make her realize his worth!!

HAPPY MEN'S DAY"
Which never comes..😩

Saturday, 19 July 2014

' Setulus Kasih Ibu' Contest by Dr. Shikin


Asssalamualaikum,

Pada hari Khamis lepas Dr Shikin menjemput Abe Kie join segmen yg dia sdg langsungkan. Sejak akhir2 ni abe kie jrg join apa2 segmen atau contest sbb x cukup masa atau tak sanggup menepati syarat2 yg ntah apa2 dikenakan kpd para peserta. Namun pelawaan Dr Shikin sukar abe kie tolak kerana ia mengingatkan kpd Allahyarham ibu yg telah pergi menyahut panggilan Ilahi 14 thn lalu pada hari ketiga Aidil Adha. Sesungguh jasa ibu abe kie x ternilai dgn wang ringgit. Syukurlah abe kie sempat menjaganya pada tahun2 terakhir dia berada di dunia yg sementara ini. 

Untuk itu abe kie tujukan ucapan ini kepada ibu tersayang, Masamah binti Yaacob. Hanya ma satu2nya manusia yg mampu membuatkan saya menangis di muka bumi ini. As I am an English teacher, so I think it would be more proper if I make the greeting in the second language.

“Right from the start, you were the one who nurtured me, prayed over me, worried about me, guided me and supported me in every pursuit. Thank you for being there every day with just the love I needed.”

May Allah bless your soul and put you among the righteous. Aamiin...

To those who intend to join this sentimental segment, kindly click on the above banner. Thank you in advance.


Friday, 18 July 2014

Tanah sejengkal usah kau anggapkan sedepa


Dalam pada ralit tongkat dagu di meja cashier, hati terdetik teringtkn salah seorang pelanggan tetap kedai sy, seorang pakcik yg agak uzur .. Rasanya lama jgk dia x dtg kedai... dlm hati 'isk ..dia x sihat ke?'... Selalunya dia x pnh miss shopping di kedai... paling kurang 2x seminggu... ni dah dkt 3 minggu x dtg... Risau jgk...

A day after, sy bertnya pd jirannya yg kebetulan dtg kedai... jirannya pd mulanya berat nk bercerita tp sy desak jgak nk tau keadaan pakcik ni.. takut apa2 jd pd dia... almaklumlah 'loyal customer'... Huhu..

Alkisahnya, pakcik ni suami isteri dah pindah agak jauh jgk dan menetap di rumah ank pompuannya yg dah kawin ... sy pelik jgk... knp nk pindah.. sedangkn rumah yg pakcik ni duduk skang ni mmg umah sdiri... kt kg mmg jarang yg menyewa... umah yg dia nk tumpang plk tu, umah mertua ank pompuannya merangkap umah besannya ... apa la sgt bestnya tumpang umah orang...Huhu...

Rupa-rupanya ada cerita... bkn mengumpat mencela cuma risau kalau2 bakal terjadi dikalangan adik beradik sy dan korang semua gak... Nauzubillahiminzalik... pakcik ni asalnya duduk umah sdiri dgn ank lelaki dan menantu dia... x lama mna pon ank lelaki diorg kawen... baru 2,3 bulan ... tp nya disebabkn ikut kata isteri, dia mntk nk jual tanah pusaka kepunyaan ayahnya, kalau tanah lain tu ok gak... ni mntk tanah tapak umah... mula2 tu mntk cara baik, tapi xdpt ... sanggup plk diterajang ayahnya....Huhu... Lastly, dihalaunya mak ayahnya dr umah...

Sedih plk memikirkan... mak ayahnya bkn la org kaya... apatah lg org senang ... Selalunya berlaukkan ikan masin dan telur jer... nk tgk beli ayam buat lauk setahun sekali pon ssh... cumanya sesusah susah dia, dia smpt menyekolahkan ank2 hingga SPM ... mungkin salah ank2 bercampur dgn kwn2 yg melekakan menyebabkn dia gagal exam ... sudah gagal exam, keja pon x tentu hala... mmg selama ni mak ayah dia menoreh lg walau sdh agak uzur utk tampung keluarga.. aduhai kesiannya ...

Tpnya dlm pada hati terusik, kadang2 tercuit jgk dgn gelagat ank dia ni... tanah tu tak luas mna pon utk direbutkan ... bak kata abah, 'rebutkan tanah sejengkal mcmlah tanah tu sedepa'....

Anakku,
Sejak kecil berada di ribaan,
Sudah besar aku jd buangan,
Sejak kecil engkau ditatang,
Sudah besar aku ditendang,
Sejak kecil kuajar quran,
Sudah besar aku dihentam,
Sejak kecil kuberi makan,
Sudah besar aku kau lupakan,
Entahlah...mungkin sudah nasib badan...
Anakku,
Kita bukanlah org berada,
Wang dan harta kita tak punya,
Intan permata kita tiada,
Emas suasa tiada jua,
Maka usahlah terlalu mendabik dada...

Anakku,
Yg ada hanya keikhlasan di hati,
Yg tinggal cuma keimanan yg tinggi,
Yg kita punya hanya keindahan budi pekerti,
Yg kita ada cuma kelembutan gerak geri,
Maka jagalah ia seperti menjaga nyawa sendiri..

Anakku,
Kerinduanku tidak pernah usai buatmu,
Doaku sentiasa ada untukmu,
Air mata ku dalam diam bertamu,
Biarpun engkau jauh dan semakin jauh dariku...

Anakku,
Tanah sekangkang kera usahlah dikau rebutkan,
Jgnlah dijual atau cagarkan,
Kalau usaha ia akan jd selautan,
Ssh payah daku usaha utk dapatkan,
Mmg itu lah nnti akan ku pusaka kan,
Utk kamu adik beradik jagakan,
Jangan kerana ia kamu berhentam berparang...

Anakku,
Sampai saat ini aku masih lagi bertahan,
Jika umurku tidak panjang,
Akan bercerai nyawa dari badan,
Makan minummu aku sudah halalkan,
Dari kau kecil sehingga segak rupawan,
Cuma doamu yg aku harapkan,...

Dari ayahmu yg kejauhan...

Hasil nukilan: -mizzeta, 070514, 1550, Ketereh, Kelantan

Wednesday, 16 July 2014

Cara pemakanan terbaik pada bulan Ramadhan


As salam rakan2 blogger yang dihormati. Di sini Abe Kie ada maklumat pemakanan terbaik untuk dikongsi bersama. Maklumat ini dipetik dari kuliah puasa dari sudut kesihatan oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia).

Tajuk ' Ramadhan Pesta Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

- Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummah.

- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan.

-Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan.

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
- makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.
  
12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami. Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam.

Semoga kawan-kawan mendapat manfaat dari entri yang Abe Kie siarkan pada hari ini. Terima kasih.

Monday, 14 July 2014

Membeli Al-Quran Bertajwid Warna


Berwarna hijau dan mudah dibawa antara ciri-ciri Al-Quran berwarna tajwid ini.

Terdetik untuk Abe Kie membeli Al-Quran bertajwid berwarna selepas terlihat satu naskah keluaran Karya Bestari yang dijual di SMO, Tanah Merah, Kelantan. Harganya antara yang termurah di pasaran iaitu RM42.50 sahaja. Bersaiz A4, setiap hukum tajwid ditandakan dalam warna yang berbeza bagi memudahkan kita membaca dan memahami Al-Quran. Key atau nota kaki hukum tajwid itu dicetak di bahagian bawah mukasurat bagi rujukan kita. 




Satu penanda buku yang bercetak hukum2 tajwid juga diberikan bagi memudahkan pembaca membuat tujukan.


Snapshot muka surat Al-Quran bertajwid dan berwarna. Sila klik untuk membesarkan imej di atas.

Jadi apa lagi? Jom kita beli senaskah Al-Quran bertajwid dan berwarna sempena sambutan Nuzul Quran esok.

Friday, 11 July 2014

Apa yang kita cari?

💞🍃Mutiara Hati🍃💞
➖➖➖➖➖➖➖➖


Assalamualaikum. Pada kesempatan kali ini abe kie mahu mengajak kawan2 bermuhasabah tentang diri masing2 kerana kita adalah manusia yang tidak puas dan selalu mengejar kesempurnaan biarpun segala rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah itu semestinya yang terbaik buat kita. Semoga nukilan kiriman teman dari Indonesia ini bisa buat kita menyedari akan kesilapan kita. Ayuh bacainya teman2ku sekalian! Terima kasih banyak2 ye? Pak Zuki pamit dulu ya?

"APA Yang Kita Cari…❓"
🔹🔸🔹🔸🔹🔸🔹🔸
👉Sudah di gunung🗻, pantai 🌅kita rindukan…
👉Tiba di pantai🌅, gunung🗻 yang kita inginkan…
👉Saat kemarau☀, kita tanya bila hujan☔…
👉Diberi hujan☔, kemarau☀ kita tanyakan…
👉Sudah tenang di rumah🏡, ingin pergi🏃…
👉Begitu pergi🏃, kita ingin balik ke rumah🏡 lagi…
👉Sudah dapat ketenangan🙇, keramaian👥 kita cari…
👉Keramaian 👥kita temukan, ketenangan🙇 kita rindui…
Apa yang sebenarnya yang kita cari❓
👉Belum berkeluarga💑 mencari isteri/suami👰…
👉Sudah berkeluarga💏, mengeluh anak belum diberi👪…
👉Dapat anak👪, mengeluh lagi kurang rezeki💰…
😊👉Ternyata sesuatu tampak indah🌇 kerana belum kita miliki…
💝Bilakah kebahagiaan akan kita dapatkan❓

👉Kalau yang belum ada selalu kita fikirkan…
👉Sementara yang sudah diberikan oleh Allah kita abaikan?
👉Bukankah begitu banyak yang telah kita dapatkan?
💞Mari menjadi peribadi yang SELALU BERSYUKUR…
Kerana sikap syukur akan membuat kita subur…
Mungkinkah selembar 🍁daun bisa menutup bumi🌎, sedangkan kita tak bisa menutup telapak tangan✋sendiri…?
Namun saat selembar daun🍁 kecil menempel di mata 👀, maka bumi 🌎yang luas seperti tertutup semua🙈…
👉Begitu juga bila hati kita ditutupi keburukan, seolah-olah yang tak cocok dengan kita selalu kejelekan…
Seluruh bumi 🌎seolah tak ada kebaikan…
Padahal hanya hati kitalah yang dilumuri kotoran…!
Maka 👉jangan tutup mata kita🙈 dengandaun kecil…

👉Jangan biarkan hati kita💓 terkena noda walau hanya secuit…
👉Mari syukuri nikmat Allah, meski tampak mungil…
👉Mari terus istiqomah di jalan Allah, maka kelak kita berhasil…
👉Bila buruk hati, buruk pula akhlaq dan budi 
👉Bila tertutup hati, tertutuplah segala yang ada ini…
👉Mari syukuri semua yang kita miliki. Dari situlah kita memuliakan diri…
👉Mari belajar berterimakasih kepada Allah Ta’ala, sebagai modal kita untuk meMULIAkan-NYA.
Kerana hidup adalah: "⏰WAKTU yang dipinjamkan…" Sedangkan harta adalah: "TITIPAN yang dipercayakan…"
😊Semoga bermanfaat…
🍃🌹🌿🍂🌻🌺🍄🌼

Wednesday, 9 July 2014

A School Principal's Speech


From A School Principal's speech at a graduation. He said "The Doctor wants his child to become a doctor. The Engineer wants his child to become an engineer. The Businessman wants his ward to become CEO. BUT a teacher also wants his child to become one of them, as well..!!!! Nobody wants to become a teacher BY CHOICE" ....Very sad but that's the truth.....!!!

The dinner guests were sitting around the table discussing life. One man, a CEO, decided to explain the problem with education. He argued, "What's a kid going to learn from someone who decided his best option in life was to become only a teacher?"

To stress his point he said to another guest; "You're a teacher, Mrs Sharma. Be honest. What do you make?"

Teacher Mrs Sharma, who had a reputation for honesty and frankness replied, "You want to know what I make? (She paused for a second, then began...)

"Well, I make kids work harder than they ever thought they could. I make a C+ feel like the Congressional Medal of Honor winner. I make kids sit through 40 minutes of class time when their parents can't make them sit for 5 minutes without an I-Pod, Game Cube or movie rental.

You want to know what I make? (She paused again and looked at each and every person at the table).

I make kids wonder.
I make them question.
I make them apologize and mean it.
I make them have respect and take responsibility for their actions.
I teach them how to write and then I make them write.
Keyboarding isn't everything.
I make them read, read, read.
I make them show all their work in math.
They use their God given brain, not the man-made calculator.
I make my students from other countries learn everything they need to know about India while preserving their unique cultural identity.
I make my classroom a place where all my students feel safe.
Finally, I make them understand that if they use the gifts they were given, work hard, and follow their hearts, they can succeed in life.

(Mrs Sharma paused one last time and then continued.)

Then, when people try to judge me by what I make, with me knowing money isn't everything, I can hold my head up high and pay no attention because they are ignorant. You want to know what I make.

I MAKE A DIFFERENCE IN ALL YOUR LIVES, EDUCATING KIDS AND PREPARING THEM TO BECOME CEO's, AND DOCTORS.  ENGINEERS..........

What do you make Mr. CEO?
His jaw dropped; he went silent.

THIS IS WORTH SHARING TO EVERY  teacher you know.

Monday, 7 July 2014

Segmen | Salam Aidilfitri bersama irrayyan.com


Salam Ramadhan

Selepas buka blog selepas sahur tadi, abe kie terbaca komen dari Mommy Irra yang menjemput abe kie menyertai segmen yg sedang dijalankan olehnya. Memandangkan abe kie pun dah lama sangat tak beli dan terima kad raya maka abe kie menerima pelawaan Mommy Ira tu. Mengikut kata Mommy Irra, semua peserta yang menyertai Segmen Salam Aidilfitri akan menerima kad raya ekslusif dari Mommy. Jadi apa lagi, jom la kita join! Klik aje kat banner tu. Mudah kan? 

Tempoh penyertaan adalah dari 11.00 malam (6/7/2014) hingga 11.00 malam esok (8/7/2014).

Syarat bagi menyertai segmen ini sangat simple:-
  1. mesti lah tinggal di Malaysia
  2. kena follow blog irrayyan.com
  3. buat satu entry. Gam kuat2 banner di atas dan backlink ke blog entry ini.
  4. tinggalkan url entry tersebut di kotak komen blog Mommy Irra.
  5. emailkan nama, alamat dan link blog ke irra.nulogic@gmail.com
  6. and last, tunggu kad raya dari Mommy :)
Seperkara lagi, sekiranya para peserta balas kad raya, Mommy akan buat review di blog beliau!

Jom bersegmen. Salam Aidilfitri ^^

Friday, 4 July 2014

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita !!!..


Assalamualaikum. Pada hari ini izinkan abe kie berkongsi satu entri tentang kejahatan Yahudi yang dilaknat Allah. Mohon baca ya, kwn2 yang baik hati. Terima kasih dan selamat berbuka puasa petang nanti.

Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser. ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ejen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. Dan apabila anda hendak kongsi entri ini, Syaitan akan membisikkan, "Tak payah lah.." .
# pasni kita ubah pemakanan kita ok?

Wednesday, 2 July 2014

Kisah penjual laksa beras


Semoga cerita ini memberi kesedaran pd kita. Abe Kie dapat cerita ini dari kumpulan Whatsapp SMACH90. Sila baca kawan2ku sekalian, ye? Terima kasih atas kesudian kwn2 meluangkan masa membaca entri ini.

Suatu hari sedang saya membersihkan halaman, lalu seorang penjual laksa beras, menaiki motosikal mengelilingi kampung. Oleh kerana matahari telah makin merendah selepas asar, saya pun berhenti rehat.

Apabila nampak penjual laksa beras lalu, saya pun memanggil untuk merasa laksa berasnya. Setelah memesan dan membayar harga bagi 5 bungkus laksa beras, saya melihat penjual itu membahagikan duit yang saya bayar kepada 3 tempat. Duit itu di bahagi 3, 1/3 ke dalam dompet, 1/3 ke dalam laci duit dan 1/3 ke dalam bekas seperti tabung. Melihat keadaan itu, menjadikan saya teruja ingin tahu kenapa duit-duit itu diasingkan.

Maka terus saya bertanya, “pak cik kenapa pakcik asing-asingkan duit tersebut?”

Pakcik itu pun menjawab, duit yang masuk dompet digunakan untuk perbelanjaan perniagaan dan keluarga, duit yang masuk tabung untuk simpanan penyempurnaan agama dan duit yang masuk laci untuk infak. Dalam setiap rezeki yang kita perolehi, ada hak orang lain juga. Walaupun sikit, kita wajar berbagi sama. Saya mengilirkan wang itu antara beberapa surau dan masjid. Atau untuk rumah anak yatim juga.

Selama lebih 20 tahun saya berniaga laksa beras, dari berbasikal, sekarang sudah bermotorsikal, setiap tahun saya dapat melaksanakan ibadah korban walau pun cuma 1 ekor kambing yang sederhana besar. Alhamdullilah, saranan agama, walaupun sunat, ia dapat dilakukan.

Setiap hari saya mula berniaga dari pukul 11.00 pagi. Apabila tiba dimana-mana kampung, menjelang waktu solat samada zohor atau asar, saya akan berhenti untuk solat berjemaah di mana-mana masjid atau surau kampung berkenaan. Saya tidak akan lupa memasukkan sedikit hasil jualan laksa beras ini ke tabung masjid/surau walaupun sedikit.

Walaupun cuma menjual laksa beras, saya tetap dapat mengerjakan solat di awal waktu secara berjemaah. Dapat menginfak wang hasil jualan laksa beras untuk dikongsi dengan orang lain. Saya suka berniaga mengelilingi kampung dan berhenti solat di mana-mana surau atau masjid yang ditemui menjelang waktu solat.

Saya pernah dengar tuan guru kata, nanti di mahkamah akhirat, bumi dan hari akan menjadi saksi. Maka nanti bumi akan berkata, si polan pernah solat di sini, disini, di sini. Hari isnin si polan solat di masjid ini, hari selasa si polan solat di surau ini. Dan seterusnya...

Saya tidak kaya, tidak punya harta yang banyak untuk melaksanakan wakaf, namun saya tetap bersedekah ikut rezeki yang Allah berikan kepada saya setiap hari. Duit dalam tabung pula sebagai simpanan untuk menyempurnakan rukun islam. Islam terdiri dari 5 rukun, mengerjakan haji adalah rukun ke 5. Adakah solat itu sempurna jika rukunnya tidak sempurna? Saya merasakan Islam saya tidak akan sempurna jika rukunnya saya tidak sempurnakan.

Oleh itu saya mahu berusaha menyempurnakan rukun islam ke 5 iaitu mengerjakan haji. Jika tidak menabung, bagaimana mungkin saya dapat mengerjakan haji kerana ia memerlukan biaya yang besar?"

Terpegun saya dengan jawapan yang diberikan oleh seorang penjual laksa beras ini. Seorang penjual laksa beras, mempunyai misi dan visi yang jelas sebagai seorang Islam.

“Pakcik, bukankah mengerjakan haji bagi yang mampu saja, jika tidak mampu kita tidak dituntut untuk mengerjakannya.”

“Bagaimana boleh mampu jika kita tidak usaha menuju ke arah mampu? Jika tidak menabung, bagaimana mungkin akan mampu mengerjakan haji suatu hari nanti? Mampu itu kita sendiri yang tentukan. Adakah selamanya kamu mahu hidup miskin jika kamu tidak usaha menjadi kaya dengan menabung sedikit-sedikit mengumpul modal bagi meluaskan perniagaan?”

Masyaallah, begitu jelas sekali fikirannya tentang maksud mampu. Tersentap hingga hujung hati bila membanding diri ini dengan pakcik yang hanya menjual laksa beras bermotosikal mengelilingi kampung. Muka saya bagai ditampar-tampar kerana berilmu tetapi tidak beramal. Siapa yang sangka dan ambil peduli akan kejernihan fikiran pakcik dalam melaksanakan syariat agama Islam ini???

Kisah ini saya abadikan bagi mengingatkan kepada kita tentang satu contoh dan teladan yang baik yang wajar kita jadikan pedoman...
;