Monday, 30 June 2014

Menu makanan rohani pada bulan Ramadhan


Assalamualaikum kawan2 yg dimuliakan. Bagaimana puasa semalam? Adakah ianya sempurna? Diharapkan puasa pada hari pertama semalam diterima dan diberikan ganjaran yg besar oleh Allah. Sukacita dimaklumkan bahawa menu makanan rohani utk 30 hari puasa dah keluar dan tersebar.

Minta kawan2 yg prihatin sekalian agar mlepas itu kita berpakat mengamalkannya. OK? 

Antara menu makanan rohani sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ini:

1. Tilawah Al-Quran sejuzuk sehari paling kurang.
2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap mlm.
3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam.
4. Beri mkn org berbuka puasa walaupun dgn sebiji tamar setiap hari.
4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari.
5. Tahajud setiap mlm minima 2 rakaat.
6. Sunat dhuha setiap pagi.
7. Sedekah setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan sahur setiap hari.
9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. Tadarus al Quran sambil memahami maksudnya.
11. Ziarah org yg kurang bernasib baik.
12. Kurangkan ziarah ke bazar2 ramadhan.
13. Pilih mknn sunnah sbg menu harian.
14. Elakkan membeli mknn dr tgn2 org yg fasik.
15. Jauhkan aktiviti yg lagha.
16. Zikir harian, bykkan berdoa.

Sekian. Terima kasih. Selamat berpuasa dari Abe Kie dan keluarga. 

Friday, 27 June 2014

Kejayaan manusia pada usia berbeza


Begitulah MANUSIA... Ini ialah satu entri yang boleh mengingatkan kita tentang kejayaan dalam hidup kita pada usia yang berbeza.

Pada usia 4 thn, kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar,
Pada usia 8 thn, kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah,
Pada usia 12 thn, kejayaan anda ialah memiliki kawan2,
Pada usia 18 thn, kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu,
Pada usia 23 thn, kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan)
Pada usia 25 thn, kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan,
Pada usia 28, kejayaan anda ialah memiliki isteri / suami,
Pada usia 30, kejayaan anda ialah mendapat anak,
Pada usia 35, kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri),
Pada usia 45, kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga,
Pada usia 50, kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya,
Pada usia 55, kejayaan anda ialah anda masih mampu kemenuhi tanggungjawab suami isteri,
Pada usia 60, kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta,
Pada usia 65, kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit,
Pada usia 70, kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas org lain,
Pada usia 75, kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya,
Pada usia 80, kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa),
Pada usia 85, kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...
Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba).
Lebih murah daripada apa yang sepatutnya kita jaga.
Kata imam Ghazali...yg paling dekat dgn kita ialah MATI..

Wednesday, 25 June 2014

Tanda-Tanda Sakit Di Badan..


Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

 MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

🌿 Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

🌿 Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

🌿Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

🌿Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

🌿Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

 HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

🌿Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

🌿 Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

🌿 Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

 BATUK
🌿 Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

🌿 Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

🌿Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

😑 KERONGKONG

🌿 Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

🌿Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

🌿 Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

👅 MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

🌿 Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

🌿Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.🌿Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

🌿Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

🌿 Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :

🌿 Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.

🌿Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

🌿RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

 KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

🌿 KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR :
🌿Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

🌿Sakit Sendi rasa panas.
●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

🌿Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

🌿Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

🌿 KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

🌿 KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

🌿KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

🌿 SAKIT TAPAK KAKI : ●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

🌿 SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

🌿 RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

🌿 GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

🌿 PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

🌿 PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

🌿 SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :●Menandakan penyakit migrain.

🌿 BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

🌿 RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

👅MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

🌿 MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.🌿LIDAH

🌿 RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

💧KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
🌿Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING

🌿 KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

🌿 AIR KENCING BERKAPUR
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

🌿 AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

🌿 AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

🌿AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR

🌿 CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

🌿SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

🌿NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

🌿 NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

🌿Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

🌿Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.

🌿Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

🌿 Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

 BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

🌿BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

🌿 BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

 RASA TAKUT MENGEJUT:
🌿Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

 CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
🌿Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

 RASA BIMBANG DAN TAKUT :
🌿Sistem paru-paru yang lemah.

😅 RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
🌿 Sistem jantung yang lemah.
🌿 Sistem saraf otak yang lemah.
🌿 Masalah pengaliran darah.

 SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
🌿Sistem penghadaman yang lemah..

 BUANG AIR BESAR

🌿 CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

🌿 SEMBELIT:
●Membersihkan toksin dari usus kecil.

🌿 NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

🌿 NAJIS BERWARNA HITAM :
●Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

 Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Monday, 23 June 2014

Are You On Duty?


This is a short story that I think would make you become a better Muslim.....Please read carefully..
When an European Airline was initially launched, a Muslim gentleman was travelling in the first class section. An air hostess approached him with a complimentary drink, this was an alcohol contain drink, so that man politely refused.

The air hostess returned but this time bought the drink 🍹on a platter, designed to appeal and impress however the Muslim man again politely refused, explaining he doesn't drink alcohol.

The air hostess was concerned and informed the manager. The manager approached the man with another platter, now designed with flowers, he questioned, is there something wrong with our service? please enjoy the drink, it is a complimentary offer.

🌿The man replied, I am a Muslim and I do not drink alcohol.The manager still insisted that the man take the drink.

Then, the Muslim proposed that the manager should give the drink to the pilot first. The manager stated, how can the pilot drink alcohol, he's on duty!? And if he drinks there are all chances for the plane to crash.

The Muslim passenger with tears in his eye, replied, I am a Muslim and I am always on duty in order to protect myself, my mind and most important, my faith.

🌋If I drink I will crash my whole life here and hereafter.

Source: www.alaqsatahfiz.com

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
Subhanallah.. !!
Bilalah syarikat penerangan kesayangan kita, MAS akan berhentikan hidangan🍹minuman beralkohol..?
Banyak pengajaran sudah kita dapati dari apa yang telah berlaku..
Jika anda bersetuju MAS hentikan hidangan minuman beralkohol dengan  serta merta, sila kongsi entri 💌 ini kepada semua kenalan dan kepada pihak tertentu.
Mudah-mudahan kerja kecil ini mendapat kejayaan dgn izinNya. 💕 💕

Friday, 20 June 2014

I have learned


If  you will take the time to read these. I promise you'll come  away with an enlightened perspective. The subjects covered  affect us all, on a daily basis:
   
They're  written by Andy Rooney, a man who had the gift of saying so  much with so few words.  .........Enjoy.........


I've  learned ...That  the best classroom in the world is at the feet of an elderly  person.

I've  learned ....  That when you're in love, it shows. 

I've  learned ....  That just one person saying to me, 'You've made my day!'  makes my day.

I've  learned ....  That having a child fall asleep in your arms is one of the  most peaceful feelings in the  world.

I've  learned ....  That being kind is more important than being  right.

I've  learned ....  That you should never say no to a gift from a child. 

I've  learned ....  That I can always pray for someone when I don't have the  strength to help him in some other way. 

I've  learned ....  That no matter how serious your life requires you to be,  everyone needs a friend to act goofy with. 

I've  learned ....  That sometimes all a person needs is a hand to hold and a  heart to understand.

I've  learned ....  That simple walks with my father around the block on summer  nights when I was a child did wonders for me as an  adult.

I've  learned ....  That life is like a roll of toilet paper. The closer it gets  to the end, the faster it goes.

I've  learned ....  That we should be glad God doesn't give us everything we ask  for.

I've  learned ....  That money doesn't buy class.

I've  learned ....  That it's those small daily happenings that make life so  spectacular.

I've  learned ....  That under everyone's hard shell is someone who wants to be  appreciated and loved.

I've  learned ....  That to ignore the facts does not change the  facts.

I've learned ....  That when you plan to get even with someone, you are only  letting that person continue to hurt  you.

I've  learned ....  That love, not time, heals all  wounds.

I've  learned ....  That the easiest way for me to grow as a person is to  surround myself with people smarter than I  am.

I've  learned ....  That everyone you meet deserves to be greeted with a  smile..

I've  learned ....  That no one is perfect until you fall in love with them.

I've  learned ...  That life is tough, but I'm tougher. 

I've  learned ....  That opportunities are never lost; someone will take the  ones you miss.

I've  learned ....  That when you harbor bitterness, happiness will dock  elsewhere.

I've  learned ....  That I wish I could have told my Mom that I love her one  more time before she passed away.

I've  learned ....  That one should keep his words both soft and tender, because  tomorrow he may have to eat them.

I've  learned .....  That a smile is an inexpensive way to improve your  looks.

I've  learned .....  That when your newly born grandchild holds your little  finger in his little fist, that you're hooked for  life.

I've  learned ....  That everyone wants to live on top of the mountain, but all  the happiness and growth occurs while you're climbing it.

I've  learned ....  That the less time I have to work with, the more things I  get done.
To all of you.... Make sure you read all  the way down to the last  sentence.

It's  National Friendship Week. Show your friends how much you  care. Share this with everyone you consider a FRIEND, even if  it means sharing it back to the person who shared it to you.  If it comes back to you, then you'll know you have a circle of friends. 

YOU ARE MY  FRIEND AND I AM HONORED! Now share this with every friend you  have!! And to your family. This was sent to me by a  friend.

Have a blessed day!

Wednesday, 18 June 2014

Jemputan menyertai blog list www.zukidin.com


Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 yg dihormati sekalian? Kawan2 nak bertukar2 link dengan abe kie tak? Atau dengan bahasa mudah, abe kie letak link blog kwn2 di blog list abe kie dan kawan2 letak link blog abe kie di blog list kawan2. Kira win-win situation gitu. Nak tahu syarat2nya? Mudah je..

1. Follow blog abe kie jika kwn2 belum berbuat demikian. Jika sudah, abaikan saja syarat ni.
2. Tinggalkan link blog di ruang komen di bawah.
3. Letak URL blog abe kie di blog list kawan2. 
4. Pastikan kawan2 update blog setidak2nya 3 minggu sekali untuk kekal dalam blog list abe kie.
5. Abe Kie pun turut akan membuat langkah2 yg sama.
6. SIAP!!!

Semoga kempen bertukar2 link ini mendapat sokongan dari kwn2 yang baik hati sekalian. Terima kasih.

Monday, 16 June 2014

Kisah hidup pegawai kerajaan


Ketika aku membuka lembaran-lembaran fail pegawai yang telah pencen, ku temui catatan berikut ini:
 
Dahulu aku berangan2..
Andai aku menjadi seorang pegawai pejabat…
Dan benar saja, akhirnya aku pun bekerja sebagai pegawai
Sehingga aku pun terobsesi untuk segera menikah.

👰Dahulu aku berangan2…
Kiranya aku dapat menikah..
Dan benar saja, aku pun menikah.
Akan tetapi hidup ini demikian sepi tanpa kehadiran anak-anak.

👪Aku pun berangan2…
Kiranya aku dikurniakan anak
Dan benar saja, aku pun diberikan kurnia anak-anak.
Akan tetapi, tidak berselang beberapa lama akhirnya aku jenuh dengan dinding2 apartmenku sendiri.

🏡Akupun kembali berangan2...
Andai aku memiliki rumah peribadi.
Terdapat halaman dan tamannya…
Dan benar saja, setelah berusaha keras aku pun memiliki rumah itu
Akan tetapi… anak-anak ku sudah pun dewasa..

Akupun kembali berangan2..
Duhai kiranya aku dapat menikahkan mereka…
Dan benar saja, akhirnya mereka pun telah menikah.
Tapi aku jenuh dengan pekerjaanku dengan segala kesulitannya, semuanya terasa sangat melelahkanku.

Akupun kembali berangan2...
Andai aku segera pencen agar aku dapat beristirehat.
Benar saja, aku pun akhirnya bersara.
Akan tetapi aku pun tinggal seorang diri persis seperti baru lulus kuliah dahulu.

Akan tetapi ketika baru lulus kuliah dahulu, saat itu aku tengah menyongsong kehidupan, 
sementara saat ini aku sedang menyongsong akhir kehidupan. 

Namun meskipun demikian, aku masih saja memiliki sebuah angan-angan…

Kini aku berangan2...
Untuk menghafal Al Qur’an.
Tapi… ingatanku telah mengkhianatiku (cepat lupa).

🍮Aku juga berangan2..
Untuk berpuasa mendekatkan diri kepada Allah
Tapi kesihatanku tidak lagi membantuku.

🌓Aku juga berangan2..
Untuk bangun solat malam
Tapi kakiku tak mampu lagi menahan beban tubuhku.
Sungguh benarlah sabda Rasulullah al-Musthafa,
“Pergunakanlah sebaik-baiknya 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara:
Masa mudamu sebelum datang masa tuamu
Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu
Masa kayamu sebelum datang masa miskinmu
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu
Masa hidupmu sebelum datang kematianmu...

Ya Allah!
Bantulah kami untuk senantiasa mengingat-Mu, bersyukur pada-Mu dan melakukan ibadah sebaik-baiknya kepada-Mu...

Saudaraku..
Jika dalam aktiviti harianmu tidak terdapat;
Dua rakaat Solat Dhuha,
Atau 1 hizb bacaan Qur’an,
Atau solat Witir di malam hari,
Atau ungkapan kalimat baik yang kau ucapkan,
Atau sedekah yang dapat memadamkan kemurkaan Allah,
Atau amalan rahsia yang tidak diketahui manusia melainkan Allah...
Maka masih adakah nikmat hidup tersisa untukmu?

Diterjemahkan oleh Fadlan Akbar, LC. dari artikel berbahasa Arab
http://stiba.net/2014/02/26/panjang-angan-angan/

Sunday, 15 June 2014

Segmen Blogwalking by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t

[ tekan banner untuk join ]

Aktiviti : Happy Blogwalking

Pemenang.
1st & 2nd Top Referral : Washi Tape 1x ( sorang satu  atau sorang dua maybe?? heee. )
4x Random :  '19Capri' button badge 1x

Tamat : 17 Jun 2014

Selamat join !


Saturday, 14 June 2014

Seloka Menutup Aurat


Assalamualaikum, Kawan2 menutup aurat kan? Bagus! Itulah ciri2 muslim dan muslimah yang terpuji. Berikut abe kie ingin berkongsi satu seloka bertujuk 'Menutup Aurat'. Terima kasih sebab sudi baca.

Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekung pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Di tumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci .

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Friday, 13 June 2014

RSS Blog Bermasalah Lagi.


As salam. Harap ada kawan yang sanggup membantuku mengatasi masalah ini. Thanks


Wednesday, 11 June 2014

Makan hasil bini


Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie ingin berkongsi cerita benar yang ditulis oleh kawan abe kie yang bekerja sebagai juruwang kedai runcit emaknya di Ketereh, Kelantan. Nama kawan abe kie ni Miss Zieta. Dia sebenarnya ada ijazah cuma berhenti kerja untuk menolong orang tuanya di kampung. Sila baca dan hayati ya?

-----------------------------------------------------------

Another true story.. an experience of mine...beruntung jgk jd sy ni... x pnya kja ttp; ada byk masa utk sibuk2 jga tepi kain orang... like i care....huhu...

Ceriteranya bermula di sini ... tgh sibuk2 lyn customer yg x brp nk ramai mana tu, singgahlah 1 motor yg sarat penumpang... 3 anak lelaki membonceng; sorang lg baby girl dikendong ... dlm hati... "kesiannya.."

Dtg kedai beli brg keperluan harian ....susu baby tin kecik, beras 3kg, pampers 3 helai, ikan masin & telur... selesai semua, dia bwk dtg kaunter cashier.. "kak, blh byr dgn syiling x?" .... terkedu seketika ... tp sy ttp angguk ... dah kira2, byk syiling 5sen; jumlhnya pun ngam2 jek ...tp sy terima jgk... tu pun masih x cukup rm1... tp sy kata "xpe lah...sedekah utk bdk2..." Sblm balik, ank2 dia merengek mntk dibelikan ais krim & gula2... tp ibunya langsung menarik ank2 yg sedang menangis ke motor... tersentuh hati seketika ...

Another situation, a day after, org yg sama singgah lagi tp dgn si suami ... si suami singgah beli rokok Dunhill sekotak (yg harganya rm12 tuuuu), si isteri dlm pakaian menoreh...

Half an hour after, si suami dah balik & singgah kedai kopi, sembang pompang2 sambil main dam aji ....Huhu... ingt kn dia menoreh bersama si isteri .. Matahari tgk atas kepala, baru dia jemput si isteri dr kebun & hantar isteri utk balik masak & dia plk sambung ber 'dam aji' di kedai kopi...

Sedih sgt tgk situasi mcm ni... knp jd mcm ni? Bkn dulunya bercinta bagai nk rak, janji nk sehidup semati, u jump i jump... tp knp di pengakhirannya mcm ni...Huhu ... please.... give half of yr consideration to yr beloved wife... she is yr another half... Mana janji nk ssh senang bersama dulu..

Sepertimana yg sy selalu baca, suami haruslah memberi nafkah makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal kpd isteri. Sabda Nabi Rasulullah SAW: "Engkau (suami) harus memberinya makan jika engkau mkn dan memberinya pakaian jika engkau berpakaian. Janganlah engkau menempeleng wajahnya, Janganlah engkau menghinanya dan jgnlah engkau membiarkannya kecuali di rumah". (HR Ahmad, Abu Dawud, Ibn Hibban)

Disaat harga getah turun,
Diwaktu harga barang melambung,
Si suami tega lepak berkurun,
Biarkan isteri pepagi berembun...

Mencari sesuap nasi bkn lah mudah,
Isteri membanting tulang punyalah payah,
Suami cuma tau menadah,
Suami mkn lauk, isteri mkn kuah...

Mana suami tempat bergantung,
Isteri taat setia menjunjung,
Aku yg melihat cuma memohon,
Berubahlah demi isteri & ank2 kandung .

-miz zeta 290514-

Monday, 9 June 2014

Menutup akaun semasa di Bank Islam


Assalamualaikum,

Sekitar tahun 2001 apabila abe kie mula membeli kereta pertama iaitu Proton Wira, cara untuk membuat pembayaran sewa beli itu ialah dengan membayar terus di cawangan bank berkenaan. Bayangkanlah, abe kie tinggal di Machang dan EON Bank pula hanya ada di Kota Bharu yang jaraknya hampir 42km atau sejam perjalanan. Leceh kan? Kena fikir masa, tenaga dan kos minyak pulak kan? 

Jadi abe kie memohon akaun semasa dengan Bank Islam cawangan Machang. Pada ketika itu abang menjadi introducer sebab dia memang ada akaun semasa perniagaan. Akaun semasa yang abe kie buka ni jenis peribadi di mana kad ATM juga dibekalkan. Rasanya bagi akaun semasa perniagaan tiada kad ATM dikeluarkan. 

Jadi selepas itu abe kie membayar ansuran kereta dengan mengirimkan cek ke cawangan EON Bank, Kota Bharu. Kosnya cukup berbaloi iaitu RM1.00 meliputi duti cek (15 sen), caj bank cawangan luar (50 sen), sampul surat (5 sen) dan kos stem (30 sen). Murah kan?

Seiring dengan peredaran arus semasa, IBG atau pemindahan wang antara bank secara atas talian mula diperkenalkan pada tahun 2013 dimana kos perkhidmatan cuma 10 sen! Tak perlu lagi beratur di kaunter dan depan ATM untuk memindahkan wang. 

Oleh yang demikian abe kie merasakan keperluan untuk menyimpan buku cek sudah tidak penting lagi. Lalu pada minggu lepas, abe kie pergi ke cawangan BIMB Machang, Kelantan untuk menutup akaun semasa peribadi tersebut. Ada baki sebanyak RM2.21yang dilunaskan oleh teller bank berkenaan.

Jadi apa pendapat kawan2 tentang penggunaan buku cek pada hari ini?


Friday, 6 June 2014

Berapa Kali Seks Untuk Seminggu?


Assalamualaikum. Entri ini menceritakan kebaikan melakukan seks bagi pasangan suami-isteri. Kepada yg belum kahwin jangan sekali-kali melakukan seks di luar nikah, ok?

- Sekali Seminggu Untuk Tidur Sempurna-
Menurut Ahli Antropologi di Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, seks membuatkan otak anda merembes oxytocin yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur anda. Selain itu, lebih tidur bermaksud kurangnya rasa lapar sekali gus membantu anda mengurangkan berat badan.

- Dua Kali Seminggu Untuk Kesihatan-
Pasangan yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang berupaya untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit. Kajian turut menunjukkan mood yang terhasil selepas hubungan seks memainkan peranan yang penting untuk anda kekal sihat.

- Tiga Kali Seminggu Untuk Jantung-
Menurut kajian dari Universiti Bristol, seks tiga kali seminggu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana seks membantu kadar denyutan jantung sekali gus memperbaiki pengaliran darah di dalam badan.

- Empat Kali Seminggu Untuk Awet Muda-
Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh telah menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan seks empat kali seminggu akan kelihatan empat sehingga tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang melakukan hubungan seks. Ini adalah kerana, seks menghasilkan hormon pertumbuhan manusia yang membantu mengurangkan lemak badan dan membantu memberikan kulit yang cantik.

- Lima Kali Seminggu Untuk Prestasi Kerja-
Seks yang dilakukan sebanyak lima kali seminggu mampu meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti sekali gus membuatkan anda lebih positif dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia. Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di pejabat.

- Enam Kali Seminggu Untuk Menjadi Lebih Pandai-
Seks menggalakkan pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Bukan itu sahaja, menurut kajian, seks sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan sel-sel otak yacng baru.

- Tujuh Kali Seminggu Untuk Kurangkan Stress-
Seks setiap hari mampu mengurangkan tekanan. Menurut seorang doktor di California, seks yang kerap boleh mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.

- Tujuh Kali Sehari
Sama ada anda gila atau isteri anda merupakan seekor badak sumbu. Hahahahaha

Wednesday, 4 June 2014

Jangan menunggu


Assalamualaikum kawan2 yang dihormati sekalian. Berikut Abe Kie senaraikan 13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari. Selamat membaca ye? Terima kasih.


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….

5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang utk Allah, tapi luangkan waktu utk Allah.


Monday, 2 June 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH


Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 yg dihormati sekalian? Harap semuanya dalam keadaan sihat. Cuti sekolah ni pergi melancong ke mana2 ke? Harap perjalanan kalian dirahmati Allah. Pada kesempatan ini, izinkan Abe Kie berkongsi artikel yang bermanfaat yg semesti diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Selamat membaca dan beramal!

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN

Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Sunday, 1 June 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah


Assalamualaikum,

Pada cuti sekolah ini abe kie join segmen yg dianjurkan oleh cikgu ayuinsyirah. Sambil2 menanda kertas jawapan exam baru lalu luangkan masa utk blogwalking n cari kenalan baru. Kepada kwn2 yg nak join, sila klik banner di atas. Mudah sangat syaratnya. Selamat berjaya!
;