Friday, 30 May 2014

Perlu tambah dua lagi ibu


Assalamualaikum. Jenaka di bawah sangat sesuai ditujukan kepada para suami yg bercadang nak kahwin satu lagi. Sangat melucukan. Buat penghibur hati yang berduka lara hari ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, seorang ayah bertanya kepada anak lelakinya yang berusia 7 tahun...

Ayah : "Adik faham tak kuliah yang ustaz sampaikan di masjid tadi?". Anak : "Faham..ayah.."
Ayah : "Apa yang adik faham?"
Anak : " Ustaz tadi kata.. seorang anak wajib lebih mengutamakan ibunya daripada ayahnya".
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Ibunya "
Ayah : " Selepas tu? "
Anak : " Selepas tu barulah bapanya "
Ayah : " Jadi berapa ibunya? "
Anak : " Tiga "
Ayah : " ...dan berapa bapanya? "
Anak : " Satu "
Ayah : " Adik ada berapa ibu? "
Anak : " Satu "
Ayah : " jadi adik kurang berapa lagi ibu? "
Anak : " Kurang lagi dua "
Ayah : " Haa... Kalau macam tu, sampai rumah nanti cakap dengan ibu macam tu ye..."

Anak jawab sikit lagi.

Ini jawapan anak....kpd bapak.......... Samb dari cerita kat atas...

Anak: tapi ayah, ustaz tu kata, kalau x mampu adik kena ada satu mak je.

Ayah : ayah mampu laaa. Tu sbb suruh adik ckp kat mak

Anak : adik rasa ayah x mampu sbb masa cikgu English ajar kat sekolah pun kalau ada banyak kena tambah 's' jadi kalau ayah tambah lagi 2 mak, ayah jadi "mampuS". Nak ke? Hehehe...

Wednesday, 28 May 2014

Setiap kejadian ada hikmahnya


Assalamualaikum. Saya mendapat artikel ini dari kumpulan whatsapp alumni SMACH90. Terdetik hati abe kie untuk berkongsi entri yg menarik ini kerana ia mengajar kita agar tidak mengeluh terhadap apa yg berlaku kepada kita kerana sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya. Hanya Allah sahaja yg tahu apa yg terbaik buat kita. Wallahualam. Sila hayati ya, kwn?

Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan. Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat.

Beliau pergi ke bilik penerangan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?"

Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam."

Dr. Ishan setuju dengan cadangan pegawai tersebut dan lalu dia menyewa sebuah kereta. Baru berjalan 5 minit, tiba-tiba cuaca mendung disusuli dengan hujan lebat yang mengakibatkan jarak pandang sangat terhad.

Setelah berlalu hampir 2 jam, dia tersedar yang dia telah tersesat dan terasa keletihan. Kelihatan sebuah rumah kecil tidak jauh dari hadapannya, lalu dia singgah di rumah tersebut. Dia mengetuk pintu dan terdengar suara seorang wanita tua: "Sila masuk, siapa ya?"

Dia masuk dan meminta kepada wanita tua tersebut untuk berehat dan mahu meminjam telefon. Wanita tua itu tersenyum dan berkata: "Telefon apa nak? Apa kamu tidak sedar ada di mana? Di sini tidak ada elektrik, apalagi telefon. Namun demikian, masuklah dahulu untuk berehat, tunggu sebentar saya buatkan teh dan sedikit makanan untuk menyegarkan dan mengembalikan kekuatan kamu. "
Dr. Ishan mengucapkan terima kasih kepada ibu itu, lalu memakan hidangan. Sementara wanita tua itu bersolat dan berdoa, doktor tersebut perlahan-lahan mendekati seorang kanak-kanak yang terbaring tidak bergerak di atas katil di sisi wanita tua tersebut dan dia kelihatan gelisah. Wanita tua tersebut meneruskan solatnya dengan doa yang panjang.
Doktor mendatanginya dan berkata: "Demi Allah, anda telah membuat saya kagum dengan keramahan anda dan kemuliaan akhlak anda, semoga Allah memakbulkan doa-doa anda."
Berkata wanita tua itu: "Nak, anda ini adalah ibnu sabil yang sudah diwasiatkan Allah untuk dibantu. Sedangkan doa-doa saya sudah dimakbul Allah semuanya, kecuali satu"

Bertanya Dr. Ishan: "Apa doanya?"

Wanita tua itu berkata: "Anak ini adalah cucu saya, dia yatim piatu. Dia menderita sakit yang tidak boleh diubati oleh doktor-doktor yang ada di sini. Mereka berkata kepada saya ada seorang doktor pakar bedah yang mampu menyembuhkan, namanya Dr. Ishan. Tetapi dia tinggal jauh dari sini dan tidak mungkin untuk saya membawa anak ini ke sana. Saya bimbang jika berlaku apa-apa semasa dalam perjalanan. Makanya saya berdoa kepada Allah agar memudahkannya."
Menangislah Dr. Ishan dan berkata sambil teresak: "Allahu Akbar, Laa haula wala quwwata illa billah. Demi Allah, sungguh doa ibu telah membuat pesawat rosak dan perlu diperbaiki lama serta membuat hujan petir dan menyesatkan saya, hanya untuk mengantarkan saya ke sini secara cepat dan tepat. Sayalah Dr. Ishan, sungguh Allah swt telah menciptakan sebab seperti ini kepada hambaNya dengan doa. Ini adalah perintah Allah kepada saya untuk merawat anak ini."
๐Ÿ’–๐Ÿ’–๐ŸŒผ
Jangan berputus asa untuk berdoa wahai sahabatku.

๐Ÿ’–
Setiap kita ada hajat n rintihan tersendiri... Jom perbanyakkan doa.... 

Monday, 26 May 2014

Tazkirah Empat Perkara



Assalamualaikum. Pada entri kali ini izinkan abe kie berkongsi satu tazkirah yg abe kie pasti akan memberi manfaat kepada kita semua. Semoga ia dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian kita.


ุฃู‚ูˆู‰ ูจ ุฃุทุนู…ู‡ ู„ุชู‚ูˆูŠุฉ ุงู„ู…ู†ุงุนู‡ ูˆุชุญุทูŠู… ุงู„ุฃู…ุฑุงุถ:
  Lapan jenis makanan yg paling baik mencegah penyakit
ุงู„ุฑู…ุงู† delima
ุงู„ุฑูˆุจ yogurt
ุงู„ุซูˆู… bawang putih
ุงู„ุจุตู„bawang besar
ุงู„ุดุงูŠ ุงู„ุฃุฎุถุฑteh hijau
ุงู„ุดูˆูุงู† oat
ุงู„ู‚ุฑุน labu
  ุงู„ุจุฑูˆูƒู„brokoli
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ุซู„ุงุซุฉ ุฃุดูŠุงุก ุชู…ุฑุถ ุงู„ุฌุณู… :
Tiga perkara membawa penyakit
1) ุงู„ูƒู„ุงู… ุงู„ูƒุซูŠุฑ .banyak bercakap
2) ุงู„ู†ูˆู… ุงู„ูƒุซูŠุฑ .banyak tidur
3) ุงู„ุฃูƒู„ ุงู„ูƒุซูŠุฑ .banyak makan
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ูˆุฃุฑุจุนุฉ ุฃุดูŠุงุก ุชู‡ุฏู… ุงู„ุจุฏู† :
Empat perkara merosakkan badan
1) ุงู„ู‡ู… .dukacita
2) ุงู„ุญุฒู† .sedih
3) ุงู„ุฌูˆุน .kebulur
4) ุงู„ุณู‡ุฑ .tak tidur mlm
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ูˆุฃุฑุจุนุฉ ุชุฒูŠุฏ ููŠ ู…ุงุก ุงู„ูˆุฌู‡ ูˆุจู‡ุฌุชู‡ :
Empat perkara menambah seri wajah
1) ุงู„ุชู‚ูˆู‰ .taqwa
2) ุงู„ูˆูุงุก .jujur
3) ุงู„ูƒุฑู… .pemurah
4) ุงู„ู…ุฑูˆุกุฉ .jaga kehormatan
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ูˆุฃุฑุจุนุฉ ุชุฌู„ุจ ุงู„ุฑุฒู‚ :
Empat perkara menarik rezeki
1) ู‚ูŠุงู… ุงู„ู„ูŠู„ .qiamulail
2) ูƒุซุฑุฉ ุงู„ุงุณุชุบูุงุฑ ุจุงู„ุฃุณุญุงุฑ.byk istighfar waktu 2/3mlm
3) ุชุนุงู‡ุฏ ุงู„ุตุฏู‚ุฉ .biasa bersedeqah
4) ุงู„ุฐูƒุฑ ุฃูˆู„ ุงู„ู†ู‡ุงุฑ ูˆุขุฎุฑู‡.berzikr waktu awal pagi dan petang
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ูˆุฃุฑุจุนุฉ ุชู…ู†ุน ุงู„ุฑุฒู‚ empat perkara menjauhkan rezeki
1) ู†ูˆู… ุงู„ุตุจุญ .tidur waktu pagi
2) ู‚ู„ุฉ ุงู„ุตู„ุงุฉ .sedikit bersolat
3) ุงู„ูƒุณู„ .malas
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ูƒู„ู…ุง ู‡ู…ู…ุช ุจูุนู„ ู…ุนุตูŠุฉ ุชุฐูƒุฑ ุซู„ุงุซ ุขูŠุงุช:
Setiap kali ingin membuat maksiat ingati tiga ayat
1-"ุฃู„ู… ูŠุนู„ู… ุจุฃู† ุงู„ู„ู‡ ูŠุฑู‰"
"Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah sedang melihat"
2-"ูˆู„ู…ู† ุฎุงู ู…ู‚ุงู… ุฑุจู‡ ุฌู†ุชุงู† "
"Sesiapa yg takut kpd maqam tuhannya baginya dua syurga"
3-"ูˆู…ู† ูŠุชู‚ ุงู„ู„ู‡ ูŠุฌุนู„ ู„ู‡ ู…ุฎุฑุฌุข“
"Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah. Dia jadikan baginya jalan penyelesaian"
ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€
ุฅุฐุง ุฃุนุฌุจุชูƒ ู‡ุฐู‡ ุงู„ูƒู„ู…ุงุช
ู„ุง ุชุจุฎู„ ุจู‡ุง ุนู„ู‰ ุงุตุญุงุจูƒ ูˆุงุญุจุงุจูƒ .. !!
Kalau kawan2 kagum dgn kalimah2 ini jgn kedekut untuk sebarkan kpd kawan2 yang lain dan org yg kawan2 kasihi

Friday, 23 May 2014

Cara Untuk Menambahkan Berat Badan


Assalamualaikum kawan2 yang disayangi sekalian,

Entri kali ni saya buat atas permintaan ramai, terutamanya kawan2 setugas dan murid2 abe kie yang begitu prihatin akan perubahan bentuk badan abe kie yang tidak semontel dulu. Mereka bertanya kenapa abe kie semakin kurus. Bimbang juga kalau abe kie ni kena penyakit. Kebanyakan dari mereka mahu abe kie memiliki badan yang sedikit berisi agar nampak mantap bila berjalan-jalan. Sebenarnya abe kie makan macam biasa cuma berat ni je yang x nak naik2. Makin turun ada la.

Sebelum Ramadan lalu berat abe kie 82kg. Tapi selepas raya ia turun kepada 76kg. Biasanya berat abe kie akan kembali ke tahap asal tapi sehingga hari ini cuma cecah 78kg aje. Ini tak boleh jadi. Sesuatu harus dilakukan. Jadi untuk entri kali ini abe kie telah meng-GOOGLE-kan diri sendiri, :') untuk mencari info yang berguna untuk menambahkan berat badan. Diharapkan kwn2 suka dan dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian korang. :) 

Berikut ialah tips yang abe kie sedang amalkan untuk menambahkan berat badan.

1) Makan 5-6 kali sehari.
Ingat ayat ni, "to get BIG, you have to eat BIG!" Makan makanan yang berkarbohidrat tinggi macam roti dan nasi, tapi hindarilah junk food yer kawan-kawan, kalau korang rasa makan junk food dapat tambahkan berat badan , ya mungkin betul tu. Tapi cara ini tak sihat sama sekali, percayalah berat badan korang mungkin bertambah tapi jangka hayat korang nescaya semakin berkurang. So, JANGAN! Ikutlah cara sihat, banyak lagi cara lain selain makan benda macam tu. 

 2) Bersukan dan olahraga.
Sukan atau olahraga sebenarmya dapat membantu menambahkan berat badan kerana apabila banyak tenaga yang keluar, korang mesti akan berasa lapar. Tapi memang umum tahu sukan ni sangat bagus untuk kesihatan, jadi rajin-rajinlah bersukan. 

3) Kurangkan merokok.
Bagi perokok pulak, usahakan untuk kurang atau lebih baik berhenti terus dan gantikan aktiviti merokok dengan mengunyah sesuatu seperti keropok, gula-gula getah dan sebagainya. 


4) Minum susu/milo/horlicks.
Sebelum tidur minumlah minuman yang hangat seperti minuman milo, susu dan horlicks. Susu khususnya, selain sihat juga dapat menggemukkan badan korang, khususnya susu full cream. Disarankan untuk minum susu jenis full cream dua kali sehari. 

5)Tidur sebanyak yang mungkin :D
Ni memang kena dengan jiwa saya. Saya suka tidur! hahahha. Korang disarankan tidur pada waktu siang sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam. Lagipun tubuh kita perlukan 8 jam minimum untuk berehat. So carilah masa untuk tidur, tau? 

6) Amalkan LEMAK BAIK, hindari LEMAK JAHAT
Lemak jahat ni macam kek, candy, chips dan makanan fast food macam McD, KFC, semua tu la. Yang ni korang kena hindari untuk mengelakkan penyakit. Lemak baik ni adalah makanan yang ada tinggi protein, tapi kurang lemak. Contohnya adalah ikan tuna (dan segala jenis seafood yang lain), dada ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan selainnya. Ha.. yang ni baru korang leh makan selalu, k? 

7)Supplement?
Untuk tambahkan berat badan korang tak perlu pun benda alah ni, tapi memang benda ni berkesan untuk buat korang gemuk dengan cepat. Tapi benda ni hanya boleh diambil apabila ada good diet dan training program yang konsisten dan teratur. Boleh cuba minum susu weight gain yg boleh dibeli di farmasi. Tapi harganya mahal lah jugak..

Okay, itu saja tips yang dapat abe kie cari. abe kie ambik sini sikit, ambik sana skit, jadilah informasi macam yang tertera di atas.

:D Kalau korang ada nak kongsi tips kat bahagian komen dipersilakan. Sharing is caring kan? ;) So, again...Good luck kepada yang nak cuba tambah berat tuh! :) Termasuklah abe kie sekali!!!!

Wednesday, 21 May 2014

Sambutan Hari Lahir di Pizza Hut

Sebelum menjamu selera, abe kie memberikan pose yang istimewa dulu!

Assalamualaikum,

Seperti yang kawan2 sedia maklum, pada 19 Mei lalu abe kie menyambut hari lahir ke 41. Syukur kpd Allah yg telah memberikan peluang kepada abe kie menyedut udara di muka bumi ini sehingga saat dan ketika ini.  Pada hari Isnin lepas abe kie menerima sedikit hadiah dari kawan2 dan anak murid sempena hari lahir tersebut. Lebih meriah kerana sambutan hari guru peringkat sekolah juga diadakan pada hari yang sama.

Pada malamnya, abe kie membawa anak2 (Anis, Alis dan Alin) utk menjamu selera di Pizza Hut, Tanah Merah, Kelantan. Sudah lebih setahun abe kie tak ke sana. Jadi apa salahnya sekali-sekala berbelanja lebih sikit sempena hari yang istimewa ini. Kami pergi ke sana selepas solat Isyak. Sebaik sahaja sampai, abe kie memesan 2 keping pizza regular, roti bawang putih, sup cendawan dan air revive. Hampir 10 minit juga kami menanti pesanan tersebut.

Antara hadiah teristimewa yang abe kie terima pada hari lahir lalu. Jauh dari Melaka tau!

Kami makan dengan berselera sekali. Anak2 x dapat menghabiskan pizza tersebut jadi terpaksalah abe kie bungkus untuk dibawa pulang. Setelah membayar bil sebanyak RM66 kami pun pulang untuk beradu. Mujurlah rumah kami x jauh. Cuma 1.5km dari pekan. Mungkin untuk sambutan hari lahir Anis yg ke 11 nanti kami akan menjamu selera di Secret Recipe pula. In sha Allah.

Monday, 19 May 2014

Permohonan menjadi ahli NUTP sudah diluluskan


Assalamualaikum,

Abe Kie mula berkhidmat di sektor pendidikan pada 16 September 1997 dimana sekolah pertama abe kie ialah SMK Majakir, Papar, Sabah. Semasa di sana ada kwn2 yg jemput abe kie join NUTP tetapi hati abe kie belum terbuka untuk mendaftar sehinggalah November 2013 apabila abe kie tertarik dengan plan takaful berkelompok yg ditawarkan oleh NUTP. Lalu abe kie meminta borang pendaftaran dgn wakil NUTP sekolah iaitu Puan Yap. Rasanya pd bulan 11 gak dia hantar borang tu ke pejabat NUTP Kota Bharu, Kelantan.

Namun hanya pada 8 Mei 2014 abe kie menerima kad keahlian NUTP. Mengapa lambat ni? Tak apalah, janji dapat akhirnya. Untuk bulan pertama sebanyak RM44 akan dipotong dari gaji abe kie. Manakala untuk bulan kedua dan seterusnya RM6 akan dipotong. OKlah tu. Paling tidak kita ada sokongan dari badan kesatuan jika sesuatu berlaku kepada kita, para guru kelak. 

Seperti yang abe kie baca dalam laman web NUTP atau KPKK, ia sedia memberi bantuan dalam menyelesaikan masalah-masalah seperti:

    * Perlantikan
    * Pengesahan jawatan
    * Kenaikan Pangkat
    * Pertukaran
    * Gaji
    * Cuti
    * Pencen
    * Kejanggalan dalam Perkhidmatan
    * Kes Disiplin Guru
    * Bebanan Tugas
    * Persengketaan dengan Pihak Atasan
    * Kebajikan Guru
    * Bantuan guaman dan khidmat nasihat

Selain dari itu, NUTP atau KPPK juga menyediakan:

    * Insurans Kelompok
    * Koperasi KPPK Berhad
    * Tagung Khiarat Kematian
    * Pusat Maklumat
    * Majalah Guru Malaysia
    * Menganjur Seminar, Taklimat, Kursus, Bengkel dan Lawatan sambil belajar

Jadi apa lagi? Kepada rakan2 guru yang masih belum menjadi ahli NUTP, silakan mendaftar sekarang juga melalui wakil sekolah anda. Setiap tahun kita akan menerima 'yearly planner' dan buletin NUTP setiap 3 bulan sekali. Jom kita?

P.S. Abe Kie sengaja tak padam no KP sebab nak bagi 'hint' kepada kwn2 yang hari ini, 19 Mei 2014 Abe Kie genap 41 tahun! Hmm...kalau nak kirim hadiah atau kad tu silakanlah. Hehehehehe...


Friday, 16 May 2014

Nasi Kerabu RM3 3 Lauk


Assalamualaikum,


Sarapan pagi di Kelantan menawarkan pilihan nasi yang pelbagai seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, nasi tumpang, nasi lemak dan lain-lain lagi. Terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual sarapan pagi ini. Jadi sekiranya berkunjung ke Kelantan, jangan bimbang nak makan apa kerana pilihan di sini terlampau banyak dan murah pula tu.

Memandangkan kantin sekolah abe kie menjual makanan seperti harga di hotel, maka terpaksalah abe kie membeli sarapan pagi di gerai tepi jalan dalam perjalanan ke sekolah. Gerai pilihan abe kie ialah gerai bekas pelajar SPM 2009 yang bernama Latifah. Harga makanan di sini memang murah dan sedap pulak tu! Antara menu yang disediakan ialah nasi kerabu lauk ayam dan daging bakar, nasi lauk gulai serati, nasi lauk ayam kampung, meehoon goreng, laksam, laksa, nasi lauk tongkol dan lain2 lagi.

Kelihatan di dalam gambar di atas ialah nasi kerabu tiga lauk yang abe kie beli pada harga RM3 sahaja! Ada lauk daging bakar, ikan rebus goreng dn telur masin. Sebenarnya abe kie minta Tipah bubuh 2 lauk aje tapi dia ni pemurah dan tambah satu lagi. Maklumlah kan, dia masih ingat jasa gurunya ini. Huh! Harga nasi satu lauk dan sayur di kantin sekolah abe kie biasanya RM6. Tadi abe kie makan lauk ikan selar goreng kicap dan nangka rebus cicah budu. Nak tahu berapa harganya? RM7! Nak cepat kaya ke?

Apa-apa pun abe kie kena bijak mencari gerai atau restoran yang menawarkan harga terendah pada rasa yang paling sedap!

Wednesday, 14 May 2014

Jangan sakiti hati isteri


Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 yg dihormati sekalian? Pada hari ini abe kie ingin berkongsi satu entri yg bakal membuka minda suami-isteri sekalian. Harap baca sampai habis, ye?

Soalan:

"Kalau isteri sakitkan hati suami, tandanya derhaka pada suami. Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?"

Jawapan Ustaz :

"BERDOSA juga lah. Cuma tidak ada istilah suami derhaka pada isteri, tapi suami akan ditanda Malaikat sbgai derhaka pd Allah SWT.

Karena isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan, pakaian mu dijaga.
Kerana isteri, tenang hati mu.
Kerana isteri, lembut pemandangan mata mu.
Kerana isteri adalah satunya manusia yang boleh melihat cacat cela mu yang tersembunyi dari pandangan mata mu dan masih menerima mu seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil di mata mu, baginya besar bagi dirinya.
Setiap peluh yang menitik, yang dikerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya adalah salah satu tanda, dia isteri yang terbaik buat anda wahai yang bergelar suami.

Renungan sepintas lalu...

 Mengapa WANITA sering menangis?

 Jawab Allah :
Kerana WANITA itu unik.

Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.

 KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
 KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
 KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
 KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
 KU beri dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yg disayangi.
 WANITA makhluk kuat.
Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana KU beri air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
 WANITA sangatlah istimewa...

๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ Siarkan pd lelaki agar mereka menghargai WANITA dan agar tau bahwa WANITA.....ciptaan Allah yg istimewa..

Monday, 12 May 2014

Jadual kelas tambahan SPM yang padat


Assalamualaikum,

SPM akan bermula pada 3 November 2014 nanti. Sekarang para pelajar sibuk mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan pertengahan tahun yang baru bermula hari ini. Tak lama lagi kami guru-guru pula yang perlu bertungkus-lumus memeriksa skrip jawapan murid-murid.

Demi memastikan sekolah abe kie mengekalkan kedudukan sebagai sekolah terbaik di PPD bagi SPM, pengetua telah merancang pelbagai aktiviti yang melibatkan guru-guru dan murid-murid. Antara program yang dijalankan ialah kem teknik menjawab soalan, seminar subjek kritikal, pertukaran pelajar dengan SBP, kelas tambahan petang, malam dan hujung minggu dan perjumpaan dengan ibubapa calon SPM.

Jadual harian calon SPM sekolah abe kie memang padat. Kelas biasa akan bermula pada jam 7.40 pagi sehingga 2.00 petang bagi murid-murid kelas kemanusiaan. Manakala murid-murid kelas sains kelas mereka tamat setengah jam kemudian. Selepas itu mereka akan mengikuti kelas tambahan petang selama 1 jam. Biasanya sebelum 4.00 petang mereka sudah mengosongkan kelas masing-masing. 

Pada jam 8.30 malam kebanyakan dari mereka akan datang ke sekolah untuk mengikuti kelas semalam sehingga jam 10.30 malam. Pengisian kelas malam lebih santai dimana murid-murid membuat latihan dan kemudiannya perbincangan diadakan dengan guru. 

Setelah selesai kelas malam, murid-murid akan pulang ke rumah masing-masing untuk menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan oleh guru-guru. Kadang2 mereka menghabiskan masa dengan membuat ulangkaji topik yang telah dipelajari pada paginya.

Pada hari Jumaat dan Sabtu juga mereka terpaksa datang ke sekolah untuk kelas tambahan yang dianjurkan secara tidak rasmi oleh guru-guru lain.

Melihatkan kepada jadual harian padat calon2 SPM di sekolah, abe kie merasa kasihan kepada mereka kerana mereka kekurangan waktu rehat. Tambahan pula sekolah abe kie tiada asrama, jadi mereka banyak membazirkan masa di atas jalanraya. Semoga mereka dapat mengharungi segala cabaran dan dugaan ini demi kejayaan SPM 2014 nanti. In Sha Allah.

Sunday, 11 May 2014

The Liebster Award - Abe Kie Ditag Oleh Mamaniza

Ditag oleh  : Mamaniza

Assalamualaikum.

Cantikkan banner dari Liebster Award ini. Apa yang menariknya, "games" ini memerlukan kita menjawab soalan dan menyediakan soalan kepada mangsa tag kita yang seterusnya. Perkara ini merupakan syarat dalam permainan ini. Jawab soalan dari blogger yang tag kita, kemudian kita pula menyediakan beberapa soalan agar blogger yang menjadi mangsa tag kita itu pula menjawab soalan yang disediakan oleh kita.

Walaupun agak berbelit, tapi ABE KIE rasa anda akan faham permainan ini. Tujuan: Supaya kita akan lebih mengenali antara sesama kita. Sekali sekala begini rasa fun bukan? Mari, ABE KIE jawab soalan cepumas Mamaniza.


1. Apa yang anda buat bila berseorangan?
* Abe Kie akan membaca majalah, surat khabar atau buku bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
 
2. Cara anda menunjukkan kasih sayang pada insan tercinta?
* Dengan membelikan hadiah istimewa pada hari lahirnya.
 
3. Siapakah cinta monyet anda waktu sekolah dulu?
* Tak pernah bercinta semasa di sekolah mahu pun di kampus.
 
4. Target masa depan anda?
* Mencukupkan duit bagi menunaikan ibadah haji. In Sha Allah.
 
5. Lelaki/Perempuan yang bagaimana idaman anda?
* Perempuan yang sanggup bersama saya pada masa susah dan senang.
 
6. Tujuan utama anda berblog?
* Untuk menambah kenalan, berkongsi cerita dan ilmu pengetahuan dan menjadi popular gitu!
 
7. Perkara yang membuatkan anda mengeluarkan air mata.
* Bila mengenangkan dosa-dosa lampau.
 
8. Apa perkara yang paling buat anda menyesal sebab tak dapat lakukan?
* Tidak sempat menunaikan solat jenazah untuk arwah ibu.
 
9. Apa dan siapa pendorong semangat anda?
* Rasa ingin maju dan anak-anak.
 
10. 3 perkataan mengambarkan diri anda.
* pemalu, baik hati dan penyayang.
11. 3 perkara terindah dalam hidup anda.
* mendapat anak pertama, dinaikkan pangkat dan berbakti kepada ibu semasa hayatnya.

Setelah menjawab kesebelasan soalan beliau, kini ABE KIE mencari mangsa untuk ABE KIE tag pulak dan sila jawab soalan cepumas ABE KIE ini dengan jujur, tak buat siap korang! hahaha (gelak jahat)
 
SOALAN-SOALAN MAUT ABE KIE
 
1. Siapakah date pertama anda dan di manakah anda berdating dengannya?
2. Nyatakan tiga saat terindah di dalam hidup anda.
3. Apakah kereta/motosikal pertama yang anda miliki?
4. Apakah menu masakan yang pertama sekali anda belajar dari ibu tersayang?
5. Sekiranya anda mengalami tekanan, apakah yang anda lakukan?
6. Di manakah anda mendapat pendidikan tinggi?
7. Destinasi pelancongan yang paling jauh pernah anda pergi?
8. Apakah tujuan anda menulis blog?
9. Sekiranya kawan baik anda sendiri menikam anda dari belakang, apakah tindakan anda?
10.Siapakah individu yang telah mengubah hidup anda?
11. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda buat sekarang, apakah pekerjaan yang bakal anda ceburi?
   
MANGSA TAG : 
 
1. http://norminieza.blogspot.com
2. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com
3. http://mazaaida.blogspot.com
4. http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com
5. http://realiticikpin.blogspot.com
6. http://myblogsantai.blogspot.com
7. http://wafacw.blogspot.com/
8. http://lagunamerbok.blogspot.com
9. http://www.khirkhalid.com
10. http://ourmemoria.blogspot.com
11. http://www.nazlee.com   
 
SOALAN-SOALAN ABE KIE :

1. Apa yang anda buat bila berseorangan?
2. Cara anda menunjukkan kasih sayang pada insan tercinta?
3. Siapakah cinta monyet anda waktu sekolah dulu?
4. Target masa depan anda?
5. Lelaki/Perempuan yang bagaimana idaman anda?
6. Tujuan utama anda berblog?
7. Perkara yang membuatkan anda mengeluarkan air mata.
8. Apa perkara yang paling buat anda menyesal sebab tak dapat lakukan?
9. Apa dan siapa pendorong semangat anda?
10. 3 perkataan mengambarkan diri anda.
11. 3 perkara terindah dalam hidup anda.
 
NOTE : Sila jawab dengan jujur ye! Dan tag rakan-rakan anda yang lain...

Friday, 9 May 2014

Jalan-Jalan Ke Demong Beach Resort, Besut, Terengganu

Anak-anak abe kie pantang melihat kolam. Mahu terjun dan mandi sampai kesejukanlah mereka!

Anak-anak abe kie ni memang suka mandi kolam. Kalau pergi menginap di hotel, kolamlah tempat mereka lepak untuk mandi-manda. Pernah juga abe kie belikan kolam plastik di pasaraya tu. Tapi sekejap je mereka guna. Lepas tu masuk stor. Huhuhuhu


Pemandangan di Pantai Demong berlatarbelakangkan sebuah pulau tak berpenghuni

Pada hari Jumaat lepas, abe kie dan anak-anak telah pergi ke Demong Beach Resort, Besut, Terengganu. Turut serta ialah anak saudara ayah kie yang sedang menunggu kemasukan UPU. Kami bertolak pada jam 3.30pm dan perjalanan mengambil masa cuma 1 jam.

Macam tak ada mood je nak bergambar sebab masih letih dan mengantuk

Sampai je di resort berkenaan, terus anak-anak abe kie menuju ke kolam renang. Sebenarnya kolam tu untuk tetamu aje tapi kami menyelinap masuk bersama tetamu2 berdaftar. Lagipun pihak resort tak check pun! Dekat sejam juga la mereka mandi-manda di kolam itu.

Pasir yang tebal menyukarkan kami melangkah kaki ini

Selepas mandi, kami bersiar-siar ke Pantai Demong yang indah itu. Kebetulan pada masa itu, ada sebuah sekolah menengah di Machang, Kelantan sedang mengadakan program hari keluarga. Jadi macam ramailah orang kat pantai tu.


Abe Kie nampak kurus sikit. Sejak lepas Ramadan lalu berat tak naik2 biar pun makan banyak!

Kami bertolak pulang pada jam 6.15pm dan sampai di kampung sejam kemudian. Anak-anak abe kie mahu datang lagi tapi abe kie dah tak larat nak memandu ke sana.Tunggulah bila cuti sekolah akan datang, kami pasti akan ke sana lagi.

Wednesday, 7 May 2014

Saya sudah menggunakan domain sendiri


Assalamualaikum,

Setelah menulis blog sejak September 2007 kini tibalah masanya untuk abe kie membeli domain sendiri. Keinginan itu sudah lama cuma kewangan je yang belum mengizinkan. Sebenarnya abe kie sudah menggunakan dua domain sebelum ini iaitu www.jukdin.com dan www.juk.my namun setelah menggunakan domain2 itu selama setahun abe kie enggan meneruskan penggunaan kerana bebarapa masalah teknikal. Namun lewat April lalu abe kie mula berkira untuk membeli domain baru.

Dalam pencarian syarikat pembekal domain abe kie berkenan dgn www.ecommercemastery.com kerana harga domainnya yg murah iaitu RM30/thn. Terus abe kie beli. Rupa2nya ianya indah khabar dari rupa. Servis sykt ini memang teruk. Bila hantar tiket langsung x dijawab biarpun mrka kata dlm masa 24 jam akan dijawab. Bila call pula tak diangkat langsung. Inilah jenis bumiputera yang x reti meniaga dan suka menindas bangsanya sendiri.

Lepas tu abe kie mencari2 sykt pendaftar domain yg baharu dan akhirnya memilih netkl.com. Harga domain RM35 dan kalau nak suruh mereka set up penukaran dari blogspot ke domain kena tambah RM3 je. Kira OKlah tu sebab x sampai 30 minit abe kie bank in duit di Maybank, domain www.zukidin.com telah berjaya didaftarkan. Pada mulanya abe kie bercadang nak setup sendiri setting blogspot ke domain tu. Tapi setelah mencuba selama 1 jam masih x dpt2 maka abe kie mengalah n memohon pihak netkl buatkan setelah abe kie bayar RM3. X sampai 5 minit selepas bayaran dibuat domain baharu www.zukidin.com sudah mula aktif dan boleh diakses! Cepatkan?

Ada beberapa kesan sesudah kita menukar domain. Pertama, ranking alexa dan google pagerank akan turun. Contohnya pada hari pertama penukaran domain, ranking alexa domain ialah 18 juta tapi 5 hari kemudian ia telah mengecil kepada 2 juta! Google pagerank memang x de dalam senarai lagi. Selain daripada itu, blog2 yg tersenarai dlm blog list abe kie juga telah hilang semuanya. Terpaksalah abe kie masukkan kembali satu demi satu. Masalah ketiga ialah dengan RSS feed yang hilang dan mengalami konflik dgn RSS blogspot yg lama. Abe kie jd bimbang gak bila entri terbaharu tidak tersenarai di reading list pengikut2 abe kie. Patutlah entri pertama dgn domain baharu tu kurang komen. Tapi syukurlah, sesudah 32 jam, RSS feed kembali normal.

Akhir kata penukaran kepada domain dotcom ini terus membakar semangat kpd abe kie untuk terus menulis entri2 yg bermanfaat kpd rakan2 blogger yg ada. Terima kasih kerana anda kerap berkunjung dan menulis komen di entri2 yg abe kie siarkan. Sokongan kalian amatlah abe hargai.

Monday, 5 May 2014

Pertandingan kantin ceria peringkat negeri Kelantan 2014

Murid-murid 5 Sains 2 nampak ceria bila kantin sekolah kami bersih dan cantik.

Buat julung kalinya sekolah abe kie telah dipilih untuk mewakili daerah ke peringkat negeri Kelantan di dalam pertandingan Kantin Ceria dan Bersih. Satu ahli jawatankuasa telah dibentuk oleh puan pengetua di mana abe kie menjadi ahli biasa aje. Memang banyak perkara la kena buat bila masuk pertandingan sebegini namun guru2 tetap patuh melaksanakan tugas dan tanggungjawab agar sekolah kami menang.

Nota-nota pelajaran diselitkan di bawah plastik alas meja. Sambil makan sambil makan.

Berita terkini dikhabarkan sekolah kami sedang mendahului sekolah2 lain di peringkat negeri. Kemungkinan besar akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Tapi kami sudah sedia untuk melakukan yang terbaik di KL nanti. Jemputlah datang ke kantin sekolah abe kie. Makanannya mahal tapi sedap.

Saturday, 3 May 2014

Testing


Ini cubaan sahaja...Syukur Alhamdulillah RSS feed blog ini sudah kembali normal. Dekat 32 jam ia bermasalah. Rungsing gak abe kie. OK, abe kie nak hasilkan entri2 yg best agar trafik meningkat dan blog ini disukai ramai. In Sha Allah...

Friday, 2 May 2014

RSS Feeds Untuk Domain Baharu Tidak Tersiar


Salam,

Saya menghadapi masalah dgn RSS feeds atau Atom apabila blogspot ditukat kpd domain sendiri (www.zukidin.com). Apabila saya publish entri pagi tadi, saya dapati entri tersebut tidak terpapar di Reading List Blogger Dashboard. Biasanya entri terbaharu saya akan terpapar di tempat berkenaan. Apabila rakan2 blogger membuka reading list mrka maka mrka akan perasan yg blog sy telah diupadate. Tp pd pagi td mrka x nampak pun entri ini

http://www.zukidin.com/2014/05/pertandingan-petanque-sempena-hari.html

Sebaliknya reading list masih memaparkan entri yg dihasilkan semasa sy masih menggunakan blogspot iaitu:

http://www.zukidin.com/2014/04/encourage-my-students-to-read-nst.html

Pengalaman sy yg dulu menunjukkan bila blogspot ditukar kpd domain, maka URL blogspot itu akan bertukar secara automatik kpd domain di blog list blog kwn2 tetapi kali ini tidak sedemikian. Patutlah sy x mendapat komen bagi entri terbaharu saya itu. Biasanya sebaik sahaja entri tersiar, pasti ada komen yg masuk.

Untuk double check perkara ini, saya memasukkan URL jukdin.blogspot.com dan www.zukidin.com di blog list blog sy yang lain iaitu http://abekie.blogspot.com. Hasilnya URL blogspot masih memaparkan entri 'encourage my students to read nst' manakala URL domain tidak menerbitkan apa2 entri.

Hairan betul saya...kenapa jukdin.blogspot.com masih wujud dan kenapa feeds blogspot tak automatically redirected to www.zukidin.com?

Saya benar2 berharap pihak tuan dpt menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih

Cikgu Zuki

Pertandingan Petanque Sempena Hari Keluarga Sekolah


Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 Abe Kie sekalian? Diharapkan semuanya sihat walafiat. Pada 26 April 2014 Kelab Guru dan Kakitangan sekolah Abe Kie telah menganjurkan Program Hari Keluarga di gelanggang permainan sekolah. Program bermula jam 8 pagi dengan acara makan-makan tapi Abe Kie lewat tiba namun makanan masih banyak. Syukur. Tahu tak bola apa yang Abe Kie pegang tu? Itulah bola petanque, satu sukan santai yang berasal dari Indo China. 


Tengok tu betapa banyaknya makanan dan minuman yang terhidang di atas meja! X kuasa Abe Kie nak habiskan. Makan banyak pun tapi badan makin kurus. Tak tahu kenapa? Huhuhuhuhu...


Pertandingan petanque diadakan bagi kategori guru-guru lelaki dan perempuan. Abe Kie, Pariza (pembantu makmal) dan Amir menganggotai Kumpulan Toyota. Pada peringkat kumpulan kami menang sekali dan kalah sekali. Bila masuk suku akhir bertemu dengan kumpulan guru yang ahlinya pernah mewakili sekolah. Tak sangka pula menang. Begitu juga di separuh akhir, terpaksa bertemu dengan wakil sekolah. Menang lagi! Pada final pula bertemu dengan suami kepada guru di sini dan murid-murid yang pernah memasuki separuh akhir negeri. Memang tuah mewakili kumpulan Abe Kie bila menang dengan keputusan 11-10. Itu pun hampir2 nak kalah sebab pada mulanya kami ketinggalan 1-8. Tapi kalau dah rezeki tak kan ke mana kan?


Inilah antara hadiah yang bakal dibawa pulang oleh Abe Kie. Anak2 AK juga memasuki pertandingan sukaneka. Anis mendapat tempat ketiga dalam acara merebut kerusi manakala adiknya Alin mendapat naib johan dalam acara yang sama. Cuma anak AK yg tengah, Alis mendapat hadiah saguhati.

;