Wednesday, 30 April 2014

Encourage my students to read the NST


Frankly speaking, getting my students to read is not easy as they find English materials are quite boring since they do not understand some of the words in those printed materials. But I finally find a solution to this problem by introducing newspapers in my classrooms.

Since last month, my school has been provided with fifty copies of the New Straits Times courtesy of an anonymous company under the School Sponsorship Programme. Two bundles of newspapers arrived at my school’s guard post every Thursday. Then, I will ask a few students to distribute the newspapers to the good and average classes as the students in those class will get the benefits from reading these newspapers.


There are sections for everybody. The boys will like the sports section while the girls might find the entertainment and fashion sections interesting. Yes, the weak ones would only just look at the pictures first. But as times goes by, they would definitely read the short and easy articles which is quite a good move. 


To utilize newspapers in my classroom, I will use the  Education or Newspaper in Education pullout attached. There are notes, exercises and language games which I think will sustain my students’ interest during lessons. The newspapers can be used as teaching aids in the classroom as using the textbook is out of date and cannot attract my students’ attention anymore.


I fervently hope the students of my school will improve their four basic language skills especially reading and writing through the uses of newspapers in the classrooms.

Monday, 28 April 2014

Lelaki Yang Ditunda Kematiannya


Kematian memang di tangan Allah. Tetapi mempercepat dan melewatkan kematian adalah hak Nya juga. Maka ada satu perkara yang boleh membuat kematian menjadi sesuatu yang boleh ditunda. Bagaimana caranya dan mengapa boleh terjadi? Baiklah kawan2ku yang dihormati. Pada kali ini Abe Kie mahu berkongsi jawapan bagi persoalan di atas. Sila baca kisah di bawah ini, ya? Terima kasih.

Kisah ini benar-benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim a.s. Suatu hari, Malaikat Kematian mendatangi Nabi Ibrahim dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?” 

“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. 

“Itu sahabat sekaligus muridku.” 

“Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinannya esok pagi.”

“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai esok pagi.” 

Selesai berkata seperti itu, Malaikat Kematian pergi meninggalkan Nabi Ibrahim. Hampir saja Nabi Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan perkawinannya malam ini, dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Ibrahim memilih kematian tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabi Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahawa anak muda tersebut tetap boleh melangsungkan perkawinannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabi Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya. 

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Izrail, apakah dia berbohong tempoh hari sewaktu memberitakan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?

Malaikat Kematian menjawab bahawa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya. 

“Apa sebab yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang perkawinannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. Justru itu, mempercepat dan melewat kematian adalah hak Allah. Dan Allah memberitahu pada Rasul-Nya, Muhammad bahawa sedekah itu dapat memanjangkan umur. Jadi, sesuatu yang dapat menunda kematian, itu adalah…sedekah. Maka, tengoklah kanan-kiri anda, lihat-lihatlah sekeliling kawan2. Bila kawan2 menemui ada satu-dua kesusahan di depan kawan2 maka sesungguhnya kawan2lah yang perlu memberi pertolongan. Kerana siapa tahu kesusahan itu diperlihatkan oleh Allah untuk memperpanjang umur kawan2. Cuma apakah kawan2 bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur kawan2.

Saudara-saudaraku sekalian, tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan sampai. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memanjang umur, malah juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan Khusnul khatimah.

Mudah-mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mendapat ampun oleh Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian pada masa mendatang. Mari bersedekah dengan hati yang ikhlas.

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

Friday, 25 April 2014

Jom kita masak laksam Kelantan


Salam kepada semua sahabat blogger. Kawan2 suka makan laksam ke? Laksam ini ialah makanan tradisional Kelantan yang kini sudah boleh didapati di seluruh negara. Masa kanak2 dan remaja dulu Abe Kie selalu membantu ibu mengukus laksam dengan menggunakan tudung periuk. Lepas tu dia suruh abe kie membuang tulang ikan sebelum menumbuk isi ikan itu lalu dicampurkan dengan santan untuk dibuat kuah.

Pada hari ini kita tak perlu lagi menyediakan laksam sendiri kerana ia sudah dijual di pasar seperti mee n kuetiaw. Kdg2 tu kuah laksam pun dijual sama. Cuma beli ulaman dan potong di rumah. Lepas tu boleh terus makan. Baiklah di sini abe kie ingin berkongsi resepi laksam. Sila buat di rumah ye selepas ini? TQ.


Resepi laksam (12 gulung)

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tpg gandum

sedikit garam
4 3/4 cawan air suam
3 sudu besar minyak masak

campur semua bahan2 diatas sehingga sebati...ketepikan sebentar.





* panaskan periuk kukusan..sediakan loyang atau penutup periuk aluminium yang
disapu dengan minyak masak

* masukkan bancuhan tpg tadi dlm loyang atau tudung periuk ...jgn tebal jgn
nipis...agak2 la ye..kalau saya guna 3 senduk setiap adunan ...kukus dlm 5 minit..

*angkat loyang/penutup periuk dan alirkan bawah dgn air paip supaya sejuk..

* guna hujung sudu atau bende yang boleh cungkil laksam ni kluar dr loyang...terus gulung dr loyang tersebut hingga habis..

*kukus lagi adunan laksam tadi sehingga habis..



kuah laksam 6 orang makan

3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
2 biji bwang sederhana besar
2 ulas bawang putih..
sedikit je halia
1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
sedikit belacan
1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
garam , gula
2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan

* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar
bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya
senang kisaran..

* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan
ikan

* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* masak hingga mendidih..dgn api sederhana


ulaman

kacang panjang
timun
tauge
kobis - semuanya dihiris halus..
belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam
sambal lada
sedikit belacan
lada merah
cili api merah
garam sikit _semuanya kisar/tumbuk halus



Wednesday, 23 April 2014

10 PERKARA LAGHO (MELALAIKAN)


Assalamualaikum,

Pada kesempatan ini Abe Kie ingin berkongsi 10 perkara yang melalaikan. Semoga kita dapat menjauhi perkara yang sia-sia ini.

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

والله اعلم

Monday, 21 April 2014

Beza Lelaki Soleh Dengan Lelaki Baik


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

Apa khabar kawan2 yang dikasihi sekalian? Pada kali ini Abe Kie ingin berkongsi tazkirah yang bertajuk Beza Lelaki Soleh Dengan Lelaki Baik. Diharapkan kawan2 sudi membacanya sehingga tamat dan berharap agar ia menjadi panduan kepada kita dalam menjadi lelaki yang baik lagi soleh. Terima kasih.

Lelaki mengikut definisi ulama; Seseorang manusia yang melepasi tahap baligh dan mumaiyiz. Definisi ini tidak digunakan dalam perbahasan mirath (harta perwarisan) yang tidak membezakan antara dewasa atau kanak-kanak.

PENCERAHAN :

“...Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. 
(QS,Ali Imran 133-134).


LELAKI YANG SOLEH :

1. Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat lima waktu, zakat dan puasa. Kemudian dia menambahkan yang sunat-sunat.
2. Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa-dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta anak yatim, riba, derhaka kepada orang tua dan lain-lain.
3. Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia akan mencegahnya.
4. Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas untuk berbuat yang lebih baik. 
5. Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk sentiasa bangun pada malam hari.
6. Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.
7. Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kpd ahli keluarganya.
8. Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya.
9. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Di depan keluarganya dia baik, dan ketika berjauhan dari keluarganya pun dia tetap baik.
10. Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi hanya takut kepada Allah yang selalu mengawasinya.


Rasulullah SAW bersabda :
“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. 
(HR: At-Tharbawi dan Al-Hakim)


LELAKI YANG BAIK :

1. Sentiasa memakai pakaian yang sopan, kemas dan rapi. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu berpakaian ke pejabat atau bersukan.
2. Seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga teratur dan skema habis !
3. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Setia dengan pasangannya walaupun dia mempunyai ramai kenalan perempuan. Tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulannya pula biasanya sama sepertinya.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. Seorang yang 'Family Man'
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa kecemasan. Relax saja...


KESIMPULAN :


Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Lelaki yang baik tidak semestinya soleh. Tetapi lelaki yang soleh semestinya baik. Lelaki yang pergi masjid belum tentu soleh. Tetapi lelaki yang soleh pasti ke masjid. Oleh itu menjadi lelaki yang soleh seharusnya menjadi target kita kerana KPI ini telah ditetapkan Allah SWT. 
Wallahu a'lam.

Sunday, 20 April 2014

Segmen Blogwalking By DayangDeno


Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 yang dihormati sekalian? Pada kali ini Abe Kie ingin mengajak kawan2 menyertai Segmen Blogwalking By Dayang Deno. Syarat2nya mudah aje. Untuk join segmen ni, sila klik banner yang berkelip2 kat atas tu. FYI, Deno ni blogger yang tabah biar pun menghadapi masalah kesihatan yang serius. Abe Kie berdoa agar dia sihat2 sokmo. 

Dalam segmen ini abe kie berharap agardapat menambah follower sebab bilangannya sedikit lagi. Niat di hati tu nak apai 600 orang sebelum akhir tahun 2014. Sekarang abe kie cuma ada 490 pengikut. Kepada blogger di luar sana sudi2kanlah follow back my blog, ok? Kita sama2 jadi blogger yg mesra alam gitu. Dunia blog Malaysia ni kecik je jadi abe kie x nak la jumpa blogger yg selfish, please...

Cakap banyak tak guna. Apa lagi join la segmen ni dengan klik di SINI.

Friday, 18 April 2014

SERANGAN JANTUNG DAN AIR PANAS


Sudah beberapa saudara kita dan kenalan dah mati sebab saluran ke jantung semakin berlemak dan mengecil? Di sini Abe Kie ingin berkongsi sebuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk kawan-kawan membacanya.

Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan serangan jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser. Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ...

Wednesday, 16 April 2014

Lawak Samy Vellu


Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Malaysian Insider ada ceritanya, di sini. Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan-kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, “Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna, kadang-kadang terlalu banyak warna”. Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Hari ni pos, semalam sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"
  
3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari” )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini. Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Bagi mereka yang hari nya stressful.. hehehe... Abe Kie copy paste dari group Whatsapp. Jangan marah, ye?
Sesiapa yg ada stress hari ini sila baca ini. In Sha Allah akan turun stress anda.

Monday, 14 April 2014

Tips for sadaqah (charity)


My dear friends, 
There are many ways to contribute to our society by giving sadaqah or charity as mentioned by Dr Mohammad Al Arifi..

✏#1:buy a chair and keep it in a mosque, whoever prays on it In sha Alah u will be rewarded for it..

✏#2: keep a bowl or glass of water on ur window for the birds, that's charity...make it a habit..u will be rewarded Inshaalah. .

✏#3: Old pair of socks, pajamas, put them in a packet, give it to any laborer on your way, it's sadaqah..

✏#4: keep a box in your room and put a sen or ringgit whenever u seem to have sinned, open the box after a month and give the cash for charity, make it a habit..

✏#5: write the dua of entering the house and leaving the house on two papers, stick it on the entrance of house, Inshaalah u will be rewarded for whoever will read it..

✏#6: sponsor an orphan from your pocket money..

✏#7: family gatherings that take place in farmhouses, take carton of juice with u and distribute it .

✏#8: if there is a construction going on around your house,get a box of water and juice ,refrigerate it, and give it to the laborers chilled, u will be rewarded In sha Alah.

✏#9: if u get the change at the petrol pump by the worker ask him whether he is a Muslim and let the change be with him, even if he was a non Muslim, be a good face for your religion. .

✏#10: keep a Quran in any mosque and get the reward for whoever reads even a single letter of it, a letter is multiplied into 10 times, imagine the reward In sha Allah. .

✏#11: if there is water left in your glass, put it in the flower pot..

✏#12: cheer any Muslim brother, especially those who are sad..

✏#13: smile to whom u pass by,greet to the one next to u and a good word is sadaqah.

✏#14: do not sleep until u have forgiven to whoever have hurt u..

✏#15: share this message to as many people as u can, it is sadaqah. .

NOTE:- It is very important to make a niyyah for every single sadaqah u do.

Friday, 11 April 2014

Kisah Seorang Wanita Yang Dipoligami


Salam. Kisah di bawah sangat berguna buat bacaan kita semua khususnya blogger wanita. Mohon bagi maklumbalas ye? Terima kasih.

#Syaikh Utsman al-khamis – hafidzahullah- seorang ulama dari Kuwait bercerita:
“Saya pergi ke kampus dengan kereta lama saya, maklumlah kereta sejak mahasiswa lagi. Tapi walaupun model lama, larinya masih lagi kencang. “Biasanya sambil memandu, saya akan mendengar Radio Idza’atul Quran atau ceramah dan pelajaran dari para ulama menggunakan pemain MP3.
Waktu itu di Idza’atul Quran ada Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani –hafidzahullah- seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.
‘Apa gerangan yang terjadi?’ Rupa-rupanya dia telah dimadu. Bukan manisnya madu yang dirasa, tapi pahitnya hempedu, karena pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.
Syaikh bertanya kepadanya,

‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’
‘Menikah,’ jawabnya.
‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?”

‘Iya.’

‘Apakah merupakan sebuah kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”
Sebulan kemudian, telefon berbunyi. Ternyata wanita itu menelefon lagi.

’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’
‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suaminya menikah lagi!’.“Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”:)


Jom, apa lagi kaum wanita? Izinkan suami anda menikah lagi satu, dua atau tiga!

Wednesday, 9 April 2014

Message from the Ambulance Service


My dear friends, please read this message carefully...

1. We all carry our mobile phones with names and phone numbers stored in its memory.

2. If we were to be involved in an accident or were taken ill, the people attending us would have our mobile phone but wouldn't know who to call.

3. Yes, there are hundreds of numbers stored but which one is the contact person in case of an emergency?

4. Hence this 'ICE' (In Case of Emergency) Campaign. The concept of 'ICE' is catching on quickly. It is a method of contact during emergency situations.

5. As mobile phones are carried by the majority of the population, all you need to do is store the number of a contact person or persons who should be contacted during emergency under the name 'ICE' ( In Case Of Emergency).

6. The idea was thought up by a paramedic who found that when he went to the scenes of accidents there were always mobile phones with patients but they didn't know which number to call.

7. He therefore thought that it would be a good idea if there was a nationally recognized name for this purpose .In an emergency situation, Emergency Service personnel and hospital staff would be able to quickly contact the right person by simply dialing the number you have stored as 'ICE'.

8. Please share this entry. It won't take too much of your time to do so before everybody will know about this. It really could save your life, or put a loved one's mind at rest.

9. For more than one contact name simply enter ICE1, ICE2 and ICE3 etc

10. PASS THIS AROUND AS MANY PEOPLE AS POSSIBLE AS THIS CAN HELP IN AN EMERGENCY

Monday, 7 April 2014

Seratus Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Dalam Kehidupan


Salam buat sahabat blogger yang dikasihi sekalian. Pada entri awal minggu ini, izinkan Abe Kie berkongsi 100 sunnah Rasulullah yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Semoga senarai di bawah akan memberikan lebih pahala kepada kita. In Sha Allah.

1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit

Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yg kita amalkan secara istiqamah.. then boleh bg % KPI kita tahun ini..

Friday, 4 April 2014

Kata pepatah paling hebat



1. ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.

2. BAPAK BOREK, ANAK RINTIK, EMAKNYA PASTI PETAK-PETAK.

3. BERAPA BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI SEGUNI BERAS.

4.. BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI.

5. CARIK-CARIK BULU AYAM, LAMA-LAMA JADI
SHUTTLECOCK.

6. CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.

7. DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.

8. DI MANA ADA GULA DI SITULAH ADA GULA-GULA.

9. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITULAH ADA KESAN KENA PIJAK.

10. DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.

11. GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSI MATI MENINGGAL DUNIA.

12. HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.

13. SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.

14. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.

15. HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.

16. HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.

17. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK KALAU HARI TAK HUJAN.

18. JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.

19. JIKA KAIL PANJANG SEJENGKAL,BELI LE KAIL YANG PANJANG SIKIT KALAU NAK NGAIL DI LAUT (BELI KAPAL TUNDA LAGI BAIK).

20. KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG SIMPAN ESOK PAGI.

21. KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI JADI ABU BAKAR.

22. KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.

23.. KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.

24. LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.

25. MAKAN HATI BERULAM JANTUNG DENGAN JERUK BUAH PINGGANG DAN USUS MASAK KICAP.

26. MASUK TELING KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.

27. MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.

28. ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA..

29. PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.

30. PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.

31. SAMBIL MENYELAM TENGOK KAPAL SELAM.

32. SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.

33. SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.

34. SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.

35. SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.

36. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN CUKAI PENDAPATAN.

37. TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA.

Wednesday, 2 April 2014

Jangan dilalaikan oleh telefon bimbit


Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...

Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...

Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...

Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...

Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..

Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?

[Teguran ini menyusuk sungguh..]
Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xdop benda pon.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...
;