Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 yang dihormati sekalian? Adakah kawan2 melakukan ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha yang lepas? Abe Kie sudah lama tak buat korban di kampung. Kenapa? Pertama sebab abe kie malas nak melapah lembu tu. Yang kedua sbb harga sebahagian korban semakin mahal. Pada hari raya yang lalu sebahagian lembu berharga RM450! Boleh tahan mahal tu.

Jadi untuk mengatasi masalah berkenaan, abe kie melakukan korban dan aqiqah anak2 di Kemboja. Hmm...x kan la sampai menyusahkan diri sampai ke sana? Tak la mcm tu. Abe Kie daftar n bayar atas talian di www.korbanaqiqah.com.my. Biasanya mereka hantar borang dan pamplet. jadi abe kie isi dan hantar. Bayar pun guna kad kredit aje. Mudah kan? 

Program ini memudahkan peserta menunaikan tuntutan agama. Harga yang murah. Yuran penyertaan RM280 untuk satu bahagian lembu atau RM550 untuk satu ekor kambing bagi ibadah korban. Manakala untuk ibadah aqiqah pula RM320 untuk satu bahagian lembu atau RM550 untuk satu ekor kambing. Yuran penyertaan Aqiqah telahpun termasuk kos jamuan Aqiqah. Sijil penyertaan yang disahkan oleh Pengerusi Program dan Mufti Kerajaan Kemboja. Biasanya pengesahan pelaksanaan akan diperolehi oleh peserta dalam tempoh 14 hingga 30 hari daripada tarikh penyertaan.

Korban dan Aqiqah dilaksanakan ditempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja. Pengislaman orang-orang Cham bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dirundung kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.

Sertailah program ini dan kawan-kawan berpeluang untuk mendapatkan hadiah-hadiah yang ditawarkan!

Kursus Percuma : Kursus Kaedah Mengajar Cepat Membaca Ameen.

Nilai : RM180.00. Sesuai untuk ibu bapa dan guru. Hadiah ini boleh dipindah milik.

Diskaun Pembelian Buku : Diskaun 20% untuk pembelian buku yang dibuat samada di pejabat urusan ataupun pembelian online di www.ameenbooks.com.my.

Banyak kelebihan yang akan kawan-kawan dapati apabila membuat penyertaan awal ibadah Korban dan Aqiqah di samping mendapat keberkatan dan pahala daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

~ Abe Kie ~