Friday, 25 July 2014

The Liebster Award (Raya Mood)


Assalamualaikum, 

Pada minggu lepas abe kie ditag oleh Yun Sing, tuan punya blog http://lifeisgreatwithme.blogspot.com. Oleh kerana abe kie bz dgn persiapan raya n ibadah pd bln Ramadhan, maka pada hari ini abe kie berkesempatan menjawab soalan2 maut berkenaan. Sila baca ya?

Soalan-soalan :-

1. Pencapaian dalam hidup ini yang anda rasa sangat patut dibanggakan?
- Apabila berjaya menyelesaikan pengajian B.Ed. TESL di Universiti Malaya pada thn 1997.

2. Lagu yang best?
- To Sir With Love by Lulu

3. Perkara paling nakal yang pernah dilakukan?
- Mandi kat atas pentas semasa di sekolah menengah dulu. Biasa la kat SBP x de air sokmo. Atas pentas tu ada tangki jadi kat situ la kami mandi.

4. Apakah kelebihan diri anda?
- Boleh menjaga tiga org anak perempuan secara bersendirian.

5. Apakah yang memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan blog?
- Komen n follower yg dtg. Tanpa dua item ini pasti sy mengalah.

6. Pendapat anda tentang blog ini?
- Simple, yet informative

7. Apa perasaan anda bila kena tag?
- Terasa diri ini masih ada yang sayang dan ingat! Heheheh..Perasan la tu.

8. Cita-cita/kerjaya anda dan kenapa memilih cita-cita/kerjaya tersebut?
- Pada mulanya nak jadi Perancang Bandar n Wilayah kerana dpt A1 dlm Geografi masa SPM tp rezeki abe kie dlm bidang perguruan di UM. Jadi guru pun OK gak

sbb masa kerja pendek n banyak cuti!

9. Apakah itu makna hidup untuk anda?
- Bila ada org yg masih menyayangi diri ini seadanya.

10. Bufday bulan mana? :D
- Mei

11. Manusia yang anda pernah jumpa dan tak boleh lupa sampai hari ni kerana perkara pelik yang dilakukannya. Cer cite sikit xD
- Bekas pensyarah English Literature di Fakulti Sastera n Sains Sosial, UM dulu yg dtg ke kampus naik basikal n mengangkut basikalnya ke tingkat 3 krna takut hilang. Namanya Phillip Louis rasanya.

16 comments:

  1. wah...kena tag ye...kita baca...selamat menyambut hari raya ye ..

    ReplyDelete
  2. Owh betul lah abe kie ni seorang cikgu. Kena panggil Cikgu Kie.
    Selamat Hari Raya Abe kie
    Semoga beroleh kebaikan sepanjang tahun
    Berhati-hati ketika musim perayaan.

    ReplyDelete
  3. haha comel giler lecturer tuh hihi :)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya buat Abe kie & family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, Abe kie berjaya menjawab sume soalan. Yang paling klakar n x sangka ialah no11.

      Delete
  5. Salam Aidil Fitri Abe Kie...maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  6. eh, sama la kita punye kos..tesl jugak..huhu..selamat hari raya untuk bro sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. Wahhh...cikgu kena tag rupanya.
    Apapun, selamat hari raya cikgu.
    Kenakalan ketika mandi atas pentas tu sgt sronok kalau ambe imagine. Heheheh...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Rajin Abe Kie membalasnya...:)

    Salam Lebaran buat Abe Kie sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
    Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

    ReplyDelete
  9. Ingatkan musim The Liebster Award dah habis. Rupanya ada lagi :)

    ReplyDelete
  10. Thanks sudi jawab :) First time dengar orang mandi atas pentas .__. buat free show ye xD Guru Geografi ke? :) Comel la lecturer tu xD

    ReplyDelete
  11. Salam Aidilfitri abe..mandi kat atas pentas tu perkara normal budak hostel.CP pun pernah buat jugak hehe

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. singgah sini nak wish..Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Maaf zahir & batin... ^_^

    ReplyDelete
  14. Terbaik... Hehe..

    ReplyDelete