Sunday, 11 May 2014

The Liebster Award - Abe Kie Ditag Oleh Mamaniza

Ditag oleh  : Mamaniza

Assalamualaikum.

Cantikkan banner dari Liebster Award ini. Apa yang menariknya, "games" ini memerlukan kita menjawab soalan dan menyediakan soalan kepada mangsa tag kita yang seterusnya. Perkara ini merupakan syarat dalam permainan ini. Jawab soalan dari blogger yang tag kita, kemudian kita pula menyediakan beberapa soalan agar blogger yang menjadi mangsa tag kita itu pula menjawab soalan yang disediakan oleh kita.

Walaupun agak berbelit, tapi ABE KIE rasa anda akan faham permainan ini. Tujuan: Supaya kita akan lebih mengenali antara sesama kita. Sekali sekala begini rasa fun bukan? Mari, ABE KIE jawab soalan cepumas Mamaniza.


1. Apa yang anda buat bila berseorangan?
* Abe Kie akan membaca majalah, surat khabar atau buku bagi menambahkan ilmu pengetahuan.
 
2. Cara anda menunjukkan kasih sayang pada insan tercinta?
* Dengan membelikan hadiah istimewa pada hari lahirnya.
 
3. Siapakah cinta monyet anda waktu sekolah dulu?
* Tak pernah bercinta semasa di sekolah mahu pun di kampus.
 
4. Target masa depan anda?
* Mencukupkan duit bagi menunaikan ibadah haji. In Sha Allah.
 
5. Lelaki/Perempuan yang bagaimana idaman anda?
* Perempuan yang sanggup bersama saya pada masa susah dan senang.
 
6. Tujuan utama anda berblog?
* Untuk menambah kenalan, berkongsi cerita dan ilmu pengetahuan dan menjadi popular gitu!
 
7. Perkara yang membuatkan anda mengeluarkan air mata.
* Bila mengenangkan dosa-dosa lampau.
 
8. Apa perkara yang paling buat anda menyesal sebab tak dapat lakukan?
* Tidak sempat menunaikan solat jenazah untuk arwah ibu.
 
9. Apa dan siapa pendorong semangat anda?
* Rasa ingin maju dan anak-anak.
 
10. 3 perkataan mengambarkan diri anda.
* pemalu, baik hati dan penyayang.
11. 3 perkara terindah dalam hidup anda.
* mendapat anak pertama, dinaikkan pangkat dan berbakti kepada ibu semasa hayatnya.

Setelah menjawab kesebelasan soalan beliau, kini ABE KIE mencari mangsa untuk ABE KIE tag pulak dan sila jawab soalan cepumas ABE KIE ini dengan jujur, tak buat siap korang! hahaha (gelak jahat)
 
SOALAN-SOALAN MAUT ABE KIE
 
1. Siapakah date pertama anda dan di manakah anda berdating dengannya?
2. Nyatakan tiga saat terindah di dalam hidup anda.
3. Apakah kereta/motosikal pertama yang anda miliki?
4. Apakah menu masakan yang pertama sekali anda belajar dari ibu tersayang?
5. Sekiranya anda mengalami tekanan, apakah yang anda lakukan?
6. Di manakah anda mendapat pendidikan tinggi?
7. Destinasi pelancongan yang paling jauh pernah anda pergi?
8. Apakah tujuan anda menulis blog?
9. Sekiranya kawan baik anda sendiri menikam anda dari belakang, apakah tindakan anda?
10.Siapakah individu yang telah mengubah hidup anda?
11. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda buat sekarang, apakah pekerjaan yang bakal anda ceburi?
   
MANGSA TAG : 
 
1. http://norminieza.blogspot.com
2. http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com
3. http://mazaaida.blogspot.com
4. http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com
5. http://realiticikpin.blogspot.com
6. http://myblogsantai.blogspot.com
7. http://wafacw.blogspot.com/
8. http://lagunamerbok.blogspot.com
9. http://www.khirkhalid.com
10. http://ourmemoria.blogspot.com
11. http://www.nazlee.com   
 
SOALAN-SOALAN ABE KIE :

1. Apa yang anda buat bila berseorangan?
2. Cara anda menunjukkan kasih sayang pada insan tercinta?
3. Siapakah cinta monyet anda waktu sekolah dulu?
4. Target masa depan anda?
5. Lelaki/Perempuan yang bagaimana idaman anda?
6. Tujuan utama anda berblog?
7. Perkara yang membuatkan anda mengeluarkan air mata.
8. Apa perkara yang paling buat anda menyesal sebab tak dapat lakukan?
9. Apa dan siapa pendorong semangat anda?
10. 3 perkataan mengambarkan diri anda.
11. 3 perkara terindah dalam hidup anda.
 
NOTE : Sila jawab dengan jujur ye! Dan tag rakan-rakan anda yang lain...

21 comments:

  1. Selamat menjawablah ye... inisiatif yang baik untuk berkenalan... hehe

    ReplyDelete
  2. cun gak cara cam ni... menarik. have fun then abe kie...

    ReplyDelete
  3. 7. Perkara yang membuatkan anda mengeluarkan air mata.
    * Bila mengenangkan dosa-dosa lampau.

    air mata kainsafan kan . yup . Sepatutnya .

    ReplyDelete
  4. mmg soalan maut nie.. time kasih cikgu sbb tag Fiza... >_<

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Saya dah buat entri khusus menjawab soalan-soalan maut Abe Kie. :)

    ReplyDelete
  6. perkara yang paling AK menyesal buat mama pilu...

    ReplyDelete
  7. Selamat menjawap la pada mereka yang di tag itu hahahaa.. nasib bukan nama saya yg di tag hahaha.. :D

    semoha berjaya yer :D
    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-8-buckingham.html

    ReplyDelete
  8. payohnya soale... nasib baik abe kie tak kenal ambo, kalu tidak payoh nak jawab...

    ReplyDelete
  9. soalan yang membina dan beri motivasi serta mencabar diri untuk lebih lebih maju dan berjaya.

    ReplyDelete
  10. http://lagunamerbok.blogspot.com/2014/05/segmen-liebster-award-lagunamerbok.html

    ReplyDelete
  11. Siapa yang kena tag oleh Abe Kie tu memang sesak nafas nak jawab soalan-soalan maut tu. Selamat menjawab soalan ya wahai sahabat blogger sekalian.

    ReplyDelete
  12. Soalan no 8 Abe Kie buat saya sayu..
    T kasih Abe Kie sbb tag saya.. saya dah join segmen ni dah huhu.. ada kesempatan saya join lagi. T kasih.. :D

    ReplyDelete
  13. Blog Kasih arus sudah menjadi blog setem 100%.fikir dua tiga kali juga nak buat segmen ni.apapun,terima kasih tag saya...agak-agak sesuai ke?

    ReplyDelete
  14. @lyn Munir..memamg Abe Kie bg sy sesak nafas..terkial2 menjawabya...

    takpe tunggu ye Abe Kie!

    ReplyDelete
  15. Abe Kie saya menjawab soalan di sini ; http://www.nazlee.com/2014/05/liebster-award-dari-abe-kie.html

    ReplyDelete
  16. Soalan no. 1 Abe Kie memang terbaik la :))

    ReplyDelete
  17. Singgah sini.. Nanti sya follow blog Abg Kie... Skrg nii sya ad problem dgn ' FOLLOW BLOG ' ... Kdg2 jadi kdg2 x.x
    Hrp maaf :)

    ReplyDelete
  18. cikgu pun kena tag juga ye
    samalah kita...hehe

    ReplyDelete
  19. Hahaha.. soalan maut betul xD

    ReplyDelete
  20. Maaf lambat jawab..hehe.

    http://realiticikpin.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-ditag-oleh-abekie.html

    ReplyDelete