Wednesday, 31 December 2014

Belajar ABC

Wednesday, December 31, 2014 4

Assalamualaikum. Ini adalah sesuatu yang menarik. Mari sama-sama kita belajar semula A.B.C dan maknanya

A mbil yang jernih
B uang yang keruh
C iptakan yang baru
D an teruskan perjuangan
E ngkau tunjukkan jalan yg betul pada tentera
F isabillillah yg ada
G unakan nyawa anda kerana
H idup dan mati kerana ALLAH S.W.T
I nshaa Allah kita sama-sama
J ihadkan diri menentang
K ezaliman oleh musuh-musuh islam
L aknatullah..
M ahupun sudah dijanjikan
N eraka untuk
O rang-orang yang
P erlekehkan agama Islam
Q urbankan diri
R obohkan
S emua
T entera jahat
U ntuk meneruskan
V isi
W ira-wira kita yang
X treme menentang
Y ahudi dan
Z ionis

Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih. 

Monday, 29 December 2014

Sila simpan resit rawatan perubatan anda

Monday, December 29, 2014 14

Assalamualaikum...

Baru2 ini abe kie mendapat surat saman dari LHDN. Mereka minta abe kie mengemukakan resit2 rawatan perubatan bagi tahun taksiran 2012 dan 2013. Sukar juga nak mengadakannya. Jadi abe kie terpaksa meminta resit2 dgn klinik swasta yang abe kie selalu pergi. Mujurlah mereka dapat mengeluarkan resit. 

Jadi abe kie menasihati kwn2 agar meminta resit dgn kerani di klinik swasta yg kwn2 pi. Kalau ambik pada hujung thn pun x apa sbb klinik2 skrg ada menyimpan segala data dlm PC mereka termasuklah penyakit yg kita ada. Wallahualam...

 

Friday, 26 December 2014

Kenapa tiada seluar panjang bersaiz 37?

Friday, December 26, 2014 6

Assalamualaikum...

Abe Kie hairan tul kenapa lak tiada saiz 37 utk seluar panjang? Itu saiz pinggang abe kie la. Oppss! Dilema tul Jadi abe kie kena pilih sama ada saiz 36 atau 38. Kalau 36 cukup2 muat perutku ini manakala 38 plak longgar boleh terlondeh. Sudahnya aku beli saiz 36. Kalau boroi lagi aku pi besarkan aje pinggang tu. Ada siapa berani bagi penjelasan? Hehehe....

Seingat abe kie dulu jenama Fresno ada mengeluarkan saiz 37. Tapi kdg2 potongan dan style tak menarik minat abe kie. Hmm...rasanya abe kie perlu bersenam sikit spt jogging, berbasikal dsb agar dapat membina otot2 six packs gitu. Kalau nak pi gym pun ok apa?

Apa2 pun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. In sha Allah... 

Wednesday, 24 December 2014

Nilai duit

Wednesday, December 24, 2014 9

Money is not everything but everything needs money today. You see! The power of money is undeniable. Please read the post below on the importance of money..............

- Duit ..  tak boleh bawa mati tapi tak ada duit rasa nak mati.
- Duit .. tak boleh beli kasih sayang tapi kasih sayang boleh hilang bila tak ada duit.
- Duit .. tak boleh beli tidur tapi tak ada duit tidur pun tak lena.
- Duit .. tak boleh beli kesihatan tapi utk sihat perlukan duit.
- Duit .. tak boleh beli kebijaksanaan tapi utk dapatkan ilmu perlukan duit.
- Duit .. Orang bodoh nampak cerdik bila ada duit tapi orang cerdik nampak bodoh bila tak ada duit.
- Duit .. bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit.

D-don't.
U-use.
I-intelligence.
T-the wrong way.

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
                                                    
1.   Ingin bahagia. -  Sembahyang awal waktu
2.   Ingin sihat  -  Berpuasa
3.   Ingin dipermudahkan urusan   -   Bacalah Al-Quran
4.   Ingin wajah berseri  -  Jaga sembahyang Tahjud
5.   Ingin kaya  -  Sembahyang Dhuha
6.   Dihimpit masalah  - Beristghfarlah
7.   Berdukacita. -  Berdoalah
8.   Mahukan keberkatan  -  Berselawatlah.

Yang membaca, tak untung
Yang bercakap, pun tak untung
Yang mendengar, pun tak untung
Yang untung, orang yang mempratikkannya, In Sha Allah..
Mari kita amalkan dan sebarkan.

Monday, 22 December 2014

Perbualan diantara pensil dan pemadam

Monday, December 22, 2014 8

Seronok pulak baca cerita ni. Berikut ialah perbualan diantara pensil dan pemadam. Mohon baca sehingga habis ye? Thanks in advance.

📏Apa khabar kawan?
✏Aku bukan kawanmu.

📏Kenapa?
✏Kerana aku benci kamu.

📏Kenapa engkau membenci aku?
✏Kerana engkau suka padam apa yang aku tulis

📏Aku tidak padam melainkan yang salah!
✏Kenapa engkau sibuk?

📏Aku pemadam, ini kerjaku
✏Ini bukannya kerja!

📏Kerja aku bermanfaat, macam kerja engkau jugak.
✏Engkau salah dan sombong!

📏Kenapa?
✏Kerana yang menulis lebih baik dari yang memadam.

📏Memadamkan kesalahan sama seperti menulis yang benar.
✏Pensil terdiam seketika, kemudian mengangkat wajahnya: Engkau benar sahabatku!

📏Engkau masih bencikan aku?
✏Aku tidak akan benci orang yang memadamkan kesalahanku

📏Dan aku juga tidak akan memadamkan sesuatu yg betul,,
✏Tapi aku lihat engkau semakin kecil dari sehari ke sehari!

📏Kerana aku mengorbankan sebahagian dari tubuhku setiap kali aku memadam kesalahan.
✏Aku juga merasakan bahawa aku semakin pendek dari sehari ke sehari.

📏Pemadam memujuk: Kita tidak akan dapat memberi faedah kepada orang lain melainkan kita sanggup berkorban untuk mereka.
✏Pensil berkata dengan gembira: Betapa mulianya engkau sahabatku, alangkah indahnya kata-katamu.

📏✏Pemadam dan pensil berasa gembira, lalu mereka pun hidup sebagai sahabat baik, tidak berpisah dan tidak berselisih faham.

Sahabat-sahabatku yang dihormati sekalian: 

Kenapa kita tidak berterimakasih terhadap orang yang memadamkan kesalahan kita dan menunjukkan kita jalan kebenaran, tidakkah mereka berhak terhadap ucapan terimakasih?

💖💖💖💖💖💖💖💖💖

Moral dari cerita ini juga.
Jadilah diri kita ini seperti pensil. Menulis yang berguna dan dapat manfaatkan untuk orang yang membaca.

Apabila tumpul ia perlu diasah. Sakitnya diasah itu seperti cabaran hidup yang kita hadapi dan usia kita juga seperti pensil. Semakin lama semakin pendek.

 Begitu juga pemadam sanggup berkorban demi persahabatan. Oleh itu manfaatkan kehidupan kita dengan sebaik-baiknya.

Saturday, 20 December 2014

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH AKHIR TAHUN bersama cikgu ayu

Saturday, December 20, 2014 14

...Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujungnya. Ada Segmen Cuti Sekolah ni. Jom ramai-ramai join! Jika nak join, kwn2 klik aje kat banner di atas tu. Moh la kita pakat blogwalking dan tambah kenalan/follower. Selamat maju jaya kepada kita semua! Aamiin. 


Segmen berlangsung hingga hari RABU 31/12/2014 jam 10.00 malam

Friday, 19 December 2014

Jangan menunggu

Friday, December 19, 2014 7

Assalamualaikum. Pada entri kali ini abe kie ingin berkongsi 13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari. Semoga senarai ini dapat menyedarkan kita dalam menempuh kehidupan seharian. In Sha Allah.

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….

5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang utk Tuhan,
Tapi luangkan waktu utk Tuhan,

Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk kongsi tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama....


Wednesday, 17 December 2014

Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks

Wednesday, December 17, 2014 5

Assalamualaikum....

Perasaan malu masyarakat kita membicarakan masalah seks masih menebal. Bukan sahaja menjawab persoalan seks, malah bertanya tentang seks pun kita masih ragu-ragu. Oleh yang demikian Abe Kie ingin mencadangkan buku berjudul SOAL JAWAB TENTANG SEKS TAPI ANDA MALU BERTANYA yang ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Rohidzir Rais sebagai rujukan kawan2 blogger sekalian. Ia diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dan terdapat di kebanyakan kedai buku utama di seluruh negara.

Buku ini membicarakan pelbagai  isu sensitif berkenaan seks yang mampu merungkai banyak persoalan yang masih menyelubungi masyarakat di negara kita. Ia sangat berguna kepada ibu bapa dan guru yang malu menjawab pertanyaan anak-anak dan para pelajar. Kepada pengantin baru yang masih tercari-cari jawapan kepada pelbagai permasalahan seks, dan juga kepada  pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tetapi masih memendam rasa, abe kie merasakan buku inilah penyelesaiannya.

Harga buku ini cuma RM19.90. Abe Kie mendapat potongan 10% semasa membelinya di Kedai Buku Banggol, Tanah Merah, Kelantan. Terdapat 261 soalan yang dikemukan di dalam buku tersebut. Contohnya ialah seperti di bawah ini:

Soalan:

Apabila terjaga daripada tidur, saya dapati kain yang saya pakai ketika tidur terdapat kesan air likat padanya. Adakah saya perlu mandi wajib walaupun saya tidak bermimpi apa-apa?

Jawapan:

Ya. Seseorang itu perlu mandi wajib jika betul-betul pasti air itu ialah air mani. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aisyah rha:

Maksudnya: Nabi s.a.w ditanya seorang lelaki yang mendapati basahan di atas pakaiannya tetapi tidak sedar sama ada dia telah bermimpi ataupun tidak, lalu Baginda menjawab: “ Dia perlu mandi”. Baginda juga ditanya tentang lelaki yang bermimpi tetapi tidak mendapati basahan, lalu Baginda mengatakan : “ Dia tidak perlu mandi.” Ummu Sulaim berkata: “ Adakah wanita yang melihatnya perlu juga mandi?” Baginda menjawab: “Ya, sesungguhnya wanita adalah ‘saudara kandung’ lelaki.”

Jadi apa lagi? Pergilah ke kedai2 buku berhampiran untuk membeli buku ini. Ingat! Ia ada unsur 18SX dan cuma boleh dibaca oleh suami isteri dan teruna dara yang bakal berkahwin dalam masa yang terdekat ini seperti Abe Kie. Hehehehehehe....


Monday, 15 December 2014

Petua bangun kencing

Monday, December 15, 2014 14

Assalamualaikum. Pada hari ini abe kie nak kongsi petua yang terbagus khas kepada kawan2 yg terbangun dr tidur utk buang air...... baca ya!

Penting untuk diambil perhatian!!!
Tiga kali (1/2)

Para pakar selalu berpesan:
Setiap individu harus ambil perhatian tentang 3 x 1/2 minit.

Kenapa penting?
3 x 1/2 minit adalah suatu amalan percuma tetapi akan banyak mengurangkan angka kematian secara mengejut (sudden death)

Kerap kali berlaku seorang individu yang siang harinya masih nampak sihat, tetapi malam harinya meninggal. Selalu kita mendengar cerita orang, kelmarin saya masih bersembang dengan dia, kenapa tiba-tiba dia meninggal? Penyebabnya adalah ketika bangun malam utk ke bilik air kerap dilakukan secara terlalu cepat.Sejurus kita berdiri, otak masih kekurangan aliran darah.

Knapa "3?1/2 minit" amat penting?
Kerana pattern ECG (Electro Cardiogram) seorang individu normal pada siang hari manakala pada masa tengah malam ketika terbangun nak buang air kecil contohnya, pattern ECG itu boleh berubah.

Kerana dgn bangun secara tiba-tiba otak akan jadi anaemic dan mengalami kegagalan jantung (heart failure) disebabkan kekurangan darah.
Dinasihatkan untuk mengamalkan amalan "3 kali 1/2 minit" ini, iaitu:

1. Bila terbangun drpd tidur jgn terus turun dri katil, tetapi berbaringlah dulu untuk tempoh 1/2 minit.

2. Duduk di katil utk tempoh 1/2 minit;


3.Turunkan kaki, duduk di tepi katil utk tempoh 1/2 minit.

Selepas 3 x 1/2 minit yg dilakukan secara percuma tanpa membayar sesen pun, otak tidak akan anaemic dan jantung tidak akan mengalami kegagalan,  mengurangkan kemungkinan terjatuh dan meninggal ketika bangun tengah malam seperti yg sering kita dengar.

Pernah seorang tua menangis kesal kenapa beliau tidak mengetahui perkara ini drp dulu lagi setelah membaca pesanan ini.

2 tahun lalu dia bangun tengah malam utk buang air kecil,  di bilik mandi tiba2 terasa dunia berpusing dan beliau terjatuh, akibatnya dia skrg mengalami lumpuh dan tak boleh bangun dari katil, punggungnya mengalami luka2 di kubitus. Seandainya dia mengetahui perkara ini, beliau tdak seharusnya menderita seperti kini.

Kongsi utk org2 yg kita syg utk menghindari perkara2 seperti ini terjadi. Ianya boleh berlaku tanpa mengira usia tua ataupun muda.Sharing is caring.

Friday, 12 December 2014

Membeli kelengkapan sekolah di Tesco Kota Bharu

Friday, December 12, 2014 7

Musim cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Kini ibubapa mula bersiap-sedia membeli kelengkapan anak-anak mereka termasuklah abe kie. Sengaja abe kie beli awal bagi mengelakkan kesesakan pada saat akhir. Kalau tengok duit dalam akaun tu memanglah tak berapa banyak namun demi anak2 segala kelengkapan persekolahan mesti disediakan juga. Nak tunggu bonus lambat lagi. Huhuhuhu...

Jadi pada 9 Disember yang lalu abe kie dan anak2 pergi ke Kota Bharu. Niat asalnya mahu sambut hari lahir ummi mereka yang ke 40 di restoran KFC tingkat bawah bangunan tempat dia bekerja. Selesai menjamu selera tak tahu nak gi mana. Tetiba terfikir nak singgah di Tesco untuk beli pakaian seragam dan kasut Yaya dan Lili. Iyolah, alang-alang dah mari KB singgah je la situ jap. Untuk Anis abe kie dah belikan sebelum cuti sekolah lagi.

Maka kami sekeluarga pun berangkat ke Tesco. Memang ada banyak jenama di Tesco. Tapi kali ini kami nak belikan yg lebih berkualiti utk anak2 kami. Maka jenama Canggih menjadi pilihan. Tambahan pula ia ada potongan 20%. Boleh la...Biarpun selepas less 20% abe kie rasa masih serupa dgn jenama biasa di Zon Ria dll. Bagi tiga pasang uniform dan sepasang kasut buat Yaya dan Lili kosnya hampir RM40. Barang2 lain kami akan beli di Tanah Merah atau Machang aje.

Setelah selesai shopping kami pulang ke Tanah Merah. Tu pun kena berhenti solat Asar di Tunjong, KB dan solat Maghrib di Kubang Batu, Pasir Mas. Rasanya kami sampai semasa azan Isyak.

Jadi kepada rakan2 blogger, adakah anda sudah membeli-belah kelengkapan sekolah anak2 utk tahun hadapan? 

Wednesday, 10 December 2014

KEMENANGAN DIPEROLEHI....TETAPI MEROSAKKAN PERHUBUNGAN

Wednesday, December 10, 2014 23

Assalamualaikum. Artikel di bawah memang sangat menyedarkan abe kie. Rasanya tak perlu bergaduh dan bermasam muka dengan org di sekeliling kita kerana sudah jelas pergaduhan tidak membawa faedah kepada mereka yang menang apatah lagi yang kalah. Jom kita bermaafan?

Kalau gaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau gaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja satu kumpulan.

Kalau kita gaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita gaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita gaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang

Kalau gaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau gaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita gaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...

Justeru...baik jangan bergaduh...!

Monday, 8 December 2014

Every single cent counts

Monday, December 08, 2014 8

Assalamualaikum. Pernah tak kawan2 menerima baki wang yang terlebih bayar dari juruwang? Apa tindakan kawan2? Adakah kawan2 memulangkan wang baki terlebih itu atau pun kawan2 cuma berlalu pergi begitu sahaja? Kisah di bawah ini boleh dijadikan panduan apabila kita berhadapan dengan sutuasi sedemikian. Mohon baca sehingga habis. Terima kasih.

Several years ago, a Sheikh from out-of-town accepted a call to a town to propagate Islam. Some weeks after he arrived, he had an  occasion to ride a bus from his home to the downtown area. When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him 50 pence above his normal  change.  As he considered what to do, he thought to himself, "You'd  better give this money back. It would be wrong to keep it." Then another thought occured to him, "Oh, forget it, it's only 50p..who would worry about this little amount?"

Anyway, the bus company gets too much fare; they will never miss it. Accept it  as a 'gift from Allah' and keep quiet.

When his stop came, he paused momentarily at the door, and  then he handed the 50p to the driver and said, "Here, you gave me too much change." The driver, with a smile, replied, "Aren't you the new Sheikh in town?"

"Yes" he replied."

"Well, I have been thinking a lot lately about accepting Islam. I just wanted to see what you would do if I gave you too  much change. I'll see you at mosque this Friday". When the Sheikh stepped off the bus, he literally  grabbed the nearest light pole, held on, and said, "Oh Allah, I almost sold Islam for 50 pence. Our lives are guided by Quran. This is a really scary example of how much people watch us as Muslims, and  will put us to the test!. Always be on guard and remember -- You carry the name  of Islam on your shoulders when you call yourself 'Muslims.'

Watch your thoughts; they become words. Watch your words; they become actions; Watch your actions; they become habits; Watch your habits; they become character; Watch your character; it becomes your destiny.

I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder and I  chose to share it with you. If you don't pass this on to anybody, nothing bad will  happen to u; but, if you do, you would have reminded someone today of his/her responsibility as a Muslim and Allah will bless you.

Abe Kie wishes you the very best in life.

Friday, 5 December 2014

Tusyen Intensif Cuti Sekolah

Friday, December 05, 2014 8

Anak pertama saya, Anis, bakal menduduki UPSR pada tahun 2015. Saya sangat bimbangkan prestasi akademiknya kerana keputusan peperiksaan akhir tahun lalu, dia cuma mendapat 3A untuk kertas Penulisan, Pemahaman dan Bahasa Inggeris. Manakala dia mendapat B dan D untuk Sains dan Matematik. Situasi ini amat membimbangkan kerana saya berharap dia juga bakal memasuki SBP seperti saya dahulu. 

Kebetulan satu pusat tusyen di Tanah Merah, Kelantan iaitu Pusat Tusyen Aqdi di Jalan Klinik ada menawarkan kelas intensif UPSR dengan yuran RM130 untuk 5 kertas UPSR. Lalu saya menghubungi pemilik pusat tusyen tersebut, Ustaz Afandi untuk mendaftarkan anak saya. Kelas bermula pada 29 Nov sehingga 23 Disember. Kelas diadakan 4 hari seminggu dari Sabtu hingga Selasa selama 90 minit bermula jam 10 pagi. Maka bermulalah tugas saya menghantar dan mengambil Anis dari kelas tusyen.

Saya berharap Anis mendapat ilmu yang secukupnya dari kelas tusyen yang dihadirinya. Pada mulanya dia enggan mengikuti tusyen tersebut kerana mahu bermain telefon pintar dan menonton TV sahaja semasa cuti sekolah ini.Setelah dimarahi barulah dia mengalah dan kini gembira menghadiri kelas tusyen itu. Alhamdulillah.

Wednesday, 3 December 2014

Antara cinta, kasih dan sayang

Wednesday, December 03, 2014 9

Cinta, kasih dan sayang memberikan maksud yang berbeza apabila diluahkan kepada individu yang berlainan. Cuba kawan2 hayati maksud tiga istilah tersebut yang ditafsirkan oleh cik puan saya. 

Cinta : Dari mati turun ke hati. Satu perasaan dalaman seseorg yang bercinta. Ia bersifat kekal. Contohnya, cinta kepada ibu ayah, anak2, adik beradik dan saudara mara..

Kasih : Perasaan halus dari lubuk hati yg dalam..... kasih selalunya khas untuk yg istimewa dalam hidup kita. Ia hadir bersama tanggungjawab... Contohnya kasih ibu ayah, suami isteri dan anak2..

Sayang : Kita boleh sayangi sesiapa yg kita sukai.. Org kata sayang ini boleh bagi kepada semua makhluk, baik manusia atau pun haiwan... Ia bukan bersifat kekal. Sayang sebagai sahabat handai dan orang yang lebih dekat dengan kita..

Jadi macamana kawan2 sekalian? Do you agree with her definitions? Throw out your comments below. Thank you in advance. 

Monday, 1 December 2014

Surat Cinta Tentang Solat

Monday, December 01, 2014 8

Assalamualaikum. Tazkirah yang bermanfaat untuk dikongsi dengan kawan2 blogger yang dihormati sekalian.
   
💐Bila engkau anggap solat itu hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.

💐Bila kau anggap solat hanya sebuah kewajiban, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..

💎Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.

💎Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.

💎Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.

💎Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.

🌟Bayangkan ketika "adzan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.

🌟Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

🌟Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhanNya.

🌟Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".

🌟Bayangkan ketika kau "duduk diantara dua sujud", Allah berdiri gagah didepanmu, lalu mengatakan : "Aku tak akan diam bila ada yang mengusikmu".

🌟Bayangkan ketika kau mmberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...Subhanallah sungguh nikmat solat yg kita lakukan.

Wassalam

Sekiranya baik utk kita jom kita share dgn teman n shbt yg kita kasihi smoga mereka juga mendpt manfaatnya. Aamiin

Friday, 28 November 2014

TUJUH SEBAB PERLU KAYA DAN BERJAYA

Friday, November 28, 2014 8


Assalamualaikum. Pada kali ini abe kie mahu memberikan tujuh sebab mengapa kita perlu kaya dan berjaya? Mohon baca ye? Semoga pos ini bermanfaat.

❇️1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

❇️2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?
Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

❇️3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.
Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

❇️4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

❇️5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.
Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

❇️6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.
Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

❇️7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT! MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Al-Fatihah utk Rasulullah dan para sahabat baginda, untuk kedua ibubapa kita, untuk diri kita, isteri /suami kita dan anak-anak kita moga Allah merahmati mereka dan kita semua. Amiin Ya Rabbal A'lamin.

Wednesday, 26 November 2014

Tujuh jenis persahabatan

Wednesday, November 26, 2014 5

Assalamualaikum. Terbaca artikel ini di kumpulan Whatsapp Abe Kie. Ada baiknya abe kie berkongsi artikel ini kerana ianya bermanfaat kepada kita semua. Selamat membaca!...

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ::

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga persahabatan terjalin antra satu dgn lain kerana Allah. Aamiin....

Monday, 24 November 2014

Tanda-tanda hati yang mati

Monday, November 24, 2014 11

Assalamualaikum. Pada kesempatan ini abe kie ingin berkongsi sedikit tazkirah yang bertajuk 'Diantara TANDA-TANDA HATI yang MATI' :- Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. In sha Allah.

1. "Tarkush sholah" - Berani meninggalkan solat fardhu
 
2. "Adzdzanbu bil farhi" - Tenang tanpa merasa berdosa padahal sedang melakukan dosa besar (QS 7:3)
 
3. "Karhul Qur'an" - Tidak mahu membaca bahkan menjauhi ayat-ayat Al Qur'an

4. "Hubbul ma'asyi" - Terus menerus melakukan maksiat

5. "Asikhru" - Sibuknya hanya mengumpat dan buruk sangka serta merasa dirinya selalu lebih suci

6. "Ghodbul ulamai" - Sangat benci dengan nasihat baik dan sangat benci dengan ulama

7. "Qolbul hajari" - Tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, kuburan dan akhirat

8. "Himmatuhul buthnu" - Gilanya pada dunia tanpa peduli halal haram, yang penting kaya

9. "Anaaniyyun" - Sama sekali merasa bodoh keadaan orang lain, saudara bahkan boleh jadi keluarganya sekalipun menderita

10. "Al intiqoom" - Pendendam hebat
 
11. "Albukhlu" - sangat sukar untuk bersedekah.
 
12. "Ghodhbaanun" - cepat marah kerana keangkuhan dan dengki.
 
"Semoga ALLAH selalu menghiasi hati kita dgn keindahan, kekuatan dan kenikmatan iman... Aamiin".

Friday, 21 November 2014

Kita ibarat pinggan

Friday, November 21, 2014 6


Renungan di bawah ini sangatlah menyentuh perasaan kerana manusia diibaratkan spt pinggan. Mohon baca sehingga habis. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini. Semoga analogi ini memberikan kesedaran kepada kita semua. ~abe kie~

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita..

Selang beberapa tempoh masa,  individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan  asalnya.

Individu kedua pula memulangkan pinggan  tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan  lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah  jua halnya dengan Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam  keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi Kita.. iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan  ’basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum  memasukkan Kita ke dalam syurga..

Tetapi jika Kita  kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 untuk menghumbankan Kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai  lagi..

Semoga bermanfaat…

Wednesday, 19 November 2014

KESILAPAN WANITA TENTANG AURAT

Wednesday, November 19, 2014 8

Assalamualaikum. Apa khabar kawan2 yg dihormati sekalian? Pada kesempatan ini abe kie ingin berkongsi tentang kesilapan2 yg dilakukan oleh wanita tentang aurat. Peringatan ini amat penting untuk kita semua apatah lagi kepada abe kie yg memiliki empat orang anak perempuan! Sama2lah kita menghayatinya.

Firman ALLAH:

Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir
(Surah al-Nur:31)

Kesilapan Pertama:
Menganggap menutup aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Kesilapan Kedua:
Bertudung tetapi memakai t-shirt berlengan pendek

Kesilapan Ketiga:
Bertudung tetapi berbaju kebarung yang terbelah kainnya

Kesilapan Keempat:
Bertudung tetapi bajunya sendat dan nipis lalu memaparkan bentuk bahagian yang mudah menggoda

Kesilapan Kelima:
Bertudung tetapi amat longgar dengan menayangkan jambul dan hujung rambut

Kesilapan Keenam:
Bertudung tetapi hanya di tempat-tempat tertentu

Kesilapan Ketujuh:
Bertudung tetapi tudungnya ke belakang leher. Maka terdedahlah dadanya daripada dilitupi kain tudung

Kesilapan Kelapan:
Bertudung tetapi tudungnya amat nipis sehingga menampakkan sanggul, leher, tengkuk dan dada

JOM KITA BERUBAH

Monday, 17 November 2014

HADIS TERUNGGUL

Monday, November 17, 2014 8


Assalamualaikum. Berikut ialah tazkirah yang perlu dibaca oleh kawan2 kerana ianya begitu bermanfaat. Semoga dapat dihayati dan diamalkan. 

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Badwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Badwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Badwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Badwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, semoga ianya memberikan manfaat kepada semua. In sha Allah...

Friday, 14 November 2014

SMS sudah tidak relevan sekarang

Friday, November 14, 2014 14

Pada zaman dahulu memang kita kerap menggunakan SMS sebagai media untuk berhubung kerana kosnya yang rendah. Ada sampai 1 sen sahaja jika sesama telco. Remaja terutamanya selalu menghantar SMS sesama mereka dan jarang berbual di telefon kerana ingin menjimatkan kos.

Tapi sejak era telefon pintar berleluasa, pengguna telefon kini kurang menggunakan SMS kerana kita para pengguna lebih selesa menggunakan program sembang seperti Whatsapp, Wechat, Line, Viber, Kakao Talk dan sebagainya. Program sembang ini lebih menyenangkan kerana kita boleh berbalas-balas mesej dengan pantas atau 'realtime'. Sembang la selama mana pun dan sebanyak mana mesej bertukar tangan tapi kosnya tetap sama. Lainlah jika guna SMS... setiap SMS yang dihantar akan dicaj.

Namun SMS masih diperlukan di dalam kehidupan seharian kerana masih ramai diantara kita yang masih menggunakan telefon biasa. Lagipun SMS tidak memerlukan talian internet. Jadi mudah la kita untuk menghubungi sesiapa jua terutama sekali jika ada mesej penting. Oleh itu jika ada mesej penting, baik hantar guna SMS, ok?

Wednesday, 12 November 2014

Jom Kita Gunakan Istilah Bahasa Melayu

Wednesday, November 12, 2014 3

Assalamualaikum. Pada hari ini kita dapati banyak istilah bahasa Inggeris masih digunapakai di dalam kehidupan seharian. Kita sudah terbiasa menggunakan istilah berkenaan biarpun ada istilah bahasa Melayu yang bersesuaian. Pihak kerajaan persekutuan jika seperti menyokong penggunaan istilah bahasa Inggeris dengan memperkenalkan istilah 'parcel' dan 'precint' di Putrajaya. Manakala syarikat2 perumahan pula berlumba-lumba menggunakan nama seperti 'riverside', 'riverview', 'gold coast' dan sebagainya. Kononnya untuk nampak moden dan gah di mata masyarakat.

Sebenarnya ada banyak istilah dalam bahasa Melayu yang dikeluarkan DBP berkaitan bidang sains dan teknologi bagi menggantikan istilah dalam bahasa Inggeris antaranya termasuklah pemacu pena bagi menggantikan pendrive, pemacu jari (thumbdrivbe), muat naik (upload), muat turun (download),  paparan hablur cecair (LCD-liquid cyrstal display), telesidang (teleconference), nirplag (unplugged), bual maya (virtual chat), perisian (software), capaian (access) dan banyak lagi contoh lain.

Manakala istilah dalam bahasa Melayu yang berkaitan penamaan tempat, perniagaan, perhotelan dan umum antaranya ialah latar pentas (back-drop), anjung kopi (coffee terrace), kira detik (countdown), bilik acu (fitting room), teratak desa (homestead), inap desa (homestay), jualan perabis (clearance sale), daftar masuk (check-in), daftar keluar (check-out), bayar dan bawa (cash and carry), jualan raksasa (jumbo sale), kios (kiosk) dan peristirahatan (lounge).

Istilah-istilah lain termasuklah pinggir tasik (lakeside), megapura (megamall), hadap taman (parkview), megapuri (penthouse), persantaian (resort), jerayawara (roadshow), bas ulang alik (shuttle bus), stimbot (steamboat), kem bina diri (summer camp), bicarawara (talkshow), ujana teh (tea garden), pramusaji (waiter / waitress), dapur basah (wet kitchen), perkakasan (hardware), jeda (pause), bankuet (banquet), bufet (buffet), hotel jimat (budget hotel), pisang sejoli (banana split), minuman apung (float) dan lain-lain lagi.

Pengguna bahasa Melayu seharusnya berani menggunakan istilah-istilah teknikal dalam bahasa Melayu walaupun bunyinya agak aneh. Kita mengharapkan agar lama-kelamaan istilah ini akan menjadi istilah yang digunakan oleh semua orang.

Akhir kata, Bahasa Jiwa Bangsa!

Sumber: Sinar Harian

Monday, 10 November 2014

KENAPA SUAMI LEBIH SAYANG ANAK DARIPADA ISTERI?

Monday, November 10, 2014 12

1) Hal ini dibuktikan, jika seluar anaknya terlondeh pasti dinaikkan, tapi jika seluar isteri terlondeh walaupun sikit...akan dilondehkan terus...

2) Kalau lihat anak orang lain pasti ingat anak sendiri. Tapi kalau lihat perempuan lain, terus lupa isteri sendiri...

3) Menganggap anak sebagai "Darah Daging", manakala isteri hanyalah "Penyepit Daging"...

4) Jika anak tidur tidak berbaju pasti akan dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju disuruhnya buka...

5) Kalu anak tertonggeng cepat-cepat dibantu untuk berdiri. Cuba kalau isteri tengah berdiri pun disuruhnya tonggeng...

6) Bukti lain... ketika lewat malam, jika tengok anak masih bermain, dirayu-rayu supaya tidur. Kalau isteri... yang tengah tidur pun dirayu bangun...malah diajak "main"...

Abe Kie: Sekadar gurauan untuk menghilangkan mengantuk di tempat kerja.. hehehhehehehe

Friday, 7 November 2014

Nak panggil saya abang atau pakcik?

Friday, November 07, 2014 16

Pada suatu hari abe kie gi pasar malam di pekan Tanah Merah, Kelantan. Hajat di hati nak beli charger hp. Jadi abe kie tanya penjual tu. Dia memanggil abe kie sebagai 'abe'. Sejuklah hati. Tambahan pula penjual tu nampak lebih muda daripada abe kie. Lalu abe kie beli charger tu dgn harga RM10.


Keesokan harinya abe kie gi ke Parkson Store di Kota Bharu. Pada mulanya niat abe kie nak beli kemeja untuk dipakai ke sekolah. Jadi abe kie tanyalah kepada seorang jurujual perempuan kat situ. Umur rasanya awal 20an. Kalau mampu nak gak ngorat buat bini. (Oppss...maaf abe kie dah janji dengan madam x leh bawa balik madu bernyawa ke rumah). Tapi terkejut dan terkilan juga bila dia memanggil abe kie sebagai 'PAKCIK! Kalau panggil abe gerenti abe beli sehelai. X apalah...Lain tahun je la abe kie datang ke situ lagi.

Masa balik tu terfikir gak mungkin abe kie ni nampak tua sebab rambut dah beruban. Kalau tengok wajah memang la 'boyish' lagi macam Amar Baharin... Jadi apa kata anda? Jawab jangan tak jawab.


Wednesday, 5 November 2014

Selamat menduduki SPM 2014

Wednesday, November 05, 2014 8

Assalamualaikum,

Tarikh keramat 3 November 2014 sudah tiba apabila pelajar2 tingkatan lima akan mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di seluruh negara. Segala persiapan sudah dilakukan bagi tujuan tersebut. Guru-guru mengadakan kelas tambahan pada petang, malam dan hujung minggu. Kem kecemerlangan SPM juga diadakan dengan pengisian teknik menjawab dan bengkel pemantapan pemahaman subjek masing2.

Pada 3 November 2014 pelajar2 sudah sampai awal ke sekolah. Kemudian mereka berkumpul di Dataran Titah Paduka untuk mendengar taklimat ringkas daripada guru Bahasa Melayu. Selepas itu Ustaz Marzuki membacakan doa sambil diaminkan oleh guru-guru, ibubapa dan murid-murid. Kemudian calon2 SPM bersalam-salaman dengan guru2 sebelum bergerak masuk ke dewan.


Sebagai Setiausaha Luar SPM abe kie sentiasa memastikan perjalanan SPM setiap tahun berjalan dengan lancar. Komunikasi dengan Ketua Pengawas sentiasa ada agar dia dan pengawas yang lain dapat berkhidmat dengan selesa di sekolah abe kie. Minum pagi disediakan kpd mereka dan sedikit cenderahati bakal diberikan kpd mereka sebelum tamat SPM pada 4 Disember nanti. In Sha Allah.

Monday, 3 November 2014

8 FAKTA KELEBIHAN BERCIUM

Monday, November 03, 2014 7

Assalamualaikum. Adakah kawan2 mencium isteri/suami masing-masing sebelum keluar bekerja? Kalau ada buat macam tu memang bagus la. Jika tidak, maka sudah tiba masanya untuk kwn2 mengamalkannya. Berikut abe kie senaraikan lapan fakta kelebihan bercium. Tapi awas! Hanya cium pasangan anda yang sah sahaja! Orait?

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya sebelum pergi ke tempat kerja rata-rata memiliki jangka hayat lima tahun lebih lama berbanding dengan pasangan yang tidak melakukan rutin ini. Bercium dalam waktu lama boleh membantu sistem peredaran darah kita. Ketika berciuman, detak jantung menjadi semakin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

2. Bercium adalah sangat baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuatkan seseorang itu berasa lebih dihargai dan tenang. Tapi janganlah sampai nak bercium kat depan orang ramai pulak ye, itu dah over-confident namanya!

3. Bercium mampu membakar kalori (2-3 kalori per minit) dan dapat meningkatkan tahap metabolisme badan. Ada yang mengatakan, bahawa dengan bercium selama tiga kali sehari (minima 20 detik per ciuman) boleh membantu mengurangkan berat badan. Ini merupakan tips yang paling senang untuk diamalkan bagi mereka yang nak cepat kurus.

4. Ciuman cukup sinonim sebagai penghilang stress. Benar! Ciuman yang berlangsung lebih daripada tiga minit dapat membantu kita untuk melawan stress. Ciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangkan perasaan negatif dan sekaligus membuatkan kita berasa lebih bersemangat.

5. Bercium menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi akan menegang dan menjadikan kulit muka menjadi lebih halus. Patut laa ramai orang cakap, pasangan yang baru berkahwin akan kelihatan lebih berseri. So tak lain tak bukan inilah antara sebabnya kan? Untung laaa..Hahaha! =p

6. Ciuman baik untuk jantung. Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit jika dibandingkan dengan nafas normal iaitu hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini sangat baik untuk mencegah penyakit paru-paru, menurunkan tekanan darah dan kolesterol berlebihan.

7. Mereka yang sering bercium jarang mendapat masalah sakit perut. Seperti yang kita semua dah belajar masa kat sekolah dulu, perut adalah tempat pengumpulan asid. Air liur pulak bersifat alkali. So kalau asid dan alkali bergabung, neutral lah jadinya kan? Kita sakit perut sebab perut banyak asid. Dengan bercium, kita mampu mengurangkan kadar keasidan dalam perut berikutan air liur yang terhasil kesan daripada aktiviti bercium telah menolong kita untuk tidak sakit perut.

8. Last but not least, bercium juga dapat mengurangkan penyakit gigi. Selama berciuman, tubuh badan kita akan mengeluarkan antibiotik melalui air liur yang bertindak sebagai anestetik untuk menjaga gigi supaya sentiasa berada dalam keadaan baik, mencegah gigi berlubang dan kerosakan gigi. Tapi dengan syarat, dua pasangan yang berciuman harus menjaga kebersihan mulut. Jangan lupa gosok gigi dulu ye. Hahaha!
TAPI INGAT!!! 
PASTIKAN ANDA BERNIKAH DAHULU SEBELUM BERCIUM!!!

Friday, 31 October 2014

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Friday, October 31, 2014 7

Sila baca artikel ini. Abe Kie harap ia memberikan manfaat kepada kita semua.

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahu pun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu. Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku, didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas, dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan. Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat, ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung, apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantun g mengepam. Di Amerika dan Kanada, pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat, madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap, pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan, hampir kesemua pesakit yang/ tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol, didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari, sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari journal, madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen (keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam, dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari Sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.


Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sha Allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu, ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit : Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. Masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton, yang menjalankan kajian ini, mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi, bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan dari Dia disembuhkan segala Penyakit.
Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...wa iza marid tu f