Friday, 29 November 2013

Belajar mengaji Al-Quran dengan bekas ibu mentua



Setiap dari kita umat Islam mesti membaca Al-Quran dengan betul tajwidnya agar solat kita diterima Allah. Sebenarnya saya sudah lama ingin mengikuti kelas tajwid namun belum jumpa dengan guru yang sesuai. Saya lebih suka mengadap tok guru face-to-face daripada belajar dalam kumpulan kerana ada perasaan malu dan rendah diri.

Kebetulan pada minggu lepas bekas ibu mentua saya menawarkan diri untuk mengajar tajwid kepada saya secara percuma. Katanya bila dia sudah tiada dapatlah saya mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Tambahan pula teman wanita saya kehairanan bila saya kata saya menghantar anak-anak mengaji dengan nenek mereka dan bukannya diajari oleh saya sendiri. Malu gak saya sebentar. Demi teman wanita tercinta saya kena betulkan tajwid ni. Ahakss!

Jadi pada petang Isnin lepas kelas pertama bermula selama 15 minit. Saya membaca surah Al-Baqarah sambil bekas ibu mentua saya membetulkan mana bacaan yang tersasar. Sedikit demi sedikit saya menyedari kesilapan selama ini dan membetulkan mana yang patut. Banyak ilmu yang saya dapat hari itu. Tidak sabar rasanya untuk ke kelas seterusnya pada Sabtu ini. Kalai ini saya kena bawa pen dan buku catatan untuk mencatit nota.

Sesungguhnya Al-Quran mesti dibaca dengan betul tajwid dan lagunya agar ibadah kita diterima Allah. Lebih baik jika Al-Quran itu diamalkan dalam kehidupan seharian kita, kan?

Wednesday, 27 November 2013

BAHAGIA ITU SEDERHANA.



Salam. Ayah Kie menerima artikel ini di whatsappp. Sangat menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan sekalian. Semoga kita mendapat pengajaran darinya. In Syaa Allah.
        
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami.

Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah.

Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras.

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman.

Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup.

Mencuci dan menggosok tompokan baju, itu bererti aku memiliki pakaian.

Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.

Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya.

Mendapatkan banyak aduan dari customer kita menandakan bahawa customer kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik.

Mendengar bunyi exzos dan hon itu bererti aku boleh mendengar.

Mendengar bunyi Azan Subuh dipagi hari, itu bererti aku masih hidup.

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari.

Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki teman yang peduli padaku.

Seseorang yang peduli tentang aku telah mengirimkannya kepadaku.

Dan kerana aku peduli tentangmu maka aku mengirimkannya juga kepadamu.

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun.

Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkahi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Amiin

Monday, 25 November 2013

Saya sudah pasang Streamyx kat rumah.


Selepas 4 tahun menggunakan modem broadband sama ada dari Maxis atau Celcom akhirnya saya beralih kepada TM Streamyx pada 23 Nov 2013. Keputusan ini diambil kerana saya sudah serik dengan perkhidmatan Maxis Portawifi yang kedekut tahap gaban itu. Kata had 8GB tapi baru 3 hari guna dah cecah limit. Kalau nak laju sikit kena guna dari 2 hingga 8 pagi. Manalah saya sanggup berjaga wei!

Sebelum beralih ke Streamyx ini saya guna modem broadband Celcom dan Maxis Portafi. Memang la kalau barang murah tu line slow sikit. Tapi kesabaranku ada hadnya. Selalunya line berukband ni slow macam siput khinzir. Buat sakit hati aje. Awal tahun lepas orang TM ada datang ke sekolah dan tawarkan Streamyx tapi saya keberatan nak menerimanya kerana saya selalu balik kampung. Jika guna modem berukband ni boleh dibawa ke mana-mana.

Tapi memandangkan cuti sekolah yang panjang ini maka saya mengambil langkah drastik untuk melanggan Straemyx. Hari Ahad tu agen TM datang ke rumah untuk minta saya tandatangan. Pada hari Khamis tu kontraktor telefon kata nak datang pasang. Tapi sebab saya nak balik kampung maka dia terpaksa datang pada tengahari Sabtu lalu. 

OKlah, tak payah banyak cerita. Sekarang marilah kita bertenet sepuas-puasnya! Hujung bulan tu jangan lupa bayar bil sebanyak RM110 ye!

Sunday, 24 November 2013

Makan-Makan kat Restoran Marry Brown



Sekembali dari airport ptg Jumaat lalu aku n anak-anak serta teman dotdotdot singgah makan di restoran ni yang terletak di Taman Bendahara. Lepas tu kami shopping di Pantai Timur. Thanks to my lovely friend for the treat! Jom kita!

Friday, 22 November 2013

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH, DIBEBEL DAN DIPUKUL?


Anak perempuan saya umur 10 tahun dan sangat liat nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya "dah". Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak... Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya....

Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning... tapi anak saya tetap tak berubah... susah dan liat nak solat..

Pada suatu hari, ada kawan bagitahu saya satu cerita. Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat. Tak perlu disuruh....

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh. Beliau berkata, "sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang".

Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.... Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah... solat tak perlu disuruh dah...solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat ke 40.

"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

In Shaa Allah... Jom Amal....semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama....Aamiinn.

Wednesday, 20 November 2013

Mengapa redha suami itu adalah syurga bagi isteri?


1. Suamimu dibesarkan oleh ibu yg mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu kamu mencintainya seumur hidupmu, bahkan seringkali rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.

2. Suamimu dibesarkan sbg lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia meningkat dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalinya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah & ibunya.

3.Suamimu redha menghabiskan waktunya untuk mencukupi keperluan anak-anakmu serta kamu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus dihormati tiga kali lebih besar oleh anak-anakmu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa irihati, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.

4.Suamimu berusaha menutupi masalahnya di hadapanmu & berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedang engkau terbiasa mengadukan masalahmu kepadanya dengan harapan dia mampu memberi penyelesaian, padahal boleh saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar, namun tetap saja masalahmu diutamakan dibandingkan masalah yang dihadapinya sendiri.

5.Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu, sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

6.Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, kerana dia ikut bertanggungjawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah dituntut ke neraka, kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal-hal yang harus dipertanggungjawabkannya sendiri.

Lapan pintu syurga terbuka bagi anda dan anda boleh masuk dari pintu mana pun yg anda suka, cukup dengan mendapat "REDHA" dari suamimu, sedang suamimu tidak mendptkan kemuliaan semacam itu, kerana itu taat sabar padanya.

Monday, 18 November 2013

Maafkan saya Abang.......


Kisah dilema seorang Guru Wanita antara Kerja..Suami... Keluarga.... 

Anak : Mama, adik lapar la... 

Guru : Ehh... adik ni, td kan mama dh belikan KFC 

Anak : Tapi mama... adik blom mkn pon lg.... 

Guru : Laa.. knp adik tak mkn.. mama belikan mkanan kegemaran adik tu... 

Anak : Adik nak makan bersama mama.. dr td lg adik tunggu... tapi.. mama asyik dengan laptop jer.

Guru : Mama tengah sibuk isi markah pelajar mama la sayang....

Anak : kalau macam tu adik nak jd pelajar mama lah.... ( ingin perhatian kasih sayang ibu ) 

Guru : Adik, waktu sekarang sistem tengah laju ni... adik ajak papa lah makan.... 

Anak : Papa kan keluar tadi.. belom balik pon lagi.... 

Guru : Oh lupa la... Alamak...!!! dah pukul 12.45 tgh malam.... Sayangnye nak tinggalkan kerja ni... 

1 JAM KEMUDIAN... 

Guru : Abang baru balik...... abang pegi mana...? selalu keluar balik lewat malam.. dula tak macam ni.. Suami : Awak pon dulu tak macam ni.... 

Guru : Apa abang cakap nie... Saye tak penah pon keluar rumah... 

Suami : Memang awak tak keluar rumah.... tapi awak pon tak pernah wujud kat rumah... 

Guru : Kenape ni bang.... saya tak faham... 

Suami : Bila saya balik kerja.. awak ckp tak sempat masak balik lewat petang ada aktiviti kat sekolah.. saya mengadap TV awk buka buku latihan budak-budak... bila saya masuk tidur, awak pula masuk “online”.. .. 

Guru : Tapi saya terpaksa buat semua tu bang... Kat sekolah mana sempat.... banyak lg kerja lain yang nak kena siapkan... 

Suami : Saya tahu, tapi saya pon rimas tengok awk mcm ni setiap hari kat rumah... saya kesunyian... saya tak nak marah awak bt kerja kat rumah... tapi... awk tak perlu pertikai jika saya keluar setiap malam. 

Guru : Saya TERPAKSA bang.... saya terpaksa AKUR dengan semua arahan.... 

Suami : Okey....!! Awak pon terpaksa akur lah jika saya cari teman untuk berbual di luar... 

Guru : Tapi abang..... inikan sebahagian kerja saya... Saya terpaksa siapkan kat rumah.... 

Suami : Isteri kawan saya tak ada pon kerja sampai kat rumah.... Tengok isteri si Leman tu.. Setiap petang boleh keluar berjalan dengan anak-anak, hujung minggu pon boleh cuti berehat kat rumah.. tapi awak tidak... hujung minggu pon kena “attend” kursus... Baik awak kerja pejabat mcm isteri Leman tu... 

Guru : Maafkan saya abang..... saya akui kurang masa bersama abang dan anak-anak ( sambil menagis) tapi... kalau saya tak siapkan nnt saya akan mndapat susah... guru memang macam ni bang.... kat pejabat hanya memberi arahan... tapi kami yang laksanakan.... 

CERITA INI BERKESUDAHAN DENGAN PELBAGAI SITUASI.... SEMUA INI BERGANTUNG KEPADA ANDA DAN PASANGAN ANDA.......

Friday, 15 November 2013

Konvokesyen Tadika Bestari Aqdi

        Yaya (sebelah kanan) sedang membuat isyarat 'peace'

Pada 11 November 2013 aku menghadiri Kovokesyen Tadika Bestari Aqdi di Tanah Merah, Kelantan. Anak ketigaku, Yaya, sudah belajar di tadika ini sejak usianya 2 bulan. Ialah, pada masa itu dia dimasukkan ke nursery dulu. Bila usianya 4 tahun barulah dia dimasukkan ke tadika. Syukurlah kerana pada usia 6 tahun ini, Yaya sudah boleh membaca dan menulis dengan lancarnya.

Berbalik kepada konvokesyen tadi, majlis diadakan di cawangan tadika itu di Taman Harmoni bermula jam 10 pagi. Pemilik tadika berkenaan, Ustaz Apandi memulakan acara dengan ucapan ringkas bagi mengalu-alukan kedatangan para ibubapa. Selepas itu murid-murid tadika membuat pelbagai persembahan seperti menyanyikan lagu-lagu Oppa Gangnam Style, Gwiyomie, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Ummiku Sayang dan sebagainya. Mereka juga mempersembahkan 'Chicken Dance'.

Selesai persembahan, Ustaz Apandi menyampaikan cenderahati berupa diari Prudential Insurance kepada semua ibubapa yang hadir diikuti dengan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang mencapai tahap akademik yang cemerlang semasa ujian akhir tahun. Yaya mendapat tempat kedua bagi kategori usia 6 tahun. Dia juga mendapat hadiah murid paling rajin datang ke tadika.

Sebelum pulang, para ibubapa dan pelajar telah dijamu dengan ayam bakar ala barbecue, nasi goreng, kek, agar-agar, snek dan air sirap. Sesungguhnya hari tersebut begitu bermakna kepada anakku, Yaya. In Shaa Allah, pada tahun hadapan dia akan belajar di Tahun 1.

Wednesday, 13 November 2013

SENARAI SEMAK PUASA SUNAT 2013-2014* (1435 H)

 
Assalamualaikum. Bersama ini Ayah Kie siarkan hari-hari yang disunatkan berpuasa pada tahun hijrah 1435. Selamat berpuasa dan semoga ibadah puasa kita akan mendapat ganjaran pahala dari Allah. Amin....
 
1. PUASA 1-9 MUHARAM = 5-13 NOV 2013
 
2. PUASA HARI ASYURA PADA 10 MUHARAM BERSERTA SEHARI SEBELUMNYA IALAH PADA 13 - 14 NOV 2013
 
3. PUASA HARI ISNIN DAN KHAMIS : MANA-MANA HARI ISNIN DAN KHAMIS KECUALI HARI TASYRIK 11 ZULHIJJAH = 6 OKT 2014 (ISNIN)
 
4. PUASA HARI PUTIH PADA 13, 14 DAN 15 HARI BULAN SETIAP BULAN HIJRAH SEPERTI BERIKUT: MUHARAM = 17-19 NOV 2013 SAFAR = 16 -18 DIS 2013 RABIULAWAL = 15-17 JAN 2014 RABIULAKHIR = 13-15 FAB 2014 JAMADILAWAL = 15-17 MAC 2014 JAMADILAKHIR = 13-15 APR 2014 REJAB = 13-15 MEI 2014 SYAABAN = 11-13 JUN 2014 SYAWAL = 09-11 OGOS 2014 ZULKAEDAH = 08-10 SEPT 2014 ZULHIJJAH = 08-10 OKT 2014
 
5. PUASA SUNAT REJAB = 1-29 MEI 2014
 
6. PUASA SUNAT SYAABAN ( KECUALI HARI SYAK 30 SYAABAN) = 30 MEI- 27 JUN 2014
 
7. PUASA ENAM ( PUASA MANA-MANA ENAM HARI SYAWAL KECUALI 1 SYAWAL IALAH PADA 29 JULAI - 26 OGOS 2014
 
8. PUASA 1- 8 ZULHIJJAH = 26 SEPT-3 OKT 2014 9. PUASA HARI WUQUF (BAGI MEREKA YANG TIDAK MENUNAIKAN HAJI) = 4 OKT 2014
 
P.S. Pakat peringat nanti ....kita try mana yg mampu 😇

Monday, 11 November 2013

7 Sunnah Hebat Dalam kehidupan Seharian


Ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
 
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
 
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
 
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
 
Keempat: Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
 
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
 
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
 
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Abe Kie berharap kepada semua rakan blogger sekalian untuk kita sama-sama mengamalkan tujuh sunnah ini agar kita dapat mendapat syafaat rasulullah pada hari akhirat nanti. InsyaAllah...

Friday, 8 November 2013

Keajaiban Matematik Pada No Telefon Anda


As salam, info dari Ustaz Salehhudin Nasir (USN).  Siapa yang reka ni saya tabik spring. Percaya tak...? Dari no. Hp, kita dapat tahu umur kita.. Percaya tak???  Ikuti langkah-langkah berikut:
 
(1) Lihat angka terakhir no hp anda. Cthnya: 7.
(2) Dikalikan 2. Jawapannya 14.
(3) Ditambah 5. Jawapannya 19. 
(4) Dikalikan 50. Jawapannya 950. 
(5) Ditambahkan 1763. Jawapannya 2713. 
(6) Dikurangi tahun kelahiran anda. Contohnya 2713 - 1973.
 
Sekarang anda mendapatkan 3 angka iaitu 740. Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda. Ya, No 7! Angka kedua dan ketiga adalah umur anda.. memang betullah..Umur Abe Kie tahun ni 40 tahun! Cuba dan buktikan sendiri ya.... selamat mencuba .. Inilah ilmu matematik, ilmu dari Allah juga Subhanallah....

Wednesday, 6 November 2013

Senarai Tugas Guru 2014


Seronoknya jadi cikgu ......
Jom lihat senarai tugas guru 2014 yang bakal menanti .....

1 E-Operasi 
2 E-Pangkat 
3 E-Prestasi 
4 HRMIS 
5 SPLG 
6 E-Tukar 
7 E-Profil 
8 SPPBS 
9 Psikometrik 
10 E-SPTS 
11 APDM 
12 SPS 
13 SAPS 
14 SARANA IBU BAPA 
15 Guru Penyayang 
16 Mentor Mentee 
17 Minda Sihat 
18 L4 
19 Konsep Kendiri 
20 DWEN 
21 VLEFrog 
22 e-Nilam 
23 zoom A 
24 EMIS 
25 SSDM 
26 SSQS 
27 NKRA - LINUS 
28 e-kehadiran 
29 IQ-PSS 
30 PROTIM 
31 1M1S 
32 Myspata 
33 E-mateks for spbt 
34 E-bulk for spbt 
35 Ujian komptensi ICT 
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH 
37 penandaan buku latihan, bla 
38 gubal soalan ujian 
39 penghasilan abm 
40 persediaan buku rekod mengajar 
41 penetapan etr / kpi setiap subjek 
42 aktiviti persatuan 
43 aktiviti sukan 
44 aktiviti koakedemik 
45 kajian tindakan 
46 spsk (johor) 
47 keceriaan kelas 
48 latihan kebakaran dan kecemasan 
49 kem motivasi 
50 kemaskini fail kurikulum 
51 program susu sekolah 
52 program pemulihan pengayaan 
53 peka/pafa 
54 pelaporan guru bertugas harian 
55 program sekolah selamat 
56 pelaporan kantin 
57 persiapan padang dan balapan 
58 program akses kendiri 
59 program pecutan upsr/pmr/spm 
60 kelas tambahan cuti sekolah 
61 projek hikmah 
62 galeria sekolah 
63 pengurusan stok dan rekod 
64 pengurusan panitia 
65 tidak termasuk tuntutan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa seperti kurss, taklimat, bengkel, seminar, kolokium, simposium, dll 

Amacam best x jadi cikgu?

Monday, 4 November 2013

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru 2013



Pada 4 November lalu telah berlangsung Majlis Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan sekolah Abe Kie di Restoran Syam, Jalan Berek 12, Kota Bharu. Majlis bermula pada jam 1 tengahari dengan ucapan ringkas dari Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan, Tn. Hj. Razali diikuti dengan ucapan Pengetua, Puan Pah Fatimah. Kemudian Ustaz Yusof membacakan doa makan dan kami semua hadirin menikmati makanan ala Thai seperti tomyam, ikan siakap 3 rasa, udang goreng mentega, sayur kai lan, kerabu mangga dan sebagainya.

Semua hadirin mendapat 'door gift' iaitu tumbler dari Tupperware, serunding daging dan sebuah hamper. Selepas itu diadakan acara cabutan bertuah dimana hadiah berupa hamper, kain batik, tuppwerware, pemanggang roti, kipas meja, 'blender', 'mixer' dan hadiah utama iaitu ketuhar gelombang mikro. Malang sekali Abe Kie gagal memenangi apa-apa hadiah pada tahun ini. Kecewa sungguh!

Majlis berakhir pada jam 3 petang dan Abe Kie bersama rakan-rakan pergi menunaikan solat di masjid berhampiran sebelum bertolak ke Tanah Merah. Semoga pada tahun depan acara ini menjadi lebih meriah dan nasib Abe Kie lebih bertuah! InsyaAllah.

Friday, 1 November 2013

Pes Budu Segera Mudah Dibawa Ke Mana Saja


Budu begitu sinonim dengan Kelantan. Kini sos pembuka selera ini sudah didatangkan dalam pelbagai bentuk bagi memeudahkan ia dibawa ke mana-mana saja termasuklah menaiki pesawat ke luar negara. Budu tradisional dalam botol amat sukar untuk dibawa di dalam bas kerana dikhuatiri akan pecah akan botolnya. Maka berbau busuklah seleuruh bas itu!

Jangan bimbang wahai penggemar budu sekalian! Kini budu sudah ada dalam bentuk serbuk yang disimpan di dalam paket dan yang terkini, budu dalam bentuk pes seperti ubat gigi! Fuh! Inovatif sungguh rakyat Kelate lo ni. Memang tidak dinafikan botol budu ada dijual di kebanyakan kedai di luar Kelantan. Masa saya di Papar, Sabah pada tahun 1997 dulu pun budu ada dijual di pasar mini di sana..Tapi untuk mengembara, lebih baiklah jangan dibawa botol budu!

Jadi saya berharap orang-orang di luar Kelate juga akan menggemari budu ini kerana sesungguhnya budu ini ialah anti penuaan...
;