Friday, 30 August 2013

Tanggal 31 Ogos by Sudirman Hj Arshad

Friday, August 30, 2013 0
Tanggal 31 Ogos by Sudirman Hj Arshad



Patriotic songs contain lyrics that stir our hearts and fill our ears with happy upbeat music. They create feelings of pride, loyalty and devotion towards a country. Malaysia has many patriotic songs. One of the best-loved songs is 'Tanggal 31 Ogos'. This song was first made famous in 1982 by the late talented singer Datuk Sudirman Haji Arshad. You can check out the YouTube for his song. Practise singing the song. Given below is the English translation of the song. Let's sing it together!

On the thirty-first
The month of August, 1957
Merdeka, Merdeka
definitely Merdeka
It will surely go down in history
On the thirty-first
The month of August, 1957
A noble day, a joyful day,
Celebrate it with the spirit of freedom
Come, citizens of Malaysia
Together let's celebrate our
independence, Merdeka!
Thirty first of the month of August,
fifty seven
A noble day, my country is free (2X)
Merdeka, Merdeka, Merdeka.........!
MERDEKA!

Wednesday, 28 August 2013

TIPS DATANG AWAL KE MASJID

Wednesday, August 28, 2013 0


Ada sorg penuntut ilmu melihat gurunya sgt awal dtg ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai. Maka si murid bertanya kepada gurunya : " Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?" Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan : " Adakah kamu sudah berkahwin? " Si Murid menjawab : " Belum Tuan Guru" Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah " Mengikut arahan Tuan guru maka si murid tersebut terus berkahwin. Namun yang menghairankan dirinya, bukanlah dia semakin awal ke masjid, malah semakin lambat ke masjid. Maka , setelah beberapa hari keadaan berlarutan, dia lalu mengadu kepada gurunya tersebut . " Tuan Guru menyuruh saya berkahwin, dan saya telah pun berkahwin dengan harapan akan semakin cepat ke masjid namun yang berlaku sebaliknya. Saya bukan semakin awal ke masjid malah semakin lambat". Maka Tuan Guru menjawab : "Berkahwinlah satu lagi" Terkejut dengan jawapan gurunya tersebut. Kalau seorang isteri sudah lambat ke masjid apatah lagi berkahwin dua. Namun , disebabkan patuh dengan arahan gurunya maka dia berkahwin pula dengan isteri yang kedua. Namun keadaan masih berterusan sedemikian. Malah lebih lambat. Dia tetap terkalah dengan gurunya yang sentiasa lebih awal berada di masjid. Sekali lagi dia mengadukan perkara ini kepada gurunya. Maka jawapan yang diberikan oleh gurunya sangat memeranjatkan dirinya . Kata Tuan Guru : " Kalau begitu, kahwinlah seorang lagi" Maka beliau sekali lagi melaksanakan arahan gurunya tersebut. Pada satu pagi, ketika Tuan Guru datang ke masjid. Beliau terkejut melihat muridnya sudah berada di masjid. Lebih awal daripada dirinya. Tuan Guru bertanya sambil tersenyum : " MasyaAllah, apa rahsia kamu datang awal ke masjid pada pagi ini?" Jawab Si Murid : " Bukan setakat datang awal Tuan Guru, malah saya tidur di masjid terus. Rahsianya : Kahwin 3 . Pening kepala saya dengan semua, akhirnya masjidlah yang terbaik utk bermalam " Tuan Guru tersenyum lalu berkata : " Alhamdulillah , kamu dah jumpa teknik dan rahsia datang awal ke masjid "

Monday, 26 August 2013

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Monday, August 26, 2013 0

Sedang menjamu selera. Ini adalah hidangan terakhir yang ku telan. Huh! Lepas ni gerenti saiz badan dan perutku akan kembali seperti asal!

Pada hari Sabtu yang lepas bersamaan dengan 24 Ogos 2013, sekolah tempat Abe Kie bertugas telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Tarikh ini dipilih kerana ia adalah hari persekolahan ganti bagi cuti raya yang lepas. Semua guru dan murid memakai pakaian kebangsaan iaitu baju melayu dan baju kurung. 

Majlis bermula pada pukul 8 pagi dengan bacaan Al-Quran dan doa selamat diikuti dengan ceramah Aidil Fitri yang disampaikan oleh ustaz jemputan dari Pasir Puteh. Kemudian majlis makan-makan berlangsung selama 1 jam. Pada pukul 12.30 pm para pelajar dibenarkan pulang manakala guru-guru mula bersurai pada jam 1.40 pm. 
 

Murid-murid lelaki kelas 5 Kripton mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Sir Zuki. Merekalah yang selalu bikin masalah kerana malas belajar subjek Bahasa Inggeris.


Sesungguhnya majlis sebegini dapat memeriahkan sambutan hari lebaran disamping merapatkan tali silaturrahim diantara guru dan murid. Kebetulan pada hari ini aku menyambut hari raya puasa enam Syawal. Hmmm....lagilah meriah dan bermakna buatku.

Friday, 23 August 2013

Kalkulator Untuk Mengira Zakat

Friday, August 23, 2013 0
Kalkulator Untuk Mengira Zakat

Assalamualaikum,

Sudahkah kawan-kawan mengeluarkan zakat harta benda, wang simpanan, zakat emas dan perak serta zakat perniagaan untuk tahun ini? Biasanya kita hanya menunaikan zakat fitrah tetapi mengabaikan zakat2 yang tersebut di atas. Bagi membantu kawan-kawan mengira zakat sebelum dikeluarkan, Abe Kie ingin berkongsi satu applikasi Excel yang dapat memudahkan kerja2 pengiraan tersebut. Sila klik pautan di bawah untuk memuatturun fail Excel tersebut. Selamat mengeluarkan zakat kawan-kawanku yang budiman!

Kalkulator Zakat  

Wednesday, 21 August 2013

Muatturun e-book Permata Yang Hilang

Wednesday, August 21, 2013 0
Muatturun e-book Permata Yang Hilang

Assalamualaikum,

Pasti ramai yang tercari-cari buki Permata Yang Hilang dengan taglinenya 'Seni Nafkah Batin' di pasaran atau pun dalam talian. Sudah2lah mencari tu kerana pencarian anda berakhir di sini. Di sini Abe Kie sertakan link di mana anda boleh memuatturunkan e-book yang telah diharamkan di pasaran itu. Ingat! Buku ini untuk pasangan yang bakal berkahwin atau suami-isteri sahaja. Mereka yang masih hijau macam pucuk muda dilarang keras membacanya. Tanpa berlengah lagi, sila klik link di bawah ini. Semoga kalian mendapat manfaat dari pembacaan nanti. InsyaAllah.

Permata Yang Hilang

Monday, 19 August 2013

KATA PENGUAT DIALEK KELANTAN

Monday, August 19, 2013 0

Dalam dialek Kelantan, ada sesetengah kata sifat yangg mempunyai kata penguat di belakangnya. Kalau contoh bahasa Melayu seperti, “merah menyala”, “terang benderang”.. “menyala” & “benderang” menguatkan lagi keadaaan merah serta terang.

Warna

Meghoh nyalo – merah menyala
Kuning nnehey – sangat kuning
Putih sepok/ssembo – sangat putih
Ite legey – sangat hitam
Bighu kketto – sangat biru

Fizikal

Gemuk gedebok – sangat gemuk
Kughuh keke’k – sangat kurus
Pendek kketo’ – sangat pendek

Sifat

Bodo kketok – sangat bodo
Comey lotey – sangat comel
Kupik hangit – kedekut taik idong masin
Uduh kketok – sangat hodoh
Nakut hapah – sangat penakut
Nipih nayye – sangat nipih
Keghah kekong – sangat keras
Betak suek – sangat lembab,lambat

Rasa

Manih letting – sangat manis
Tawa hebey – sangat tawar
Pahik llepey – sangat pahit
Masam pughik- sangat masam
Masing peghak – sangat masin
Pedas menenga/nyengak – sangat pedas
Hapok kkohong – sangat hapak
Panah kketok – sangat panas
Busuk banga – sangat busuk

Keadaan

Bengkak ccobong – bengkak yg besar
Kuca hanya – kucar kacir
Kube lembey – sangat berselerak
Ceghoh boley – sangat cerah
Gelap gelemak – gelap gelemap, sangat gelap
Kenye bbonyah – sangat kenyang
Sejuk ketta/ssenyek – sangat sejuk
Taik aye money – tahi ayam yg masih hangat
Gura bewok – gurauan yg bodoh/mmberi mudarat
Kona leper – korner baring
Blana kokna – teramat banyak

Saturday, 17 August 2013

Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 4)

Saturday, August 17, 2013 0


Kantoi 31. ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....


Kantoi 32. ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat dugal"..


Kantoi 33. mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "


Kantoi 34. Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...


Kantoi 35. pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.


Kantoi 36. aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta


Kantoi 37. maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual laSaing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..


Kantoi 38. teringat maso kawe ngaji k.l mulo,nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"


Kantoi 39. Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA

heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud


Kantoi 40. so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko


Kantoi Tahap Dewa

Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...?

Friday, 16 August 2013

ANTARA RAKYAT MALAYSIA DAN MESIR

Friday, August 16, 2013 0
ANTARA RAKYAT MALAYSIA DAN MESIR

Ketika kami hanya berjuang di papan kekunci, hadapan skrin hanya melalui kata-kata; Kamu turun berjuang berhadapan peluru, bom dan gas pemedih mata. 

Ketika kami sibuk membincangkan kualiti padang; Kamu berhimpun menuntut keadilan dengan Al-Quran sebagai 'pedang'. 

Ketika kami marah akan kecederaan Messi; Kamu tercari-cari apa terjadi kepada Dr Morsi. 

Ketika media dan peminat marah akan FC Barcelona; Rakyat dan media kamu bersabung nyawa demi menyebarkan kebenaran di sana. 

Ketika kami mempertahankan surau yang tiada jemaah; Masjid kamu penuh, sehingga Medan dipenuhi khemah. 

Ketika kami merobohkan surau kerana perbuatan khianat; Masjid kamu musnah dibakar askar yang laknat. 

Ketika isteri di sini dipukul hanya kerana suami yang bebal; Anak isteri kamu di sana mati ditembak, dizalimi, diseksa dan digilis kereta kebal. 

Ketika kami di sini berAidilfitri gah dan meriah; Kamu di sana berdiri megah dan syahid di Medan Rabiatul Adawiyah. 

Ketika kami di sini mempersoalkan ulama' bersunnah; Kamu di sana menentang hujah ulama' yang punah. 

Ketika Muslimah kami mempersoalkan tokoh ilmuwan Islam beristeri dua; Muslimah kamu meyokong suami dan anak menuntut keadilan samada muda atau tua. 

Ketika mufti kami baru mengeluarkan fatwa HARAM sertai pertandingan ratu cantik; Ulama' kamu berfatwa mempertahankan dataran itu adalah wajib, lebih baik dari beri'tikaf di masjid tanpa pengaruh politik. 

Ketika pemimpin kami bertweeter akan rumah terbuka; Pemimpin kamu menyimpul kata, mengajak berjuang tanpa leka. 

Ketika lebuhraya kami menjadi medan maut yang amat pahit; Masjid, burung, udara dan segala-gala di Medan Rabiautul Adawiyah menjadi saksi syahid. 

Ketika kami berjuang melalui facebook dan twitter dengan sambil lewa; Kamu berjuang berhabis keringat, wang, makanan, dan nyawa. 

Kamu menggunakan kesemua medium bagi menegakkan keamanan, menuntut keadilan pelbagai cara; Sedangkan kami ingin menekan 'share' akan nukilan ini pun masih berkira-kira. 

Namun, masih ada segelintir di kalangan kami yang sentiasa berdoa akan kemenangan kamu di sana; Walaupun amat sedikit, inilah sumbangan termampu kami bersama saudara seIslam yang tidak terlena. 

Bersabarlah wahai para pejuang Islam, kerana bagi yang syahid syurgalah ganjarannya; Manakala kami di sini masih tercari-cari akan jalannya.

Sumber: Group Whatsapp SMACH90 (Batch SPM 1990 SM Sains Machang, Kelantan)

Thursday, 15 August 2013

SEGMEN KUNJUNG-MENGUNJUNG BERSAMA AYUINSYIRAH..

Thursday, August 15, 2013 0

Assalamualaikum kawan2 yg budiman. Jom kita pakat join segmen yg dianjurkan oleh Cik Ayu Insyirah ni. Semoga dgn menyertai segmen ini dptlah kita saling kenal sesama blogger n menambah kenalan pulak! Kalau nak join, cuma klik banner ketupat kat atas tu. Orait kwn2ku?

Wednesday, 14 August 2013

Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 3)

Wednesday, August 14, 2013 0
Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 3)

Kantoi 21. tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...


Kantoi 22. aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"


Kantoi 23. membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"


Kantoi 24. budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...budak johor:- nk berapa?.....budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....


Kantoi 25. Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..


Kantoi 26. Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....


Kantoi 27. Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...

“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”


Kantoi 28. dj radio: assalamualaikumpendengar: wa'salam...dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?pendengar: hujan berek-berek.....


Kantoi 29. ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."


Kantoi 30. didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...


"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...

Monday, 12 August 2013

Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 2)

Monday, August 12, 2013 0
Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 2)

Kantoi 11. kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?

Kantoi 12. peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...

Kantoi 13. masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha

Kantoi 14. masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"

Kantoi 15. member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....

Kantoi 16. ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"awek : " maaf cik, black out. api berJENTAP"

Kantoi 17. Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”

Kantoi 18. Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? 'Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]

Kantoi 19. haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".


Kantoi 20. aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghegi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM".

Friday, 9 August 2013

Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 1)

Friday, August 09, 2013 2
Apabila bahasa kelantan diKLkan (Episod 1)


baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..

Kantoi 1. Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"


Kantoi 2. Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…


Kantoi 3. Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..


Kantoi 4. kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang


Kantoi 5. cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumimurid : dua, cikgucikgu : nama dua jenis kutub tersebutmurid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)

Kantoi 6. cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.

Kantoi 7. ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe

Kantoi 8. kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”

Kantoi 9. “saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”


Kantoi 10. Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......


Wednesday, 7 August 2013

Happy Aidil Fitri from Abe Kie and Family

Wednesday, August 07, 2013 6

Assalamualaikum,

To all my blog readers, I would like to wish all of a you a Happy Eid Fitri. May this festive season give a lot of joys and happiness. Thank you for your support so far and I believe that our friendship will last even though we might not see in person.


Potato chip Without Salt is on The Table
Relationship without Fault is Impossible

The End of Ramadan is coming

How Sweet It’s Gonna Be
If Forgiveness is Uttered Sincerely for All Mistakes and Faults Done

Forgive All the Faults
Mistakes and Sins...
Wish All of You Get the Spirit of Fitrah
And Share a Joyful Moment 2 Everyone

May the Sight of the Moon
Glitter All Through Ur Way
And Bring U Loads of Happiness, Peace and Prosperity.

All Misunderstood
All Negative Thoughts
All Fake behaviours
All Lies
All What We Felt Yesterday
Throw it away!!

“EID MUBARAQ”.
MINAL Aidil Wal Faidzin

May Your Eid Will Be Your Pot of Joys and May You Will be blessed on This Glorifying Day...

Best regards from Abe Kie and Family.

Monday, 5 August 2013

PERSEDIAAN BALIK KAMPUNG

Monday, August 05, 2013 0

InsyaAllah pada 8 Ogos ini kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sudah pasti ramai dikalangan kita akan pulang ke kampung untuk berhari-raya dengan keluarga tersayang. Di sini Abe Kie ingin berkongsi sedikit tip dengan rakan-rakan blogger yang akan memandu kereta menuju ke kampung halaman masing-masing. Semoga ianya memberikan manfaat kepada rakan-rakan sekalian. Hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dengan selamat.

Periksa penapis udara.

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.

Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.

Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.

Periksa minyak brek.

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.

Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.
 
Periksa cecair penyejuk ‘coolant’

Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.

Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar.  Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.

Periksa minyak ‘power steering’

Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.

Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.

Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.

Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.

Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.

Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.

Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.

Penutup

Dengan panduan berikut, anda boleh melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu ke bengkel serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin ke destinasi.


Friday, 2 August 2013

Kerana dia adalah lelaki. tetap lelaki. itulah lelaki

Friday, August 02, 2013 0
Kerana dia adalah lelaki. tetap lelaki. itulah lelaki

Kerana Dia Lelaki
wanita adalah senjata ampuhnya
peruntuh tembok nafsunya

Kerana Dia Lelaki 
Kelunakan suara wanita luar biasa
mampu menggoncang imannya 

Kerana Dia Lelaki
Gerak geri wanita yang manja
Racun berbisa untuknya

Kerana Dia Lelaki
Santun budi wanita perhatian utama
namun batasnya perlu ada

Dan..

Kerana Dia Lelaki
egonya tinggi,
fahamilah,
ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya,
ada saatnya tersalah tempatnya tapi ingatlah,
dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki 
akal logiknya mengawal perasaan,
fahamilah,
sifatnya perlu untuk memimpin,
maka ada saatnya,
emosinya sukar ditafsir wanita.

Kerana Dia Lelaki
masalahnya sering terpendam,
tiada diluahkan,
fahamilah,
dia mahu menyelesaikan sendiri,
berikan ruang dan masa untuknya,
setelah beberapa ketika,
bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki
dia seorang manusia,
maka fahamilah,
bukan mudah mencari insan kamil,
seperti Rasul tercinta,
setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya,
sekurang-kurangnya dia telah berusaha.