Wednesday, 31 July 2013

Bahaya minum air tongkat ali

Wednesday, July 31, 2013 0
Bahaya minum air tongkat ali

Ramai org melayu hari ini dpt sakit buah pinggang kerana ubat kuat. Tongkat ali adalah kayu, bukan buah. manusia hanya sihat makan buah. bukan makan kayu! TUHAN TIDAK CIPTA MANUSIA UNTUK MAKAN KAYU.tongkat ali yang dimasukkan dlm kopi pracampuran dlm bentuk serbuk halus (bukan extract) akan melekat dalam saluran halus buah pinggang menyebabkan buah pngang tersumbat dan bengkak. Akhirnya buah pngng rosak. pesakit kena haemodylisis dan nyawa bergantung pada tiang2 bekalan eletrik TNB.Bila berlaku bencana alam, katakan banjir, pencawang TNB meletup atau tiang letrik tumbang kena hempap pokok, letrik terputus tiga hari saja, pesakit yang kena haemodylisis hilang nyawa dan roh mereka terbang ke langit. kajian di USM dan UPM membuktikan serbuk tongkat ali melekat dalm buah pngang tikus yang dijadikan bahan kajian. tikus mati kerana rosak buah pngng.Hasil kajian tidak diwar2kan dgn sewajarnya kerana perniagaan tongkat ali amat menguntungkan. jumlah pesakit buah pngng meningkat setiap tahun dan sbhagian besarnya melayu! melayu serba boleh. termasuk makan kayu tongkat ali!

Budaya org melayu, ubat kuat menjadi bahan perbincangan dan bahan lawak. bila berkumpul kedai kopi, antara bahan lawak yang dibicarakan selain dari lawak politik ialah lawak kahwin dua dan lawak ubat kuat. org melayu di bandar terdesak dan memerlukan ubat kuat untuk meningkat prestasi batin mereka. Prestasi batin org lelaki bandar begitu uzur kerana gaya hidup bandar yang tidak sehat dimana mereka berada dlm persekitaran bandar yang kurang oksjien dan mereka tidak melakukan senaman fizikal yang cukup. masalah timbul bila pasang mereka yang berada dlm lingkungan 40an.

Monday, 29 July 2013

Pesanan Ayah pada anak perempuan yang bakal berkahwin

Monday, July 29, 2013 0

1. Jaga dirimu baik-baik. Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah dua hal ini merupakan racun rumahtangga.
2. Jagalah dirimu baik-baik. Jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumahtangga serupa seperti neraka.
3.  Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam berdandan dan menghias diri.
4.  Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik.
5.  Jagalah dirimu baik-baik. Jangan makan terlalu kenyang, kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan.
6.  Ketahuilah kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia. Sebaliknya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang. Oleh itu, hati-hatilah janganlah sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain.
7.  Taatlah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu itu kunci penceraian.
8.  Jagalah kesihatanmu baik-baik dan jauhilah penggunaan alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu.
9.  Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu.
10. Aturlah baik-baik urusan rumahtangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu.   

Ingatlah Wahai anakku!

Saturday, 27 July 2013

Men Are Hard To Please

Saturday, July 27, 2013 0



Men Are Hard To Please
     男人很难取悦!!

The problems with GUYS:
     男人的问题是:

If u TREAT him nicely, he says u are IN LOVE with him;
     如果妳对他好,他说妳爱上他了.

If u Don't, he says u are PROUD.
     对他不好,他说妳骄傲.

If u DRESS Nicely, he says u are trying to LURE him;
     如果妳穿得很漂亮,他说你企图诱惑他.

If u Don't, he says u are from KAMPUNG.
     如果不,他说妳是乡下来的

If u ARGUE with him, he says u are STUBBORN;
     如果妳跟他理论,他说妳固执

If u keep QUIET, he says u have no BRAINS.
     如果妳沉默,他说妳没大脑!


If u are SMARTER than him, he'll lose FACE;
     如果妳比他聪明,他说那是小聪明

If he's Smarter than u, he is GREAT.
    如果他比你聪明,他就是有智慧!

If u don't Love him, he tries to POSSESS u;
     如果妳不爱他,他想拥有妳

If u Love him, he will try to LEAVE u.(very true huh?)
     如果妳爱他,他试着离开妳.

If u don't make love with him., he says u don't Love him;
     如果妳不跟他做爱,他说妳不爱他

If u do!! he says u are CHEAP.
     如果跟他做,他说你是贱货!

If u tell him your PROBLEM, he says u are TROUBLESOME;
     如果妳告诉他妳的问题,他说妳麻烦

If u don't, he says that u don't TRUST him.
     如果不,他说妳不信任他

If u SCOLD him, u are like a NANNY to him;
     如果妳骂他,妳好象他奶妈

If he SCOLDS u, it is because he CARES for u.
     如果他骂妳,是表示他关心

If u BREAK your PROMISE, u Cannot be TRUSTED;
     如果妳没有守承诺,妳就是不可信的人

If he BREAKS his, he is FORCED to do so.
     如果他不守承诺,他是迫不得已的

If u SMOKE, u are BAD girl;
     如果妳吸烟,妳是坏女孩

If he SMOKES, he is GENTLEMAN.
     如果他吸烟,他是绅士

If u do WELL in your exams, he says it's LUCK;
     如果妳考试成绩好,他说是运气

If he does WELL, it's BRAINS.
     如果他考得好,他说是实力!

If u HURT him, u are CRUEL;
     如果妳伤害了他,表示妳很残忍

If he HURTS u, u are too SENSITIVE!!
     如果他伤害了妳,表示妳太敏感而且太难取悦!

SO HARD TO PLEASE!!!!!

If u send this to guys, they will swear that it's not true.......
 如果你寄这封信给男生,他们会发誓以上是不正确的..

but if u don't they say u are selfish.....
    如果你不寄给他们,他们说妳自私..

Send this to guys out there anyway...
快转寄这邮件给男生吧!


Send it to girls also, give them some laughter...
转寄给女生,让她们笑一笑!

Thursday, 25 July 2013

Senarai Pemenang Segmen Bahaso Kelate Tahap Dewo

Thursday, July 25, 2013 1

Pertama sekali Abe Kie nak mengucapkan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi menyertai segmen giveaway yang dianjurkan tempohari. Sambutan kurang memberangsangkan kerana cuma enam peserta yang menyertainya. Hadiah ada 10. Jadi semua yang join akan dpat hadiah tanpa mengira jawapan u all betul atau salah. Abe Kie nak bagi kad raya free pun u all tak sudi. Biarlah...nak buat camner kan? hati dan perasaan tak boleh dipaksa kan? Baiklah, di sini abe kie nak umumkan enam orang pemenang tersebut. Tepuk tangan la ramai2... clap..clap...clap....clap....

1.Wan Azhar (wanazhar2562@gmail.com)
2. Sharif Keningau (kiqbal045@gmail.com)
3. Cik Amila (http://greenamila.blogspot.com)
4. Amir Rofie (http://amirofie.blogspot.com)
5. Amin A.R. (http://inilaharamin.blogspot.com)
6. Bin Muhammad (http://relakssminda.blogspot.com)

Tahniah Abe Kie ucapkan. Kepada pemenang di atas sila emelkan nama penuh, alamat rumah/pejabat dan no tel bimbit ke 'zukideen@yahoo.com' pada kadar yang segera. Kalau lambat nanti posmen x sempat nak antar kad raya plak. maklumlah posmen pun nak balik kampung gak!

Sekian. Terima kasih.

Tuesday, 23 July 2013

IKRAR JANJI SUAMI ISTERI

Tuesday, July 23, 2013 0

Assalamualaikum,

Kehidupan suami-isteri ada pasang surutnya. Bohonglah jika sepanjang hidup bersama tidak ada perbalahan. Namun begitu, setiap perselisihan faham perlulah diselesaikan dengan segera. Jangan biarkan ia berlarutan. Berikut Abe Kie kongsikan ikrar janji suami isteri untuk renungan kawan-kawan yang dihormati sekalian. Jangan segan, jangan malu. Lontarkan pendapat dan komen kalian. Terima kasih.

Andai timbul perselisihan, kenang segala memori berkasih dan saat-saat mencuit hati, disulam sikap maaf-memaafi sebelum lena dibuai mimpi.
            Usah menyimbah minyak di api marak, berdiam sabar perisai sejati, intailah peluang berdiskusi bukan bersaing mempamer aksi.
            Hari penting usah dilupa, setiap malam makan bersama, bukan untuk menyumpah menderhaka, tapi untuk berkongsi cerita.
            Anak-anak pengikat kasih, mereka umpama kain nan bersih, ego cemburu punca menyisih, usah ditunjuk, diungkit dendam pedih pembawa sedih.
            Jangan abai kesukaannya, wajah bersih dari noda, jangan pula kelat mencuka. Pasang badan demi dia nakhoda keluarga, berdandan sedia bikin cik abang sentiasa tergoda!
            Bawalah isteri pergi bercuti, atau beraktiviti, bersukan, berkaraoke sambil menari. Tak perlu berhabis bergadai, berhutang sana-sini, yang penting bersama bak merpati dua sejoli.

Sunday, 21 July 2013

PUISI CINTA SI GADIS SUNTI

Sunday, July 21, 2013 0


Buat gadis, sentiasa jaga maruah diri walau ke mana kamu pergi. Bertindaklah dengan akal, bukan berpandu hati.

Usah diserah kehormatan diri walau sayang tidak bertepi. Jangan sampai satu hari, tangan kecil terbiar sepi.

Demi cinta badai api ku redahi, pelajaran terabai tak dipeduli. Jangan ingat hanya bahagia yang menanti, saat menduga pasti jua mendatangi.

Ingatlah, wanita yang elok pekerti diciptakan buat lelaki yang baik, yang luhur, yang sejati,….. Perbaiki diri, perkejap ilmu akhirat serta duniawi, demi kebahagiaan hakiki. 

Andai jodoh tak ke mana, jika dihalang pihak keluarga, tidak bererti kiamat dunia. Selami punca, berbincang sama, buang ego bisikan nista, bukan buang saudara, buang agama!

Usah mengikut kekasih yang ‘murah’ menabur janji. Sehingga sanggup berkahwin lari. Bukankah baik berdoa tak henti, moga dipertemu arjuna hati teman sehidup semati?

Friday, 19 July 2013

Mudahnya Autoping di Busuk!

Friday, July 19, 2013 0

Sejak sebulan lalu kita para blogger tidak perlu lagi submit artikel secara manual di busuk. Kaedah autoping ini menyenangkan kerja kita untuk ping blog ke sana. Syaratnya mudah aje. Letakkan kod banner atau kod widget di dalam blog kita dan sistem atau robot busuk akan mengumpul artikel kita secara automatik.

Namun begitu kita masih boleh PING SECARA MANUAL. Tapi kenapa nak susahkan diri jika autoping ni memudahkan kerja kita kan? Sejujurnya sy jarang ping ke sistem lain seperti ohbelog, apesal, blogr,  pingje.com dan pingje.org kerana banyak benda nak dicopy pastekan! Leceh tul! 

Apa-apa pun busuk ialah sistem ping tempatan yang paling popular di kalangan blogger Malaysia!

Wednesday, 17 July 2013

Perkataan Bahasa Inggeris Yang Dipinjam Dari Dialek Kelantan

Wednesday, July 17, 2013 0
Assalamualaikum, Siapa kata dialek Kelantan tidak terkenal di persada dunia? Buktinya ada di bawah ini. Terdapat banyak perkataan bahasa Inggeris yang dipinjam dari dialek Kelantan. Contohnya 'dare bear' yang bermaksud gedeber atau berani. Pada masa kecil dahulu orang-orang tua di Kelantan menggunakan istilah bahasa Inggeris di dalam kehidupan seharian. Kolong dipanggil kalboard iaitu 'culvert', 'market' digunakan lebih kerap dari pasar manakala jika nak ke pejabat pos mereka berkata "kawe nak gi poh ofih'. Hebatkan? Jadi apa komen kawan-kawan blogger tentang perkataan bahasa Inggeris yang meminjam istilah dialek Kelantan ini? 


Monday, 15 July 2013

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

Monday, July 15, 2013 0


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Ambillah sebagai iktibar…