Thursday, 30 May 2013

Petua Menawan Hati Suami

Thursday, May 30, 2013 1


Salam kepada semua kawan blogger. Di sini Daddy ingin berkongsi tip dengan golongan wanita tentang petua untuk menawan hati suami masing-masing. Sila amalkan dan Daddy berharap semuanya ini berkesan untuk menambat hati suami anda. Tak dapat buat semua pun tak apa, janji ada usaha ke arah menambah kasih sayang sesama pasangan. Good luck to all of you out there!

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk. Masak resepi ibu mertua (kegemaran suami) sekali-sekala.

8. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya)

9. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

10. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

11. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

12. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

13. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian)

14. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

15. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

16. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh)

17. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

18. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

19. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

20. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

21. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

22. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

23. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

24. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya.

25. Jangan menyuruh-nyuruh gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

30. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.). Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.

37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa: - tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.

41. Tolong suami buat kerja dia di rumah.- cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.

43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras ".

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru2 kenal.

Tuesday, 28 May 2013

Foto Pudgy Daddy keluar di Sunday Star

Tuesday, May 28, 2013 0

Pada pagi Ahad lepas Daddy menerima SMS dari kolumnis Teacher Talk, Sunday Star iaitu Puan Nithya Sidhhu yang memaklumkan foto Daddy bersama bekas pelajar iaitu Ismail Riduan keluar di sisipan Education akhbar berkenaan. Maka dengan sepantas kilat Daddy ke kedai buku untuk membeli naskah akhbar Sunday Star untuk melihat sendiri foto dan cerita yang ditulis oleh beliau. Artikel penuh boleh dibaca di:

http://thestar.com.my/education/story.asp?file=/2013/5/26/education/13135864&sec=education

Daddy mengenali penulis ini yang merupakan bekas guru semasa mengiringi pelajar-pelajar PMR dan SPM ke pertandingan The Mighty Mind anjuran The Star dan RHB Bank pada akhir April lepas di The Billion Shopping Center, Kota Bharu, Kelantan. Daddy dan rakan-rakan sejawat sempat berbual dengan beliau yang merupakan hakim pertandingan tersebut. Selepas bertukar-tukar no telefon bimbit dan alamat emel, Daddy tidak menyangka yang dia akan menghubungi Daddy dan mahu memaparkan pengalaman Daddy mengajar di Sabah. Huh, peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan. Terasa 'glamour' kejap pada hari Ahad lepas. Kawan-kawan FB pun perasan dan ada yang mengucapkan tahniah. OKlah, berikut Daddy siarkan sedikit ekstrak dari artikel yang tersiar pada Ahad lalu.


Bidding adieu
TeacherTalk
by NITHYA SIDHHU

Goodbyes may be emotional for both teachers and students, but with the passage of time, it is easier now to reconnect with them.

Meanwhile, Cikgu Marzuki Zainuddin (Zuki) from Tanah Merah, Kelantan, thought he would not hear anything from his students after finishing his English teaching stint in SMK Majakir, Papar, Sabah, in 2001.

He was pleasantly surprised when Ismail Raduan, a former student who is now a graduate teacher in Grik, Perak, reconnected with him. They met over a cup of coffee after 12 years, but the occasion left an indelible mark on “Zuki” or “Pudgy Daddy”, as he is sometimes called.

Monday, 27 May 2013

Bentuk tubuh idaman lelaki

Monday, May 27, 2013 0

Salam. Soalan di atas menanyakan kita orang lelaki tentang bentuk tubuh manakah yang kita suka. Kepada kaum wanita pula sila pilih bentuk tubuh idaman lelaki pujaan anda sama ada teman lelaki atau suami. Pilihan terletak di tangan masing-masing. Bagi saya sendirilah, sudah tentu mahukan bentuk tubuh seperti ahli bina badan (no 5). Maklumlah perut ni boroi jadi kalau dapat body mcm tu kan pasti ramai mata yang memandang. Jadi apa pula pilihan anda?

Saturday, 25 May 2013

Think carefully before you get married

Saturday, May 25, 2013 0

FIGURES released by the Economic Planning Unit state that in 2010 alone, 33,788 out of 207,553 marriages had ended in divorce.

If this is anything to go by, our society would definitely be burdened with more social ills and turmoil in the near future.

Society is formed by units of families and it is vital that all families stay committed and united, as any break-up or divorce taking place will not only hurt the said family, it will also generate a negative impact on society in the long term.

Divorce is most unfortunate and painful not only for the couple concerned but also their children and the rest of the family. Most of the time the children are the biggest victims and they suffer in silence, which is unfair.

In today's materialistic, money-minded, hectic and high-pressure life, more and more married couples are having marital and family problems.

Some reach a point of no return. Those with children will have to go through legal proceedings which could take time and create tremendous mental stress and trauma to everyone.

Regardless of the court's decision, the children are the biggest losers. This is tragic!

Unlike decades ago, people nowadays take things too lightly and often rush into something without taking many factors into consideration, as they regard marriage and divorce just like a game or business transaction.

I advise those who are single to think carefully before making a lifelong commitment in marriage and having children if they are not ready.

Marriage is a partnership in which two individuals of the opposite sex promise to love and live life together forever. It a most sacred union. A happy and lasting marriage requires a lot of hard work, sacrifice, understanding, tolerance and commitment with both partners supporting each other in good times and bad.

Happy and harmonious families lead to a stable and progressive society.

Thursday, 23 May 2013

I hate marking test papers

Thursday, May 23, 2013 1


It's a teacher's duty to mark his pupils' answer scripts once the exam is over. I thought I could have some time for myself during this midyear break. Alas, with a pile of exam papers, I can forget about my pastime. So, I have to endure this marking period for the next two weeks. God willing, I will survive!

Monday, 20 May 2013

Gabungan Sistem Komen Intensedebate dan Blogger Dalam Satu Blog

Monday, May 20, 2013 4
Hari ini ada pelbagai sistem komen yang digunakan oleh blogger. yang paling popular ialah default blogger commenting system. Manakala sistem komen luaran ialah Intensedebate dan Disqus. Daddy pernah menggunakan ketiga-tiga sistem tersebut. Pada saat ini jikalau anda perasan, blog daddy ini menggunakan dua sistem komen iaitu default blogger dan intensedebate. Penggunaan dua sistem ini ialah bagi memudahkan pembaca meninggalkan komen di blog daddy ini. 


OKlah, sekarang Daddy nak jelaskan tentang penggunaan sistem komen default blogger. Ini daddy kekalkan atas permintaan kawan2 yang tak selesa dengan sitem komen Google Plus yang Daddy pernah pasang minggu lepas. Sistem default blogger ini dapat dilihat di sebelah tajuk entri. Alah, klik aje buih warna hijau di sebelah tajuk entri tu maka akan keluarlah kotak komen default blogger. Sistem komen ini menerima komen dari pengguna google dan wordpress serta open ID. Daddy telah 'disable' anonymous comment. Komen di sini tak akan 'dimoderate' kecuali bagi komen2 pada entri yang melebihi 7 hari.



Manakala sistem komen Intensedebate pula terletak di bawah entri. Klik saja link 'Comment' dan paparan spt foto di atas akan keluar. Sila tuliskan komen anda, nama dan alamat emel. Akhir sekali taipkan URL blog anda di ruangan 'commentluv' bagi memudahkan daddy blogwalking ke blog kalian bila free. Nanti entri terbaharu anda akan keluar di bawah komen anda. Alah, macam blog2 Wordpress tu! Kelas kan Daddy?

Daddy lebih suka anda komen di intensedebate kerana daddy boleh membalas komen anda secara terus sama ada menerusi blog atau emel. Tekan butang reply di emel juga boleh balas komen kawan2 tau! Apa2pun pilihan di tangan anda. Kemungkinan besar Daddy akan disable shoutbox sebab nak memeriahkan sistem2 komen tersebut. Jangan marah.... 

Pesanan Buat Sang Suami

Monday, May 20, 2013 8


   1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
   2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
   3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
   4. Jangan minta hubungan intim sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
   5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
   6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
   7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
   8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
   9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Segmen Follow April hingga Disember 2013

Monday, May 20, 2013 11

Assalamualaikum, 

Setelah sekian lama menyepi diri dari menyertai mana-mana contest atau GA, maka akhirnya Daddy kembali  bergiat di dalam aktiviti contest yang dianjurkan oleh Cik Akak Omei dari Sabah. Oleh kerana syarat-syaratnya senang, maka Daddy pun join tanpa berfikir panjang. Lagi pun Cik Akak ni blogger yang peramah jadi daddy pun terpesona untuk menjenguk blog beliau. Cerita panjang pun tak guna. Jadi jemputlah beramai-ramai ke blog Cik Akak ni. Camner nak join? Klik aje banner kat atas tu! Mudah bukan? Selamat bersegmen para sahabatku...

Sunday, 19 May 2013

Memasuki fasa 4 series

Sunday, May 19, 2013 0


Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat lagi saya menyedut udara di muka bumi ini pada usia 40 tahun ini. Ya, pada hari ini, 19 Mei 2013 saya memasuki fasa 4 series. Sama ada percaya atau tidak, itulah hakikatnya di mana usia sudah memasuki era Asar. Oleh itu sedikit perubahan perlu saya lakukan bagi meningkatkan prestasi diri ini dari segi agama, fizikal, mental dan sosial.

Pertama sekali, saya perlu meningkatkan amalan dengan rajin bersolat jemaah di masjid. Pada era 30an saya sukar melakukannya kerana anak-anak masih kecil dan tidak boleh menjaga diri mereka sendiri. Tambahan pula saya ada mengajar kelas tusyen malam di sekolah apabila mereka bersama dengan ibu mereka. 

Kedua, saya juga ingin menambahkan ilmu agama dengan membaca banyak buku dan majalah agama. Selain itu saya ingin memperbaiki tajwid Al-Quran dengan dibimbing oleh bekas ibu mertua. Sudah lama dia menawarkan diri nak mengajar saya cuma saya belum terbuka hati.

Ketiga, saya ingin berbaik-baik dengan jiran saya. Ada dua orang jiran yang saya tidak bertegur-sapa kerana mereka merosakkan jalan masuk ke rumah saya. Selepas dirosakkan tak reti-reti nak baiki pulak! Mengapakah begitu sukar untuk saya memaafkan mereka? Sebabnya mereka pun sama degil macam saya. 

Keempat, saya ingin menjaga kesihatan agar lebih cergas dan kuat seperti usia 20an. Tak dinafikan pada usia ini dengan ketinggian 1.6m dan berat 80kg, saya sudah boleh dianggap obese. Sila rujuk kepada foto di atas. Memang perut tu boroi kan? kalau nak kempiskan sikit tu tunggu bulan puasa lah sebab biasanya saya akan turun sehingga 5kg selepas Ramadan! 

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan yang sudi mengucapkan ucapan hari lahir ke 40 sama ada di facebook, SMS, panggilan telefon, Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Semoga doa dan harapan kalian terhadap saya itu akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.... 

Friday, 17 May 2013

Budu Rahsia Awet Muda

Friday, May 17, 2013 3

Sebut saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Kelantan. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara.

Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imuniti) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli.

Jika anda impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan. 

Eksklusif di I ♥ KELANTAN.

Thursday, 16 May 2013

Happy Teacher's Day and Happy Birthday To Me

Thursday, May 16, 2013 1

The big day finally came. Yes! The Teacher's Day is celebrated on 16 May in Malaysia. So for this year, all schools in our country celebrated it on the day itself with all sorts of events to appreciate the teachers who have contributed to the learning process of the schoolchildren.

At my school, Teacher's Day is a big affair where the prefects’ board and the Counseling Unit joined forces to organize the school level celebration. This year, the celebration started with the procession of all teachers to the Titah Paduka Square. The female teachers looked resplendent in their pink baju kurungs while their male counterparts wore white shirt and black pants, complete with black coats. As usual, the assembly began with the reading of speeches by the Minister of Education and the Education Director General. Then, some students performed a mini drama entitled ‘Si Tenggang,’ poem recitation, choir and ‘nasyid’. The teachers also wanted to show their hidden talent as a few came on stage to render some evergreen songs.

After that, we took a break for an hour before the telematch started. In this competition, the teachers were divided into eight groups which meant there were eight stations that they had to rotate among themselves. I was in Group 5 with other eight teachers and all of us cooperated well enough to successfully accomplish all games in every station.


After all teams had carried out the tasks in the telematch session, they had to prepare a breakfast of roti canai and ‘teh tarik’ although the clock had struck 1 at that time. They were given 5 minutes to complete the task.

After all events were over, all teachers adjourned to the canteen to have their lunch, courtesy of our beloved Principal, Kak Pah. We had roasted fish, raw vegetables and leaves which were served in ‘kampung’ style.


My ex-students who sat their SPM in 2006 also to their alma mater to take part in this year’s Teacher's Day. Indirectly, they were here to wish me a Happy Birthday. How old am I now? I turn 40 on 19 May 2013, still young and available!

Wednesday, 15 May 2013

Resepi Bubur Lambuk

Wednesday, May 15, 2013 0

 Assalamualaikum,

Setiap kali bulan Ramadan menjelma salah satu hidangan popular untuk berbuka puasa ialah bubur lambuk. Ia sangat popular di Kuala Lumpur terutama sekali di Masjid Kampung Baru di mana orang ramai sanggup beratur selepas sahaja solat Asar untuk mendapatkan menu ini. Di sini Daddy ingin berkongsi resepi bubur lambuk yang istimewa ini dengan kawan-kawan sekalian. Selamat mencuba! 

Bahan A (dikisar)

• 1 sudu besar jintan manis
• 1 inci halia
• 1 ½ sudu besar jintan putih
• 2 ulas bawang putih
• 4 ulas bawang merah
• udang kering (dimesin)
• ½ cawan kacang tanah (digoreng)
• lada sulah
• kerisik

Bahan B

• 2 cawan beras
• ¼ kilo daging lembu
• 1 cawan udang basah
• daun sup dan daun bawang
• bawang goreng
• daun kucai
• air rebusan daging
• lobak merah (dipotong dadu)
• kacang pis
• garam

Bahan penumis

• 1 kuntum bunga lawang
• 4 kuntum cengkih
• 1 inci kulit kayu manis
• 2 biji buah pelaga

Cara-cara membuatnya

1. Tumiskan bahan penumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan A. Goreng hingga kekuningan.

2. Masukkan kerisik, udang kering, kacang tanah, daging dan udang. Kacau dan biarkan sekejap.

3. Masukkan sedikit air rebusan daging dan biarkan mendidih.

4. Campurkan garam, lada sulah, beras dan air mengikut sukatan beras untuk membuat bubur.

5. Masukkan lobak merah dan kacang pis dan masak sehingga bubur kembang.

6. Taburkan daun sup, daun bawang, daun kucai dan bawang goreng.


Tuesday, 14 May 2013

Cara Untuk Mengelakkan Kereta Dari Kemalangan

Tuesday, May 14, 2013 1

Untuk mengelakkan kenderaan dari berlanggar atau kemalangan, sila lakukan seperti berikut:-

1. Sediakan air dalam satu bekas.

2. Setelah sediakan air, bacalah Al-Fatihah sebanyak 3 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, surah Al-Falaq 3 kali dan Surah An-nas 3 kali. Setiap 3 kali dibaca ayat yang diterangkan, hendaklah ditiupkan ke dalam air.

3. Setelah melakukan perkara yang disebutkan di atas, siramkan air itu ke atas kereta kita dengan memulakannya dari arah berikut:-

· Mulakan dari sebelah kanan pemandu hingga ke depan.
· Dari depan ke kiri.
· Dari kiri ke belakang.
· Dari belakang pusing sehingga sampai ke tempat duduk pemandu.

Apabila anda lakukan seperti yang di tunjukan di atas, InsyaAllah anda tidak akan menghadapi kemalangan yang besar, di samping berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Perhatian: Perkara yang di sebutkan di atas hanya perlu dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan itu. Bagi yang sudah memiliki kenderaan boleh melakukannya juga. Cukup dengan sekali sahaja.

Sunday, 12 May 2013

Rahsia di sebalik jenis perut lelaki

Sunday, May 12, 2013 3

Nak tahu rahsia di sebalik jenis perut lelaki? Jom kita kaji jenis dan perwatakannya.

Bulat

Perut bulat dan agak buncit sedikit. Orang begini dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum dan pakaiannya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit

Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi tajam

Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Orang begini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata

Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana. Meskipun ramai yang suka atau inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas.

Friday, 10 May 2013

Hadiah impian sempena hari lahir ke 40

Friday, May 10, 2013 6


Sedar tak sedar usia Daddy hamper mencecah angka 40 pada 19 Mei nanti. Memang sudah dewasa pun sebab sudah kelihatan uban di atas kepala. Betul juga kata pepatah Mat Salleh iaitu ‘Life begins at 40’. Maksudnya kalau dah masuk 40 tahun tak reti-reti nak berubah maka susah la nak insaf atas dosa-dosa yang telah dihimpunkan selama ini. Setuju tak dengan kenyataan Daddy itu?

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri kali ini. Sebenarnya ada beberapa item yang Daddy impikan sempena memasuki 4 series nanti. Hadiah-hadiah tersebut ialah:

1. Sebuah tafsir Al-Quran. Tafsir yang dulu telah musnah dimakan anai-anai semasa disimpan di dalam almari di rumah ayah kat kampung. Daddy perlukan sebuah tafsir kerana ingin memahami kandungan Al-Quran itu, bukan sekadar baca aje.

2. Sebuah cabinet atas di dapur. Sejak menduduki rumah baru ini pada 2007 Daddy Cuma ada cabinet dapur bahagian bawah. Ada baiknya cabinet atas dipasang bagi menyimpan barang-barang yang semakin bertambah itu.

3. Sebuah basikal bukit untuk melakukan aktiviti senaman pada hujung minggu. Maklumlahkan usia semakin meningkat jadi kenalah jaga kesihatan. Sekarang ni pun bila panjat tangga ke kelas di tingkat empat pasti Daddy termengah-mengah. Ni tandanya jantung tak kuat la tu. Huhuhuhu.

4. Sistem paip air yang baru di rumah. Masalah air sudah berlanjutan selama 2 tahun. Dulu Daddy guna air paip kerajaan tapi masalahnya air slow sebab tekanan rendah. Bila guna telaga tiub pula air tak bersih biarpun guna penapis luar. Kadang-kadang bila musim kemarau air telaga tiub pula kering. Biarpun guna telaga tiub atau boring, masalah air tak pernah selesai.

5. Cat baru pada dinding kereta yang calar. Kereta Daddy ini masih baru tapi sudah ada kesan-kesan calar. Entah siapa yang mendajalkan kereta Preve ku ini. Kalau Daddy sumpah kan naya? Rasanya Daddy dah jaga sebaik mungkin. Namun dalam berjaga-jaga tu ada jugak yang kena. Aduhai nasib!

Semoga impian Daddy itu menjadi kenyataan apabila tiba hari lahir Daddy ke 40 nanti. InsyaAllah…  

Wednesday, 8 May 2013

Episod Kemuncak The Amazing Race 22

Wednesday, May 08, 2013 5

Daddy adalah peminat setia rancangan The Amazing Race sejak 2009. Memang Daddy akan ternanti-nantikan setiap episod rancangan ini yang biasanya ke udara pada setiap hari isnin jam 8.15 malam di saluran AXN. Kini telah memasuki musim ke 22, rancangan realiti ini pasti menarik minat mereka yang menggemari rancangan perlumbaan ekstrem mengelilingi dunia. 

Pada episod kemuncak (finale) selama dua jam, empat pasukan mengembara dari Scotland ke Ireland, mengambil bahagian dalam acara berenang dalam lumpur, menghidangkan makan malam kepada ‘penumpang’ Titanic dan akhirnya kehilangan kumpulan keempat iaitu Penyanyi Negara. 

Bagi pusingan yang terakhir, tiga pasukan mengembara dari Ireland ke London. Selepas meminum satu pain wain yang menyegarkan, mereka terbang ke Washington DC, mengambil gambar digital superimposed bersama Presiden Obama, mencari petunjuk yang dimainkan oleh ejen rahsia, menangkap bola besbol yang dicampakkan dari atas tali yang merentang stadium dan terjun ke dalam sebuah bekas besar mengandungi globe untuk menyelesaikan teka-teki terakhir. 

Akhirnya peserta pilihan Daddy iaitu Bates dan Anthony memenangi hadiah USD1 juta, dengan Max dan Katie di tempat kedua dan Mona dan Beth mengambil tempat ketiga. 

Setelah tamatnya rancangan realiti ini maka Daddy menarik nafas lega kerana tidak perlu terpaku di depan televisyen lagi setiap hari Isnin.

Sunday, 5 May 2013

Saya sudah selesai mengundi...

Sunday, May 05, 2013 4

Hari yang ditunggu akhirnya tiba. Pada 5 Mei 2013 maka semua rakyat Malaysia yang layak mengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka. Daddy juga tidak ketinggalan pergi membuang undi bersama ribuan penduduk di Mukim Pangkal Meleret, Machang, Kelantan. Kawasan ini terletak di dalam DUN Temangan dan Parlimen Machang. Seperti lazimnya hanya BN dan PR sahaja yang berani meletakkan calon-calon di sini. 

Daddy pergi ke pusat mengundi iatu SK Pangkal Meleret pada jam 10.15 pagi. Orang biasalah ramai jadi kena bersabar la. Ada 4 saluran mengundi yang disediakan. Daddy mengundi di saluran ketiga yang dikhususkan untuk golongan 30an. Saluran keempat tu untuk golongan muda dan pengundi-pengundi baru. Mungkin pada PRU yang ke14 Daddy akan dinaiktarafkan ke saluran 2 plak! 

Proses pengundian tidaklah sukar pun. Mula-mula tiba di sekolah tu kenalah cari pos parti masing-masing untuk mengesahkan kehadiran dan mendapatkan nombor saluran dan no daftar pemilih. Selepas tu masuklah ke pusat pengundian dan pastikan anda beratur di saluran yang betul. Kemudian bila hampir tiba giliran anda maka masuklah ke dalam kelas tersebut sambil menunjukkan kad pengenalan anda. Selepas tu jari telunjuk kiri akan dicalit dengan dakwat kekal (sebenarnya ia dah tanggal bila Daddy basuh dengan Axion tadi!). Kerani seterusnya akan memberikan kertas undi dan anda boleh ke tempat yang dikhaskan untuk memangkah calon pilihan anda. Setelah selesai memilih, sila masukkan kertas undi tersebut ke dalam bekas kaca yang telah ditandakan. Selesai........ 

Sekarang ni bersama-samalah kita tercongok di depan TV untuk mengetahu keputusan pilihanraya kali ini. Dengar khabar keputusan yang pertama bakal diketahui seawal jam 8.30 malam. Siapa yang kalah tu janganlah merusuh tau!

Saturday, 4 May 2013

Pertemuan dengan bekas pelajar dari Sabah

Saturday, May 04, 2013 6


Pada pagi Jumaat yang lalu aku menerima panggilan dari seorang lelaki. Rasa macam pernah ku dengar suara itu tapi aku tak pasti siapakah dia. Bila aku bertanya lantas dia memperkenalkan dirinya sebagai Ismail Riduan, iaitu bekas pelajarku semasa aku mengajar di SMK Majakir Papar dari 1997 hingga 2001. Seingat aku, akulah yang mengajar subjek Bahasa Inggeris kepadanya untuk SPM dan MUET. Ringkasnya aku mengajarnya selama 3 tahun. Ismail merupakan pelajar terbaik STPM tahun 2001 dan seterusnya Berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaysia Sabah dalam bidang pendidikan.

Sebenarnya dia berjaya menjejakiku di Facebook sejak 4 tahun lalu iaitu semasa dia mengajar di SMK Kinabatangan. Cubaan Ismail untuk berjumpa denganku sering saja menemui jalan buntu kerana jadual kami yang tidak seiring. Berkat kesabaran kami, maka setelah dua belas tahun dapatlah kami berjumpa semula. Dia menceritakan pengalaman kerjayanya sebagai guru dari Kinabatangan, Sabah ke Grik, Perak semenjak 7 tahun sudah. Selain dari itu dia juga menceritakan kisah kawan-kawan sekelasnya yang lain. Oh! Banyak sekali perkara yang berubah. Masing-masing sudah berkahwin dan mempunyai anak. Dia sendiri berkahwin dengan gadis dari Melor, Kelantan dan kerap berulang-alik untuk menemui isterinya pada hujung minggu.

Terlalu banyak perkara yang ingin dibualkan dengan beliau sepanjang sejam pertemuan kami di Medan Selera Pekan Tanah Merah tapi kerana factor masa kami terpaksa beredar dan berharap agar berjumpa lagi pada masa hadapan. Semoga impiannya untuk bertukar ke Kelantan bakal menjadi kenyataan agar dia lebih dekat dengan isteri dan anaknya. InsyaAllah. 

Friday, 3 May 2013

PASANGAN HIDUP SEJATI

Friday, May 03, 2013 1

Kisah ini ditujukan kepada mereka yang belum berkahwin sahaja. Mereka yang sudah berkahwin tidak perlu membaca kisah rumah tangga ini.

Pada suatu waktu, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat, dan menganugerahinya harta dan esenangan yang banyak. Sebab, dialah yang tercantik antara semua isterinya. Pria ini selalu memberikan yang terbaik buat isteri keempatnya ini.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan selalu berusaha untuk memperkenalkan wanita ini kepada semua temannya. Namun, ia juga selalu khuatir kalau isterinya ini akan lari dengan pria yang lain.

Begitu juga dengan isteri yang kedua. Ia pun sangat menyukainya. Ia adalah isteri yang sabar dan pengertian. Bila pun pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pertimbangan isterinya ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya, melewati masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isteri yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia selalu membawa perbaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha sang suami. Akan tetapi, sang pedagang, tak begitu mencintainya. Walaupun sang isteri pertama ini begitu sayang padanya, namun, pedagang ini tak begitu mempedulikannya.

 Pada suatu ketika, si pedagang sakit. Lama kemudian, ia menyedari, bahawa ia akan segera meninggal. Dia meresapi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati.

 "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, saat aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu, ia meminta semua isterinya datang, dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya.

 "Kaulah yang paling kucintai, kuberikankau gaun dan perhiasan yang indah. Nah, sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?” Ia terdiam.

 "Tentu saja tidak," jawab isteri keempat, dan pergi begitu saja tanpa berkata-kata lagi.

 Jawapan itu sangat menyakitkan hati. Seakan-akan, ada pisau yang terhunus dan menghiris-iris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya pada isteri ketiga. "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?”

Isterinya menjawab, “Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati.”

 Sang pedagang begitu terpukul dengan ucapan ini. Badannya mulai demam. Lalu, ia bertanya pada isteri keduanya. "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mau membantuku. Kini, aku butuh sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?”

 Sang isteri menjawab pelan. "Maafkan aku," ujarnya "Aku tak bisa menolongmu kali ini. Aku hanya menghantarmu hingga ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu. Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

 Sang pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar sebuah suara. "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu. Sang pedagang lalu menoleh ke samping, dan mendapati isteri pertamanya di sana. Dia tampak begitu kurus. Badannya tampak seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, sang pedagang lalu bergumam, "Kalau saja, aku bisa merawatmu lebih baik saat aku mampu, tak akan kubiarkan engkau seperti ini, isteriku."

KESIMPULAN

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini. Isteri yang keempat, adalah tubuh kita. Seberapa pun banyak waktu dan biaya yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera kalau kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap-Nya. Isteri yang ketiga, adalah status sosial dan kekayaan. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah, dan melupakan kita yang pernah memilikinya. Sedangkan isteri yang kedua, adalah kerabat dan teman-teman.

 Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan bisa bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita. Dan, teman, sesungguhnya, isteri pertama kita adalah jiwa dan amal kita. Mungkin, kita sering mengabaikan, dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari.

Wednesday, 1 May 2013

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

Wednesday, May 01, 2013 1



(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)



Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri. 

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”. 

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja. 

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. 

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. 
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. 

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang." 

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.” 

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." 

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya. 

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu” 

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala. 

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).” 

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah. 

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. 

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat