Thursday, 31 January 2013

Segmen: Bloglist Februari 2013


Salam. Semasa blogwalking tadi tersadung kaki di Blog Paly. Rupa2nya dia buat contest jadi Daddy nak join la jugak sbb tarikh tutupnya sebelum tgh mlm ni. Kalau nak join mudah je... klik je banner kat atas tu atau boleh klik di SINI.

Syarat2nya mudah je:

1. Buat satu entri "Segmen: Bloglist Februari 2013", copy banner atas, backlink ke blog Paly.
2. Publish dan letak link entri korang kat komen di post dia tu..

* Terhad kepada 200 tempat jer, setiap blogger yang join konfem dapat bloglist
* Lebih 100 penyertaan, dia review blogger bertuah, random.org jer.
* Dia jugak nak pilih Blogger Pilihan untuk segmen ni..

Simple jer kan? Hehe. Selamat bersegmen dan selamat berblogwalking :)

Thank you for viewing and reading this post.

Sekian

Wednesday, 30 January 2013

READ BETWEEN THE LINES



Read this "HATE LETTER". It is so funny and creative. This is a love letter from a boy to a girl however, the girl's father does not like him and want them to stop their relationship and so the boy wrote this letter to the girl and he know that the girl's father will definitely read this letter.

1 The great love that I have for you
2 is gone, and I find my dislike for you
3 grows everyday. When I see your face,
4 I do not even like your face;
5 the one thing that I want to do is to
6 look at other girls. I never wanted to
7 marry you. Our last conservation
8 was boring and has not
9 made me look forward to seeing you again
10 you think only of yourself
11 if we were married, I know that I would find
12 life difficult, and I would have no
13 pleasure in living with you. I have a heart
14 to give, but it is not something that
15 I want to give to you. No one is more
16 foolish and selfish than you, and you are not
17 able to care for me and help me
18 I sincerely want you to understand that
19 I speak the truth. You will do me a favour
20 if you think this is the end. Do not try
21 to answer this. Your letter are full of
22 things that do not interest me. You have no
23 true love for me. Good bye! Believe me,
24 I do not care for you. Please do not think that
25 I am still you boyfriend

So bad! However, before handing this letter to the girl, the boy told the girl to "READ BETWEEN THE LINES", meaning-only to read the ODD NUMBERS. So.... Please try to read it again!! It's so smart and sweet. Okay.

Monday, 28 January 2013

Jangan guna domain dotmy sebab ia bermasalah!


Pada jam 8.44 malam, hari Sabtu 26 Jan lalu aku menerima SMS dari pingdom.com yang memaklumkan bahawa blog aku tidak dapat diakses. Sebelum ni okay aje. Blog aku boleh dibuka tanpa sebarang masalah. Lalu aku on9 dan cuba buka blog aku yang menggunakan domain dotmy iaitu www.juk.my. Memang sah! Ia x dapat diakses!

Terkejut besar aku sebab hujung minggu dan cuti am pulak servernya down. Terpaksalah sabar. Esoknya aku menghubungi asiahost.cc menerusi support ticket dan mereka balas dengan perenggan berikut:

"Greeting to All Our Customers,

We just moved our DNS server to bigger size and CPU Usage. From this migration, your Web should not have any problem and all problems you are facing right now is because our DNS ISP taking too long time to resolve the DNS. If you want faster DNS, you can change to Google DNS and here I attach a tutorial to change your DNS to 8.8.8.8 and 8.8.4.4"

Sebenarnya perenggan asal di atas ada sedikit kesalahan 'grammar' tetapi aku telah 'edit' untuk anda. Nampak benar x pro kan?

Lalu aku mengepos masalah ini di FB dan mujurlah insan berhati mulia iaitu Khairul Zamri sudi membantuku. Beginilah kenyataan Zamri di wallnya.
 
"Siapa tak bypass SKMM block xleh access blog dot my. baik punye company pakai server illegal. die leh bukak sbb die bypass...." — with Juk Din and 5 others.

Lalu aku tanya kat dia macam mana kalau aku nak akses blog tu. Zamri bagitahu boleh aje tapi cara ini hanya membolehkan mereka yang menukar kepada DNS Google yang boleh buka blog domain dotmy tu. Trick berkenaan ialah seperti berikut:

1. Mula2 right clik pada connection wifi anda.
2. Click Status.
3. Click Properties
4. Click Internet Protocol Version 4
5. Tick pada Use following DNS server address. (Jangan pilih automatic DNS)

    Preferred DNS server : 8.8.8.8
    Alternate DNS server : 8.8.4.4

    Clik OK, disconnect your internet connection. Connect back then you are done!

Terfikir pulak aku berapa kerat je blogger yang sanggup buat trick ini semata-mata nak tengok blog aku? Tak de guna aku buat blog cantik2 n entry yang bernas tapi x de orang nak baca dan komen kan?

Lalu pada jam 12.59 pm, Isnin 28 Januari 2013 aku telah mengambil keputusan drastik untuk menukar kembali domain aku kepada http://jukdin.blogspot.com bagi mengelakkan sebarang masalah yang bakal berbangkit pada masa hadapan. Biarlah menumpang di blogspot asalkan blog aku ni sentiasa UP sampai bila-bila. Jadi kepada kawan2 yang nak bercadang guna domain dotmy ni saya cadangkan agar anda lupakan hasrat hampeh anda itu. Kalau nak guna domain sendiri baik guna dotcom terus! Selamat dan gah di mata kawan2 blogger yang lain gitu! Hanis Zalikha si cantik manis pun terus setia dengan blogspot kan? Kalau nak guna domain sendiri memang dah lama dia boleh. X hilang pun serinya. Makin famous ada la.....

Pssttt..aku pun terpikat dengan dia...Heheheheheh

Saturday, 26 January 2013

Segmen : Jadikan Follower Overload


Hello sayang-sayang semua. Bangun awal eh hari ni? Tadi semasa check blog list ternampak satu segmen baru yang dianjurkan oleh Cik Zulaikha. Jom la join segmen ni. Mana tahu dapat tambahkan bilangan follower yang ciput tu! Jom la !!!!

Maklumat lanjut tentang segmen ini boleh didapati dengan mengelik link ini atau klik je banner kat atas tu.

Sila promote ye ! Muah Muah =)

Terima kasih sahabat sekalian. Happy blogging!!!

Wednesday, 23 January 2013

:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.


Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Seorang PM boleh berhilai tawa menghina Kelantan.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad Tahfiz Sains..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mengenal mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Di negeri miskin itulah juga,
Ambo dilahirkan dan dibesarkan .

Syukur padaMU ya ALLAH.


P.S. Entri ini tidak ada kena mengena dengan pegangan politik Daddy Zuki tetapi cuma ingin berkongsi rasa syukur dan bangga kerana dilahirkan sebagai anak Kelantan.

Monday, 21 January 2013

Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak yang Mampu

Photobucket
Assalamualaikum semua.

Buat kali ketiga saya menyertai satu lagi segmen iaitu  Segmen : Jom Tambah Follower Sebanyak Yang Mampu anjuran Cik Yaya. Syarat-syarat untuk menyertai segmen ini boleh didapati di SINI. Anda boleh juga klik banner di atas. Antara syarat utama ialah follow blog admin iaitu Cik Yaya. Mudah kan?

Semoga saya akan berjaya mendapat follower baru yang ramai berbanding dengan dua segmen yang saya sertai dulu. Cuma saya rasa terkilan kerana ada blogger yang tidak follow saya kembali. Kalau beginilah sikap mereka saya rasa tidak perlulah mereka join contest seperti ini. Dah tahu orang follow blog anda pandai-pandailah membalas budi. Bukan rugi apa pun. Orang berbudi kita berbahasa. Tambahan pula setiap blog yang jadi follower saya akan disenaraikan di dalam bloglist saya. Kan dah dapat backlink percuma dari saya? Beruntunglah sesiapa yang menjadi follower blog saya nanti.

Baiklah, saya harap rakan-rakan blogger sudi follow blog saya dan saya akan follow anda dalam masa 24 jam. Selamat maju jaya dan bersamalah kita menyokong sesama kita.

Sunday, 20 January 2013

Sambutan Hari Lahir Lili di KFC

Lili sedang menunjukkan isyarat 'peace' kepada Daddy sebab tunaikan hasratnya.

Anak keduaku, Nur Alis Dalili sudah genap 7 tahun pada 17 Januari lalu. Jadi dia menuntut pelbagai hadiah sempena hari penting dalam hidupnya itu. Pertama sekali dia inginkan sebuah basikal. Lalu aku kata bila dapat duit bantuan murid sekolah RM100 tu maka aku aku akan beli la basikal tu. Kakak dia yang di Tahun 4  juga nak satu. Tak apalah, sekali-sekala aku belikan mereka basikal. 

Pada petang hari lahirnya aku membelikan sekotak pensil warna jenama Stabilo kepadanya dan terus pesan agar dia tidak membawa benda itu ke sekolah sebab takut hilang. Biasalah budak-budak tidak tahu menjaga barang-barang.

Kemudian pada malamnya aku dan anak-anak serta keluarga kakakku pergi ke restoran KFC di Machang, Kelantan untuk menikmati makan malam. Berselera sungguh kami makan sehingga 12 ketul ayam yg dipesan habis belaka. Sebenarnya aku jarang-jarang membawa mereka ke restoran makanan segera kerana ini bukannya tabiat makan yang bagus.

Cuma aku terkilan kerana 30 biji kek cawan coklat lembap yang aku pesan dengan rakan di SMK Sri Intan belum siap kerana anaknya yang pandai membuat kek itu masih berada di Seremban. Minggu depan baru dia akan hantar pesanan itu ke rumahku.

Sesungguhnya hari lahir Lili disambut secara sederhana selaras dengan hasrat kerajaan untuk berjimat-cermat dan membeli benda-benda yang perlu sahaja. 

Thursday, 17 January 2013

Daddy Zuki's Handbook 2013


HEALTH

Drink plenty of water.☑

Eat Breakfast like a king,
Lunch like a prince;
Dinner like a beggar.☑

Live with the 3 E's--
Energy,
Enthusiasm;
Empathy.☑

Make time to pray.☑

Play more games.☑

Read more books than I did in 2012.☑


Sit in silence for at least 10 minutes each day.☑

Sleep for 7 hours.☑

Take a 10-30 minutes walk daily And while I walk, Smile.☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

PERSONALITY


Don't overdo. Keep my limit.☑

Don't take myself so seriously. No one else does.☑

Don't waste my precious energy on gossip.☑

Dream more while I am awake.☑


Envy is a waste of time. I already have all I need.☑

Forget issues of the past.
Don't remind my partner with her mistakes of the past.
That will ruin my present Happiness.☑

Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.☑

Make peace with my past so it won't spoil the present.☑

No one is in charge of my happiness except me.☑

Smile and laugh more.☑
 

I don't have to win every argument, Agree to disagree.☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰


SOCIETY

Call my family often.☑

Each day give something good to others.☑

Forgive everyone for everything.☑

Spend time with people over the age of 70 and under the age of 6.☑

Try to make at least three people smile each day.☑

What other people think of me is none of my business.☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰



LIFE

Do the right thing!☑

GOD heals everything.☑

However good or bad a situation is, it will change.☑

No matter how I feel,
Get up,
Dress up and
Show up. The best is yet to come.☑

When awake in the morning thank GOD for it.☑
 

My Inner most is always happy. So, be happy. ☑

➰➰➰➰➰➰➰➰➰

➰LAST BUT NOT THE LEAST➰

Please Comment On This Post To Prove That You Care For Me

Happy New Year
2013

   

Tuesday, 15 January 2013

Jom tingkatkan followers sampai lebam


Pada tahun lepas lepas saya ada masuk segmen tambah follower kerana saya merupakan pendatang baru di dalam arena blog ini. Pada tahun baru 2013 ini saya terbuka pintu hati untuk menyertai satu lagi segmen yang sama yang dinamakan 'JOM TINGKATKAN FOLLOWER SAMPAI LEBAM'.  Setakat ini follower saya baru mencapai 91 orang sejak dilancarkan pada 27 Nov 2012. Semoga dengan menyertai segmen terbaharu ini cita-cita saya untuk mencapai bilangan follower ke 500 pada 27 Nov 2013 akan tercapai. InsyaAllah.

Maklumat lanjut tentang segmen ini boleh diperolehi di SINI. Jom la kita sama-sama join, okay? The more the merrier. Selepas join ni saya harap tuan2 punya blog yang saya follow tu sudi follow saya balik. Bak kata pepatah inggeris, 'I scratch your back, you scratch my back'. Dok gitu?



Follow my blog with Bloglovin

Monday, 14 January 2013

Dilema Duda Tak Selaris Janda, Terbiar Tanpa Dipedulikan


MARILAH kita berhenti bicara soal politik yang menyesakkan seketika dan melihat pada permasalahan kami, para duda yang terbiar tanpa dipedulikan ini.

Pelamin anganku musnah, kusangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Itulah kata-kata yang tepat untuk nasib kami yang semakin ramai ini. Kami juga pada mulanya berimpian agar mahligai yang dibina berkekalan, namun takdir tidak menyebelahi kami.

Punca perceraian kami juga adalah seperti kebanyakan janda tetapi tidak adalah antara kami yang berpisah kerana tak rela dimadukan. Seperti wanita yang menjadi mangsa lelaki, kami juga menjadi mangsa kedurjanaan wanita. Kejamnya wanita!

Jika wanita menzalimi wanita dengan merampas suami orang maka kami juga begitu, tidak sangka ada lelaki yang merampas isteri kami. Kejamnya lelaki ini!

Nasib kami juga adalah ibarat tebu, habis madu sepah dibuang. Wanita agak beruntung kerana sekiranya habis madu, mereka masih dapat bermadu.

Masalah kami ialah duda tidak selaris janda. Ini kerana tiadanya wanita bermata keranjang yang cuba menggoda kami. Namun janganlah mengambil kesempatan atas kelemahan kami.

Ingin rasanya menubuhkan Persatuan Bapa Solo, ini mungkin menjadikan hidup lebih bermakna. Barangkali boleh diadakan aktiviti berdangdut pada malam minggu.

Kerap juga di muka pintu menunggu lamaran namun hampa. Di mana kan ku bawa hati yang lara ini?

Nukilan:

Duda Kacak Bergaya,
Taman Bukit Setiawangsa,
Kuala Lumpur. 

Sumber: Utusan Malaysia, 21 April 2009 
Follow my blog with Bloglovin

Friday, 11 January 2013

Apabila Lelaki Membeli-belah


Sudah lama aku tidak keluar membeli-belah. Bukannya kerana saya tiada duit tetapi kerana faktor kekangan masa dan cuaca menyebabkan aktiviti membeli-belah terpaksa ditunda selepas cuti persekolahan. Namun begitu saya telah memastikan segala peralatan persekolahan anak-anak mencukupi menjelang sesi persekolahan 2013 ini. Begitulah murninya hati seorang bapa yang mendahulukan keperluan anak-anaknya melebihi keperluan dirinya. Oppss! Terpuji diri sendiri pulak.

Memandangkan duit bonus masih berbaki maka pada hujung minggu lalu saya berkunjung ke Pasaraya Econjaya, Machang untuk membeli empat pasang seluar panjang untuk dipakai ke sekolah. Mengapa sampai 4 pasang sekaligus? Sebabnya saya suka membeli-belah secara pukal kerana ini lebih menjimatkan masa dan duit. Tambahan pula seluar-seluar yang dahulu sudah ketat kerana perut sudah membesar ke saiz 37! Bila ke sana saya cuba cari saiz 37 tetapi rupa-rupanya semua jenama tidak membuat saiz 37 jadi saya membeli saiz 38. Biarlah longgar sikit kerana saya boleh mengenakan tali pinggang dan ini juga sebagai persediaan jika perut saya semakin boroi kelak. Hehehehehe....


Selain dari itu saya mengambil kesempatan untuk membeli dua pasang kasut, satu untuk ke sekolah dan satu lagi untuk tujuan kasual atau santai. Saya ni susah sikit nak pilih kasut kerana kaki saya ni lebar sikit dan saiz yang biasa dipakai ialah 8. Tapi saiz ini sebenarnya berbeza mengikut jenama. Saiz 8 jenama Lois mungkin muat tapi saiz 8 jenama Lee mungkin ketat sikit. 'One size does not fit all!'. Barangkali saiz 8.5 sesuai tapi tiada nilai setengah di pasaran.

Kesimpulannya lelaki jarang membeli-belah tetapi bila mereka berbuat demikian mereka akan memastikan barangan yang dibeli berbaloi dengan duit yang dibelanjakan. Bak kata orang tua, 'alah membeli menang memakai'. Kami juga lebih suka keluar berseorangan untuk membeli-belah kerana tidak mahu orang bosan menunggu kami. Akhir kata, jadilah pengguna yang bijak dan belilah barangan buatan Malaysia!

Tuesday, 8 January 2013

Imbasan Anugerah Juara Lagu 27


Pada malam Isnin yang lalu berlangsunglah satu anugerah yang paling berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu 27 dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Daddy rasa semua orang sudah maklum akan pemenang-pemenang pada malam tersebut. Kepada yang belum tahu, inilah senarai pemenangnya:

Persembahan Terbaik - Teman Pengganti - Black & RJ
Vokal Terbaik - Ku Akui - Hafiz
Tempat Ke 3 - Ku Akui - Hafiz, Ajai
Tempat Ke 2 - Idola - Azlan & The Typewritter, Audi Mok
Juara - Terukir Di Bintang - Yuna

Sememangnya saya jarang terlepas menonton AJL sejak 1987 lagi kerana anugerah ini mengiktiraf para komposer, penulis lirik dan penyanyi diatas hasil karya mereka.  Cuma semasa remaja saya akan terpaku di depan kaca TV sehingga tamat acara tetapi sejak usia menghampiri 40 ini saya menonton sambil membuat kerja-kerja lain. Biasalah, dulu minatkan hiburan tapi sekarang lebih kepada agama pula tetapi sedikit hiburan perlu jugak kan di dalam hidup kita?

OK, berbalik kepada AJL 27, persembahan dimulakan dengan tiga penyanyi OTAI iaitu Misha Omar, Ziana Zain dan Faizal. Penampilan Misha memang daddy tunggu sebab dia sudah jarang keluar TV sekarang. Selesai persembahan pembukaan, maka lagu pertama diperdengarkan iaitu ‘Ombak Rindu’ diikuti oleh ‘Patah Seribu’. Persembahan pada malam itu diakhiri oleh ‘Aku Anak Kampung.’ Secara keseluruhannya semua persembahan dan mutu vokal artis-artis yang bertanding amatlah memuaskan. Sementara menunggu keputusan diumumkan, penonton dihiburkan oleh penyanyi lama seperti Rahmat Mega, Joey BPR, Ramli Sarip dan lain-lain.

Tentang keputusan pula saya tak berani nak komen lebih-lebih sebab saya bukannya pakar dalam bidang muzik ni. Cuma saya rasa kategori persembahan terbaik janganlah diadili menerusi undian SMS kerana penonton-penonton belum cukup bersedia dan arif untuk memilih yang terbaik. Ini AJL, bukannya AF! Saya rasa pelik juga kerana untuk tahun kedua, lagu terbaik di AIM tidak menjadi lagu terbaik di AJL. Tahun lepas, ‘Sedetik Lebih’ tewas kepada ‘Awan Nano’ manakala tahun ini ‘Patah Seribu’ kecundang ditangan ‘Terukir di Bintang’. Mungin pihak juri gemarkan lagu yang simple dan ‘catchy’ untuk dinobatkan sebagai juara. Mengenai mutu vokal Hafiz memang tidak dapat disangkal lagi sehinggakan Ibu Hetty Koes Endang memberikan ‘standing ovation’ kepadanya. 3 tahun berturut-turut menang woi! Hebat kau Fiz! Lepas ni kau pergilah ke Asian Wave di Shanghai  dan Performing Arts  New York. Cipta nama di luar negara pula...

Akhir sekali AJL kekal sebagai majlis yang memartabatkan lagu-lagu ciptaan tempatan agar lebih banyak lagu-lagu bermutu dihasilkan pada masa depan untuk menjadi halwa telinga kita semua.

Saturday, 5 January 2013

Perut Idaman Kaum Bapa


Sudah menjadi lumrah, kebanyakan kita, kaum lelaki akan mendapati perut kita bertambah buncit selepas mendirikan rumah tangga. Antara faktor fenomena ini ialah isteri-isteri kita pandai memasak makanan yang lazat. Kesannya, perut kita semakin maju ke depan seiring dengan pertambahan usia. Pertanyaan daddy sekarang, adakah perut anda mirip salah satu bentuk yang dimiliki oleh model-model di bawah ini? Daddy harus mengakui yang perut Daddy pun memboroi seperti bentuk 'buncit'. Bukannya daddy tak nak meratakan perut tapi belum ada kesempatan kerana kesibukan dengan tugas dan tuntutan kerja. 

Tetapi Daddy mengidam benar untuk mendapatkan bentuk perut seperti model di bawah ini. Rasanya semasa belajar di UM sekitar awal ke pertengahan 90an dulu, perut daddy sebijik macam dia. Ini hasilnya kerana Daddy mengamalkan triathlon pada waktu petang. Dari kolej kediaman 7 daddy akan berbasikal ke padang bola. Lepas tu daddy akan jogging 3 pusingan padang sebelum menghabiskan sesi pada petang itu di kolam renang UM dengan membuat beberapa 'laps'. Tapi itu sudah menjadi sejarah kerana di Kelantan ni tak ada kolam renang. Tapi sebenarnya ini tidak sepatutnya dijadikan alasan. 


Baiklah, untuk kawan-kawan di luar sana, teruskan usaha gigih kalian untuk mengempiskan perut itu. Yakin Boleh! Rakan Muda. 

P.S. Maklumat lanjut sesi pengempisan perut boleh dilayari di www.menskincentre.com.my.

Wednesday, 2 January 2013

Jom pakat ambil dividen dan bonus ASB!


Semasa pulang dari sekolah tadi aku sempat memerhatikan bilangan kereta yang banyak di sepanjang Pejabat Pos Tanah Merah. Oh! Barulah aku perasan kerana bermula hari ini orang ramai boleh menyemak dan mengeluarkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera. Berduyun-duyun orang dari segenap rantau daerah ini datang ke pejabat pos, Maybank, CIMB dan RHB bagi melakukan aktiviti ini. Aku rasa mereka ialah orang-orang miskin yang mendapat bantuan modal pokok untuk menabung di dalam ASB dan mereka yang meminjam dari bank semata-mata untuk melabur di dalam skim ASB ini. Mereka hanya boleh mengeluarkan dividen tetapi tidak modalnya. Bagi aku yang menabung sekali-sekala rasanya tak perlu bersesak-sesak di pejabat pos kerana duit tu memang ada. Tak hilang ke mana-mana pun. Banyak sumber kewangan lain yang boleh aku cari. Biasanya aku pergi memeriksa baki buku ASB kami sekeluarga pada bulan Februari iaitu apabila keadaan traffik di bank dan pejabat pos sudah normal.

Jadi kepada kawan-kawan yang terdesak menggunakan duit maka cepat-cepatlah pergi ambik dividen ASB sebelum duit itu kehabisan! Pada tahun 2012, dividen dan bonus untuk ASB ialah 6.75% dan 1.15% manakala dividen ASN pula pada kadar 6.30%. Bagi aku duit bonus bulan Disember lalu pun belum habis. Yang bulan Januari ni pun akan dapat sebelum Maulidurrasul. Menabunglah agar kita tidak sengsara dikemudian hari...
;