Monday, 16 September 2013

Asyik dengan gajet, tiada masa untuk bersosialisasi


Pernahkah anda berada di dalam situasi dimana kawan anda tidak menghiraukan anda kerana terlalu asyik dengan telefon pintar atau gajet elektronik yang lain seperti tablet PC, Ipad dan sebagainya? Memang kita akan rasa terhina jika kawan kita itu asyik melayan gajetnya dari berbual dengan kita yang berada di sebelahnya kan? 

Saya pernah mengalami situasi ini semasa memandu jarak jauh ke Cameron Highlands baru-baru ini. Sudahlah di kiri-kanan cuma hutan tebal tanpa rumah penduduk, kawan di sebelah yang sepatutnya menjadi co-pilot asyik mengemaskini status FBnya sambil membalas komen rakan-rakannya. Huh! Rasa nak buang saja gajetnya itu ke dalam hutan belantara itu. Dah la saya mengantuk dan penat memandu dia buat tak layan saja. 

Berbalik kepada gambar di atas, kita dapati keluarga ini keluar makan dan duduk semeja tetapi masing-masing sibuk melayan gajet. Tak ada faedahnya kalau nak keluar makan bersama tapi tak berbual dengan ahli keluarga tersebut. Saya rasa patutu buat peraturan di mana semua gajet perlu diletakkan di dalam bakul di atas meja makan semasa menikmati makanan. Sesiapa yang melanggar perintah ini akan dihukum membayar kos makanan dan minuman pada hari itu. Adilkan? 

Jadi apa pendapat kawan-kawanku yang baik hati sekalian?

No comments:

Post a Comment