Sunday, 30 December 2012

Jom ke sekolah tahun 2013!

Sunday, December 30, 2012 18


Setelah bercuti hampit 7 minggu maka kini sesi persekolahan bagi tahun 2013 akan dibuka. Aku dan anak-anak sudah membuat persediaan sedari awal cuti lagi kerana kami tidak mahu terburu-buru membuat persiapan terakhir.

Sesi persekolahan tahun 2013 bagiku dimulai dengan sesi mesyuarat guru, kurikulum dan panitia yang diadakan pada 26 dan 27 Dis lalu. Sebaik sahaja menerima Buku Pengurusan Sekolah 2013 perkara pertama yang kami, guru-guru lihat ialah senarai tugas yang kami terima. Syukurlah pada tahun depan bebanan tugasku sama seperti tahun 2012 dimana aku memegang tugas sebagai Setiausaha SPM, Pengurus Pasukan Olahraga Sekolah, Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris dan beberapa tugas kecil lagi. Jumlah waktu mengajar aku ialah 21 manakala rakan-rakan aku yang lain dalam Panitia BI kena mengajar sebanyak 25 dan 26 masa. Ini sangat banyak berbanding dengan guru-guru subjek BM, Sejarah dan lain-lain. Tapi kami tidak kisah kerana kami diberi elaun BISP sebanyak 5% biarpun elaun ini juga dikenakan cukai pendapatan nanti.

Anak sulungku, Anis akan memulakan pelajaran di Tahun 4 dan dia bakal bergelar pustakawan nanti. Aku sudah membeli 3 pasang uniform untuknya. Nampaknya dia amat bersemangat untuk memulakan tugas barunya itu. Manakala anak keduaku, Alis akan memasuki Tahun 1 di sekolah yang sama dengan kakaknya. Anak aku yang kedua ini tidak sepandai kakaknya kerana dia masih merangkak-rangkak untuk membaca. Tapi aku berharap guru-gurunya nanti dapat membimbingnya sebaik mungkin. Akhir sekali, anakku yang ketiga, Alin akan terus belajar di tadika untuk tahun terakhir sebelum mengikuti jejak langkah dua kakaknya pada tahun 2014.

Apa yang aku harapkan menjelang sesi persekolahan 2013 yang bermula 1 Januari 2013 nanti, aku akan menjadi lebih produktif dan cekap dalam bidang tugasku mendidik pelajar-pelajarku dalam semua bidang sama ada di luar apatah lagi di dalam bilik darjah. Segala ilmu yang aku miliki akan dicurahkan kepada mereka agar menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah....

Thursday, 27 December 2012

My old kampung house

Thursday, December 27, 2012 17
My old kampung house

This is the sole ‘street’ leading to my father’s wooden house where I was born 39 years ago. It was man-made by him and was originally a ridge or narrow raised path between rice fields measuring about 0.5 metre wide but he was able to widen it to 4 metres. The street is 150 metres long.


Located in front of the house is the granary where my father kept the newly-harvested rice before it was sent to the rice mill. But in the 90s, rice was loaded into lorries upon harvest. The granary also functioned as the storeroom for old copper and clay pots.  


Now, here is the old, big, dilapidated wooden house where my siblings spent our childhood. My late mum moved into this house after getting married to my father back in 1959. He is the only heir to my paternal grandfather who had to wait for almost twelve years to get him. But I never saw my grandmother as she passed away when my father was only five years old. Meanwhile my grandfather lived up to the ripe age of 70. I was 4 when he drew his last breath. 

Right now, my father only comes back to this house in the morning to do some gardening and cleaning before going back to his wife’s house in the afternoon. He never sleeps overnight here since he remarried five years ago. As for my younger brother, he stays at my house as he cannot bear living there alone.

Tuesday, 25 December 2012

Bloglist Blogger Baharu 2013 | Segmen Tambah Follower !

Tuesday, December 25, 2012 28

Assalamualaikum kawan-kawan,

Semasa singgah di blog Cikgu Ahsfantasy24 tadi, saya tertarik untuk menyertai kempen menambah bloglist terbaharu sempena tahun baru 2013 nanti. Teruja jugak saya nak ikut serta sebab selama ini belum pernah pun masuk sebarang contest macam ini. Manalah tahu dpt menambah bilangan rakan blogger di seluruh negara kan? Berkawan biar seribu, berkahwin biar satu...Betul tak? 

OK, saya tak nak tulis panjang-panjang. Jadi jom kita join contest ini. Untuk maklumat lanjut sila klik di SINI. Untuk makluman Cikgu Ahs, blog ID saya ialah 8505379168878983145.

Sekian. Terima kasih.

Cikgu @ Sir Zuki


Monday, 24 December 2012

Mass Television Watching Session in 70s

Monday, December 24, 2012 3

Back in my kampong, most of the villagers eagerly anticipated the Friday night as that was the only time for us to watch our favourite Malay movies on RTM1. In the 70s, only a few households owned television sets as our village was only supplied with electricity in September 1983. And the houses which had televisions in that era were those located near the primary school. 

So, after performing our Maghrib and Isyak prayers at the nearby ‘madrasah’, we headed for one of these houses. My uncle’s house was our favourite port as he also owned a sundry shop, so, before watching the show at 8.30 pm, we could have a bite of the snacks sold in his shop. Besides screening the late P.Ramlee’s films, RTM1 also had Merdeka Studio’s action flicks featuring our local hero Ed Osmera and other famous actors like Hussein Abu Hassan and Jins Shamsuddin. The show usually ended at 10.30 after which all of us went home on foot or by riding bicycles to hit the sack before another promising day started with brighter events. Watching Malay movies was indeed the only form of entertainment for my village folks in those days since it brought the whole village to a standstill.

Friday, 21 December 2012

Why Do My Pupils Play Truant?

Friday, December 21, 2012 25

I am teaching English Language to the last class in Form 5. I should call this class as 5 XYZ. Being given the responsibility to teach these low achievers is certainly a burden for me as their predecessors did not produce good results in the 2011 SPM with only 3 of them managed to pass the English Paper.

Despite being in Form 5, I cannot use the specified syllabuses for fear that they are unable to understand my lesson. As a result, I have to resort to using a primary school English syllabus to engage them in my lessons. Little did I know that the boys especially, could hardly understand my words although I use simple English during lesson. In contrast, the girls seem to be more attentive and give their full cooperation.

One Thursday afternoon, I noticed that five boys were missing from my class. Their classmates told me that they were hiding in the computer lab right after the previous lesson. I waited for them for thirty minutes but they did not show up. Wow! I’ve got an idea. I would make an announcement through the public address system. So I went down to the school office to call them in. However, they were so stubborn that they only appeared 10 minutes before the lesson was over. As a punishment, I gave the five strokes of rattan each on their buttocks with the hope that they would turn over a new leaf. But they never listened to me. This morning, another three boys from the same group skipped my lesson to join their lower form friends in the canteen.

The big question is, how can I eradicate this truancy among my SPM candidates who are not aware of the importance of English in their life?

Tuesday, 18 December 2012

Awas! Budak Lelaki Melayu Minta Ais Krim Tutti Frutti

Tuesday, December 18, 2012 38


Awas...!!

Sedang saya menikmati tutti frutti saya..... Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki Melayu dalam lingkungan umur 8 tahun. Duduk di sebelah meja saya dan berkata:

“Pakcik.. ..Mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit-sikit tak?”

Saya jawab: “Kalau adik ambil banyak, kenalah bayar lebih.

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh.. Mungkin ada yg berkata: “Ala, max ice-cream macam tu pun nak berkira.. Belikanlah aje kat budak tu.."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, dan beliau belanja dia tutti frutti.. Duduk berbual dengan budak tu, dalam masa 5 minit, 2 lelaki berusia mendekati dia dan berkata,

"Awak culik anak saya ye?"... Budak tu pun berkata: “Ayah, ni lah pakcik yg suruh saya naik kereta dia..”

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalau tidak hendak perkara itu dilaporkan pada polis.. "Ayah" budak itu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yang mengatakan anak dia hilang dan diculik. Untuk tidak kecoh, rakan saya ke mesin ATM dan membayar RM1000 kepada ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat duit itu.

Ini adalah cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu saya berhati- hati dan tidak melayan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun berjalan seorang diri dan datang tanya kat saya pasal ais krim..? Heran bukan? Jadi berhati-hatilah wahai pembaca blog Daddy Zuki sekalian!

Saturday, 15 December 2012

Membeli dua buah buku Ustaz Azhar Idrus

Saturday, December 15, 2012 11
Membeli dua buah buku Ustaz Azhar Idrus

Pada minggu lepas saya telah berkunjung ke Kedai Buku Banggol, Tanah Merah, Kelantan untuk meninjau mana-mana buku terbaharu yang menarik untuk dibeli. Selalunya kunjungan saya ke kedai buku akan berakhir dengan pembelian sekurang-kurangnya sebuah buku. Apabila masuk ke dalam kedai saya tertarik untuk ke rak buku agama dan terpandang dua buah buku kompilasi soal-jawab agama Ustaz Azhar Idrus. Memang saya mengikuti ceramah beliau di youtube dan Astro Oasis kerana bagi saya dia adalah seorang tokoh agama yang berwatakan selamba, humor dan berani menyampaikan kebenaran menjadikan beliau disegani dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja. 

Baiklah, saya tak mahu berceloteh panjang. Buku pertama Ustaz Azhar Idrus yang saya beli bertajuk 'Anda Bertanya; Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. Buku ini berharga RM15 dan selepas diskaun 20%, harganya ialah RM12 sahaja. Buku ini menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan yang rumit yang mencabar pemikiran seseorang menjawabnya. Segala soalan dihimpun oleh penulis hasil soal jawab orang ramai kepada Ustaz Azhar Idrus. 

Manakala buku kedua pula bertajuk 'Anda Bertanya; Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat' yang berharga RM25. Harga selepas diskaun ialah RM20 sahaja. Buku ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan dari masyarakat umum tentang kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka. 

Selain daripada itu, buku ini juga mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, soalat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, semebelihan, akikah, wanita, halal haram dan isu semasa. 

Jadi apa lagi kawan-kawan yang beriman sekalian? Cepatlah beli dua buah buku ini sebelum terlewat. Apalah sangat nilai wang yang ada berbanding dengan ilmu yang bakal kita akan dapat, kan? Boleh juga didapati di kedai-kedai buku utama seperti Popular, MPH, Kinokunuya dan Kedai Buku Mamak!

Wednesday, 12 December 2012

Mendaftar Untuk Transaction at Palm (TAP) di Bank Islam

Wednesday, December 12, 2012 11
Mendaftar Untuk Transaction at Palm (TAP) di Bank Islam

Salam kepada kawan-kawan Daddy Zuki yang budiman…

Sebelum ini, apabila kita perlu ke bank untuk menyelesaikan urusan yang patut seperti pengeluaran wang, memindah wang, menunaikan cek dan sebagainya pasti ramai diantara kita yang mengeluh. Bukannya apa. Sebab pertama pelanggan yang menunggu giliran memang la ramai. Kedua kerani bank tu sedikit dan mana yang ada pun buat kerja perlahan macam kura-kura. Ketiga kita terpaksa meredah kesesakan jalan raya, mencari tempat parking dan menghabiskan masa yang lama.

Zaman berlalu, sekali air bah sekali pantai berubah begitu juga dengan teknologi perbankan di Malaysia sekarang. Kalau dulu kena tunggu nombor kita dipanggil sampai berjanggut tapi kini semuanya mudah! Bank Islam antara Institusi Perbankan yang unggul di Malaysia dan kini selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Transaction at Palm (TAP) iaitu sistem yang memudahkan pelanggan  berurusan dengan bank.

Apa itu TAP?

TAP atau Transaction at Palm merupakan teknologi inovasi kad pintar yang sama seperti menu mesin ATM kini boleh diakses melalui telefon mudah alih anda. Jadi para pelanggan tidak perlu ragu–ragu untuk menggunakan aplikasi terbaru ini.

Antara kemudahan TAP adalah pengguna tidak perlu akses internet untuk menggunakan aplikasi terbaru ini dan juga sesuai untuk semua rangkaian dan jenis telefon bimbit. Pengaktifan TAP adalah melalui telefon mudah alih yang menyokong SIM Tool Kit (STK)  dan tidak menerusi online banking semudah ABC. Selagi ada rangkaian, selagi itulah TAP menceriakan hidup anda.Untuk melanggan servis ini, kawan-kawan hanya perlu ke mana-mana cawangan Bank Islam terdekat dan mengisi borang. Caj yang dikenakan cuma RM8 setahun. Selepas itu kawan-kawan akan diberikan microchip yang perlu dilekatkan kepada simcard telefon kawan-kawan. Gotcha! Barulah servisnya aktif. Biasanya kerani bank akan mengajar kawan-kawan bagaimana untuk set kata laluan. Ada dua kata laluan yang perlu diset. Apa yg menarik, pertanyaan baki akaun adalah PERCUMA untuk 3 kali sehari dan HANYA sebanyak RM0.30 pada transaksi yang ke 4 dan seterusnya.

Antara paparan menarik yang terdapat melalui TAP adalah pertanyaan baki, pemindahan akaun, pembayaran bil, topup prepaid (celcom, maxis dan digi) manakala pembayaran pinjaman, pembayaran kad kredit dan juga kiriman wang kepada akaun di bank yang sama atau bank yang lain (IBG) juga disediakan. TAP memberikan keselesaan tanpa batasan mahupun anda jauh beribu batu sekalipun. Mudah kan?

Kemudahan TAP ini sememangnya memudahkan urusan harian Daddy Zuki kerana bukan sekadar boleh melakukan pemindahan dalam talian malahan boleh membayar bil air, elektrik, astro dan juga bil telefon hanya dihujung jari anda sesuai dengan misi TAP ‘’We are where you are’’. Cuma TAP jari anda dan semuanya Done!

Dengan TAP, Daddy Zuki tidak lagi perlu menghabiskan masa yang lama berada di bank kerana aplikasi TAP memudahkan saya berurusan dengan pantas di mana jua saya berada mahupun di bilik air!

Jadi apa lagi? Cepatlah ke Bank Islam yang berdekatan atau layari www.bankislam.com.my.

Sunday, 9 December 2012

Nasihat kubur kepada manusia

Sunday, December 09, 2012 7

Apabila menerima satu emel dari kawan lama di Baling, Kedah semalam, hati kecil ini tersentuh terus bila mengenangkan nyawa ini yang mungkin akan ditarik oleh Allah menerusi Malaikatul Maut pada bila-bila masa saja. Sebelum dihisab di Padang Mahsyar maka kita mungkin akan diazab di dalam kubur dulu. maka di sini Daddy Zuki ingin berkongsi nasihat kubur kepada kita, manusia. Mohon dapat dijadikan pengajaran. InsyaAllah..

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membaca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bila mana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Maka Daddy Zuki dengan rasa semampu dan seikhlas mungkin kepada sesama Muslim, menyampaikan peringatan ini kepada rakan2 blogger sekalian kerana

Saat kita membawa Al-Qur'an, syaitan biasa2 saja.
Saat kita membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kita membacanya, ia gelisah.
Saat kita memahaminya, ia kejang2.
Saat kita mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari, ia jatuh stroke.
Teruskan membaca Al-Quran dan amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya akan terus mati.

Ingatlah!

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda.

posted from Bloggeroid

Thursday, 6 December 2012

Kisah pemuda diganggu syaitan

Thursday, December 06, 2012 6
Kisah pemuda diganggu syaitan

Assalamualaikum,

Pada entri kali ini izinkan saya berkongsi satu kisah benar tentang seorang pemuda yang diganggu oleh syaitan semasa beliau ingin solat berjemaah di masjid. Sila baca dan hayati pengajaran dari kisah ini, ok? Saya perolehi kisah ini dari Facebook semalam. Begini kisahnya...

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu’ dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu’ dan berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu’ dan berjalan lagi menuju masjid.


Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab,

“Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.’

Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.


Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.


Lelaki muda bertanya, "kenapa menolak untuk masuk bersolat?" Lelaki pembawa lampu menjawab:


AKU ADALAH SYAITAN !


Lelaki muda itu sungguh terkejut..!


Syaitan menjelaskan, ”Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.


Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa kamu sampai di masjid dgn selamat..’


++[MORAL]++ :

"Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut ."

Saturday, 1 December 2012

Jalan-Jalan ke Cameron Highlands

Saturday, December 01, 2012 32
Lili dan Yaya cuma sempat bergambar di depan kedai cenderamata kerana tak cukup duit nak beli barang.

Pada 27 November yang lalu aku dan anak-anak iaitu Anis, Alis dan Alin serta saudaraku dari Ajil, Terengganu telah melancong ke Cameron Highlands selama 3 hari dan 2 malam. Kami bertolak dari Tanah Merah, Kelantan pada jam 10 pagi melalui Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Lojing dan sampai di destinasi kami kira-kira 4 jam kemudian. Setibanya kami di Tanah Rata, ejen pelancongan bernama Shahar membawa kami ke tempat penginapan iaitu Rose Lily Apartment. Sewanya ialah RM200 semalaman. Kemudian kami menikmati makan tengahari di Restoran Selera Kelate.

Tempat penginapan Rose Lily Apartment yang indah khabar dari rupa. RM200/mlm tapi tak ada TV LCD.

Pada malamnya kami cuma keluar makan di medan selera dan menu pada malam itu ialah yong tau fu dan sate. Pada keesokan harinya kami mula melawat tempat-tempat yang menarik seperti Ladang Strawberi Al-Mashoor di Kampung Taman Sedia dan Ladang Teh Bharat. Kami mengambil peluang beberapa keping gambar sebagai kenangan.

Bergambar di Ladang Strawberi Al-Mashoor terletak di Kampung Taman Sedia, satu-satunya kampung Melayu di CH.

Selepas penat berjalan-jalan di ladang the dan strawberi lalu kami pun membeli-belah di gerai-gerai yang terletak di sepanjang Jalan Berinchang. Pelbagai barang yang kami beli seperti strawberi, pemegang kunci, baju T, teh, kopi dan coklat. Banyak jugalah duit yang terbang pada petang itu.

Macam asyik je pilih barangan tapi satu pun tak beli sampai Apek tu pun pening kepala dengan gelagat kami.

Dalam perjalanan pulang ke apartment, kami berhenti makan di Medan Selera Tanah Rata. Perut sudah berkeroncong kerana jam telah menunjukkan ke angka 3. Selepas makan kami pulang ke tempat penginapan tetapi tidak boleh berehat kerana unit di tingkat atas sedang digerudi lantai dan dindingnya menyebabkan bunyi bising yang teramat sangat. Geram sungguh aku dengan kontraktor yang tidak berhati perut itu.

Meneliti kaktus mini. Semuanya cantik tapi aku tak beli pun. Malas nak maintain la. Pakcik sibuk sengoti lo ni.

Pada malamnya aku dan anak-anak cuma menikmati makan malam dan menonton TV. Kebetulan pada malam itu ada perlawanan bolasepak Piala Suzuki Malaysia menentang Laos. Hujan yang turun menyebabkan malam semakin sejuk dan aku sukar untuk tidur. Seingat aku, mata ini cuma terlelap pada jam 4 pagi dan 2 jam selepas itu aku sudah terjaga!

Bersiar-siar di Ladang Teh Cameronian milik Bharat Group. Harga teh di sini lebih mahal dari kampung aku di Kelantan!

Pada 29 November kami bertolak pulang pada jam 10 pagi. Kerana aku tidak tahan mengantuk, saudaraku, Cikgu Shamsani mengambil-alih pemanduan kereta sebaik sahaja kami sampai di Lojing. Tapi aku tidak dapat melelapkan mataku sepanjang perjalanan pulang itu. Hujan mulai turun di Gua Musang hingga ke Machang menyebabkan trafik bergerak perlahan. Kami berhenti makan di Machang selama 30 minit dan akhirnya selamat sampai di rumah pada jam 3.15 petang.


Sebelum pulang ke Kelantan, aku sempat membeli buku kecil tentang sejarah Cameron Highlands.

InsyaAllah pada cuti sekolah yang akan datang aku akan membawa anak-anakku ke destinasi lain pula seperti Pulau langkawi atau Pulau Tioman.
posted from Bloggeroid

Thursday, 29 November 2012

Tanda-Tanda CINTA Semakin Pudar

Thursday, November 29, 2012 10
Tanda-Tanda CINTA Semakin Pudar


Sekiranya anda mendapati kekasih anda ada tanda-tanda berikut maka itu mungkin menunjukkan bahawa cintanya terhadap anda telah pudar.

1. Malas angkat telefon..Pape hal asyik cakap malas, malas, malasss jer.. 
2. Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..kalah YB. 
3. Sudah pandai bergurau secara kasar dan menyakitkan hati. 
4. Mula menggelakkan diri dari bejumpa. 
5. Dia dah tak kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus. 
6. Bila dah janji date, tapi lupa nak datang..alasan lapuk diberi..lupa larr..tertido. 
7. Apa kita buat dah tak betul dimata dia. 
8. Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan. 
9. Taip sms pun pendek2 je. 
10. Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘errrmmm..” jer. 
11. Bagi alasan.. “awak nie terlalu baik untuk saya..saya tak layak untuk awak..”..masa ngorat kita dulu xde pulak timbul hal tu. 
12. Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak.busy. 
13. Dah jumpa parent pun alasan banyak, nak cakap hal “kahwin”..?? Insyallah kalau de jodoh. kejap jer dia tukar topic. 
14. Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita. 
15. Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu. 
16. Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’. 
17. Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang. 
18. Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp sekarang dah terbalik. 
19. Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas. 
20. Bila SMS cakap tak ada kredit sedangkan baru je topupkan.

Friday, 23 November 2012

12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

Friday, November 23, 2012 9
12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda. 

1) Berani berinisiatif. Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk 'bersama'. 

2) Menghias Diri. Apabila ingin 'bersama', isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar saja. Penampilan yang menarik akan menambah semangat suami untuk 'bersama'. Oleh itu, sebelum 'bersama', mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik lagi seksi. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum. 

3) Rapikan Kamar Tidur. Sebelum 'bersama', rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk 'bersama' dengan anda. 

4) Bersifat Aktif. Cumbuan adalah antara aktiviti permulaan untuk 'bersama'. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup ghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan rangsangan di tempat-tempat sensitif. 

5) Penuhi Kehendaknya. Ketika 'bersama' isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulkan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melakukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas malah perasaan sayang akan semakin kuat. 

6) Tidak Statik. Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya. 

7) Bersikap Sopan. Ketika 'bersama', isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk 'bersama'. 

8) Tidak Mengungkit Kelemahannya. Jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami. 

9) Tidak Mengeluh. Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk 'bersama' menurun. 

10) Jangan Banyak Berbual. Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang 'bersama'. Sebab hal ini akan menyebabkan kurangnya tumpuan suami dalam menikmati hubungan 'bersama' anda. 

11) Bersifat Terbuka. Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambahkan semangat suami ketika 'bersama'. 

12) Beri Pujian. Setelah selesai 'bersama', jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. Dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang. 

Selamat mencuba!